Resipi...PUTERI MANDI BERKELAPA LAUT
Sumber: Chef Bahar Abdullah, Hotel Renaissance Kuala Lumpur
Bahan A
300 gram tepung pulut
30 ml santan
30 ml air
secubit garam
pewarna hijau
pewarna merah
Bahan B
1 biji kelapa parut, ambil santan
secubit garam
2 helai daun pandan
50 gram tepung beras
100 gram gula melaka
120 gram gula pasir
200 gram kelapa laut
Cara-caranya
1. Campurkan semua Bahan A kecuali pewarna.
2. Uli sehingga rata, bulatkan dan bahagi kepada dua bahagian.
3. Satu bahagian untuk warna hijau dan sebahagian lagi warna merah.
4. Bentukkan adunan menjadi kepingan sebesar syilling 10 sen dan setebal 1/2 cm.
5. Didihkan air didalam periuk dan rebus kepingan tepung sehingga masak.
6. Keluarkan puteri mandi yang timbul dari periuk, agar tidak melekat masukkan di dalam bekas berisi air suhu biasa.
7. Untuk membuat sosnya, didihkan santan serta secubit garam dan daun pandan diatas api perlahan.
8. Sementara itu, bancuh sedikit tepung beras dan sedikit air tetapi jangan terlalu cair dan tidak berketul.
9. Masukkan campuran tepung beras didalam santan yang mendidih serta kacau perlahan.
10. Masukkan gula melaka, gula pasir dan kelapa laut serta kepingan puteri mandi hijau dan merah.
11. Boleh dihidangkan panas atau sejuk.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home