Resipi...BISKUT GANACHE
Sumber: Chef Anuar Draman
Bahan-bahannya
200 gram mentega
100 gram gula kastor
2 biji kuning telur, gred B
300 gram tepung gandum
150 gram coklat masakan.
Cara-caranya
1. Pukul mentega dan gula kaster sehingga kembang.
2. Masukkan telur dan kacau sebati.
3. Masukkan tepung dan uli adunan menjadi doh.
4. Canai setebal 1/2 cm dan terap mengikut bentuk yang disukai.
5. Bahagikan adunan yang diterap tadi kepada 2 bahagian. Satu bahagian dilubangkan bahagian tengahnya.
6. Bakar sehingga masak dengan suhu 170 darjah C. Sejukkan.
7. Tangkupkan biskut yang berluban diatas biskut yang tidak berlubang.
8. Taburkan 'snow powder' diatasnya.
9. Carikan coklat menggunakan teknik double boiler. Angkat dan kacau sehingga pekat dan masukkan di dalam piping bag yang diletakkan muncung bintang.
10. Picitkan coklat tadi di bahagian tengah biskut.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home