Thursday, January 19, 2006

Resipi...TUNA & MUSHROOM CREAM PASTA

Bahan-bahan:
175g (6 oz) pasta quills
1 tbs minyak zaitun/minyak masak
1/2 labu bawang besar – dipotong dadu
1 ulas bawang putih – dicincang
100g cendawan butang – dihiris
2 tin (185g/tin) tuna chunk
300 ml susu sejat/susu cair (evaporated milk)
1 tbs double cream (kalau nak lebih rasa lemak)
5 tbs shredded parmesan cheese/1 kpg sliced cheese
1 tsp parsley
1 tsp oregano
sedikit serbuk lada hitam
sedikit tepung jagung - dibancuh dgn sedikit air (utk memekatkan kuah)
shredded cheddar cheese – utk hiasan

Cara membuat:
1. Didihkan air dan rebus pasta sehingga lembut.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
3. Masukkan cendawan dan masak sehingga berwarna keperangan.
4. Perlahankan api dan masukkan susu dan double cream. Kacau perlahan, tanpa henti sehinnga pekat.
5. Masukkan keju dan sebaik cair, masukkan pula tuna. Kacau rata.
6. Taburkan parsley, oregano dan serbuk lada hitam. Kacau rata.
7. Tambahkan garam, jika perlu dan masukkan tepung jagung.
8. Masukkan pasta dan gaul rata. Kemudian tuangkan ke dalam bekas yang tahan panas dan taburkan cheddar cheese di atasnya. Bakar di dalam oven pada suhu 200C, menggunakan api atas (grill) sahaja sehingga keju berwarna kekuningan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

|