Resipi...TOFU MAKANAN LAUT
BAHAN-BAHAN:
15 keping tofu makanan laut
100 gm cendawan Cina | direndam kemudian direbus
200 gm brokoli
1 biji lobak merah
3-4 ulas bawang putih
50 gm halia | dihiris
3 sudu makan sos tiram
1 sudu teh minyak bijan
Sos soya secukup rasa
1 sudu teh serbuk lada putih
2 sudu makan cuka hitam
biji telur | dipukul dengan sedikit air
1 sudu makan tepung jagung | diadun dengan sedikit air
1 sudu makan serbuk perasa ayam
Minyak masak secukupnya
Air secukupnya
CARA MEMASAKNYA:
1. Tumis halia dan bawang putih.
2. Masukkan air, serbuk perasa ayam, sos tiram dan sos soya
3.Kemudian masukkan serbuk lada putih, cuka dan minyak bijan.
4. Tambah lobak dan cendawan. Tunggu hingga mendidih.
5.Selepas itu masukkan tofu dan brokoli. Pekatkan dengan tepung jagung dan telur. Hidangkan panas bersama nasi.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home