Resipi.. Tauhu Goreng dgn jus Oren
Bahan-Bahan:
10 keping tau fu
100 g cendawan hitam ( dihiris halus )
50 g lobak merah ( dihiris halus )
5 keping ketam stick ( dihiris halus )
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar gula
garam secukup rasa
BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT SOS
50 g perisa oren
1 cawan stok ( perasa mengikut citarasa anda )
1 sudu gula besar
1/2 sudu besar kicap cair
Semua bahan-bahan ini dibancuh dan dipanaskan selama 5 minit.
Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak dan gorengkan tau fu tadi.
2. Keluarkan isinya, tinggalkan saja kulitnya.
3. Sediakan mangkuk dan masukkan isi taufu ke dalamnya.
4. Masukkan lobak merah, cendawan hitam, stick ketam tadi dan semua bahan yang lain.
5. Gaul sehingga sebati.
6. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam kulit tau fu tadi.
7. Masuk sehingga padat.
8. Gorenglah semula sehingga garing.
9. Angkat dan toskan.
Makan la bersama sos yg di buat..
0 Comments:
Post a Comment
<< Home