Thursday, October 12, 2006

Kabat Berhias

Sumber : Resepi Tradisional Keluarga

Bahan-bahan
600 gm daging cincang
4 sudu sedang tepung gandum
3 sudu sedang tomato
1/2 sudu sedang daun bawang yang dihiris
4 biji cili merah dibelah tidak putus
1 tin kecil minyak sapi
1 cawan minyak
2 biji telur
1/2 biji kelapa dijadikan 1 gelas santan
2 biji bawang besar dipotong bulat

Bahan-bahan Kisar
6 biji cili merah
1 inci halia
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya
1. Daging digaul dengan 1 sudu teh serbuk lada sulah, 1/4 sudu teh serbuk buah pala, 1 sudu teh garam, tepung, telur dan daun bawang. Gaul hingga sebati.
2. Bentukkan bulat-bulat dan kemudian goreng. Setelah selesai menggoreng, ketepikan sementara.
3. Panaskan minyak sapi dan tumiskan bahan-bahan kisar. Masukkan sedikit air dan kacau.
4. Selepas tu masukkan tomato dan santan. Masak sehingga mendidih.
5. Setelah mendidih. masukkan daging tadi dengan bawang besar.
6. Masak sehingga kuahnya sedikit pekat dan sesuaikan rasanya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

|