Friday, September 08, 2006

DAGING ROAST (ROAST BEEF)

Bahan-Bahan
2 kilo daging sirloin, sebaik-bainya dibuang sebahgian besar lemaknya.
Tinggalkan
sedikit sahaja. Kemudian ketulan daging ini diikat, supaya bila masak rupanya
cantik dan dagingnya mampat.
1 sudu teh mustard (berwarna kuning)
1 sudu makan lada hitam, ditumbuk kasar
1 sudu teh mixed herbs
Sedikit garam

BAHAN-BAHAN BERIKUT DILETAKKAN DISEKELILING DAGING SEMASA MEMBAKAR
2 biji bawang besar, setiap satu dibelah 4
2 batang celery, dipotong sejari panjang
200 gram bunga kobis, dibelah belah
Beberapa batang parsley

BAHAN HIASAN- DIKUKUS ATAU DIBAKAR
2 biji kentang
2 biji tomato
1 jambak broccoli
1 jambak bunga kobis

BAHAN SOS
1-2 sudu makan tepung gandum
1 cawan atau stock sayur/daging
Sedikit lada hitam
Cara Cara

Terlebih dahulu siapkan dulang pembakar yang sesuai, yang boleh muat 2
kilo daging..

Daging, dilumur dengan mustard (rasanya masam), lada hitam, campuran
herba dan garam. Perap selama 5 – 10 minit.

Panaskan ketuhar 180 darjah Celcius, persiapan untuk membakar daging.

Panaskan kuali leper. Biarkan kualinya benar-benar panas, barulah di
masukkan daging. dengan bahagian berlemak, mengadap dasar kuali. Ini
membolihkan lemaknya cepat cair. Kemudian terbalikkan. Ketulan daging
ini juga elok digolek-golekkan, sehingga kulit kedua-dua permukaan
daging bertukar warna.

Setelah itu keluarkan daging dari kuali, dan letakkan kedalam tin
pembakar. Selitkan ditepi-tepi daging dengan bawang besar, celery,
bunga kobis dan batang-batang parsley. Bakar didalam ketuhar dengan
kepanasan 180 darjah Celcius, selama 45 minit sehingga 1 jam, atau
lebih lama, jika anda ingin dagingnya lebih masak..

Tetapi, setelah 30 minit, buka ketuhar dan siram daging dengan cecair
yang mengalir. Terbalikkan dan bakar lagi sehingga bahagian sebelahnya
pun garing. Teruskan membakar sehingga dagingnya masak.

CARA MEMBUAT ROAST SAUCE
Keluarkan dari ketuhar daging yang sudah masak dan alihkan kedalam
pinggan yang besar.

Dulang pembakar yang berkerak, ditenggek diatas dapur dengan api yang
kecil. Tabur sedikit tepung dan gaulkan dengan bekas kerak yang
tertinggal. Tuangkan sedikit air/stok, dan biarkan ia berbuih dan
mendidih. Gaul sehingga rata. Taburkan sedikit serbuk lada hitam yang
kasar. Gaul sehingga pekat dan berkuah. Jika terlalu pekat, tambah
lagi air atau stok, sehingga semua keraknya tiada ladi melekat
didulang pembakar, sebaliknya bertukar menjadi sauce. Inilah sauce
yang boleh digunakan untuk makan dengan daging roast ini.

CARA MENGHIDANG
Daging roast, dipotong hanya bila hendak disajikan. Ambil sepotong,
letakkan diatas pinggan. Hias disisinya dengan bahan hiasan. Tuang
diatas daging sosnya.

Enak disaji panas-panas.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

|