KEK LIMAU SUSU BERDADIH
Sumber : Jelita Mac 1995
Bahan-bahan
120 ml dadih
175 g gula kastor
120 ml minyak
2 biji telur
175 g tepung serba guna
1 1/2 sudu teh serbuk penaik
1 biji limau susu, diparut kulitnya
Cara membuatnya
1. Putar dadih dan gula hingga sebati.
2. Masukkan minyak dan telur. Putar lagi.
3. Ayak tepung bersama serbuk penaik hingga rata baru dimasukkan ke dalam adunan telur. Kacau hingga rata.
4. Masukkan kulit limau dan kacau hingga sebati.
5. Ratakan adunan di dalam tin bakar berukuran 22 cm yang disapu sedikit minyak dan dialas kertas minyak pada dasarnya.
6. Bakar adunan 45 minit pada suhu 180°C. Biar kek sejuk di dalam tin bakar
Bahan-bahan aising
60 g gula aising, diayak
1 1/2 sudu teh air suam
Cara membuatnya
1. Pukul gula dan air suam hingga pekat dan melekat pada belakang sudu.
2. Titiskan air gula sedikit demi sedikit pada permukaan kek.
3. Paipkan sedikit aising mentega pada air gula. Hias dengan hirisan limau susu. __._,_.___
0 Comments:
Post a Comment
<< Home