PELBAGAI ACAR
Acar Rampai
Sumber : Resepi Tradisional Keluarga
Bahan-bahan
1 biji timun
1 batang lobak merah
2 biji cili hijau dipotong sepanjang 1 inci
2 biji cili merah dipotong sepanjang 1 inci
10 ulas bawang merah
1 sudu sedang serbuk kunyit
5 sudu sedang cuka
1 biji bawang besar dimayang memanjang
1 sudu besar bijan
1/2 inci halia dimayang
Garam dan gula secukup rasa
Cara Membuatnya
1. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk kemudian tumiskan bawang merah sebiji-sebiji bersama bawang besar serta halia yang telah dimayang.
2. Kemudian masukkan cili, timun dan lobak merah yang telah dipotong.
3. Tuangkan cuka, garam, gula dan serbuk kunyit secukupnya sambil digaul hingga sama rata.
4. Setelah masak bolehlah diangkat tapi janganlah dibiarkan terlalu lama kerana takut timun dan lobak merah menjadi terlalu lembik.
---------------
Acar Limau
Sumber : Resepi Tradisional Keluarga
Bahan-bahan
5 biji limau nipis jeruk
20 biji belimbing buluh jeruk
10 biji buah prune
20 ulas bawang merah
4 labu bawang putih
4 inci halia
2 sudu besar kismis
1 sudu besar lobak asin
2 sudu sedang bijan
10 biji cili merah/hijau
5 biji cili api
Bahan Penumis
Bawang putih, bawang merah, biji sawi dan halia
Bahan Rempah
15-20 biji cili kering
1 sudu sedang jintan manis
Secubit jintan putih
2 sudu makan ketumbar
Semua bahan rempah ini digoreng dan digiling halus. Limau nipis, belimbing, bawang merah, bawang putih, halia, lobak asin, cili merah dan cili api dicelur.
Cara Membuatnya
1. Panaskan minyak. Masukkan bahan penumis, masak sehingga kelihatan kuning, setelah itu masukkan biji sawi, bijan dan rempah yang telah digiling.
2. Bila telah naik baunya, masukkan air, cuka, gula dan garam.
3. Bila telah elok masaknya bahan yang sedang ditumis tadi, masukkan bahan-bahan yang telah dicelur kecuali halia, bawang dan cili.
4. Masukkan bahan-bahan ini ketika hampir sejuk dan bolehlah dihidangkan.
------------------
Acar Nyonya
Sumber : Resepi Tradisional Keluarga
Bahan-bahan
1 biji timun
1 batang lobak merah
4 inci halia
2 labu bawang putih
15 ulas bawang merah
Sedikit cuka
Sedikit gula
76 gm udang kering
6 biji cili kering
Sedikit belacan
Cara Membuatnya
1. Buang biji timun. Potongkan satu inci panjang dan setengah inci lebar.
2. Kikis kulit lobak merah dan potong seperti timun.
3. Mayangkan halia.
4. Cili merah dibelah enam kemudian buangkan bijinya.
5. Bawang merah dan bawang putih dibuangkan kulitnya.
6. Panaskan air hingga menggelegak kemudian celurkan bahan-bahan satu persatu dan toskan air.
7. Cili kering digiling halus bersama udang kering dan belacan.
8. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan-bahan yang digiling ini.
9. Kemudian tambahkan cuka, gula dan sedikit garam.
10. Bila sudah naik bau, masukkan bahan-bahan yang dicelur tadi. Kemudian bolehlah diangkat
-----------
Acar Kerisik
Sumber : Resepi Tradisional Keluarga
Bahan-bahan
4 biji timun
3 biji lobak merah
5 biji cili hijau
5 biji cili merah
20 ulas bawang merah
20 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu makan kerisik
10 biji cili kering digiling lumay
Sedikit serbuk kunyit, garam dan gula
1/2 sudu teh biji sawi
Cuka secukupnya
Cara Membuatnya
1. Lobak merah dibuangkan kulitnya kemudian potong kira-kira satu inci dan dibelahkira-kira setengah inci lebar. Timun dipotong seperti lobak tadi.
2. Halia dimayang halus.
3. Cili merah dan cili hijau dibelah empat.
4. Bawang merah dan bawang putih dibuangkan kulitnya. Mayang halus separuh daripada bawang putih itu.
5. Panaskan sedikit minyak kemudian tumiskan bawang putih, cili kering, serbuk kunyit, biji sawi, kerisik dan cuka. Balik-balikkan hingga kuning dan naik bau.
6. Masukkan sedikit air, gula dan garam - biarkan hingga mendidih.
7. Masukkan lobak, timun, halia, bawang putih dan bawang merah yang dibuang kuliynya tadi dan balik-balikkan.
8. Tutup periuk dan biarkan bahan-bahan itu empuk.
9. Kemudian boleh diangkat untuk dihidangkan
0 Comments:
Post a Comment
<< Home