Thursday, October 13, 2005

Resipi...Pasta Fettucine Carbonara

Bahan-bahannya:

150 gm pasta fettucine
50 gm bawang merah - dipotong dadu
75 gm daging salai - dihiris halus
10 gm bawang putih - dicincang halus
100 ml krim segar
50 ml stok ayam
25 gm keju parmesan parut
1 sudu teh parsli | dicincang
1 sudu teh | minyak zaitun

Cara menyediakannya:

Didihkan air dan rebus pasta fettucine untuk seketika bersama sedikit titisan minyak zaitun dan ketepikan.

Panaskan kuali dan masukkan bawang putih dan bawang merah. Gorengkan hingga naik bau.

Kemudian, masukkan daging salai, stok ayam, krim segar dan kacau hingga pekat.

Selepas itu, masukkan fettucine tadi dan gaulkan sebati bersama campuran krim.

Apabila sebati, hidangkan ia di atas pinggan hidangan dan untuk hiasan, taburkan keju parmesan parut dan daun parsli di permukaan fettucine. Sedia dimakan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

|