Monday, October 24, 2005

Resipi...STEAK AYAM KEDAH

Bahan-bahannya
1 ekor ayam (gunakan ayam kampung atau ayam tua, kerana ayam muda, cepat empuk dan mudah hancur)
10 tangkai lada kering
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu makan lada hitam
1 batang serai, dititik
4-5 cawan santan pekat dari 1 biji kelapa
garam secukup rasa

Cara-caranya
Ayam dipotong empat, cuci bersih dan toskan. Kisar lada kering, bawang besar, bawang putih dan lada hitam. Lumurkan dengan ayam dan ketepikan.

Panaskan ayam dalam kuali sebentar, supaya sebahagian airnya kering. Rebus ayam bersama santan, garam dan serai yang dititik, sehingga ia menjadi pekat dan kering.

Jika ayamnya sudah empuk, sedangkan kuahnya masih belum kering, angkat dahulu ayamnya dan biarkan kuahnya mendidih sehingga ia benar-benar pekat, kemudian barulah dimasukkan semula kedalam kuah. Kacau dan biarkan ia kering, sehingga keluar minyak. Sesudah itu, baru dimatikan api.

Steak Ayam Kedah ini sedap dimakan dengan nasi, lontong, ketupat, roti, terutama roti bakar. Lebih enak rasanya, jika dimasak hari ini dan dimakan keesokkan hari kerana rempahnya sudah meresap dalam daging ayam.

Sumber: Nurhuda Yusuf

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

|