Monday, October 24, 2005

Resipi...WHITE ROCHERS

Bahan-bahannya
200 gram badam hiris
40 gram gula aising
200 gram coklat putih, dicairkan


Cara-caranya
1. Basahkan badam hiris dengan air dan taburkan gula aising diatas dan gaulkan.
2. Alaskan kertas kuih diatas loyang pembakar dan bakar badam pada suhu 180 darjah C. Sentiasa terbalikkan badam sehingga ia berwarna kuninig keemasan. Keluarkan dari ketuhar dan ketepikan sebentar supaya ia sejuk.
3. Campurkan coklat cair dengan kacang badam yang telah dipanggan dengan sempurna.
4. Titis satu sudu aduann ke atas kertas minyak. Paipkan sedikit corak coklat hitam diatas.
5. Simpan dalam peti sejuk selama 5-10 minit atau sehingga ia keras. Keluarkan dari peti sejuk dan simpan ditempat dingin yang bersuhu 20 darjah C.



Nota: Corak diatas Rochers masukkan coklat putih didalam beg plastik dan gunting hujung sikit sahaja dan line-linekan coklat putih diatas rochers. Exactly macam yang jual dikedai coklat!! Kalau tak suka coklat putih boleh gantikan dengan dark chocolate atau milk chocolate. Atasnya pula gariskan dengan coklat putih.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

|