Resipi...ASAM PEDAS BERSANTAN
Bahan-bahan:
Ikan ( 4-5 ekor )
1 labu bawang besar - di mayang bulat - untuk ditumis
1 batang serai di katok
daun kesom, bunga kantan, daun pudina
air asam
garam dan gula secukup rasa
sedikit serbuk kunyit
1 helai daun pandan disimpulkan
60 sen santan
1 biji buah tomato
bahan mesin:
4 ulas bawang merah,
2 ulas bawang putih
½ inci halia
3-4 cabai merah (kalau nak pedas...lebihkan)
cara-cara
1. Panaskan minyak dalam periuk, Tumiskan bawang besar - agak-agak layu
2. masukkan bahan mesin dan separuh dari daun yang disebutkan di atas dan
serai
3 masukkan daun pandan, sedikit serbuk kunyit - agak-agak hujung camca
kecil
4 Biarkan mendidih. Sementara itu perahkan santan bersama dengan asam.
5. Bila mendidih, masukkan santan yang ada asam tu
6. masukkan juga ikan, biarkan mendidih
7. masukkan garam dan gula secukup rasa
8. masukkan baki separuh dari daun-daun tadi dan tomato, biarkan mendidih
9. Kacau, rasa (final taste) kalau ok...tutup api.
Siap untuk dihidang
(Kenapa tunggu mendidih 3 kali...kerana setiap kali kita memasukkan
bahan,suhu bancuhan dalam periuk turun, ianya tak mendidih dengan betul...
sebab tu kena tunggu mendidih...bukannya mendidih buak-buak..
agak-agak ianya mulai mengeluarkan gelembung mendidih aje...kira mendidih
lah tu....
masa letak ikan tu...biar mendidih lama sikit...supaya ikan masak..)
0 Comments:
Post a Comment
<< Home