Tuesday, August 29, 2006

KUIH LOPES

Sumber : The Puteri Pan Pacific Hotel, JB

Bahan-bahan
250 g beras pulut
10 ltr air
Daun pisang
500 gm kelapa parut
Sedikit garam
250 gm gula melaka
1/2 ltr air
1 helai daun pandan

Cara membuatnya
1. Tanak beras pulut dengan air hingga masak. Sejukkan sedikit, gulung kejap-kejap di dalam daun pisang dan ikat keuda-dua hujungnya.
2. Kukus pulut yang dibungkus 20 minit.
3. Potong bentuk kepingan bulat dan gaulkan dengan kelapa bercampur sedikit garam.
4. Masak gula melaka bersama air dan masukkan daun pandan.
5. Setelah air gula mendidih, tapis dan sejukkan. __._,_.___

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

|