Tuesday, August 29, 2006

PULUT SERONDENG

Sumber : The Puteri Pan Pacific Hotel, JB

Bahan-bahan A (pulut)
1 cawan beras pulut
3 1/2 cawan air

Bahan-bahan B (serondeng)
10 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan putih
Garam dan gula secukup rasa
1 helai daun kunyit, dihiris halus
1 batang serai dihiris halus
Sedikit minyak untuk menumis
1 biji kelapa parut, putih sahaja

Cara membuat pulut
1. Tanak beras pulut bersama air hingga masak.
2. Biarkan ia sejuk, kepalkan bulat-bulat dan tekan supaya leper sedikit.

Cara membuat serondeng
1. Kisar cili, bawang merah, bawang putih, halia, ketumbar, jintan putih hingga lumat.
2. Masukkan garam dan gula. Masukkan daun kunyit dan serai dan kisar lagi.
3. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis semua bahan yang dikisar hingga naik baunya.
4. Kemudian masukkan kelapa parut dan kacau di atas api sederhana hingga kelapa kering.
5. Hidangkan serondeng bersama pulut.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

|