Monday, August 22, 2005

Resipi...Beef Smoore

Beef Smoore

1 kg daging lembu (bahagian 'topside') dan pastikan daging itu dalam 1 kepingan - (cucuk @ buat lubang kecil dgn. pisau di sekeling daging)
1 kg kelapa parut - tambah 2 cawan air untuk membuat santan pekat
tambah 2 cawan air untuk membuat santan cair


Potong kecil:
2 biji bawang besar
4 biji bawang putih

1 sudu makan halia tua yg dipotong kecil
1 sudu besar serbuk ketumbar
1/4 sudu makan serbuk jintan putih
1/2 sudu besar serbuk chili merah
1/2 sudu makan serbuk kunyit
1 batang kulit kayu manis (dalam 4 cm panjang)
1/3 sudu alba (fenugreek)
1 tangkai daun kari (dibasuh dahulu)
garam secukup rasa
lemon
3 sudu besar minyak - (untuk menggoreng).

Cara-cara:

Di dalam periuk yang cukup ruang (deep heavy pot) untuk daging di atas, masukkan semua bahan di atas dan sapu rata ke seluruh daging. Masukkan santan cair ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih. Selepas mendidih, perlahankan api ke tahap paling rendah (simmer) selama 1 1/2 jam.
Tambah santan pekat, tambah kepanasan api sedikit sehingga ia mendidih sekali lagi. Biarkan selama 15-20 minit. Keluarkan daging lembu, dan teruskan masak kuah sehingga menjadi pekat (jangan ditutup). Tuangkan kuah yang memekat dan sudah masak ke dalam bekas berasingan.
Basuh Periuk yang sama, tambah dan panaskan minyak ke dalamnya sekali lagi. Masukkan semula daging tadi ke dalam periuk, sehingga ia bertukar warna coklat keemasan di seluruh bahagian daging.Akhir sekali, masukkan semula kuah santah yang telah pekat tadi ke dalam periuk dan sehingga ianya sebati, meresap ke dalam daging dan nampak mesra dan lazat.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

|