Resipi...INDONESIAN BEEF PATTIES
INDONESIAN BEEF PATTIES
700gm Daging lembu cincang
2 biji bawang merah besar
4 biji bawang putih
10 biji cili padi
2 btg serai
4 helai daun limau purut - dibuang stem keras
1 biji telur - ambil putih sahaja
1/2 cwn kicap manis
1 cwn tepus beras
garam, lada sulah, gula secukup rasa
minyak untuk menggoreng
sos:
1 1/2 cwn jus limau nipis
4 tbs kicap manis
4 tbs fish sauce
5 ulas bawang putih - dimayang halus
8 biji cili padi - dikisar kasar
gula, garam secukup rasa
Cara-cara:
bawang merah, bawang putih, cili padi, serai, dan daun limau purut dikisar kasar dlm food processor atau blender. campurkan ke daging kisar bersama-sama dengan kicap manis, garam, gula, dan lada sulah. gaul hingga sebati.
campurkan putih telur tadi dan gaul.
ambil campuran daging tersebut dalam satu sudu besar (atau mengikut citarasa) dan bentukkan kepada bebola dan leperkan sedikit. ulang proses ini sehingga campurang daging habis.
celup bergedil daging tersebut ke dalam tepung beras dan toss kan selebihnya.
goreng hingga masak dan perang keemasan (api sederhana)
untuk membuat sos, campurkan semua bahan dan gaul hingga sebati.
cara menghidang:
susun beef patties yang telah masak dalam piring hidangan dan curahkan sos keatasnya. jika mahu, hidangkan sos berasingan. hias dan hidang.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home