Thursday, October 13, 2005

Resipi...Hot Pot Zurich Style

Bahan-bahannya

750 gm daging lembu/ kambing - dipotong
200 gm bawang besar - dihiris halus
200 gm kubis hijau
300 gm kentang - dibuang kulit & dipotong
300 gm lobak merah - didadu
300 gm stok daging atau ayam (ikut cita rasa)
2 sudu besar mentega cair
1 biji bawang putih
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 helai herba marjoram
1 helai herba thyme
Garam dan lada hitam secukup rasa

Cara Membuat :

Panaskan kuali dengan mentega cair dan gorengkan daging hingga seimbang dan menjadi separuh masak.
Kemudian, masukkan bawang besar dan bawang putih. Gorengkan hingga naik bau.
Selepas itu, masukkan herba thyme, marjoram, serbuk jintan dan perasa secukupnya. Gaulkan hingga sebati.
Tambahkan kentang, lobak merah dan kubis. Biarkan seketika sebelum menuangkan stok daging ke dalam campuran.
Akhir sekali, biarkan ia mendidih dan pastikan daging itu menjadi lembut. Sedia dihidangkan panas ke dalam mangkuk hidangan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

|