Wednesday, October 05, 2005

Resipi...MAKARONI REMAJA

Bahan-bahannya
1 bungkus makaroni
3 batang karot (cuci bersih dan parut kasar)
50 gram lada kering dibuang biji
10 biji bawang putih
3 biji bawang besar
1 sudu makan kicap
2 tin kecil tomato puree
1/2 kilo udang yang sederhana besarnya
1/2 kilo daging dihiris
1/2 kilo tauge
minyak untuk menumis

Bahan taburan
bawang goreng
hirisan daun sup dan daun bawang
4 biji telur (dijadikan telur dadar dan dirampai)

Cara-caranya
Rebus makaroni dengan sedikit garam dan minyak jagung sehingga 1/2 empuk dan toskan. Bawang putih dan bawang besar dikisar halus dengan kicap. Panaskan minyak dalam kuali, tumis rempah kisar sebentar sahaja, masukkan tomato puree, gaul rata dan masukkan hirisan daging,. Masak sehingga daging empuk. Kemudian masukkan parutan karot dan udang. Bila udangnya 1/2 masak, masukkan makaroni dan sedikit garam. Gaul rata sehingga makaroninya lembut dan udangnya masak. Mauskkan tauge dan terus matikan api. Gaul rata agar sebati bahan-bahannya. Semasa menghidang taburkan bahan-bahan taburan.

Sumber: Junaidah Jaafar

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

|