Monday, November 28, 2005

Resipi...BISKUT KEK BUAH

Bahan Bahan

115 gm mentega tanpa garam
1/3 cawan mampat gula perang gelap
½ s/kecil serbuk kulit kayu manis
½ s/kecil serbuk halia
¼ s/kecil serbuk buah pala
secubit garam
1 cawan tepung gandum serbaguna
2 cawan susu
½ cawan badam (dipanggang, dicincang)
¾ cawan kurma (dicincang)
¼ cawan kismis
½ cawan kacang hazel (dipanggang, dicincang kasar)
2 s/besar madu
1 biji telur (dipukul sedikit)


Cara Menyediakannya

1. Dengan mesin pengadun putar 115gm mentega, gula perang,
serbuk kulit kayu manis, halia, serbuk buah pala dan garam
sehingga ringan dan gebu.

2. Rendahkan kelajuan mesin dan masukkan 1 cawan tepung dan
pukul sehingga menjadi doh, bungkus doh ketat-ketat dengan
plastik dan dinginkan di dalam peti sejuk selama 15 minit.

3. Sementara itu campur badam, kurma, kismis dan kacang hazel,
ketepikan.

4. Di dalam mangkuk lain putar 4 sudu mentega yang selebihnya
dengan madu sehingga ringan dan gebu, masukkan telur perlahan-
lahan, rendahkan kelajuan mesin dan tambah 2 sudu besar tepung
yang selebihnya sehingga sekira-kira sebati, masukkan buah-
buahan kering dan kekacang, kaup dan balikkan sehingga sebati,
ketepikan.

5. Gris dulang pembakar sedikit, canai doh setebal 6mm di atas
papan canai bertabur sedikit tepung, terap doh dengan penerap
biskut bergerigi 5 cm serapat yang boleh, atur di atas dulang
pembakar, bubuh 1 sudu besar penuh campuran buah-buahan di
atas setiap keping doh, bakar selama 10 minit pada suhu 175
darjah selsius sehingga bahagian atas biskut mula perang.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

|