Monday, November 28, 2005

Resipi...BISKUT WALNUT DAN APRIKOT

Bahan Bahan

225 gm mentega
3/4 cawan gula pasir
1/2 biji lemon (diparut kulitnya)
1 1/2 cawan tepung serbaguna (diayak)
1 cawan tepung jagung
1 1/4 cawan emping jagung (dikisar)
3/4 cawan kacang walnut (dipanggang dan dikisar kasar)
1/2 cawan buah aprikot kering (dikisar)
1 biji telur (dipukul)
1 biji buah lemon (diambil jus)

Cara Menyediakannya

1. Pukul mentega bersama gula sehingga sebati.

2. Masukkan kulit lemon, tepung serbaguna, tepung jagung, kacang
walnut, telur, jus lemon dan buah aprikot kering, campurkan dan
gaul rata.

3. Bentukkan doh menjadi " baton " kecil, balutkan dengan kertas
minyak, sejukkan di dalam peti sejuk sehingga keras.

4. Untuk membakarnya, keluarkan doh dan biarkan ia melembut
pada suhu bilik.

5. Kemudian potong menjadi hirisan setebal 1/4 atau 1/2 inci.

6 Bakarkan ia di dalam oven selama 10-12 minit sehingga berwarna
kekuningan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

|