Monday, November 28, 2005

Resipi...KAMBING KUZI

KAMBING KUZI


Bahan Utama (daging)

1 ekor kambing
(digaul dan diperap selama 1 jam bersama tepung, garam dan jus 1 biji lemon, kemudian dicuci)
sedikit minyak sapi dan mentega untuk menumis.
Sedikit halia dan bawang putih (dikisar)

Bahan A

1 kg bawang merah }
½ kg bawang putih } dikisar halus
½ kg halia }
segenggam koma – koma

Bahan B

1 kg cili hijau
1 kg daun saderi )
10 ikat daun pudina } dikisar
5 ikat daun ketumbar }

Bahan C

3 helai daun pandan
3 kg bawang besar (digoreng)
2 kg bawang kecil (digoreng)
2 mangkuk kismis
tomato puree
sos tomato
jintan manis
jintan halus
serbuk ketumbar
susu cair
lobak merah dan ubi kentang (dipotong dadu)


Cara Menyediakannya

1. Kambing disapu dengan bahan A sehingga rata bersama koma-
koma, kemudian perap selama 1 jam.

2. Selepas 1 jam, bersihkan kambing tersebut lalu digoreng dalam
minyak sapi dan sedikit mentega sehingga garing di kedua-dua belahnya.

3. Masukkan semula bahan-bahan perap tadi dan goreng sehingga
wangi.

4. Sementara itu kisarkan bahan B, kemudian masukkan bahan B
dan bahan C ke dalam kambing tersebut.

5 Masak sehingga kuahnya pekat dan dagingnya empuk.

6. Hiaskan di atas nasi pilaf pudina.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

|