Resipi...KEK PISANG BERAISING KEJU KRIM
Bahan Bahan (Kek)
225 gm mentega tanpa garam
1 cawan gula halus
2 biji telur
1 cawan pisang (dilecek)
1/3 cawan yogurt (tairu)
1 s/kecil esen vanila
1 ¾ cawan tepung gandum serbaguna
¼ s/kecil garam
1 s/kecil serbuk penaik
Cara Menyediakannya
1. Pukul mentega dan gula sehingga ringan dan gebu, masukkan
telur sebiji demi sebiji diikuti pisang lecek, tambah yogurt (tairu)
dan esen vanila, ayak bersama tepung, garam dan serbuk penaik,
masukkan ke dalam adunan mentega.
2. Tuang adunan ke dalam acuan 22 cm bergris dan bertepung,
bakar pada suhu 180 darjah selsius selama 40 minit, sejukkan.
Bahan Bahan (Aising Keju Krim Berpisang)
340 gm keju krim (dilembutkan pada suhu bilik)
1 cawan gula serbuk
sedikit jus lemon
Cara Menyediakannya
1. Pukul keju krim sehingga lembut dan tidak berbintil – bintil
sebelum dimasukkan bahan selebihnya, sapu pada kek sejuk.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home