Resipi...NASI PILAF PUDINA
Bahan-Bahan
15 ulas bawang merah }
6 ulas bawang putih } dikisar halus
4 cm halia }
bunga lawang }
bunga cengkih } rempah penumis
kulit kayu manis }
5 cawan stok ayam/kambing
4 helai daun pandan
1 tin minyak sapi
1 cawan mentega
5 cawan beras basmati
1 cawan kismis
200 gm bawang goreng
2 batang serai (diketuk)
sedikit garam dan koma-koma
kulit lemon dan jus lemon
sedikit bawang goreng, daun pudina dan hati ayam /lembu
Bahan Rebusan ( stok)
kulit dan daging kambing
1 batang serai
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
sedikit kulit kayu manis dan bunga lawang
sedikit bawang dan halia yang telah dikisar
Bahan Hiasan
Daun ketumbar }
Daun pudina } dihiris halus
Bawang goreng
5 biji telur rebus
Cara Menyediakannya
1. Tumis rempah penumis di dalam minyak sapi sehingga wangi,
masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan goreng
sehingga garing.
2. Masukkan serai dan daun pandan, kemudian masukkan beras dan
stok rebusan.
3. Renehkan sebentar, masak sehingga nasi menjadi kering.
4. Hiaskan dengan bawang goreng, telur rebus dan kuzi kambing,
hidangkan.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home