Monday, November 28, 2005

Resipi...BISKUT PERKAHWINAN MEXICO

Bahan Bahan

2 1/2 cawan tepung gandum serbaguna (diayak)
1/4 s/kecil garam
1 cawan kacang pecan (dicincang)
1 cawan mentega
1/2 cawan gula serbuk
2 s/kecil esen vanila
1/2 s/kecil serbuk kulit kayu manis

Cara Menyediakannya

1. Campur tepung , garam, dan kacang pecan.

2. Di dalam mangkuk lain, putar mentega dan gula sehingga gebu,
tambah esen vanila.

3. Dengan perlahan - lahan kaup dan balikkan campuran tepung dan
kacang ke dalam adunan mentega sehingga menjadi doh, bulat -
bulatkan doh seperti guli. Atur di atas dulang pembakar bergris
dan bakar pada suhu 175 darjah selsius selama 15 minit sehingga
kuning keemasan, angkat dan atur di atas redai, ayak gula serbuk
ke atasnya diikuti dengan serbuk kulit kayu manis, bubuh biskut di
dalam mangkuk-mangkuk kertas kecil untuk menghidang.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

|