Monday, March 19, 2007

KUNG PAO CHICKEN

Sumber– Cranko@cari

Bahan A
600 gm isi ayam - potong dadu / nak guna ikan atau daging pun boleh tepung jagung garam - isi ayam disalutkan sedikit garam dan tepung jagung - then goreng dan toskan.

Bahan B
100 gm kacang gajus - goreng dan toskan minyak
30 gm lada kering - pilih yg lebar2 dan potong dlm 1 - 1.5 inchi panjang
2 biji bawang besar (kuning) - potong dadu besar2
4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
2 inci halia - ditumbuk halus
1 biji lada bangala hijau- potong lebar
2 sediikit 3 sdm sos tiram
2 sdm cili sos
1/4 cwn air minyak tuk menumis garam - kalau perlu

Cara
Panaskan sedikit minyak dlm kuali
Goreng lada kering hingga garing dak ketepikan
Tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar. M
asukkan lada bangala, isi ayam dan sos tiram dan cili sos dan sedikit air.
Biakan kering masukkan kacang gajus, kacau dan matikan

|

Orange Mocha Brownies

170gm Tepung Gandum
50gm Koko Powder
1 sudu besar Nescafe
200gm Gula Castor
4 bijik telur
1 sudu besar Esen Vanila
150gm Choc Chip
1/2 cwn Jus Oren
Parutan Kulit Oren, sebijik or 2 bijik (ikut suka)

Topping
200gm choc masakan
1/4 cawan cream
1 sudu besar Nescafe

Method Brownies
1. Alas loyang 10X10 ngan kertas...lebeykan 2 hujung, untuk senang nak angkat kuar. Sapu ngan butter sket.
2. Ayak tepung ngan koko.
3. Pukul butter ngan gula sampai gebu.
4. Boh telur ngan esen.
5. Boh tepung...sampai part ni sy gaul pakai whisk/spatula jer.
6. Boh jus ngan parutan kulit oren
7. Last boh choc chip.
8. Tuang dlm loyang dan sumbat dlm oven.
9. Time asal is 25mins....tp kena tengok oven gak...temp sy letak dlm 150Cjer.

Method Topping
1.Double boil sume2 bahan.
2. Panas2 curah atas brwnies yg dah sejuk
3. Hias ikut suka ati... :)

|

Varieties ALFREDO SAUCE

ALFREDO SAUCE

1/2 cup cream cheese
1 cup milk 0-2 %
3 tbsp freshly grated Parmesan cheese
1 clove of garlic
1 tbsp pepper
1/2 tsp salt
3 tbsp dry parsley/ 1/2 cup fresh

The best way to make this consistent is to use a blender, put cream cheese, milk, Parmesan, cheese, garlic, pepper and salt in blender. Blend until there are no clumps, poor into sauce pan on medium heat, cook for about 10 minutes, well cooking add parsley, is fresh chop finely and extra for garnish. Cook your favorite pasta, I recommend spaghetti, if you want you may want to add chicken bacon any one of your favorite meats, I find it goes great with clams.Pour desired amount over pasta, cook meat in sauce to absorb flavour into the meat, cook sea food in different pan and than add over pasta before pouring Alfredo Sauce. If you find the original sauce using heavy cream and butter to be too heavy, then this modified, lighter version may be a healthier choice for you.


LOW CARB ALFREDO SAUCE
3 1/2 cups heavy cream
3 tablespoons grated Parmesan cheese
2 cloves garlic, minced
2 T onion or shallot, minced
3 tablespoons butter, unsalted
1/2 teaspoon each salt and pepper -

Melt butter in a saucepan and saute onion or shallot over medium heat until translucent, reduce heat and add garlic, saute one minute. Add remaining ingredients, cover, and simmer over low heat for 20 to 30 minutes.Approximately 28 carbohydrates total; 4 servings, 7 carbohydrates each.


ALFREDO SAUCE
1/3 c. butter
1/4 c. flour
3 c. milk
1 c. heavy cream
1 c. Parmesan
1/4 tsp. pepper

Melt butter, then add flour, cook until bubbly, approximately 1 minute, gradually add milk while stirring. Add cream all at once, cook over medium heat stirring well until thickened. Remove from heat and add Parmesan until melted then add pepper. Serve over pasta.


ALFREDO SAUCE
1 pt. whipping cream
1/4 c. butter (pure)
1/4 tsp. garlic
1/4 tsp. salt
1/4 c. each mozzarella & Cheddar cheese
1 c. crabmeat

Mix cream, butter (melted), garlic, salt and melted cheese. Add crabmeat and heat in microwave for 3 minutes. Or until mixture is heated and smooth. Pour over noodles. Serve with salad or garlic bread. Serves 4.


CHICKEN BREAST ALFREDO
1 lg. onion, chopped
1 lg. green pepper, chopped
3/4 c. butter
2 cloves garlic, crushed or garlic powder
2 whole chicken breasts, split and boned
1/2 c. wine
1 (16 oz.) can Hunts Special Tomato Sauce
2 tbsp. basil
1/2 tsp. oregano
1 c. mushrooms
1/4 c. soy sauce
6 oz. Mozzarella cheese strips
Salt and pepper

Saute onions and pepper in 1/2 cup butter. Add garlic with slotted spoon. Remove vegetables and set aside. Brown chicken breasts in pan and then replace onion, pepper, garlic and add wine, tomato sauce, spices, salt and pepper. Cover and cook until tender about 30 to 45 minutes. While chicken is cooking, saute mushrooms in soy sauce and remaining butter until tender. When chicken is tender cover with cheese strips (just before serving). When cheese begins to melt top with mushrooms. Serve over butter parsley, spaghetti.

|

Bake Hazelnut Coffee Cheese Cake

Untuk base

150 gm butter
30 gm gula perang
1 sudu besar nescafe/instant coffee dicampur dgn 1/2 sudu besar air.. (jadikan pes)
200 gm digestive biscuits (Mc Vities) - hancurkan dan lumatkan....
50 gm kacang hazelnut.. halus

60 gm cooking cekelat dicairkan


Gaul biskut, kacang, gula, nescafe dgn butter tu tadi. Tekankan ke dalam acuan springform berukuran 8 x 8 inci.

Ratakan cokelat yang telah dicairkan... Simpan dalam esbox sat.


Fillings

500 gm Philadelphia Cream Cheese
130 gm gula kastor
2 1/2 sudu besar instant cofee
20 gm tepung jagung
50 gm kacang hazel (halus)
4 biji telur (dipecahkan terlebih dahulu dan kacau-kacau sikit)
300 ml whipping cream


Cream Cheese di keluarkan dari peti es lebih kurang 1 - 2 jam sebelum digunakan supaya dalam keadaan suhu bilik dan tidak akan berketul bila kita memutarnya.

Putar Krim Cheese dgn gula sampai kembang. Masukkan kacang dan tepung. Masukkan nescafe yang dibancuh dgn 2 sudu besar air panas. Masukkan tepung dan masukkan telur. last masukkan whip cream tadi dan kacau hingga sebati... Tuang ke atas base tadi. Buatlah design atas cake tu kalau nak.. tak nak tak perrr...


Bakar secara bain marie....lebih kurang 45 minit ke 1 jam. pastu tutup api oven dan biarkan kek tu di dalam oven... sekurang-kurangnya 1 jam atau pun seelok-eloknya semalaman.. hehehehe...dah sejuk baru kuarkan dari acuan... kalau tak jadi kek gunung berapi meletup.


PERHATIAN

Acuan Spring Form tadi hendaklah di balut dgn aluminium foil sebelum letak ke dalam bekas yang berisi air. Kang basah plak kek tu...

|

YAU CHA KWAY

Bahan-B ahannya :

500gm tepung gandum

2 cawan air

1 camca besar marjerin di masak ( cairkan )

1 camca teh garam halus

3 sudu makan gula

1 sudu makan susu pekat manis

1 biji kuning telur

2 camca teh yis kering

½ camca teh soda bikarnonat ( jika tak pakai pun lagi lembut )

Minyak untuk menggoreng



Cara Membuatnya :

Sediakan satu mangkuk adunan.

Masukkan 2 cawan air, marjerin, gula, susu, garam, kuning telur, yis kering dan soda bikarbonat.

Semua bahan tersebut di kacau hingga larut, masukkan tepung sedikit demi sedikit.

Adunan biar lembut. Uli hingga tidak melekat.

Bulat-bulatkan adunan. Biarkan sehingga ½ jam, tutup dengan tuala.

Ambil adunan dan canai. Kerat-kerat dan ambil lidi basah, tekan dan tindih dan di tarik panjang.

Panaskan minyak dan goreng sehingga kuning dan masak.

Goreng dengan api sederhana.

|

PUDING SEMANGKA

Bahan Lapisan Merah :
7gm agar-agar serbuk warna putih
250ml yoghurt tawar
175gm syrup strawberry
2 biji telur diambil putihnya sahaja
50gm kismis

Bahan Lapisan Putih :
1 sudu teh agar-agar serbuk warna putih
50ml yoghurt tawar
1 sudu makan gula pasir

Bahan Lapisan Hijau :
1 sudu teh agar-agar serbuk warna putih
50ml air
1 sudu makan gula pasir
2 titik pewarna hijau

Cara Membuatnya :

Didihkan agar-agar, yoghurt, dan syrup strawberry.Matikan api, kacau perlahan. Diamkan hingga wap panasnya hilang.Kacau putih telur hingga kaku.Tuang larutan agar-agar.Masukkan kismis dan gaul rata.Siapkan 2 buah acuan bentuk segitiga.Tuang sama banyak ke masing-masing acuan.Rebus Bahan Lapisan Putih, tuangkan di atas lapisan merah. Diamkan hinggaseparuh beku.Rebus Bahan Lapisan Hijau, tuangkan di atas lapisan putih. Diamkan hinggamembeku seluruhnya, Sajikan sejuk.

|

BAR BERI BIRU

Bahan-bahan
1 cawan gula
1 sudu teh baking powder
3 cawan tepung serbaguna
1 cawan shortening (guna mentega pun ok)
1 biji telur
¼ sudu teh garam
Secubit serbuk kayu manis
1 tin blueberry fillings

Cara Membuatnya
Panaskan oven ke kehangatan 375 degree F atau 190 darjah C.
Griskan Loyang 9 x 13.
Gaulkan gula, tepung dan baking powder.
Masukkan garam dan serbuk kayu manis. Gunakan garpu untuk menggaul bahan-bahan di atas. Dohnya akan bertekstur crumbly.
Masukkan doh ke dalam Loyang dan tekan-tekankan dengan sudu untuk memampatkannya. Tinggalkan sedikit untuk digunakan kemudian.
Masukkan blueberry filling sehingga penuh atas doh.
Taburkan baki doh yang berlebihan tadi.
Tekankan dengan bilah-bilah Loyang cutter.
Bakar sehingga 45 minit atau sehingga bahagian atas menjadi kuning keemasan.
Tunggu hingga betul-betul sejuk baru tanggalkan bilah-bilah Loyang cutter tersebut.

|

SAMBAL MANGGA

Sumber : Majalah Rasa Edisi Bazar Ramadan '06

Bahan-bahan
5 biji cili merah
3 biji cili padi
1 biji mangga muda dihiris
1 cm belacan
Sedikit ikan bilis
Sedikit udang kering
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit bahan perasa


Cara Membuatnya
Tumbuk cili merah, cili padi dan belacan hingga lumat.
Kemudian masukkan mangga yang dihiris halus. (Jeni grate je kat grater)
Masukkan sedikit ikan bilis dan udang kering serta rasakan dengan garam dan gula. (Jeni tumbuk sikit ikan bilis dan udang kering tu)
Masukkan serbuk perasa dan gaul.

|

Friday, March 16, 2007

Kuih Ambun

Sumber : Dari Dapur Kintan (Buku Kuih Muih Tradisional 2)

7 biji telur
1 1/2 cawan gula (boleh dikurangkan sebab agak manis kuih nie)
2 cawan tepung gandum
sedikit warna hijau
sedikit esen rose

1. Pukul telur dan gula sampai kembang
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata.
3. Masukkan esen rose dan bahagi 2.
4. Satu bahagian warna hijau dan lagi sebahagian warna putih.
5. Masukkan dalam acuan berselang seli.
6. Kukus sampai masak.

Peringatan: Alas acuan dahulu dengan kertan minyak.

|

HIMPUNAN BBQ

SAMBAL HIJAU
Diana Arshad

Bahan-Bahannya :
7 tangkai cili hijau besar
11 tangkai cili padi hijau
1 labu bawang merah besar dimayang halus
100gm belacan
Sedikit gula
1 sudu kecil minyak masak

Cara Membuatnya :
Cili hijau besar dibasuh dan dipotong dua secara memanjang.
Basuh cili padi.
Panaskan minyak masak dan goreng cili hijau dan cili padi sehingga warna cili kekuning-kuningan.
Masukkan bawang merah dan belacan.
Terus goreng sehingga masak.
Angkat dari kuali dan tumbuk hingga lumat.
Masukkan gula dan gaul sehingga rata.


SOS BBQ / REMPAH UNTUK DIJADIKAN BAHAN "MARINATE"

SOS BBQ ( Basic ) :
Diana Arshad

Bahan-Bahannya :
1 biji bawang dicincang halus
2 sudu besar minyak sayuran
2 sudu besar cuka
2 sudu besar gula perang
4 sudu besar jus lemon
1 cawan sos tomato
3 sudu besar sos Worcestershire
½ sudu teh sos tobasco
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya :
Panasakan minyak dan tumis bawang sehingga kuning dan masukkan bahan-bahan yang lain.
Reneh sos selama 30 minit.
Setelah sejuk masukkan kedalam belender untuk mendapatkan sos yang halus.
Boleh digunakan untuk ayam, daging, rusuk sewaktu barbeku.


SOS PERAPAN YANG SESUAI UNTUK DAGING STEAK
( Daging hendaklah diperap dengan sos sekurang-kurangnya 4 jam dan lebih baik semalaman )
Diana Arshad

Bahan-Bahannya :
1/3 cawan soya sauce
1/3 cawan minyak sayuran
2 sudu besar madu
2 sudu besar halia diparut halus
1 ulas bawang putih dicincang halus

Cara Membuatnya :
Campurkan kesemua bahan-bahan dan gunakan untuk perap daging steak yang hendak dibarbeku.


REMPAH RUB UNTUK RUSUK KAMBING
Diana Arshad

Bahan-Bahannya :
1¼ cawan gula
1¼ cawan gula perang
¼ cawan serbuk lada hitam
¼ cawan paprika
Garam secukupnya

Cara Membuatnya :
Campurkan kesemua bahan boleh digunakan untuk rusuk kambing yang hendak dibarbeku.
Lumurkan pada rusuk kambing 10 minit sebelum dibarbeku.
Lebihan rempah boleh disimpan dalam bekas ketap udara.


GARLIC BUTTER ( Sesuai Untuk Udang, Kepah Dan Ketam )
Diana Arshad

Bahan-Bahannya :
1 cawan mentega
8 ulas bawang putih dicincang halus

Cara Membuatnya :
Bawang putih yang telah dicincang digaulkan dengan mentega.
Lumurkan 10 minit sebelum barbeku udang.
Udang juga sedap dibarbeku begitu sahaja untuk mengekalkan rasa manisnya.
Untuk ketam lumurkan dengan Garlic Butter sewaktu barbeku taburkan sedikit lada hitam atas ketam.
Kepah juga sesuai untuk dilumur bersama garlic butter sebelum dibarbeku.
Fuhh sedap hingga menjilat jari.


DRUMSTICK / KEPAK AYAM BBQ

24 keping drumstick ayam

Bahan Perapan :
16 sudu besar sos tomato
16 sudu besar sos Worchestershire
9 sudu besar madu
250gm gula perang
2 sudu the sos tobasco
Garam dan lada hitam secukupnya

Cara Membuatnya :
Atur drumstick ayam dalam bekas.
Campurkan kesemua bahan perap dan tuangkan ke atas drumstick.
Perap dalam peti sejuk selama 12 jam.
Kemudian boleh dibarbeku.

Nota : Boleh juga gunakan kepak ayam.


IKAN KEMBUNG BALUT DAUN PISANG
Diana Arshad

Bahan-Bahannya :
Ikan kembung secukupnya
Daun pisang (secukupnya)
10 helai daun limau purut dihiris halus
200gm cili hidup merah
100gm lada kering
2 labu bawang besar
3 labu bawang putih
2 inci halia muda
1 biji limau kasturi
Kicap manis secukup rasa
Garam
Serbuk perasa
Minyak untuk menumis secukupnya

Cara Membuatnya :
Kisar kesemua bahan kecuali ikan dan daun pisang.
Letak ikan diatas daun pisang dan lumurkan dengan rempah yang telah dikisar.
Kemudian balut daun pisang dan disematkan dengan lidi.
Perap dalam peti sejuk dan sedia untuk dibarbeku.




KEBAB
Diana Arshad

Bahan-Bahannya :
2 cawan jus tomato
½ cawan mentega
¼ cawan bawang besar dicincang halus
1/3 cawan sos tomato
1 sudu teh garam
½ sudu teh serbuk lada hitam
1 ulas bawang putih dicincang
1 sudu besar sos Worchestershire
1 sudu teh sos tobasco ( yang pedas tu )
2 pound daging lembu dipotong dadu 1 inci
½ pound cendawan butang segar, buang batangnya
Tomato ceri secukupnya
1 biji bawang besar dibelah empat
1 biji capsicum hijau dipotong 1 inci persegi
Lidi satay secukupnya ( sebaik-baiknya lidi satay direndam dengan air, jadi bila dibarbeku lidi tidak mudah patah )

Cara Membuatnya :
Panaskan kuali, campurkan jus tomato, mentega, bawang, sos tomato, garam, lada hitam, bawang putih, sos Worcestershire dan sos tobasco.
Biarkan ia reneh selama 30 minit.
Angkat dari atas api dan biarkan ia sejuk.
Cucuk daging, cendawan, tomato ceri, bawang dan lada capsicum ke lidi yang telah direndam air.
Bila hendak barbeku, sos yang dimasak tadi disapukan dan barbeku.


SATAY

Bahan A :
1kg dating kambing / peha ayam / lembu
250gm gula pasir
Garam secukup rasa
Lidi satay

Bahan A - Untuk Dikisar :
2 sudu makan ketumbar biji
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan jintan manis
1 jari halia
1 jari kunyit hidup
2 batang serai
4 biji bawang putih

Cara Membuat Bahan A :
Daging dicuci bersih dan ditoskan.
Hiris daging mengikut citarasa anda, tetapi selepas dihiris jangan dicuci lagi.
Gaul hirisan daging dengan Bahan A yang telah dikisar, gula dan garam sehingga rata.
Perap selama 2 atau 3 jam supaya rempahnya meresap.
Barulah dicucuk dengan lidi.
Bakar diatas tempat pembakar sate dengan menggunakan bara arang.
Renjis dengan Bahan B dan bakarlah sehingga ia garing dan masak.
Hidangkan dengan kuah sate, ketupat, hirisan timun dan bawang.

Bahan B :
1 biji buah keras ditumbuk
1 sudu teh gula pasir
1 sudu makan air
1 sudu makan minyak makan

* Kesemua Bahan B ini dibancuh

Bahan C - Kuah Satay :
600gm kacang tanah digoreng dengan sedikit minyak
60gm asam jawa
240gm gula pasir
2 batang serai dititik
1 jari lengkuas, dititik
Minyak untuk menumis

Bahan C - Untuk Dikisar :
30 batang lada kering
3 biji bawang besar
6 biji bawang putih
8 biji buah keras
1 jari kunyit hidup
40gm belacan

Cara Membuat Bahan C - Kuah Satay :
Kacang tanah dikisar jangan terlalu halus.
Asam jawa diramas dengan 6 cawan air dan ditapis.
Panaskan minyak. Tumis rempah kisar sehingga garing dan enak baunya.
Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik.
Tuangkan air asam. Kacau rata.
Masukkan pula gula pasir dan garam.
Akhir sekali masukkan kacang tanah dan masaklah sehingga mendidih dengan api yang sederhana.
Kuah satay ini perlu dikacau selalu, supaya dasarnya tidak hangus.
Masaklah sehingga kepekatan yang diinginkan.
Kuah sate enak dimakan setelah disimpan semalaman.


JAGUNG BBQ
Diana Arshad

Bahan-Bahannya :
10 batang jagung
Mentega secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Sedikit air
Aluminium foil

Cara Membuatnya :
Sapukan mentega secukupnya pada jagung dan taburkan sedikit garam dan gula secukupnya.
Tuangkan satu sudu makan air dan balut dengan aluminium foil.
Kemudian boleh dibarbeku.


KENTANG BBQ
Diana Arshad

Bahan-Bahannya :
10 biji kentang ( yang sedap kentang kulit merah )
Sour cream
Sedikit hirisan daun bawang
Aluminium foil

Cara Membuatnya :
Balutkan kentang dengan aluminium foil, kemudian barbeku.
Bila sudah masak buka aluminium foil belah memanjang dan melintang dan tekan gunakan jari tepi kentang. Isi kentang akan terkeluar sedikit.
Tuangkan sedikit sour cream diatas kentang yang panas itu dan hirisan daun bawang.


COLESLOW
Diana Arshad

Bahan-Bahannya :
200gm kobis manis diracik
1 batang lobak merah kecil diracik
1 cawan mayonis
2 sudu besar air cold water
1 sudu kecil lada sulah
Garam

Cara Membuatnya :
Gaulkan kesemua bahan dan disimpan didalam peti sejuk.
Hidangkan bila hendak dimakan.


SALAD BUAH
Diana Arshad

Bahan-Bahannya :
2 cawan epal dipotong dadu
1 camca teh jus lemon
1 cawan anggur hijau tanpa biji
½ cawan tembikai merah dipotong dadu
1 cawan tembikai susu dipotong dadu
1 camca teh jus oren
1 cawan krim putar
2 camca besar dadih
3 camca besar mayonis
¼ cawan gula kastor - lebihkan, jika suka
Secubit garam

Cara Membuatnya :
Campurkan epal dengan jus lemon.
Gaul dengan semua buah-buahan lain.
Dalam mangkuk kecil, satukan jus oren, krim putar, dadih, mayonis, gula dan garam hingga sebati.
Kacau rata dan simpan di dalam peti sejuk atau hidangkan segera.


COCKTAIL JELLY
Diana Arshad

Bahan-Bahannya :
1 gelas agar-agar ( basahkan untuk disukat dalam gelas )
5 gelas air ( saiz gelas yang sama )
1 tin cocktail ( asingkan isi dan air )
1 gelas air cocktail
3 sudu mango juice ( sebagai penyedap rasa dan penambah warna )
1 senduk gula ( ikut citarasa masing-masing )

Cara Membuatnya :
Masukkan agar-agar, air dan gula ke dalam periuk.
Kemudian masak sampai semuanya sebati dan agar-agar benar-benar hancur.
Kemudian masukkan air cocktail dan mango juice. Kacau hingga mendidih.
Susun buah cocktail dalam acuan kemudian tuangkan agar-agar tadi kedalam acuan yang sudah sedia dengan buah cocktail.
Biarkan sejuk kemudian masukkan ke dalam peti ais


MUSHROOM SAUCE
Diana Arshad

Bahan-Bahannya :
¼ pound butter
1 pound cendawan butang fresh dibersihkan dan dihiris
1 cawan daun bawang dihiris halus
2 sudu besar bawang putih, dicincang
2 sudu besar pes tomato
1½ cawan stok daging lembu
1 cawan tomato puree
½ sudu teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya :
Panaskan periuk dan cairkan mentega dan masukkan cendawan.
Masak sehingga cendawan lembut.
Masukkan bahan-bahan yang lain dan masak atas api yang sederhana selama 1 jam.
Sos sedia untuk dihidang.


BLACK PEPPER SAUCE
Diana Arshad

Bahan-Bahannya :
½ cawan mentega
2 sudu besar sos Worchestershire
¾ sudu besar lada hitam
2 titis sos tobasco
½ cawan jus lemon
1 biji bawang putih dicincang
½ sudu teh mustard kering
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya :
Panaskan periuk dan masukkan kesemua bahan-bahan sehingga mentega cair.
Boleh juga tambahkan stok daging jika mahu kemudian masak hingga sos pekat.


THOUSAND ISLAND DRESSING
Diana Arshad

Bahan-Bahannya :
½ cawan mayonnaise
2 sudu besar sos chilli
2 sudu besar capsicum hijau dicincang halus
1 biji telur rebus dicincang halus
Garam dan lada hitam secukup rasa
12 biji buah olives
1 sudu makan sweet pickles ( jeruk mentimun manis ) dicincang
2 sudu makan daun bawang dicincang

Cara Membuatnya :
Campurkan mayonnaise bersama sos chilli, gaul rata kemudian campurkan kesemua bahan dan gaul sebati.
Simpan di peti sejuk sehingga tiba waktu menghidang.
Resipi ini boleh dapat 1½ cawan dressing.


THOUSAND ISLAND DRESSING VERSI 2
Diana Arshad

Bahan-Bahannya :
1½ cawan celery dicincang halus
½ cawan dill relish ( jeruk mentimun )
2 sudu makan gula
1 susu besar sos Worcestershire
1 cawan sos tomato
1 sudu the sos tobasco

2 cawan mayonnaise
2 biji telur rebus dicincang

Cara Membuatnya :
Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati. Kemudian sejukkan.
Resipi ini boleh dapat 4 cawan dressing.


QUICK THOUSAND ISLAND DRESSING
Diana Arshad

Bahan-Bahannya :
2 biji telur rebus dilenyek hingga hancur
2 cawan mayonnaise
1 sudu makan sos tomato
Garam dan lada hitam

Cara Membuatnya :
Gaul semua bahan hingga sebati dan sejukkan.

|