Wednesday, October 05, 2005

Resipi...CHAP CHAI

Sumber: Salmah Salleh

Bahan-bahannya
400 gram daging lembu, dihiris tipis
400 gram udang, buang kepala dan kulitnya
400 gram fish cake
5 ulas bawang putih, dikisar
2 sudu teh serbuk lada putih
sedikit tepung jagung dan sos tiram
1/2 biji kobis panjang, dihiris
sedikit bunga kobis, dihiris sederhana
sebiji lobak merah, dihiris serong
beberapa batang jagung muda, dipotong serong
sebiji lada capsicum, dihiris
sebiji tomato, dipotong lapan
(boleh tambah sayur-sayur lain jika mahu)

Cara-caranya
Tumis bawang putih sehingga garing dan wangi. Masukkan daging, udang dan fish cake dan tumis hingga garing, masukkan serbuk lada putih, garam dan sedikit sup. Masak sehingga dagingnya lembut, masukkan sos tiram dan perasa.

Akhir sekali baru masukkan sayur-sayuran yang telah dihiris dan sedikit tepung jagung yang telah dicampurkan dengan air. Kalau hendak membuat chap chai berkuah, tidak perlu masukkan tepung jagung, sebaliknya lebihkan air supnya. Hidangan ini lebih sedap dimakan bersama lada jeruk.

Cara menyediakan sup
Kaki, tulang-tulang, leher dan lebihan kepak ayam, hendaklah direbus dengan beberapa ulas bawang putih yang telah dikisar. Sedikit lada putih, garam, serbuk perasa dan daun pandan. Rebus sehingga ia menjadi sup. Ia boleh disimpan dan digunakan untuk sup nasi ayam, mee sup, mee bandung dan banyak lagi hidangan. Chap chai kering atau basah, sedap jika menggunakan kuah dari sup ini.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

|