Tuesday, December 13, 2005

Resipi...AYAM BAKAR KICAP

Bahan-Bahannya :

1 ekor ayam dipotong 8 bahagian
2 sudu makan jus limau nipis dan 2 sudu teh garam
2cm lengkuas dititik
2 batang serai dititik
2 lembar daun limau
2cm halia
2 sudu makan kicap manis
2 sudu makan minyak goreng



Bahan-Bahan Dikisar :

3 cili merah
6 cili padi merah
8 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
5 biji buah keras disangrai
3cm kunyit
1 sudu teh garam


Bahan Sapu :

2 sudu makan margarin cairkan
7 sudu makan kicap manis


Cara Membuatnya :

Cuci bersih ayam, lumur dengan jus limau nipis dan garam, perapkan sebentar.

Cuci bersih kembali, toskan.

Lumur ayam dengan bahan yang telah dikisar halus, tambahkan 2 sudu makan

minyak goreng. Perapkan selama 30 minit.

Masak ayam bersama rendamannya, tambahkan lengkuas, serai, daun limau

dan halia. Masak hingga ayam empok, angkat.

Siapkan bara api, panggang ayam. Semasa memanggang, sapukan ayam

dengan campuran margarin dan kicap manis. Panggang hingga berwarna agak

gelap, angkat. Sajikan hangat.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

|