Friday, September 08, 2006

Kerabu IkanKembong

Bahan-bahannya :
8 ekor ikan kembong digoreng dengan sedikit garam dan kunyit
1 cm halia muda dihiris nipis
½ cawan daun pudina diracik halus
½ cawan daun ketumbar
6 tangkai daun bawang
4 batang serai muda
10 biji bawang merah
8 biji cili padi dihiris nipis
2 biji mangga masam
¼ biji nenas
½ bunga kantan
¼ cawan sos ikan Jus dari
3 biji limau nipis dilarutkan sampai sebati
3 camca besar gula melaka
Minyak sawit (Vesawit) untuk mengoreng ikan

Cara-caranya:
Asingkan isi ikan dan buang tulangnya.
Gaulkan semua bahan-bahan di dalam mangkuk menjadi satu dan sajikan segera.

|

SAMLA NAMYA

Bahan-bahan
3 batang serai
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih - dikisar lumat
15 batang cili kering
2 cm belacan
Minyak sawit (Vesawit) secukupnya
2 peket kecil serbuk kari (udang, ketam dan ikan)
Santan pekat dari 2 biji kelapa (semangkuk besar)
¼ cawan sos ikan atau lebih sedikit
1 cawan kacang tanah digoreng dan ditumbuk kasar-kasar
500 gm isi ikan merah dipotong nipis-nipis
Isi ketam daripada 4 ekor ketam yang direbus dahulu
Air limau (3 biji limau)

Bahan-bahan utk disajikan bersama
300 gm Meehoon dicelurkan
2 batang timun dibuang tengahnya dan dihiris nipis-nipis
200 gm kacang panjang mentah dihiris nipis-nipis
200 gm taugeh dibuang hujungnya dan disajikan mentah
3 ikat daun kesum dicincang halus
30 biji telur puyuh rebus dan dikupas
6 keping 'fish cake' digoreng dan dihiris nipis-nipis
Cara-caranya:
Panaskan minyak didalam periuk.
Gaulkan rempah kari dengan sedikit air supaya sebati.
Apabila minyak panas tumiskan bahan-bahan A sampai ianya kuning.
Pada api yang sederhana, masukkan rempah kari tadi dan digoreng sampai ianya wangi.
Setelah itu masukkan santan cair dan didihkan 10 minit lagi.
Setelah itu masukkan santan pekat, dibiarkan mendidih.
Sebelum dimasukkan isi ikan merah serta isi ketam dan sos ikan serta sedikit gula dan juga kacang tumbuk.
Biarkan mendidih perlahan-lahan 5 minit lagi.
Padamkan api dan masukkan jus limau nipis. (Setelah dirasa barulah ditambahkan garam, gula ataupun air limau lagi jika perlu).

|

Mee Betawi

Sumber : Suria Channel

Bahan-Bahan
Daging Lembu (yang telah dikisar atau dipotong dadu)
3 batang Kayu Manis
3 keping Buah pelaga
3 keping Buah cengkih
3 keping Buah lawang
3 batang Kayu manis
3 keping Halia
Sedikit Lada hitam
Sedikit Lada putih
Sedikit Cili Boh & Cili Padi
Sedikit Rempah Sop
Sedikit Sos tomato & Sos Cili
Minyak untuk menumis

Cara Cara

1. Tumiskan kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang, lada
putih, halia, cili boh, rempah sop dan sos tomato dan cili hingga
garing.
2. Selepas itu masukkan air diikuti dengan lada hitam.
3. Setelah air mendidih, masukkan daging dan empat sudu kicap manis.
4. Akhir sekali, masukkan tepung jagung yang telah dicampur air untuk
memekatkan kuah setelah daging empuk.

|

DAGING ROAST (ROAST BEEF)

Bahan-Bahan
2 kilo daging sirloin, sebaik-bainya dibuang sebahgian besar lemaknya.
Tinggalkan
sedikit sahaja. Kemudian ketulan daging ini diikat, supaya bila masak rupanya
cantik dan dagingnya mampat.
1 sudu teh mustard (berwarna kuning)
1 sudu makan lada hitam, ditumbuk kasar
1 sudu teh mixed herbs
Sedikit garam

BAHAN-BAHAN BERIKUT DILETAKKAN DISEKELILING DAGING SEMASA MEMBAKAR
2 biji bawang besar, setiap satu dibelah 4
2 batang celery, dipotong sejari panjang
200 gram bunga kobis, dibelah belah
Beberapa batang parsley

BAHAN HIASAN- DIKUKUS ATAU DIBAKAR
2 biji kentang
2 biji tomato
1 jambak broccoli
1 jambak bunga kobis

BAHAN SOS
1-2 sudu makan tepung gandum
1 cawan atau stock sayur/daging
Sedikit lada hitam
Cara Cara

Terlebih dahulu siapkan dulang pembakar yang sesuai, yang boleh muat 2
kilo daging..

Daging, dilumur dengan mustard (rasanya masam), lada hitam, campuran
herba dan garam. Perap selama 5 – 10 minit.

Panaskan ketuhar 180 darjah Celcius, persiapan untuk membakar daging.

Panaskan kuali leper. Biarkan kualinya benar-benar panas, barulah di
masukkan daging. dengan bahagian berlemak, mengadap dasar kuali. Ini
membolihkan lemaknya cepat cair. Kemudian terbalikkan. Ketulan daging
ini juga elok digolek-golekkan, sehingga kulit kedua-dua permukaan
daging bertukar warna.

Setelah itu keluarkan daging dari kuali, dan letakkan kedalam tin
pembakar. Selitkan ditepi-tepi daging dengan bawang besar, celery,
bunga kobis dan batang-batang parsley. Bakar didalam ketuhar dengan
kepanasan 180 darjah Celcius, selama 45 minit sehingga 1 jam, atau
lebih lama, jika anda ingin dagingnya lebih masak..

Tetapi, setelah 30 minit, buka ketuhar dan siram daging dengan cecair
yang mengalir. Terbalikkan dan bakar lagi sehingga bahagian sebelahnya
pun garing. Teruskan membakar sehingga dagingnya masak.

CARA MEMBUAT ROAST SAUCE
Keluarkan dari ketuhar daging yang sudah masak dan alihkan kedalam
pinggan yang besar.

Dulang pembakar yang berkerak, ditenggek diatas dapur dengan api yang
kecil. Tabur sedikit tepung dan gaulkan dengan bekas kerak yang
tertinggal. Tuangkan sedikit air/stok, dan biarkan ia berbuih dan
mendidih. Gaul sehingga rata. Taburkan sedikit serbuk lada hitam yang
kasar. Gaul sehingga pekat dan berkuah. Jika terlalu pekat, tambah
lagi air atau stok, sehingga semua keraknya tiada ladi melekat
didulang pembakar, sebaliknya bertukar menjadi sauce. Inilah sauce
yang boleh digunakan untuk makan dengan daging roast ini.

CARA MENGHIDANG
Daging roast, dipotong hanya bila hendak disajikan. Ambil sepotong,
letakkan diatas pinggan. Hias disisinya dengan bahan hiasan. Tuang
diatas daging sosnya.

Enak disaji panas-panas.

|

SIAKAP KUKUS CILI PADI

Asmah Laili / Suria Channel

Bahan-Bahan
1 ekor ikan siakap, beratnya 1.5 kg, cuci bersih, gaul rata dengan
sedikit garam dan jus
lemon, toskan

BAHAN-BAHAN DIGAUL RATA
2 batang serai, bahagian putihnya sahaja, dirampai
4 helai daun limau purut, dimayang
2 batang karot, dihiris seperti batang mancis
50 gram daun bawang, dihiris halus memanjang
3 biji lada merah, buang biji dan dirampai
50 gram halia, dirampai
2 biji bawang besar, dihiris halus
50 gram bawang putih, dicincang
50 gram lada padi, dirampai
50 gram cendawan Shitake, dibelah 2

GAUL RATA 3 JENIS SAUCE INI
1 sudu makan LIGHT SOY SAUCE
1 sudu kecil OYSTER SAUCE
1 sudu kecil BLACK PEPPER SAUCE

1 sudu makan LIGHT SOY SAUCE untuk melumur ikan
1 sudu makan PURE SESAME OIL, untuk melumur ikan
Pinggan panjang untuk mengukus ikan

Cara Cara

Gaul rata serai, daun limau purut, lobak merah, daun bawang, lada
merah, halia dan bawang besar. Ambil setengah bahagian dan atur
didasar pinggan kukusan. Ikan dilumur dengan sedikit garam, jus lemon,
serta 1 sudu makan LIGHT SOY SAUCE dan PURE SESAME OIL. Kemudian
diletakkan dengan kemas diatas timbunan bahan hirisan. Taburkan
lebihan bahan hirisan diatas ikan dengan rata. Taburkan juga lada
padi, bawang putih dan cendawan shitake. Tuangkan pula sos diatas ikan
sehingga rata. Panaskan kukusan, letakkan pinggang berisi ikan
kedalamnya dan kukuslah sehingga masak. Enak disaji panas-panas.

|

LOMPAT TIKAM

Asmah Laili / Suria Channel


Bahan-Bahan
BAHAN "A"

125 gram tepung beras
1,325 ml susu cair rendah lemak ( ½ susu dan ½ air)
125 ml air pandan
¼ sudu teh garam
1 sudu teh air kapur

BAHAN "B"

50 gram tepung beras
1,200 ml susu cair rendah lemak ( ½ susu dan ½ air)
¼ sudu teh garam
½ sudu teh air kapur

BAHAN "C"

500 gram gula Melaka
1 helai daun pandan
1,025 ml air
28-30 mangkuk plastik yang kecik-kecil, bertutup. Cuci bersih, lap,
dan atur didalam dulang

Cara Cara

Gaul rata semua Bahan "A" dalam besen dan tapis. Kemudian masukkan
kedalam periuk dan kacau diatas api yang sederhana dengan menggunakan
senduk kayu.Kacau sehingga pekat. Setelah itu ambil sedikit adunan
yang sudah masak it, masukkan kedalam mangkuk plastic setengah
penuh.Ketepikan.Gaul semua bahan "B" didalam besen dan tapis.Curah
kedalam periuk dan kacau sehingga masak dan pekat.Ambil sedikit adunan
ini, dan masukkan kedalam mangkuk plastik tadi, sehinga ¾
penuh.Sejukkan.Kemudian tutup mangkuk plastik dan simpan didalam peti
sejuk. Semasa menghidang, tuang sedikit sirap gula Melaka.Masak gula
Melaka dengan air sehingga hancur dan mendidih.Tapis dan masak lagi
sebentar.Biarkan sejuk,kemudian simpan didalam peti sejuk

|

Lemon kek biji poppy.

Bahan :
230gm butter jenama Daisy
175gm gula castor
4 bijik telur
1 sudu makan pure extrac buah lemon (daripada 1 bijik lemon ukuran sederhana)
290gm tepung cake
1/4 sudu teh garam
1 sudu makan ovalette
3 sudu makan sunquick
1 sudu teh baking powder
biji poppy secukupnya (kira2.. 3sudu makan-bila suka)

Icing utk hiasan atas kek :
120gm icing sugar (ayak)
2 sudu makan sunquick
3 sudu makan fresh orange juice

Cara :
Pukul butter,ovallette dan gula sampai putih dan kembang.masukkan telur satu persatu.pukul lagi sampai kembang.bila sudah kembang masukan tepung yg sudah diayak dengan baking powder.masukan lemon dan sunquick.pukul dgn kecepatan rendah.last sekali masukan biji poppy.kacau hingga rata. tuang dalam loyang yg sudah disapu marjerin dan alas dengan kertas minyak. bakar dalam oven dengan suhu 170C selama 50 minit.

Cara membuat icing :
campur gula icing dengan sunquick dan fresh orange juice.pukul dgn kecepatan sedang selama 2minit. bila kek sudah sejuk.sapukan diatasnya.bila icing sudah kering, potong2 dan sajikan.

campuran biji poppy menambah rangup rasa kek lemon nih.

|

BAULU CERMAI

Sumber : Hajah Rohana Abu


Bhn
5 biji telur, diasingkan putih dan kuning
180g gula castor
210g tepung gandum – diayak
¼ st vanili
¼ st baking powder
acuan baulu cermai

Cara
Pukul putih telur dan baking powder sehingga kembang. Masukkan vanili dan pukul lagi hingga rata. Masukkan gula sikit2 dan pukul hingga kembang. Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang dan gebu. Panaskan ketuhar 200 C. Acuan baulu disapukan dengan mentega, segera masuk dlm ketuhar.Ambil 3 senduk tepung gandum dan bancuh dengan 9 senduk adunan telur dlm mangkuk lain.Kacau rata secara sehala sebentar.Keluarkan acuan dari ketuhar dan tuangkan adunan dalam acuan 3 ¼ penuh. Bakar dengan suhu 180C sehingga masak dan kuning.Apabila hendak membakar seterusnya, adunan telur hendaklah dipukul lagi supaya gulanya tak mendap dan gaulkan dengan tepung spt. Yang dilakukan tadi.1 adunan boleh dapat 100 biji baulu.

|