Friday, May 05, 2006

KUEH TALAM KELADI

Sumber: Kak Hanieliza www.hanieliza.tk

Bahan-bahan

Lapisan Bawah
300 gm keladi
375 ml santan cair [1/2 biji kelapa]
150 gm tepung beras
1/2 s/k garam
225 gm gula

Lapisan Atas
1 1/2 cawan tepung beras
5 cawan santan pekat
1 s/b pes keladi
1 s/k pewarna purple
1 s/k garam

Cara
1. Bersihkan keladi dan rebus sehingga lembut.
2. Keladi dipotong dadu.
3. Campurkan dgn semua bahan lapisan atas.
4. Masukkan dalam periuk dan kacau diatas api sekejap.
5. Masukkan adunan dalam loyang yg telah disapukan minyak.
6. Kukuskan selama 20 minit.
7. Campurkan adunan lapisan atas dan tapis.
8. Masakkan sikit dan tuangkan atas permukaan keladi yg telah dicakar2kan.
9. Kukuskan selama 20 minit.
10 Sejukkan betul2 sebelum dipotong dan hidangkan

|

Creamy Dill Potatoes

Source: Speedial (cari.com)

A creamy, tasty potato dish that can be made ahead and baked when ready to serve. Recipe found on the Web.

Ingredients:
4 medium potatoes
2 tablespoons melted butter
2 tablespoons flour
1 cup milk
1/2 cup mayonnaise
1/4 teaspoon pepper
1/4 teaspoon salt
1/4 teaspoon dry dill weed (ni tak tau ape benda nya maybe sejenis rumpai kot)

Method:
Boil potatoes until almost done, then peel and dice.
Spread potatoes out evenly into casserole dish.
Mix together butter, milk and flour and bring to a boil, whisking constantly.
Cook for 1 minute more, then remove from heat.
Add mayonnaise and rest of ingredients and mix.
Pour mixture over potatoes in casserole.
Sprinkle paprika and additional dill on top, if desired.
Bake uncovered for 30 minutes.

|

MEE HOON SUP BEBOLA DAGING

Sumber: Kak NoorMasri (cari.com)

Bahan utk bebola daging:

600g daging cincang
70 g tepung kanji/sagu (tapioca flour)
50 g tepung jagung
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar serbuk lada sulah
¾ sudu kecil garam

Cara membuat:

Campurkan semua bahan-bahan kacau hingga sebati.
Bulat-bulatkan sebesar ibu jari. Letakkan sedikit tepung jagung ditapak tangan semasa menggentel supaya bebola daging tak melekat di tangan. Lakukan sehingga habis kemudian ketepikan

Bahan utk kuah:

2½ liter air (10 cawan air)
1 ketul kiub pati daging
2 sudu kecil kicap cair
4 ulas bawang putih }dicincang halus
½ sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu besar minyak masak
garam secukup rasa
2 batang celery } dihiris nipis
2 tangkai daun bawang } dihiris
3 tangkai cili merah/hijau } dihiris nipis
sedikit bawang goreng
1 bungkus mee hoon } dicelur selama 1 minit dlm air mendidih,disejat kemudian dibilas dgn air sejuk supaya mee tak melekat

Cara Membuat:

Panaskan minyak masak. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau dan keperangan. Masukkan air, kuib pati daging, kicap cair, serbuk lada sulah, dan garam.
Setelah mendidih, masukkan bebola daging tadi hingga terapung.
Setelah daging terapung masukkan celery.
Untuk menghidangkan, masukkan mee hoon, daun bawang, hirisan cili, bawang goreng dan sambal kicap. Tuangkan sup dan bebola daging atasnya.
Hidangkan panas-panas.

|

FRUIT FLAN

Sumber: Shidaaziz (cari.com FnR Gathering)

VANILLA SPONGE

Bahan-bahan:
120gm gula castor
120gm tepung gandum
4 biji telur Grade B
10gm super sponge or ovalette
20gm air
20gm minyak jagung or butter dicairkan
1 st esen vanilla

Cara-cara:
1. Satukan gula, tepung, telur, ovalette & air.
2. Putar guna kelajuan kelajuan tinggi hingga kental anggaran 5 minit.
3. Perlahankan putaran dan masukkan minyak jagung. Kacau rata.
4. Gunakan acuan bersaiz 7 1/2". Bakar dengan suhu 170C.

Chocolate Sponge
Keluarkan 2 sudu besar tepung gandum dan tambah 2 sudu besar serbuk koko. Kalau nak lebih gelap, masukkan chocolate emulco.

Tips:
1. Selepas bakar, terus keluarkan kek daripada acuan dan sejukkan.


custard cream (instant custard)
100gm instant custard
200gm air masak atau jus oren
5 sudu whipping cream yang telah dipukul

caranya:
kacau sebati hingga licin

vanilla cream/custard cream

A
375gm fresh milk
50gm sugar
1 ts vanilla

B
125gm fresh milk
25gm sugar
40gm corn flour
3 nos egg yolk

C
40gm whip cream

caranya:
1. didihkan A dengan api sederhana
2. Satukan kesemua bahan B dan kcau rata. Tuangkan ke dalam A dan kacau hingga mendidih. sejukkan
3. akhir sekali masukkan C ke dalam adunan & kacau sebati.


Buat kek seelok-eloknya sehari sebelum nak hias.

1. kek dibelah 2.
2. sapukan custard cream di atas kek. ratakan.
3. letak hirisan peach atau sebarang buah (laici or longan or mangga or kiwi dsb)
4. tangkup dengan 1 lagi kek
5. tutup seluruh kek dengan cream sutard
6. di atasnya boleh hias dengan buah-buahan segar.

kalo tak mo taruk custard cream, boleh guna non-dairy cream or fresh cream yang dah dipukul.

|

BAKED STUFFED POTATOES

Sumber: Mrsjack (cari.com FnR Gathering)

5-6 biji kentang comey2 (cuci kulit bersih2, rebus smpai empuk)
minced chicken @ beef
selabu bawang besar
3-4 ulas bawang putih
skit garam
skit cili boh (kalu nk pedas)
sos cili
skit daun ketumbar

cara sediakan:
rebus kentang smpai empuk...nk tau empuk ke x cucuk je guna garpu...
agak2 laju je tersoodok isinya...empuklaaa tu.
belah dua kentang tu, pas tu amik sudu @ scoop ice-cream tu...then buangkan isi kentang tu...
buang dlm pinggan jgn buang kt tong smpah plaak
make sure masa keluarkan isi kentang tu tggalkan thin layer kat kulitnya...
dlm 5mm ke.. maksudnya jgn korek abih isi kentang tu...

tumis bawang besar and garlic yg dipotong dadu smpai layu..
masuk cili boh skit...(agak2 je)masa gathering tu my sis x boh pon cili boh ni sbb anak2 dia x mkn pedas...masuk garam...
dah masak cili tu...masuk minced meat...
masak kan smpai daging masak...pas tu masuk kan isi kentang and sos cili..
gaul2 sblum angkat boh daun ketumbar..

isikan kentang yg dah berkorek tadi dgn isi yg dimasak (daging + kentang)
susunkan Kraft's cheese, baked laa plakk
kalu guna microwave dlm 40 to 50 seconds je
done...

|

BAKED MACARONI

Sumber: Kak Azah (cari.com FnR Gathering)

Bahan A
250 gm macaroni ( small shell tu comei)

Bahan B
2 biji bawang merah}
4 biji bawang putih } cincang halus
1/2 tin button mushroom - hiris nipis
3-4 helai daun bawang (kalau suka)
4-5 sudu besar tomato puri
3 biji tomato - potong dadu kecil2
5 biji cili api - hiris rampai (optional)
sedikit garam
sedikit minyak masak utk menumis atau butter

300 gm daging atau bahan utama lain spt udang, sotong, crab meat

Bahan sos
2 susu butter
300 ml fresh milk
ground black pepper
100 gm keju mozarella}
100 gm keju cheddar } kalau suka cheese, lebihkan

Cara
1. Rebus macaroni hingga lembut n toskan
2. Tumis bawang hingga naik bau. Masukkan cili api,tomato puree, garam dan bahan2 utama. bila dah nak masak, masukkan mushroom, tomato dan akhir sekali daun bawang.
3. Gris acuan dgn butter dan masukkan macaroni tadi.

Bahan utk sos.
1. Panaskan butter dan masukkan susu dan tepung gandum , black pepper dan kedua2 keju.(tinggalkan sikit keju utk taburan) Kacau hingga semua sebati.
2. Tuangkan dalam macaroni tadi dan last sekali taburkan lebihan cheese.
3. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau pasta jadi kuning.

|

KUAH ROJAK

Sumber: Kak Hanieliza www.hanieliza.tk

Bahan
15 biji cili api tumbuk
1/2 cawan air asam jawa
1 s/b belacan
1 s/b petis udang
1 cawan kicap lemak biasa
3 s/b gula

1 s/b bijan goreng tanpa minyak
1/2 cawan kacang tanah, digoreng dan dtumbuk kasar

Cara:
1. Mesinkan csemua bahan.
2. Masakkan sebentar.
3. Bila telah sejuk masukkan kacang tanah tumbuk dan bijan.

|

PASTA & CHICKEN SALAD

Sumber: Kak NoorMasri (cari.com )

Bahan-bahan:

250 g tricolor fussili
5-6 biji baby potato } tak de baby potato boleh guna mak potato dlm 1-2 biji
1 keping dada ayam
mayonis sket
lada hitam sket } tumbuk
garam secukup rasa
olive oil
lemon jus secoet } optional

Cara membuat:

Rebus fussili dgn sket garam sehingga lembut, toskan kemudian gaul dgn sket olive oil
Dada ayam perap dgn sket garam dan lada hitam pastu masukkan dlm oven selama 30 min, bila masak potong dadu
Baby potato rebus dgn kulit hingga empuk kemudian kupas dan potong 2
Dalam mangkuk yg besar, masukkan fussili, potato, mayonis, lada hitam, olive oil dan garam secukup rasa
Gaul sekata, sebelum dihidangkan tabur kan ayam atasnya

Variasi: Ayam boleh digantikan dgn tuna flake dlm tin...pung sodappppp.

|

Crab Cakes

Sumber : American Country Recipes

1 lb. fresh crabmeat
1 large egg
1 tbsp. Worcestershire sauce
2 tbsps. regular, low-fat, or nonfat mayonnaise
8 saltine crackers, crumbled
vegetable oil for sauteing, optional


Carefully remove the cartilage from the crabmeat, keeping the pieces as large
as possible. Blot crabmeat with paper towels. In a medium bowl, mix the egg,
Worcestershire sauce, and mayonnaise until combined. Add crabmeat
and crackers and toss lightly but thoroughly. Shape the mixture into 6 large
crab cakes or 24 small crab balls. Place on a baking sheet or platter. If not
cooking immediately, refrigerate covered. Pour about 1/4 inch of oil into a
large skillet and heat over moderate heat until hot. Add crab cakes or balls
without crowding and saute' on each side until golden, about 2 to 4 minutes
per side. Remove to paper towels to drain. Or, if desired, broil as close to
unit as possible on each side until golden. Serve with Thai Chilli Sauce.

Makes 6 main-dish crab cakes or 24 appetizer crab balls.

|

Resepi :: Cakar Ayam

Bahan-bahan:

1/2 kg keledek
1 sudu kecil kapur
300 gm gula merah
2 sudu besar air
Minyak

Caranya:

- Keledek dibersihkan dan disagat halus memanjang. Rendam dalam air kapur kejap , emm kalau booleh dlm 1 jam gitu.
- Toskan hingga kering dan goreng
- Angkat dan toskan.
- Ambil kuali bersih, masukkan gula merah dan air.
- Bila gula larut, masukkan keledek goreng tadi.
- Cepatp-cepat angkat dan masukkan dlm acuan bulat . Tekan kuat-kuat biar mampat.
- Sejukkan dulu baru leh makan .
- Nie kira kuih tradisonal lah nie... emmm...cubalah dulu..

|

JERUK LIMAU

(sumber : The World of Indian Cooking - Isabel Moore)

Bahan2 :-

20 biji limau nipis
20 tangkai cili hijau
6 sudu besar garam kasar
4 helai daun salam kering, diramas hingga hancur
175g halia, dimayang halus macam mancis
300 ml jus limau nipis

Cara2 :-
basuh buah limau nipis dalam air sejuk & keringkan menggunakan tuala dapur.
belah 4, tapi jangan sampai putus. buang biji2nya.
belah 2 cili hijau tapi jangan sampai putus & kikis buang biji2nya (biarkan tangkainya)
susun selapis buah limau nipis dalam balang jeruk. tabur sedikit garam kasar & daun salam kering, diikuti dengan 2 - 3 cili & lebih-kurang 2 sudu besar halia. ulang langkah ni sampai semua bahan, kecuali 3 sudu besar garam kasar digunakan.
curah jus limau nipis ke atas campuran ni & goncang balang sehingga semua bahan sebati.
tutup mulut balang dengan kain bersih & ikat dengan tali. letakkan balang di tempat yang terdedah kepada cahaya matahari untuk sekurang2nya 6 hari (setiap 1 hari, tambah 1/2 sudu besar garam kasar yang berbaki tadi hingga habis kesemuanya). goncang balang sekurang2nya 2 kali sehari. tiap malam, letakkan balang di tempat yang kering dalam dapur. pastikan setiap sudut balang didedahkan kepada cahaya matahari pada siang harinya ( be sure to turn the jar each day so that all the sides are exposed to the sun's rays).
jeruk sedia utk dimakan setelah 10 hari berlalu.

|

KERUTUP DAGING TERENGGANU

650 gm daging, potong nipis dan bersihkan



Bahan tumis :

½ cawan minyak masak

1 sudu minyak sapi

½ labu bawang besar

3 ulas bawang putih

2.5 cm halia

2 batang serai

2 helai daun pandan

2 sudubesar cili boh



Bahan kisar :

10 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

2.5 cm halia

1.5 cm lengkuas

2.5 cm kunyit segar

½ sudu kerisik

1 sudu sos tomato

15 gm rempah kerutup (ni kena tanya member RN orang terengganu)

½ cawan susu cair

garam, gula, asam jawa secukup rasa



Bahan hiasan :

½ labu bawang besar potong empat

2 biji tomato potong empat

2 tangkai cili merah potong empat

2 tangkai cili hijau potong empat



Panaskan minyak dan masukakn semua bahan tumis dan kacau rata sampai kuning. Masukkan cili boh dan kacau sampai pecah minyak. Gaul semua bahan kisar bersama rempah dan masukkan ke dalam kuali, tambah sedikit air sejuk. Kacau lagi sehingga pecah minyak dan masukkan daging. Biarkan daging empuk sedikit, masukkan santan, susu dan bahan perasa. Tunggu selama ½ jam, rasakan garamnya, bolehlah diangkat dan hidangkan.

|

SOTONG SUMBAT

1 kilo sotong (anggaran 6 in panjang)

200 gm beras pulut (rendam selama satu jam)

½ biji kelapa, ambil santan pekat

10 ulas bawang merah dihiris halus

2 batang serai

1 keping asam keping

½ suduteh gula

½ suduteh halba

garam secukup rasa



Bahan blender : 10 ulas bawang merah, ½ inci halia, 1 batang serai



Masukkan santan, bahan blender, bawang hiris, halba dan serai ketuk dan asam keping ke dalam periuk. Panaskan dan kacau hingga naik minyak.

Sementara itu bersihkan sotong dan sumbat dengan beras pulut yang telah direndam. Sumbat pulut tadi sebanyak 1/3 daripada badan sotong. Kemudian rebus sotong yang telah disumbat itu selama 45 minit (dalam periuk lain). Setelah masak, masukkan sotong rebus tadi ke dalam kuah santan dan perasakan gula dan garamnya dan masak selama 20 minit. Angkat dan hidangkan.

|