Friday, June 30, 2006

PARU GORENG ALA MINANG

Sumber : Noormasri

Bahan- bahan:

1/2 kilo paru
1 sudu besar lada hitam }
1 sudu besar ketumbar }
3 biji bawang merah } ditumbuk kasar
2 ulas bawang putih }
sedikit minyak
garam secukup rasa


Cara membuat:

Rebuskan paru terlebih dahulu bersama sedikit garam.
Apabila sudah masak hiriskan nipis-nipis.
Perapkan paru yang telah dihiris tadi dengan bahan-bahan yang telah ditumbuk.
Panaskan minyak di dalam kuali, goreng paru tadi sehingga agak garing, bolehlah diangkat dan ditoskan. Sedia untuk dihidangkan .

|

HATI GORENG BEREMPAH

Sumber ; Noormasri


Bahan-bahan:

500 g hati lembu/ayam
2 sudu besar rempah kari daging } dibancuh dgn sedikit air panas
1/2 cawan santan pekat
5 ulas bawang merah } dimayang
3 ulas bawang putih } dimayang
2 cm halia } dimayang
2 batang serai } diketuk atau dihiris
2 sudu kecil lada hitam } ditumbuk halus
1 labu bawang besar } dipotong bulat
air asam jawa secukup rasa
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa.
6 sudu besar minyak untuk menumis

Cara membuat:

Hati dipotong kemudian dibersihkan.
Gaulkan hati dgn sedikit garam dan serbuk kunyit.
Panaskan minyak Goreng hati hingga masak.
Keluarkan hati, dgn menggunakan minyak yg sama tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan serai sehingga naik bau.
Kemudian masukkan rempah dan lada hitam, tumis lagi sehingga pecah minyak.
Masukkan santan, air asam jawa bila mendidih masukkan hati.
Bila kuah pekat rasakan garamnya kemudian masukkan bawang besar kacau sekejap bolehlah diangkat.
Sedia untuk dihidangkan.

|

Nasi Serai

Restoran AF / Majalah Saji Julai 2006

3 labu bawang besar *
5 ulas bawang putih * * Dikisar semua
3 cm halia *
2 cm lengkuas *

8 batang serai
sedikit minyak masak
1 1/2 sudu besar garam
400gm beras basmathi
Air

Cara2nya :-

Panaskan minyak terlebih dahulu. Tumis bahan2 yang dikisar hingga naik bau. Masukkan
air sehingga bahan2 tadi mendidih. Masukkan garam dan serai. Selepas itu masukkan beras
basmathi dang tunggu sehingga masak. Sesekali kacau hingga nasi serai tadi masak .

|

KEK WALNUT

KEK WALNUT
Sumber: Hajjah Asiah Mohari


Bahan A

100 gram walnut, dicincang kasar
100 gram chocolate flakes

Bahan B

300 gram tepung gandum
2 sudu teh baking powder
50 gram air dingin (sejuk)
60 gram ovalette
10 biji telur dingin dari peti sejuk
300 gram gula kaster

Bahan C

350 gram metnega (tiga suku lembut), pukul hingga kembang dan ketepikan
1 botol jem perisa raspberry/ strawberry/ fruit of the forest
2 loyang (sandwich tin 11" x 11" x 2")
gris keliling dengan mentega dan alas dasarkanya degnan ekrtas kuih

Cara-caranya

Panaskan ketuar 170 darjah C. Pukul Bahan B sehingga kembang. Masukkan mentega dan chcolate flakes, gaul dengan senduk kayu hingga rata. Jangan gaul terlalu lama, ini akan menjadikan adunannya cair. Kemudian dibahagi dua. Tuang satu bahagian kedalam loyang pertama dan ratakan. Tabur diatasnya 1/2 bahagian walnut dan tekan perlahan-lahan dengan tapak tangan supaya termasuk sedikit kedalam adunan. Bakar selama 35 minit atau sehingga masak. Bila sudah masak, keluarkan dari ketuhar. Lakukan yang sama kepada loyang kedua dan lebihan adunan serta walnut. (Lebih elok bakar satu persatu kekny, daripada membakar kedua-duanya sekali gus). Keluarkan kek dari loyang dan sejukkan di rak kuih, dengan permukaan berwalnut diatas. Panaskan jem sehingga cair. Sapukan sedikit jem diatas salah satu kek yagn disejukkan itu. Ratakan. Kemudian susun diatasnya, kek yang kedua.

|

SAMBAL LONTE

BAHAN-BAHAN:

3 ulas bawang putih
6 biji bawang merah saiz besar
10-15 biji cili padi
1 genggam ikan bilis
4 cm belacan ( Belacan bakar lagi sedap)
Sedikit air asam jawa
Secubit gula (kalau suka manis...taruk banyak)
Minyak untuk menggoreng


CARA-CARA:

1. Goreng bawang putih, bawang merah, ikan bilis, dan belacan berasingan.
2. Goreng cili padi (Kalau digoreng mendahului bahan-bahan no 1., minyak
akan menjadi pedas. Tapi kalau suka pedas...boleh jugak)
3. Tumbuk semua bahan-bahan yang telah digoreng tadi.
4. Campurkan air asam jawa dan gula ke dalam bahan-bahan yang telah siap
ditumbuk.
5. Tuangkan sedikit (banyak pun boleh) minyak yang telah digunakan untuk
menggoreng.
6. Siap untuk dimakan.

|

IKAN GARAM ASAM

Bahan-bahannya:

350g ikan
5g daun pudina(daun dipetik dan dicuci bersih untuk hiasan)
2 biji limau kasturi(perahkan untuk jus)
½ biji nenas(nenas dipotong jadi kepingan tiga segi & dimasak dgn gula pasir & air)
150 g gula pasir
air secukupnya

Rempah mentah
½ kuntum bunga kantan
50g lengkuas
15g kunyit hidup
2 batang serai
10 batang cili kering
8 ulas bawang putih
10 biji bawang merah
2 biji bawang besar
(semua bahan rempah mentah diatas dikisar halus & ditumis sampai harum & pecah minyak)


Kuah Assam
10 g daun kesom
2 keping assam keeping
50g assam jawa
150ml air
(semua bahan kuah assam direbus selama 15minit atas api sederhana & masukkan kedlm bahan rempah yg ditumis)

Perasa
Garam
Gula pasir
Stok Ikan Bilis
(semua bahan perasa dimasukkan dengan secukup rasa)

Sedikit minyak untuk menumis

Cara membuatnya:
1. Mula-mula kita perlu membuat kuah assam. Panaskan periuk masukkan bancuhan air asam jawa, 2 keping assam & daun kesom. Masakkan selama 15 minit.
2. Setelah mendidih angkat letakkan di tepi.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan semua bahan rempah mentah (yang telah dikisar halus)
4. Tumiskan sehingga masakan bertukar warna merah kehitaman.
5. Setelah bahan tumisan betul-betul masak masukkan ikan & kuah assam
6. Masukkan garam, gula pasir dan stok ikan bilis secukup rasa untuk menyedapkan lagi masakan.
7. Kemudian masukkan potongan nenas (yg telah dimasak dgn air gula) ke dalam masakan. Tujuan nenas dimasukkan adalah untuk menambahkan rasa manis pada masakan.
8. Setelah ikan masak angkat dan dihidangkan dalam pinggan. Kemudian tuangkan sedikit jus limau keatas ikan dan letakkan sedikit daun pudina sbg hiasan pada msakan anda.

Selamat mencuba…..

|

SPAGETI SEAFOOD OLIO

Bahan-Bahannya :

Spaghetti
Ketam, Sotong, Filet Ikan & Udang
3 Sudu Besar Minyak Zaitun
3 Sudu Teh Bawang Putih Cincang
½ Sudu Teh Gula Pasir Halus
½ Sudu Teh Garam Halus
½ Cawan Air
½ Sudu Teh Lada Putih
½ Sudu Teh Lada Kering (Direndam Dgn Minyak Zaitun)
½ Sudu Kecil Daun Pasley(Cincang Halus)
Sedikit Parmesan Cheese (Ikut Citarasa)
1 Biji Tomato Potong(Biji Dibuang)
Sedikit Brokoli


Cara Membuatnya:

1. Panaskan Minyak Zaitun
2. Tumiskan Bawang Putih Cincang Hingga Naik Bau
3. Masukkan Ketam, Sotong, Filet Ikan & Udang Serta Letakkan Air Sedikit Demi Sedikit
4. Masukkan Gula, Garam, Lada Putih & Lada Kering
5. Masukkan Spaghetti Yg Telah Dicelur
6. Setelah Sudah Agak Sebati Dan Masak, Masukkan Daunparsley, Tomato Cincang & Brokoli
7. Setelah Masak Taburkan Dengan Parmesan Cheese
8. Untuk Hiasan Potong Sebiji Lemon

|

KARI KEPALA IKAN KEKACI

Bahan-bahannya :

2 ketul kepala ikan
4 ulas bawang besar yang dikisar halus
15 tangkai cili kering yang dikisar halus
4 biji bawang merah di mayam
3 ulas bawang putih di mayam
½ inci halia di mayam
1 cawan santan pekat
1 sudu gula
sedikit serbuk perasa
garam secukup rasa
5 asam keping
5 cawan air
1 cawan minyak masak
4 sudu rempah kari

Cara Membuatnya :

- Mula – mula panaskan minyak
- Tumis halia, bawang merah dan putih yang di mayam
- Masukkan lada kering dan bawang besar yang dikisar
- Setelah garing, masukkan gula, garam dan serbuk perasa serta rempah kari
- Kemudian masukkan santan pekat dan air
- Sesudah mendidih, masukkan kepala ikan dan asam keping
- Pastikan ikan betul-betul masak sebelum di angkat

Selamat Mencuba…..

|

MURTABAK MENGKASAR

Bahan-bahannya :

10 biji telur ayam
6 senduk daging hancur yang digoreng tanpa minyak
6 senduk bawang besar yang dipotong dadu dan digoreng dengan magjerin, serbuk kunyit, bunga cengkih, bunga lawang ditumbuk halus
1 senduk daun bawang, daun sadri dan cili
4 sudu gula
10 renjisan kicap
Sedikit serbuk perasa
Rempah ratus (campuran daripada 14 jenis ramuan spt jintan manis, jintan putih, bunga lawang, biji pelaga dan lain-lain…)
Campurkan kesemua bahan-bahan di atas, kacau hingga sebati.

Caranya :

1. Panaskan kulit roti canai. renjiskan dengan minyak dan

2. Tuang sedikit demi sedikit bancuhan diatas ke atas kulit roti canai

3. Kemudian terbalikkan. tuangkan lagi bancuhan ke atas kulit roti canai bahagian sebelahnya.

4. Setelah masak letakkan diatas satu lapis roti canai lagi dan goreng hingga masak

5. Untuk murtabak 'special' tuangkan bancuhan kedua-dua bahagian murtabak dengan satu lagi lapisan bancuhan.

6. Setelah masak angkat dan potong. murtabak enak di makan bersama bawang jeruk dan kuah dal.

|

KUAH LAKSA JANGGUS

Bahan-bahannya;
1 kg ikan sardin
4 biji bawang besar
Sedikit belacan
3 sudu cili (dikisar)
Asam keping
Daun Kesum
Bunga Kantan
Daun Pudina
Sedikit Garam
1 Mangkuk air

Cara Membuatnya:
1. Ikan Sardin direbus bersama sedikit garam dan asam keping. Kemudian dikisar sampai halus.
2. 4 biji bawang besar dikisar bersama sedikit belacan
3. Mula-mula masukkan ikan sardin yang telah dikisar ke dalam periuk. Kemudian masukkan satu mangkuk air untuk mencairkan kuah yang agak pekat.
4. Selepas itu masukkan bahan yang dikisar iaitu bawang besar dan belacan
5. Masukkan 3 sudu cili yang telah dikisar
6. Masukkan asam keping
7. Masukkan garam
8. Masukkan daun kesum / Bunga Kantan / Bunga Pudina
9. Setelah kuah masak. Hidangkan bersama laksa, daun salad dan timun.

Selamat mencuba...,

|

PECAL SOTONG TOK

BAHAN-BAHANNYA :

- 1 KILO SOTONG DI POTONG HALUS
- 1 MANGKUK SANTAN
- 3 ULAS BAWANG MERAH (DIHIRIS)
- 2 SUDU CAMCA LADA HITAM (DITUMBUK HALUS)
- 3 BATANG SERAI (DIHIRIS NIPIS)
- 10 BIJI CILI PADI (DIPOTONG HALUS)
- 2 SUDU AIR LIMAU NIPIS
- 2 BIJI TIMUN (DIPOTONG HALUS)
- GARAM & GULA SECUKUP RASA
- 2 HELAI DAUN KUNYIT (DIHIRIS)

CARA MEMBUATNYA :

- SOTONG DIREBUS SELAMA 5 MINIT
- PANASKAN SANTAN, KEMUDIAN MASUKKAN SEMUA BAHAN-BAHAN SPT BAWANG, LADA HITAM, SERAI, CILI PADI, AIR LIMAU NIPIS JUGA TIMUN
- MASUKKAN SOTONG YANG TELAH DIREBUSKAN TADI SELAMA 15 MINIT
- KEMUDIAN ANGKAT….JGN SAMPAI SOTONG DAN TIMUN TERLAMPAU MASAK SANGAT…

|

Tuesday, June 06, 2006

MASAK LEMAK AYAM PATANI

*Ingredients* 1. 1 ekor ayam (potong ikut suka)
2. 1 inci lengkuas
3. 1 inci halia
4. Sedikit kunyit hidup/serbuk kunyit
5. 2 biji bawang besar
6. Serai 2 batang (diracik kasar)
7. 2-3 ulas bawang putih
8. cili padi mengikut pedas dikehendaki
9. 3-4 sudu makan kerisik
10. Santan (bahagi kepada 2 bahagian - 1 utk pati dan 1 bahagian biasa)
11. Asam keping/gelugur
12. Garam *Directions* 1. Kisar bahan no. 2 - 8 hingga lumat dan masuk
kedalam periuk bersama santan (bahagian biasa tadi) beserta ayam dan masak
hingga ayam empuk.

2. Kemudian masukkan asam keping, kerisik kacau seketika

3. Akhir sekali masukkan pati santan dan garam serta serbuk perasa sekiranya
suka kacau hingga sekali menggelegak dan tutup api.

Sedap dimakan panas. Boleh juga dibiarkan kering seperti membuat
rendang...fuhhhhhh makan lak dengan lemang/ketupat pulut..

|

ASAM PEDAS DAGING DGN DAUN KESUM

Ingredients
5 ulas bawang putih
3 cm halia
3 batang serai
3 cm lengkuas
5 biji cili padi
2 biji buah keras
5 biji cili kering
2 cm belacan
½ kilo daging (dihiris nipis)
10 ulas bawang merah
2 cawan air asam jawa
2 batang daun kesum
1 liter air sejuk
Serbuk perasa
Minyak masak
Garam

Directions
Panaskan satu sudu besar minyak masak dan tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan daging dan air asam jawa.
Biarkan seketika kemudian masukkan air sejuk. Sesuaikan rasa dan didihkan hingga daging empuk. Kemudian masukkan daun kesum. Angkat dan hidangkan.

|

Sambal Picit Telor

Satu piring sambal belacan
Satu bijik telor ayam/itik rebus
Satu dua ikat Kangkong rebus atau
Satu biji jantung pisang rebus

Cara Makan 1

Nasi panas , taruh butter sikit , taruh kicap sikit, gaul rata2. Makan kangkong rebus atau jantung pisang rebus dengan sambal picit telor tadi.

Cara Makan 2

Kalau sambal tak habis simpan dalam fridge, esok pagi keluarkan dari fridge.
Satu keping roti di sapu dengan butter, kemudian sapu dengan sambal belacan picit telor keatan roti tersebut. Kalau rajin hiaskan dengan daun salad dan lain2 yang sewaktu dengan nya.

|

BISKUT SULTANA

resipi asal - Bonda Roziyati


2 biji telur
9 oz gula halus
1 sudu teh vanila powder
322 0z tepung gandum
7 oz prune
1/4 sudu teh baking powder

Masak prune hingga hancur seperti paste.
Campur tepung dengan baking powder dan vanilla

Puul telur dengan majerin. Masukkan gula dan tepung. Torak/Canai nipis-nipis.
Sapukan jem prune. Taruh lagi selapis adunan yang telah dicanai nipis. Potong
dan sapu kuning telur. Cocok-cocok dengan garfu, buat lubang 2 baris dan
bakar.

Sekiranya menggunakan loyang cutter kena sapu kuning telur dulu pastu baru
letak cutter dia tapi hanya tekan separuh jalan saja, buat selepas dah cucuh ngan garfu.. dan bakar... dah masak baru tekan terus cutter tu ke bawah sampai habis.

Bila dah masak.. goyang-goyang manja cutter tu biar longgar dan angkat keluar.

Orang dulu-dulu tak pakai cutter, amik pisau potong.. heheheh.. tak pun pakai roller yang belakang dia kita buat sepit kuih tat.

|

KEK STOBERI

Sumber Mamazieza RN


300 gm Mentega/butter
225 gm gula kastor
5 biji telur ( tapi hanya guna 4 putih)
255 gm tepung ros/superfine
1 1/4 sudu teh baking powder

2 sudu besar air
2 1/2 sudu besar susu cair (fresh milk atau susu cair dalam tin tu)

1 sudu teh stoberi paste/
atau 1 sudu besr stoberi yang diblend halus
sedikit pewarna pink

Mentega dan gula dipukul sehingga kembang
masukkan telur satu persatu dan pukul dgn kelajuan tinggi hingga gebu
masukkan tepung (dah campur ngan baking powder) selang seli dengan susu dan air tadi. Last masukkan paste dan pewarna.

Bakar ikut kesesuaian oven.

Kalau rajin nak hias, boleh hiaskan dengan whipping cream dan disusun dengan hirisan stroberi dan juga chocolate curls.

|

SANDWICH MAGGI

Sumber - Mamazieza RN


1 bungkus roti sandwich (yang hak 600 gm tu - bungkusan besau)
1/2 tin susu cair (carnation etc...)
300 ml santan dan sedikit garam - panaskan.. biar garam tu larut
(awas jgn sampai mendidih plak)

Inti

4 sudu besar rempah briyani
600 gm daging cincang
300 g bawang besar hiris
sedikit garam
2 bungkus mi maggi - rebus
3 biji telur
daun bawang dan daun sup - hiris



Cara membuatnya

Panaskan minyak dan tumis rempah briyani sampai wangi, masukkan daging dengan sedikit air biar daging tu empuk.

sejukkan dan masukkan 3 biji telur dan gaul sampai sebati. Masukkan maggi yang telah direbus dan ditoskan airnya.

Melapis sandwich

Rendam roti dalam adunan susu dan santan tadi dan susun dalam loyang 9/9 yang telah dilapis dengan silikon paper. Untuk menggamkan roti-roti tersebut, guna 2 biji telur lagi yang dipecah dan dipukul sedikit dan sapu atas roti tu....

Masukkan sedikit inti dan taburkan daun bawang dan daun sup.

Ulang lagi dengan roti, curah telur skit dan inti dan ulang lagi sehingga habis.

Nanti bila dah habis mesti ada baki susu dan santan tu... campurkan dengan baki telur yang dua biji tu.. kasih kacau dan tuang atas roti.

Bakar lebih kurang 1 jam atau sehingga masak. Kena test sendiri lerr ekkkkk.... pandai-pandai laa korang.. hahahahaha

|

BISKUT TEBALOI

Bahan-bahan:

2 biji telur
700 gm tepung sagu
1 kilo kelapa parut (yg dibuang kulit ari)
500 gm gula
40 gm tepung kunyit (pewarna)

Pukul telur dan gula hingga kembang dan hancur. Masukkan nyiur,
tepung sagu, tepung kunyit dan kuar rata dan sebati. Canai adunan
diatas daun pisang nipis.

Bakar kali pertama:
bakar selama 4 - 5 minit dengan suhu 350 celcius (separuh masak)

keluarkan dan potong ikut saiz yg digemari.

Bakar kali kedua:
bakar selama 15 minit dengan suhu 180 celcius (kalau belum 15 min dah
masak, keluarkan saja dr oven)

|

Puding Kelapa

Bahan

2 biji kelapa muda
1 biji kelapa parut
Agar-agar secukupnya .... Agak2lah yer
Gula putih secukup rasa
Susu Cair (2-3 sudu besar)


Cara membuatnya

Kelapa muda dikupas cantik & ditebuk. Keluarkan air dari kedua2 kelapa dan asingkan.

1 biji air kelapa dicampur dengan kelapa parut untuk mendapatkan santannya

1 biji air kelapa dimasak dengan agar-agar sehingga larut. Kemudian masukkan gula dan kacau lagi hingga larut.

Setelah larut biarkan sejuk seketika

Kemudian masukkan susu cair dan santan kelapa secukup rasa dan kacau rata.

Setelah siap, masukkan adunan pudding yang telah siap ke dalam buah kelapa yang telah dikupas cantik hidangkan

|

Thursday, June 01, 2006

YU CHAR KWAY (CHI CHAR KWAY)

Adunan Yis
200 gm tepung gandum
300 ml air suam
1 sudu makan instant yeast

Adunan Doh
400 ml air
2 camca teh soda bikarbonate
1 sudu teh garam
2 sudu makan minyak
600 gm tepong gandum
1 camca minyak, untuk sapu
secukup tepung untuk tabur
minyak untuk menggoreng

Untuk Adunan Yis
Gaul semua bahan hingga sebati, tutup dengan kain lembab dan biar 1-2 jam. (Jika malas nak menunggu hingga naik boleh terus dimasukkan bahan-bahan dari Adunan doh).

Masukkan air sedikit-sedikit dalam adunan yis dan kacau rata tambah baki air hingga habis, masukkan soda bikarbonate, garam dan minyak. Bubuh tepung dan gaul menjadi doh yang lembut. Uli hingga adunan licin dan tutup dengan tuala lembab selama 30 min. Uli doh selama 10 min kemudian sapu permukaan dengan minyak dan tutup sekali lagi dengan tuala lembab. Biar 2 jam.

Tabur tepung atas papan pencanai, ambil doh setebal 1 cm lebar 10 cm dan panjang 30 cm. Potong menjadi 20 keping, basahkan air di tengah satu potongan (gunakan lidi) kemudian lekat satu potongan lain di atasnya dan goreng hingga garing.

Peringatan: Adunan tepung ni lembik jadi perlu bermain dengan tepung.

Sambalnya:
Cili kering, gula melaka, petis, garam, cili sos, bawang putih dan sedikit air.
Semua bahan di atas satukan di periuk dan dimasak hingga pekat. (Sambal boleh disediakan awal, kak limah selalu buat banyak simpan di petisejuk boleh tahan 3-4 bulan).

Kacang tanah kisar untuk taburan
limau kasturi untuk perahan.

Tambahan:
Beberapa keping tahu kering dibelah dan disumbat dengan tauge dan timun.

|

Chicken Wrap

Sumber : Sahabat Nestlé


Kalau anak-anak sangat suka menu fast food, pasti mereka suka sajian yang satu ini. Fillet ayamnya lebih crispy dan enak karena dilapisi cornflakes. Roti dan pelengkapnya boleh diubah dan disesuaikan dengan selera masing-masing. Rasanya? Nyam..nyam..enak sekali!

Bahan
Crispy Fillet:
200 g fillet ayam (bagian dalam)
2 sdm NESTLẾ DANCOW Fullcream, larutkan dengan 100 ml
1 sdm MAGGI Seasoning
1 butir telur ayam, pukul sedikit
60 g NESTLẾ Cornflakes, diramas kasar

Sos:
100 ml maiyonese
2 sdm MILKMAID Fullcream
1 biji bawang putih, parut

Pelengkap:
4 buah roti manis/hot dog, belah membujur
1 buah tomato, hiris tipis
50 g timun, hiris tipis
daun salad


Cara membuat :


Crispy Fillet: Kacau fillet ayam dengan susu dan MAGGI. Biarkan selama 30 menit.
Cuci dan toskan ayam, celupkan dalam telur lalu lapiskan cornflakes. Kerjakan sekali lagi. Ketepikan hingga agak kering.
Goreng dalam minyak panas hingga kering.
Angkat dan toskan.
Penyelesaian :
Belah roti menjadi dua.
Taruh daun salad, beberapa potong Chicken Crispy, tomato dan timun.
Paipkan Sosnya. Sajikan segera.

Tips :


Karena memakai fillet ayam bagian dalam maka ayam akan cepat masak. Karenanya gunakan api sedang saat menggoreng.
Fillet yang sudah dilapisi cornflakes boleh disimpan dalam peti ais. Saat akan disajikan baru digoreng sebanyak yang diperlukan.

|

Donat Kentang Jem

Sumber : Sahabat Nestlé

Donat? Hmm… pasti anak-anak suka. Apalagi buatan sendiri. Selain lebih bersih dan sehat, rasanya juga boleh diubahsuai mengikut selera. Seperti isi jem buah, cokelat atau peanut butter. Bentuknya juga boleh disesuaikan dengan keinginan anak-anak.

Bahan
80 ml air
80 g gula pasir
400 g tepung gandum
1 bungkus (10 g) ragi instant
1 sdt baking powder
2 kuning telur
100 g mentega
40 g NESTLẾ DANCOW Fullcream
350 g kentang, kukus, haluskan
minyak goreng

Pelengkap:
100 g bijan
jem strawberry secukupnya

Cara membuat :

Kacau air dan gula hingga gula larut.
Campur tepung gandum, ragi dan baking powder dalam mangkuk. Kacau rata, buat lubang di tengahnya.
Tuangkan telur, mentega, kentang dan susu.
Kacau hingga licin dan tidak melekat di tangan.
Bulatkan adonan. Biarkan selama 30 menit hingga mengembang.
Kempiskan adonan, potong-potong menjadi 20 bagian. Bentuk masing-masing menjadi bulatan-bulatan. Diamkan selama 15 menit.
Celupkan dalam air, gulingkan dalam bijan hingga rata.
Goreng dalam minyak panas dan banyak hingga kecokelatan dan matang.
Angkat dan toskan.
Masukkan jem dalam kantong plastik, gunting sedikit ujungnya.
Cucukkan donat dan picitkan jem di dalamnya. Siap untuk disajikan.
Tips :


Saat menggoreng, gunakan api kecil, balik-balik donat agar masak merata.
Jika minyak terlalu panas, donat akan kecokelatan sementara bagian dalamnya masih mentah.
Donat yang masak sempurna akan ringan dan mengembang sempurna.

|

Bola Bayam Keju

Sumber : Sahabat Nestlé

Bahan
2 sdm mentega
1 biji bawang , cincang halus
1 biji bawang putih, cincang halus
100 g tepung gandum
5 sdm NESTLẾ DANCOW Fullcream, larutkan dengan 250 ml air
1 ketul kiub ayam MAGGI atau 2 sudu makan chicken stock
½ sdt serbuk buah pala
150 g kentang, kukus, haluskan
150 g daun bayam, rebus, cincang halus
100 g daging ayam cincang
100 g keju cheddar, potong dadu 1,5 cm
minyak untuk menggoreng

Bahan pencelup:
2 butir telur ayam, pukul sedikit
100 g bread crumbs

Cara membuat :

Tumis bawang dan bawang putih hingga layu.
Masukkan tepung sambil kacau hingga rata.
Tuang susu, sambil kacau hingga licin.
Tambahkan MAGGI dan pala, kacau rata. Angkat.
Tambahkan bayam, kentang dan daging ayam, kacau hingga rata.
Bentuk adonan menjadi bola-bola, dan lepehkan
Isi dengan sepotong keju, bulatkan kembali.
Celupkan dalam telur, gulingkan dalam bread crumbs hingga rata.
Goreng dalam minyak panas dan banyak hingga kering.
Angkat dan toskan
Tips :

Bola-bola ini boleh dibuat sekaligus dalam jumlah banyak. Setelah dibalut tepung roti, taruh dalam bekas plastik. Beri lapisan plastik agar tidak saling melekat. Simpan dalam peti ais atau freezer.
Saat akan disajikan, goreng secukupnya sehingga bola-bola dalam keadaan hangat dan garing saat dimakan.

|

Chocolate Sour Cream Cake

Sumber : Puan Halimah Anang ResepiNet

Bahan-bahannya:
1 3/4 cawan all purpose flour
1 3/4 cawan gula castor
3/4 cawan Hershey's cocoa powder
1 1/2 teaspoon baking soda
1 sudu tea baking powder
1 teaspoon garam
2/3 cawan butter,
16 ozs dairy sour cream
2 biji telor
1 teaspoon vanilla essence
Fudge frosting untuk hiasan (resipi dibawah)

Peraturannya:
Panaskan oven, sediakan loyang 13 x 9 x 2 inch.
Ayak tepung, dan satukan dengan coco powder, baking soda, baking powder dan garam.
Pukul butter dan gula hingga putih dan kembang masukkan telur dan pukul lagi, kemudian masukkan sour cream dan esen vanilla kacau hingga sebati dan gaul dengan bahan-bahan kering. Tuang adunan di loyang dan bakar hingga masak selama 40 min - 1 jam. Biarkan kek sejuk dahulu baru dihiaskan kek dengan fudge frosting.

Fudge Frosting:
3 sudu makan butter
1/3 cawan Hershey Coco powder
1 1/3 cawan gula powder
2 - 3 sudu makan susu
1/2 sudu teh vanilla

Cairkan butter di atas api yang perlahan, masukkan coco dan kacau terus hingga mendidih dan angkat. Tuangkan adunan ke dalam mangkok dan biarkan sejuk. Setelah sejuk masukkan gula powder berselang seli dengan susu dan pukul hingga lembut dan masukkan vanilla. Menghasilkan satu cawan frosting

|

Kek African Marble

Sumber : Roshayati Johari ResepiNet

Bahan2nya
250 g Tepung naik sendiri
200 g gula kastor
300 g telur - timbang tanpa kulit
1 camb ovellate
1 camt baking pawder
2 camb susu pekat
50 g air
175 g butter - cairkan
coklat/strawberry/kopi/pandan emulco - pilih satu yang
digemari

Cara2nya
Pukul semua bahan kecuali butter cair dan emulco hingga pekat dan kuantitinya menjadi double. Masukkan butter cair dan kacau adunan sebati. Asingkan 3 senduk adunan. Campurkan 3 senduk dengan emulco.
Tuang adunan banyak dalam loyang. Tuangkan sedikit2 adunan emulco dan corakkan atas adunan banyak. Bakar. ( Pastikan adunan hanya separuh loyang sebab kek ni akan naik double ). Suhu 160 selama 45 minit atau sehingga masak. Setelah masak, biarkan 5 mini dalam loyang lepas tu
keluarkan. Ini untuk elakkan kek jadi kecut

|

Chicken Pot Pie

SUMBER Petronas Gas

Ingredients

1 pound skinless, boneless chicken breast halves, cubed
1 cup sliced carrots
1 cup frozen green peas
½ cup sliced celery
1/3 cup butter
1/3 cup chopped onion
1/3 cup all-purpose flour
½ teaspoon salt
¼ teaspoon black pepper
¼ teaspoon celery seed
1 ¾ cups chicken broth
2/3 cup milk
2 (9 inch) unbaked pie crusts

Notes:
This recipe serves 8. Cut down or add where necessary.



Direction
Preheat oven to 425 degrees F (220 degrees C.)

In a saucepan, combine chicken, carrots, peas, and celery.

Add water to cover and boil for 15 minutes.

Remove from heat, drain and set aside. In the saucepan over medium heat, cook onions in butter until soft and translucent.

Stir in flour, salt, pepper, and celery seed.

Slowly stir in chicken broth and milk. Simmer over medium-low heat until thick.

Remove from heat and set aside.

Place the chicken mixture in bottom pie crust.

Pour hot liquid mixture over. Cover with top crust, seal edges, and cut away excess dough.

Make several small slits in the top to allow steam to escape.

Bake in the preheated oven for 30 to 35 minutes, or until pastry is golden brown and filling is bubbly.

Cool for 10 minutes before serving.

|

CREAM HORN

Sumber: Kitchen Kraft

Snack ini masih salah satu variasi dari puff pastry, bentuknya yang seperti tanduk dan isinya yang creamy dengan rasa coklat yg dominan membuat snack ini tidak hanya unik tapi juga hmm....pantas di coba!
Bahan :
400 Adonan puff pastry (*lihat resepi adonan dasar puff pastry atau boleh juga dibeli yang siap digunakan di supermarket).
2 butir kuning telur
50 gr tepung mazena
500 ml susu cair
75 gr gula pasir
50 grm coklat serbuk
50 grm cooking coklat dicairkan
1 sdm butter
1/2 sdt vanili
1 btr kuning telur utk sapuan
50 gr gula pasir (utk taburan)
Cara membuat :
Siapkan cetakan horn 20 buah
Panaskan 350 ml susu dan gula pasir sambil dikacau hingga gula larut
Larutkan coklat serbuk dng sisa susu, kacau rata tambahkan maizena dan kuning telur
Tuang adonan coklat diatas kedalam susu, kacau cepat sampai rata dan licin, biarkan mendidih
Masukan coklat cair dan butter kacau rata, angkat. Ketepikan.
Gilas adonan puff pastry, potong2 dengan ukuran 2x40x1/2 cm, lilitkan pada cetakan horn, dengan posisi saling tindih dan tekan sedikit agar melekat.
Sapu dengan kuning telur, dan taburi gula pasir diatasnya
Bakar dalam oven dengan suhu 180C sampai berwarna kuning kecoklatan.
Angkat dan dinginkan. Lepaskan dari cetakan.
Isi horn dengan cream coklat, sajikan.
*Adunan dasar Puff Pastry
1 kg tepung protein tinggi
50 gm gula pasir
20 gm garam
150 gm butter
500 ml air sejuk (air dlm peti ais)
500 gm pastry margarine

Cara membuat:
Satukan bahan kering, lalu masukkan air, butter dan gaul rata dan sebati.
Bulatkan adunan istirihatkan selama 10 min.
Potong menyilang taruh pastry margarine ditengahnya (seperti bukaan envelop). Roll memanjang dan lipat dengan lipatan tunggal, rol kembali dan lipat dengan lipatan tunggal roll dan lipat (roll dan lipat hingga 5 atau 6 kali).
Istirehatkan selama 20 min. Puff pastry siap untuk digunakan dan dibentukkan mengikut suka hati.

|

Ikan Talang Masak halia

Bahan:
Isi ikan talang (dicuci dan direndam dalam air garam selama 1/2jam)
-rendam dengan air garam akan mempercepatkan garam dari dalam isi ikan keluar dan isi ikan akan kurang masin.

2 sb cili pes cili kering ( cili boh pun boleh)
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1cm halia ( besar ibu jari lebih kurang), dipotong panjang-panjang
garam, gula dan sedikit air asam jawa
minyak untuk menggoreng isi ikan
Cara
1. Isi ikan yang telah direndam, ditos dan digoreng hingga garing. Ketepikan.
2. Guna minyak menggoreng ikan tadi (2 sudu besar minyak).Tumis halia yang dipotong hingga bau wangi, masukkan cili (boleh juga diblend semua bahan kecuali halia masa blend cili kering).Masukkan garam, gula dan air asam dan biar hingga kering air/ garing cili tersebut.
3. Masukkan isi ikan talang yang dah digoreng tadi. Biar selama 10 minit dan boleh dimakan. Boleh juga dimasukkan bawang besar yang dipotong bulat semasa masukkan isi ikan. Sedap jugak.

Simple saja tapi memang menyelerakan.

|

Kek Kukus Pisang

BAHAN-BAHAN

250 G TEPUNG GANDUM
1/2 KG PISANG KAPAS
4 BIJI TELUR
1 CAWAN GULA PASIR
1/2 CAWAN MINYAK MASAK
1/2 SUDU TEH ESEN VANILA
1 SUDU BESAR SODA BIKARBONAT

CARA-CARA MEMBUATNYA

TEPUNG GANDUM DIAYAK BERSAMA SODA BIKARBONAT . PISANG DILECEK SEHINGGA HANCUR .PUKUL TELUR DENGAN GULA SEHINGGA GULA HANCUR .PISANG YANG TELAH DILECEK DICAMPURKAN DENGAN TELUR YANG DIPUKUL BERSAMA GULA TADI KEMUDIAN MASUKKAN GANDUM SEDIKIT DEMI SEDIKIT DAN GAUL HINGGA SEBATI,MASUKKAN MINYAK MASAK AKHIR SEKALI MASUKKAN ADUNAN KEDALAM LOYANG YANG TELAH DISAPU DENGAN SEDIKIT MINYAK.DAN PASTIKAN PERMUKAAN ATAS DITUTUP DENGAN PLASTIK . KUKUS ADUNAN SEHINGGA MASAK .

SELAMAT MENCUBA

|