Saturday, December 24, 2005

Resipi...NASI BERINGIN BERBIJAN

Sumber: Sajian Jelita Oktober 2005
Sumbangan: Norhayati Samsu - Kategori Nasi

Bahan-bahannya
3 camca besar minyak masak/ majerin
1 camca besar bijan
5 cm halia, ditumbuk halus
5 ulas bawang putih, ditumbuk halus
1 batang serai, dititik dan dipotong dua
6 helai daun limau purut
600 gram beras wangi, dibersih dan disejat
850 ml air
250 ml santan daripada 1 biji kelapa
garam secukupnya
1/2 camca teh perencah sup sayur

Cara-caranya
1. Panaskan minyak diatas kuali, masukkan bijan.
2. Tumis halia, bawang putih, sebahagian serai dan 3 helai daun limau purit.
3. Setelah naik bau dan keperangan, masukkan beras dan goreng sehingga kekuningan.
4. Didalam periuk lain, jerang air, santan, garam dan perencah sup sayur.
5. Letakkan baki daun limau purut dan serai. Setelah mendidih masukkan beras yang telah digoren tadi.
6. Apabila kering airnya, perlahankan api dan tutup periuk. Biar sehingga nasi masak sempurna.

Cadangan Hidangan
Nasi ini enak dimakan dengan laum berlemak umpamanya Masak Lemak Nenas, Ayam Masamah, Daging Masak Merah dan Sambal Telur, Sambal Udang atau Peparu Goreng. Pilihan sayur pula : Sambal Goreng Jawa, Jelatah atau ulam beserta sambal belacan.

|

Resipi...NASI DAGING BERAS PERANG

Sumber: Sajian Jelita Oktober 2005
Sumbangan: Azizah Zakaria - Kategori Nasi

Bahan-bahannya
500 gram daging lembu, dihiris nipis
1.25 liter air (daripada rebusan daging)
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
3 cm halia
5 gram rempah beriani
5 gram rempah kari daging
5 gram rempah kurma
60 ml minyak masak
15 gram majerin
5 biji bawang merah, dihiris halus
1 helai daun pandan, disimpul
garam dan gula secukupnya
500 gram beras perang
100 gram sayur campur
100 gram bawang goreng

Cara-caranya
1. Rebus daging dan asingkan airnya. Tambah air jjika perlu mengikut sukatan yang diberikan.
2. Hiris daging dan gaul degnan bawang putih, bawang besar dan halia serta rempah.
3. Panaskan minyak bersama marjerin didalam periuk. Tumis bawang merah dan daun pandan.
4. Apabila wangi, masukkan daging, air rebusan daging, gula dan garam.
5. Biarkan mendidih, masukkan beras dan masak sehingga kering
6. Apabila air kering baru masukkan sayur campur. Biarkan sehingga nasi masak.
7. Sewaktu menghidang tabur bawang goreng diatasnya.

|

Resipi...UDANG GORENG BERCILI ALA MINANG

Sumber: NoorMasri

Bahan-bahan:

1/2 kilo udang besar
1 labu bawang besar } dihiris
minyak untuk mengoreng
garam secukup rasa
sedikit serbuk kunyit
7 biji cili merah }
1 biji tomato merah } dikisar
3 ulas bawang merah }
gula

Cara membuat:

Udang dibersihkan, kemudian dilumurkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit lalu digoreng hingga masak, angkat .
Dengan menggunakan minyak yang telah digoreng udang tadi , tumiskan bawang besar kemudian masukkan bahan-bahan kisar. Goreng hingga garing dan pecah minyak dengan api yg perlahan.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Jika ingin masakan ini masam sedikit bolehlah di masukkan sedikit air limau nipis.
Akhir sekali masukkan udang goreng, balik-balikkan biar sebati dan bolehlah diangkat

|

Resipi...NASI TOMATO AL-HABSHI

Sumber: Sajian Jelita Oktober 2005
Sumbangan: Sharifah Khiratunisa Ben Shehab - Kategori Nasi

Bahan-bahannya
125 ml minyak sapi
2.4 liter air
185 gram (1 tin) puri tomoto
1 kg daging kambing, dihiris dan direbus sehingga empuk
125 ml susu cair
1 1/2 kg beras basmathi, dibasuh dan disejat
400 gram lobak merah, dipotong
200 gram bendi, dipotong
garam secukupnya

Bahan Kisar
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 cm halia
2 camca besar rempah kari daging

Rempah Tumis
3 biji bawang besar, dihiris
5 kuntum cengkih
5 cm kulit kayu manis
3 biji pelaga

Bahan dihiris 2cm
5 tangkai daun pudina
6 tangkai daun ketumbar
6 tangkai daun bawang
5 tangkai daun sup

Cara-caranya
1. Panaskan minyak sapi didalam periuk. Masukkan bahan kisar dan rempah tumis, kacau sehingga garing.
2. Masukkan air, puri tomoto dan daging. Biarkan mendidih.
3. Bubuh susu, semua daun yang dihiris, beras, lobak, bendi dan garam. Kacau sekali sekala sehingga kering airnya.
4. Perlahankan api dan tutup periuk. Masak sehingga nasi elok sempurna.

|

Resipi...APAM SIAM

Bahan-bahan
3 bj telur
1 cawan air soda (sprite/seven up/ais krim soda)
3 cawan tepung gandum
1½ cawan gula
Pewarna (ikut suka)
Cara membuatnya:-
Pukul telur dengan gula sehingga kembang. Apabila bahan sudah kembang. Masukkan air soda dan kacau rata. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Masukkan dalam talam dan kukus selama 20 minit.

Hiaslah dengan pewarna mengikut corak yang disukai. Saya lebih menyukai corak pelangi. Dinasihati supaya anda mengukus dengan menggunakan satu tingkat sahaja bagi memastikan apam tersebut naik. Jika tersilap sedikit ia akan batat. Sila ikut turutan jika tidak, apam anda tidak akan berhasil.
Ha...pewarna tu dimasukkan setelah bancuhan apam dah dimasukkan kedalam talam. Kalau nak pakai 3 warna, titiskan tiga-tiga warna tersebut ditempat yang berlainan. kemudian pusingkan garpu pada bancuhan tersebut sehingga ia bercorak pelangi.
Sesetengah orang jika rajin, mereka akan asingkan bancuhan pada 3 warna. Misalnya, warna kuning, hijau dan merah. Masukkan warna selangseli di dalam tengah talam. warna kedua pula dimasukkan ditengah warna pertama tadi dan seterusnya. so, ia akan berselang seli..

|

Resipi...Puding Roti Nenas

PUDING ROTI NENAS
Bahan Bahan

3 cawan susu
1 cawan krim
4 cawan roti panjang (dipotong dadu)
6 biji telur
3 cawan gula pasir
2 s/besar vanila
1 cawan kismis
1 1/2 cawan nenas (dipotong dadu)
2 s/besar mentega

Cara Menyediakannya

1. Cairkan mentega di dalam kuali. Masukkan nenas, gula dan
kismis. Kacau bahan - bahan sehingga gula kekuningan.

2. Untuk membuat kastad, campurkan bersama telur, gula dan vanila,
pukul dan gaul rata, masukkan susu, dan krim.

3. Pada bekas acuan, susunkan ke dalamnya roti.

4. Masukkan nenas, dan kismis dari kuali ke dalam bekas acuan.

5. Tuangkan kastad tadi ke dalam bekas acuan, biarkan ia
berendam selama 10 minit.

6. Bakar di dalam oven pada suhu 175 darjah selsius selama 40
minit, setelah dibakar, keluarkan dan taburkan serbuk gula di
atasnya.

|

Resipi...Carrot Almond Cake

CARROT ALMOND CAKE

Ingredients

160g butter

100g castor sugar

5 egg yolks

60ml UHT milk

Sifted:

200g self-raising flour

1¼ tbsp baking powder

1/2 tsp cinnamon powder


80g ground almonds

225g grated carrot


Grated rind from 1 lemon

4 egg whites

40g castor sugar

Glaze:

2 tbsp apricot gel mixed with 2 tbsp water
Method
Lightly grease a 22cm cake tin and line with parchment paper. Preheat oven to 180°C.

Cream the butter and sugar together until light and fluffy. Add the egg yolks one at a time until fully incorporated, scraping down the sides of the bowl after each addition.

Add one third of the sifted dry ingredients, followed by about one third of the milk and do this alternately until mixture is evenly incorporated.

Mix in ground almonds, carrots and lemon rind.

In another clean bowl, beat the egg whites with the sugar until just stiff, then gently blend the whisked egg whites into the carrot batter. Mix until evenly combined.

Turn out batter into prepared cake tin and bake in preheated oven for 1 hour 15 minutes or until the cake is firm to the touch and begins to pull away from the sides of the tin.

Combine apricot gel with water in a small saucepan and bring to just a boil to dissolve the apricot gel. Brush hot apricot gel over the just baked cake immediately.

|

Resipi...Daging Rebus Butter & Kicap

sumber : cikdak (cari.com)

1 kg daging fillet
1/4 cawan kicap pekat
1/4 cawan kicap cair
1 sb lada hitam
5 ulas bawang putih
1/3 ketul butter
6 cawan air

Cara:
1. Daging dipotong kepada 2 atau 3 sahaja dan dibersihkan.
2. Tumbuk lada hitam dan bawang putih.
3. Letak semua kicap, daging, bawang putih dan lada hitam dalam periok.
4. Gaul daging dengan bahan2 tadi dan biarkan dalam ½ jam….(marinate)
5. Tambah air dan butter ke dalam periok dan rebus dengan api sederhana hingga daging empuk.
6. Jangan lupa balik2 kan daging supaya mesra semua bahagian.
7. Keluarkan daging dan potong nipis-nipis dan susun dalam pinggan.
8. Jika mahu, pekatkan kuah dengan sedikit bancuhan tepung jagung.
9. Curah kuah atas daging dan sedia untuk dimakan dengan nasi.

Note: Tak payah bubuh garam…dah masin pun.
Alternatively, boleh juga masukkan daging yang dihiris tu ke dalam kuah,
kacau2 dan hidangkan.

|

Resipi...Kek Keju Kukus

Bahan A
3 biji putih telur
¼ suduteh cream of tartar
50gm gula halus
Pukul semua bahan A hingga kembang diketepikan

Bahan B
250 gm krim keju (cream cheese)
50 gm gula halus
2 sm susu sejat
3 biji kuning telur
125 ml cream putar (whipped cream)

Ayak ketiga2 tepung ini
40 gm tepong halus (superfine flour)
10 gm tepong castor
15 gm tepong jagung
Esen vanilla

Pukul krim keju, gula halus dan susu hingga sebati kemudian masukkan kuning telur, cream putar dan esen vanilla dipukul hingga sebati baru masukkan ketiga2 tepung dan dikacau hingga rata.

Setelah bahan B sebati masukkan Bahan A dengan cara kacau dan kaup, masukkan bahan A sebanyak 3 kali (bermakna ¼ bahagian) dikacau dan dikaup buatlah hingga bahan B habis. Masukkan kedalam loyang dan kukus sehingga masak.

Loyang berukuran 21.5 cm
Digrease dan dialas kertas.
Panaskan kukusan terlebeh dahulu biarkan betul2 panas.

Bahan topping
2 sm glaze apricot
2 sm air
Masak kedua2 hingga mendidih.

Bila kek dan sejuk sapukan bahan topping.

|

Resipi...Stik Daging Lembu Mcik

BAHAN -BAHAN
750 g daging tanpa tulang
4 camca besar minyak masak
BAHAN PERASA
2 camca teh kicap cair
1 camca teh soda bikarbonat
1 biji telur ( dipukul )
1 camca besar tepung jagung
1 camca besar gula
setengah camca teh garam
1 camca teh serbuk perasa ( jika suka )
BAHAN SOS
2 camca besar kicap cair
setengah camca teh kicap hitam
1 camca besar sos tiram
1 camca besar gula
setengah camca teh minyak bijan
setengah cawan air rebusan / air
1 camca besar tepung jagung
2 camca besar air ( tepung jagung digaul hingga rata)
garam dan lada sulah secukup rasa

CARA MEMBUATNYA
Potong daging kepada ketulan yang besar (tebal lebih kurang 3 mm.)
Pukul kedua-dua belah daging itu dengan bahagian belakang pisau agar menjadi lembut
Perapkan daging dengan bahan perasa. Biarkan selama 2 - jam
Pijarkan minyak dalam kuali
Gorengkan daging hingga kuning keperang-perangan di kedua dua belah
Angkat dan aturkan dalam pinggan
Masukkan kesemua bahan sos kecuali campuran tepung jagung ke dalam periuk.
Biarkan mendidih
Tambahkan campuran tepung jagung untuk memekatkannya.
Tuangkan sos ke atas daging dan hidangkan panas-panas.

|

Resipi...Talapia Santan Berlada

BAHAN-BAHAN
2 ekor ikan tilapia - saiz sederhana (atau ikan yang sesuai)
1 1/2 biji kelapa parut - ambil santannya
2 batang daun kesum
5 biji limau nipis
2 biji tomato
2 keping asam gelugur
15 biji cili api }
3 batang serai } tumbuk lumat
3 cm kunyit hidup }
sedikit garam
CARA MEMBUATNYA:
Renehkan bahan yang ditumbuk bersama dengan 1/2 cawan santan sehingga naik bau.
Kacau sentiasa perlahan-lahan
Setelah mendidih masukkan asam keping dan ikan
Apabila mendidih masukkan pula lebihan santan dan biarkan mendidih sekali lagi.
Pastikan ketika mengacau jangan terlalu kuat, agak-agak biar santannya tidak pecah minyak dan ikannya

|

Resipi...Sambal Ikan Bilis dgn Belimbing Buluh

BAHAN-BAHAN:
20 ml minyak masak
30 gm cili giling
40 gm bawang merah
10 gm belacan
40 gm bawang besar
30 ml air
20 gm gula
150 gm ikan bilis
120 gm buah belimbing kecil
Garam secukup rasa


CARA MEMBUAT:

Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sehingga ia menjadi kekuningan.
Tumiskan bahan-bahan seperti cili giling, bawang merah, belacan dan bawang besar. Biarkan sehingga naik baunya.
Tambahkan belacan ke dalam tumisan. Apabila cili sudah masak, masukkan air diikuti dengan menambahkan gula mengikut cita rasa anda.
Tambahkan belimbing yang telah dipotong tadi ke dalam tumisan. Sebelum dihidangkan, gaulkan bersama ikan bilis yang telah digoreng terlebih dahulu

|

Thursday, December 22, 2005

Resipi...Mango Lassi

Bahan-Bahan:
5 sudu natural yougart
6 sudu besar mango pulp
4 sudu gula pasir
susu segar 300ml
4 gengam ais kiub


Cara Membuatnya:

kisarkan kesemua bahan-bahan tadi dan sedia untuk di minum

|

Monday, December 19, 2005

Resipi...AYAM SAMBAL SIAM

(Sumber : Majalah Rasa Januari 2006/petikan dari Buku Favourite Dishes from Tunku's Kitchen)

500 g ayam dipotong kecil
150 ml santan pekat
30 ml minyak masak

Kisar:
20 tangkai cili kering
6 biji bwg merah
2 cm kunyit hidup
2 cm halia

Hiris nipis:
6 helai daun limau purut
3 btg serai
4 cm lengkuas

3 cm belacan dibakar & kisar (saya tumbuk je)
2 sudu makan kerisik
garam
gula

hiasan:
2 helai daun limau purut (hiris nipis)
2 ulas bwg putih (hiris nipis & goreng garing)

Cara :
1. Panaskan minyak, goreng seketika hirisan kunyit bersama halia, bwg merah & cili kisar. Masukkan serai, lengkuas & belacan hingga naik bau. (Dlm senarai bahan2 kunyit dikisar, tapi kat cara-cara ni kunyit dihiris, jadi saya kisar je kunyit tu)
2. Masukkan ayam dan biarkan masak.
3. Masukkan santan, garam dan gula secukup rasa.
4. Perlahankan api dan biarkan mendidih. Masukan pula daun limau purut.
5. Angkat dan hiaskan, sedia untuk dihidang.

(Dlm cara-cara ni takde pulak dimention bila nak masuk kerisik, jadi saya masukkan last sekali, kacau2 5 minit kot pastu angkat).

|

Resipi...KEK MEKAR SETAMAN

Sumber: Rancangan Kuih Raya 2005 bersama Tepung Blue Key & Star Brand

Bahan Kek
200 gram tepung halus lagi putih BlueKey
180 gram gula halus
150 gram mentega
35 gram air sejuk
6 biji telur
1 sudu teh perasa vanilla
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh ovalette
1 sudu teh pewarna coklat
1 sudu besar pes coklat/ emulco

Bahan Filling
1 tin blueberi
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar gula
* bahan diatas dimasak sehingga pekat

Bahan Krim
500 gram creamlite/ majerin icing
300 gram gula aising
* bahan diatas dipukul bersama hingga kembang

Bahan coklat/ glaze
455 gram coklat mohrenglanze
110 gram crisco
* bahan diatas dicairkan bersama

Cara-caranya
1. Pukul semua bahan kecuali mentega, pewarna coklat dan pes coklat/ emulco sehingga pekat.
2. Kemudian masukkan mentega dan kacau rata.
3. Bahagikann 2 aduna (satu bahagian kuning (warna asal) dan satu lagi dicampurkan dengan pewarna coklat dan pes coklat/ emulco).
4. Bakar adunan kek tadi secara berasingan warnanya dengan menggunakan loyang bulat 9".
5. Setelah kek masak dan sejuk, jadikan kek coklat sebagai lapisan bawah. Letakkan bahan filling diatasnya, kemudian letakkan dengna kek plain (warna kuning) diatasnya.
6. Kemudian sapukan krim pada keselururan kek Tuang coklat/ glaze keatasnya.
7. Hiaskan dengan morshino cheery dan daun ros yang dibuat dari coklat putih.

|

Resipi...PUDING KELAPA

Bahan-bahannya


2 biji buah kelapa muda
1 biji kelapa parut
Agar-agar (secukup rasa) agak-agak aje…..
Gula putih (secukup rasa)
Susu cair (dua @ tiga sudu besar) - secukup rasa

Cara membuatnya
a. Kelapa muda di kupas cantik dan di tebuk. Keluarkan air dari kedua-dua kelapa (asingkan).

b. 1 biji air kelapa dicampur dengan kelapa parut untuk mendapatkan santan.

c. 1 biji air kelapa dimasak dengan agar-agar sehingga larut, kemudian masukkan gula dan kacau lagi sehingga larut.

d. Setelah larut semuanya biarkan sejuk seketika.

e. Kemudian masukkan susu cair dan santan kelapa kacau rata. (Secukup rasa)

f. Setelah siap, masukkan adunan puding yang telah siap ke dalam buah kelapa yang telah dikupas cantik dan hidangkan.

|

Resipi...Lemon Pudding Cake

Lemon Pudding Cake

6 eggs
1 cup milk
1/2 cup lemon juice (about three lemons)
Zest from one lemon
1 cup sugar
2/3 cup all purpose flour
Scant 1/4 teaspoon salt


1. Spray a 2-quart baking pan with cooking oil. Preheat the oven to 350 degrees.
2. Separate the eggs into two medium bowls being careful not to get any yolk in with the whites. The fat from the yolk will cause the whites not to beat properly. The easiest way to avoid getting yolk with the white is to separate the eggs individually into cups and pour the separated portions into the bowl after each egg is separated.
3. Remove the zest from one lemon with a fine grater. The zest is the outer skin of the lemon. Be careful not to remove the white pith for it is bitter.
4. With an electric mixer, beat the egg yolks until they thicken and are a creamy yellow.
5. Beat in the milk, lemon juice, and lemon zest. Add the sugar, flour, and salt and stir until smooth.
6. Wash the beaters thoroughly and then beat the egg whites until stiff peaks form. Fold the egg whites into the egg batter with a spatula.
7. Pour the completed batter into the baking pan. Place the baking pan into a larger pan, 8 1/2 x 13, and then fill the outer pan with water to a depth of one inch.
8. Bake at 350 for 35 to 40 minutes or until the top is browned. The cake should be only slightly jiggly.

|

Wednesday, December 14, 2005

Resipi...Kek Coklat Fudge

Bahan-Bahan:
370 gram mentega
600 gram gula
6 biji telur
370 gram tepung
125 gram serbuk koko
15 gram serbuk penaik
400 ml air

Bahan aising coklat:

500 gram coklat masakan*
300 ml krim putar (UHT double cream)*



* Panaskan krim dan tuangkan ke dalam coklat yang telah dihiris.

Cara menyediakannya:

Mentega dan gula dipukul sampai kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
Campurkan tepung, serbuk koko, serbuk penaik dan ayak.
Masukkan adunan tepung ke dalam mentega tadi. Akhir sekali tuangkan air dan kacau sehingga sebati.
Bakar pada suhu 150'Celsius selama 30-40 minit.
Bila masak dan sejuk, hiaskan dengan aising coklat.

|

Resipi...Fried Black Pepper Udon

6 packets Udon Noodles

8 shallots )chopped
6 pips garlic )chopped
4 eggs, lightly beaten
4Tb chili boh or more
100g chicken breast-cube
100g prawns
100g fishball
50g shiitake mushroom (or any type)-sliced
100g carrot-shredded
200g beansprout

Seasoning
3 Tb oyster sauce
1/2 Tb sugar
1/2 Tb dark soya sauce
1Tb ground black pepper
1tsp white pepper

1/2 head of lettuce shredded for top garnish
red chilli-sliced
fried onions
spring onions

1.Heat up wok with 3Tb oil, saute garlic and shallots until fragrant.
2.Add in beaten eggs, stir till cooked. Add in chili boh and fry till aromatic.
3.Add in chicken meat, prawns, fishball and mushroom, stir fry till nearly cooked. Add in udon noodles followed by carrots and seasoning. Add a little water if noodles is still too hard. Cover up.
4.Finally add in beansprout and fry over High flame just until well mixed.
5.Dish up and top with shredded lettuce, cut chilli and fried onions.

|

Tuesday, December 13, 2005

Resipi...CHOCOLATE MARSHMALLOW CAKE

From Diana Rattray,


Ingredients :
6 ounces butter ( ¾ cup, 1½ sticks)
1½ cups sugar
3 tablespoons unsweetened cocoa
3 eggs
1½ cups self-rising flour
1½ cups chopped pecans
1 teaspoon vanilla extract
6 ounces miniature marshmallows, about 3 cups
Icing ( See below )

Preparation :
Cream butter and sugar until light and fluffy; beat in cocoa.
Add eggs, one at a time, beating well after each addition.
Add flour, nuts and vanilla; mix well.
Pour batter into greased and floured 9x13x2-inch baking pan.
Bake chocolate marshmallow cake at 325° for 40 minutes.
Remove from oven and place miniature marshmallows on top of hot cake.
Let marshmallows melt then frost with icing (below) while still warm.

Icing Ingredients :
¼ cup butter
1lb confectioners sugar (about 3½ cups unsifted)
¼ cup unsweetened cocoa
1 teaspoon vanilla
milk

Preparation :
Mix all ingredients together, adding milk until desired spreading consistency is reached;
spread on warm chocolate marshmallow cake. Cool chocolate marshmallow cake thoroughly
before serving.

|

Resipi...PISANG GORENG SOS COKELAT

Bahan-Bahannya :

10 biji pisang raja
Minyak untuk menggoreng


Bahan Adunan Tepung :

250ml susu cair
125gm margarine
1 sudu makan gula pasir
100gm tepung gandum
4 biji telur


Bahan Sos :

250gm cokelat masak dicairkan
200ml krim pekat
50gm gula pasir
50ml air

Bahan Hiasan :

Buah strawberi segar


Cara Membuatnya :

Didihkan air bersama margarine dan gula pasir, setelah mendidih masukkan tepung gandum, gaul rata dan masak hingga menjadi adunan pes, angkat.

Setelah agak sejuk, masukkan telur satu persatu dan gaul rata hingga menjadi adunan yang pekat.

Pisang raja dipotong menurut kesukaan masing-masing dan panaskan minyak goreng.

Celupkan pisang ke dalam adunan dan goreng hingga berwarna kecoklatan, angkat. Sajikan hangat dengan sos cokelat dan hias dengan buah strawberi segar.



Cara Membuat Sosnya :

Campur cokelat masak yang telah dicairkan, krim pekat, gula pasir dan air, gaul rata, didihkan, angkat.

|

Resipi...AYAM BAKAR KICAP

Bahan-Bahannya :

1 ekor ayam dipotong 8 bahagian
2 sudu makan jus limau nipis dan 2 sudu teh garam
2cm lengkuas dititik
2 batang serai dititik
2 lembar daun limau
2cm halia
2 sudu makan kicap manis
2 sudu makan minyak goreng



Bahan-Bahan Dikisar :

3 cili merah
6 cili padi merah
8 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
5 biji buah keras disangrai
3cm kunyit
1 sudu teh garam


Bahan Sapu :

2 sudu makan margarin cairkan
7 sudu makan kicap manis


Cara Membuatnya :

Cuci bersih ayam, lumur dengan jus limau nipis dan garam, perapkan sebentar.

Cuci bersih kembali, toskan.

Lumur ayam dengan bahan yang telah dikisar halus, tambahkan 2 sudu makan

minyak goreng. Perapkan selama 30 minit.

Masak ayam bersama rendamannya, tambahkan lengkuas, serai, daun limau

dan halia. Masak hingga ayam empok, angkat.

Siapkan bara api, panggang ayam. Semasa memanggang, sapukan ayam

dengan campuran margarin dan kicap manis. Panggang hingga berwarna agak

gelap, angkat. Sajikan hangat.

|

Resipi...Acar Campur Bening

Bahan-Bahannya :

250gm timun dipotong bentuk dadu
1 biji lobak merah dipotong bentuk dadu
20 biji cili padi
10 biji bawang kecil
250cc air
75gm gula pasir
10 biji lada hitam / putih ditumbuk sedikit ( boleh juga digantikan dengan lada sulah )
½cm halia
1 lembar daun salam
2 sudu makan cuka
1 sudu teh garam

Cara Membuatnya :

Campur air dengan gula, lada merah / putih / lada sulah, halia, daun salam, cuka, dan garam. Gaul rata, lalu masak hingga mendidih.
Setelah campuran tadi sejuk, masukkan timun, lobak merah, cili padi dan bawang merah. Gauu rata dan diamkan / ketepikan selama 1 - 2 jam.

|

Resipi...Soto Jakarta

Bahan-Bahan Soto :

1kg bahagian dalam lembu seperti usus, babat, jantung, paru
250gm daging tetelan lembu
250cc santan
1250cc air
2 lembar daun salam
1cm lengkuas dititik
1 batang serai dititik
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
½ sudu teh lada sulah
2cm halia
1 sudu teh garam
3 batang daun bawang dihiris halus
1 batang seleri dihiris halus
4 biji tomato dipotong-potong
3 sudu makan bawang merah goreng


Bahan Sambal Rebus :

10 biji cili padi
4 biji cili merah
½ sudu teh garam
100cc air masak


Cara Membuat Soto :
Didihkan air, ikat kedua hujung usus dengan tali rafia. Rebus semua bahagian dalam lembu dan daging tetelan sampai empok. Jangan dibuang airnya, lebihan air rebusan akan dijadikan bahan stoknya.
Angkat, potong berbentuk dadu, lalu dimasukkan kembali ke dalam stok lembu tadi.
Kisar bawang merah, bawang putih, lada sulah, halia, dan garam, lalu tumis sampai harum.
Masukkan daun salam, lengkuas, dan serai. Gaul rata, lalu tuangkan ke dalam stok lembu tadi, gaul rata, masak hingga mendidih.
Masukkan santan sambil digaul-gaul, masak hingga seluruhnya masak.
Letakkan tomato dalam mangkuk, tuang dengan soto, lalu taburkan atasnya dengan daun bawang, seleri, dan bawang merah goreng.

Cara Membuat Sambal Rebus :
Rebus caili padi dan cili merah sebentar, toskan, kisar, lalu tambahkan garam dan air, gaul rata.


Nota : Biasanya di Jakarta, Soto Jakarta ini disajikan bersama-sama dengan Acar Campur Bening,Sambal Rebus, Emping Goreng, Kicap Manis, dan Limau Nipis.

|

Resipi...Ayam Bakar Padang

Bahan-Bahannya :

1 ekor ayam dipotong empat bahagian
1 batang kayu manis
3 biji cengkih
5 lembar daun limau
½ lembar daun kunyit
2 batang serai
3 sdudu makan minyak goreng
500ml santan sedang-sedang kepekatannya
100ml santan pekat


Bahan-Bahan Dikisar :

4 biji cili merah
3 ulas bawang putih
4 buiji bawang merah
½ sudu makan jintan manis
½ sudu teh jintan
½ sudu teh lada
2cm halia
2cm lengkuas
3cm kunyit
3 biji buah keras



Cara Membuatnya :

Tumis bahan-bahan kisar dengan minyak goreng beserta kayu manis, cengkeh, daun limau,

daun kunyit dan serai hingga harum baunya dan masak.

Masukkan ayam, tumis dengan bumbu hingga ayam setengah masak.

Tambahkan santan cair, kecilkan api, masak hingga kuah tinggal sedikit.

Tambahkan santan pekat. Masak kembali hingga kuah mulai mengering, angkat dan sejukkan.

Setelah sejuk, lumur seluruh permukaan ayam dengan sisa kuah yang mengering.

Kemudian bakar hingga agak kekuningan.

Hidangkan.

|

Resipi...Bingka Siram

Bahan-Bahannya :

5 biji telur
500gm kentang dikukus dan dilecek
500ml susu cair daripada campuran 200ml susu pekat manis dan 300ml air
75gm gula pasir
3 sudu makan minyak goreng
½ sudu teh garam
½ sudu teh vanili
50gm badam
50gm kismis


Kuah Siram :

100gm gula pasir
50ml air
½ sudu the vanili



Cara Membuat Kuah Siram :

Campur semua bahan, larutkan di atas api kecil sambil digaul-gaul hingga licin dan rata.


Cara Membuatnya :

Pukul telur dan gula hingga gula larut, kemudian masukkan kentang garam minyak goreng
dan vanili sambil dimasukkan susu sedikit demi sedikit hingga susu habis dan adunan halus.


Masukkan ke dalam loyang. Kemudian masak dalam oven selama 15 minit.
Tabur atasnya dengan badam dan kismis.
Masukkan kembali dalam oven dan bakar lagi hingga masak.
Jika hendak dihidangkan siram dengan kuah siram.

|

Resipi...Dadar Gulung Udang

Bahan-Bahannya :

200gm udang putih dikupas kulitnya
3 biji telur ayam
2 batang daun ketumbar
1 sudu teh lada hitam halus
2 batang daun celery
2 ulas bawang putih
5 lembar daun ketumbar
3 biji cili merah
2 batang daun bawang
Garam dan lada secukupnya
Minyak goreng secukupnya



Cara Membuat Dadar (Untuk Kulit) :

Dalam sebuah bekas, pukul telur, sambil terus dipukul masukkan 3 sudu makan air,
garam dan lada secukupnya.
Kemudian buatlah dadar telur tipis-tipis menjadi beberapa keping. Ketepikan.



Cara Membuat Isinya :

Bawang putih dan udang yang telah dikupas dicincang.
Batang daun ketumbar, daun bawang dan daun celery dihiris kecil-kecil.
Cili merah dihiris tipis memanjang.
Tumis semua bahan tersebut hingga naik baunya.
Masukkan lada hitam, garam dan lada secukupnya.
Setelah masak, angkat.



Cara Membuat Dadar Gulung :

Ambil 1 keping telur dadar.
Letakkan adunan isi sebanyak 1 - 2 sudu makan di atas kepingan telur dadar.
Gulung rapat seperti membuat kuih dadar.
Lakukan untuk semua bahan dadar dan adunan isi terpakai seluruhnya.
Setelah itu potong-potong dadar

|

Resipi...PERIA SUMBAT & NASI CLAYPOT SAYURAN KANTONIS

Bahan untuk Peria Sumbat
1 peria, belah separuh buang biji, rendam di air garam dan bilas
100 gram daging cincang
1 sudu kecil bawang putih kisar
1 sudu kecil halia kisar
1 biji bawang besar, dicincang
1 sudu kecil serbuk kari
2 sudu besar santan
2 sudu besar minyak
2 biji telur, digoreng hancur

Untuk Nasi Claypot
1/2 paket pes nasi claypot kantonis
1 cawan nasi
4 sudu besar sayur campur
4 cendawan butang
4 abalon tiruan
8 asparagus
kicap pekat dan lada putih secukup rasa

Cara-caranya
Untuk membuat peria sumbat, tumis bawang putih halia, bawang besar dan serbuk kari bersama daging cincang. Masukkan santan dan telur goreng. Rebus peria dan sejukkan sebelum mengisi inti ke dalamnya.

Untuk memasak nasi, tumis pes claypot kantonis hingga harum. Masukkan sayur-sayuran, cendawan, asparagus dan abalon selama 5 minit. Masukkan nasi, gaul rata. Masukkan kicap dan lada putih. Hidang dengan peria.

|

Resipi...TULANG RUSUK DAGING KAMBING DAN NASI AYAM

TULANG RUSUK DAGING KAMBING DAN NASI AYAM

Bahan-bahannya
2 tulang rusuk kambing

Bahan perasa
1 sudu kecil bawang putih
1 sudu kecil halia
secubit lada hitam kasar
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk paprika pedas
1 sudu kecil serbuk perisa italian
1 sudu kecil oregano
garam secukup rasa
1 sudu kecil kulit lemon, diparut
1/2 cawan parsli segar, dicincang halus
mentega tanpa garam untuk disapur pada daging

Untuk Nasi Ayam
1 cawan beras
1 sudu besar pes nasi ayam Hainan
3 biji bawang putih
2 keping halia
1 1/2 cawan air

Cara-caranya
Perap daging kambing dengan bahan perasa semalaman dalam peti sejuk. Sapu mentega pada daging sebelum dipanggang sehingga masak.

Untuk Nasi Ayam: Masukkan semua bahan dalam periuk mikrowave, ditutup dan masak pada kuasa tinggi selama 10 minit. Buka penutup, kacau beras dan masak pada kuasa rendah untuk 10 minit lagi.

|

Resipi...HATI GORENG DENGAN SAYUR CERIA

Bahan-bahannya
150 gram hati lembu
1 sudu besar bawang putih, dikisar
1 sudu besar halia, dikisar
garam secukup rasa
* Rebus hati lembut dengan bahan diatas sehingga lembut

Rempah Hati
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil lada hitam
1/2 sudu kecil bawang putih
garam secukup rasa
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil serbuk kunyit

Untuk Sayur Ceria
2 sudu kecil minyak zaitun
100 gram bunga kobis
100 gram brokoli
30 gram pea
100 gram lada benggala merah, hijau dan kuning
30 gram cendawan jerami
150 ml air
1 sudu kecil garam
1/2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap cair
1/2 sudu besar tepung jagung dicampur dengan 2 sudu besar air

Cara-caranya
Gaul rempah hati dengan hati yang telah dimasak, lalu digoreng.

Untuk sayur, rebus bunga kobis, brokoli, lobak. Buang airnya. tumis lada benggala dengan pea dan tapis. Panaskan minyak dan tumis sayur-sayuran. Masukkan air, garam, sos tiram, kicap pekat, kicap cair dan campuran tepung jagung dan gaul rata. Sedia untuk dihidang.

|

Resipi...IKAN GARUPA DENGAN TAUHU

Bahan-bahannya
1 ekor ikan garupa
1 sudu besar serbuk kunyit
garam secukup rasa

Untuk Sambal
3 sudu besar bawang, dadu halus
1 sudu besar bawang putih, dadu halus
5 sudu besar cili merah, dadu halus
3 sudu besar jus limau purut
1 sudu kecil serbuk belacan goreng
1 sudu kecil gula
garam secukup rasa

Untuk Tahu
1 keping tahu
1 cili merah, dihiris
1 batang daun ketumbar, dihiris
2 sudu kecil pes kicap pekat
1 sudu kecil gula

Cara-caranya
Ikan diperap dengan serbuk kunyit dan garam dan goreng. Tumis bawang, bawang putih dan cili merah. Masukkan serbuk belacan dan jus limau purut. Kacau selama 10 minit. Tambah garam secukup rasa. Tuangkan sos diatas ikan garupa.

Potong tahu menjadi 4 persegi. Goreng tahu hingga keemasan. Ketepikan. Goreng cili merah dan daun ketumbar sehingga harum. Masukkan tahu, kicap pekat dan gula. Masukkan sedikit air. Tumis dan hidangkan bersama ikan.

|

Thursday, December 08, 2005

Resipi...RICH BOILED FRUIT CAKE

Bahan-bahannya
2 cawan dried mixed fruit (campuran buah-buahan kering)
1 cawan ceri, dicincang kasar
1/4 cawan candied mixed citrus peel (kulit limau candy, boleh dapat di kedai bakery)
1/2 cawan kacang walnut, dicincang
1 1/2 cawan gula
3/4 cawan mentega
1 cawan susu
1 sudu teh mixed spice (rempah kuih)
1/2 sudu teh baking soda
2 2/3 cup tepung naik sendiri
2 biji telur

Cara-caranya
1.
Panaskan oven pada 160 darjah. Ataskan loyang 8 x 3 inci dengan kertas kuih.

2. Campurkan buah-buahan, ceri dan mixed citrus peel, kacang walnut, gula, mentega, susu, rempah kuih dan bakings soda dan panaskan dalam periuk. Biarkan ia mendidih untuk 5 minit. Biarkan ia sejuk pada suhubilik.
3. Masukkan telur dan tepung pada adunan buah-buahan yang telah sejuk.Gaul rata. Tuangkan adunan pada loyang dan tutup loyang dengan kertas kuih.
4. Bakar pada 160 darjah untuk 40 minit. Kemudian turunkan panas ke 150 darjah dan bakar selama 1 1/2 jam. Keluarkan kek dari oven bila sudah masak dan sejukkan untuk 5 minit baru keluarkan dari loyang.

|

Resipi...Dark Chocolate Cake

3 cups cake flour
1 1/2 tsp baking soda
1 1/2 tsp baking powder
1/4 tsp salt
~~~~~
1 1/2 cups unsweetened cocoa
2 1/2 cups double strength coffee
~~~~~
2 sticks + 2 Tbsp unsalted butter, at room temperature
1/3 cup vegetable oil
~~~~~
1 1/2 cups sugar
1 1/2 cups dark brown sugar
~~~~~
5 large sized eggs
1 Tbsp vanilla

Mix the hot coffee and the cocoa together until smooth. Allow to cool while you prepare the rest of the ingredients.

Preheat the oven to 350°. Prepare 3 9x2-inch cake pans with bakers grease or a good spray with cooking spray and a sprinkle of cocoa (shake out the excess). In a medium bowl, sift the dry ingredients together,
set aside.

In a mixing bowl, cream the butter and sugar until light and fluffy. This will take 1-3 minutes. You want a light color and a fluffy texture. Scrape the bowl and add the oil, beat until incorporated. Add the eggs one at a time, allow each to incorporate before adding the next. Add the vanilla and scrape the bowl.

Alternate the coffee/cocoa mixture with the dry ingredients. Begin and end with the dry ingredients. Scrape the bottom of the bowl to be sure you have incorporated all the dry ingredients. This is a large recipe and it will fill up even the bowl of a 4 1/2 quart sized KitchenAid mixer!!

Pour the batter into the pans. You want to fill them 1/2 to 2/3 full, not more. If it looks like you might have more batter, don't overfill the pans, just make a few cupcakes! Bake for about 25+ minutes, they won't spring back like many cake recipes. They will be firm on top and will start to spring back, like a lightly damp sponge. Remove from the oven and cool in the pans for 5-10 minutes. Now...don't fret....this cake will fall back down slightly, not a dip in the middle, but it will settle back into the pan. This recipe just does that. So don't be
disappointed. Cool on racks until completely cool. This cake frosts much easier if you freeze it overnight and as you frost it, it will thaw out! It is a tender cake, but much worth the effort.

You can wrap this cake well and then freeze for 2 months.

**To help keep the cake level as it bakes, cut strips 2-inches wide from an old towel, wet it down with cold tap water and squeeze out the excess, then wrap around the cake pan after you have added the batter and pin in place. Bake as usual and the damp cloth helps to insulate the pan so the layers bake nice and even!! I use this with all of my cake recipes. These strips can be re-used until they start to fall apart.

|

Monday, December 05, 2005

Resipi...BISKUT CAWAN HAZELNUT

BISKUT CAWAN HAZELNUT
Sumber: Jelita Oktober 2005

Bahan-bahannya
165 gram mentega
85 gram gula kastor
sedikit perasa vanilla
sedikit garam
1/2 biji telur, Gred B
250 gram tepung gandum
30 gram serbuk hazelnut

Cara-caranya
1. Pukul mentega, gula kastor, perasa vanilla dan garam seketika sampai lembut.
2. Masukkan telur sedikit demi sedikit dan kacau rata.
3. Akhir sekali masukkan tepung yang digaul dengan serbuk hazelnut.
4. Uli adunan sehingga menjadi doh.
5. Bentukkan dengan menggunakan acuan tat yang kecil.
6. Bakar hingga masak dengan suhu 170'C. Sejukkan.

Bahan untuk Topping
280 gram mentega
100 gram gula kastor
100 gram gula perang
1 biji telur
1 biji kuning telur
360 gram tepung
110 gram oat
3 gram baking powder
3 gram soda bikarbonat
sedikit garam
perasa vanilla
20 gram susu segar
100 gram coklat masakan

Cara-caranya
1. Pukul mentega, gula kastor, gula perang, perasa vanilla dan garam sehingga lembut.
2. Masukkan telur dan kuning telur yang dicampur bersama. Kacau sebati.
3. Campurkan bahan lain kecuali susu segar di dalam adunan diatas. Kacau rata.
4. Tuangkan susu segar di dalamnya. Kacau sebati.
5. Dengan menggunakan tangan, ambil adunan sedikit-sedikit, bulatkan dan letakkan di dalam dulang pembakar.
6. Bakar hingga masak dengan suhu 160'C. Sejukkan.
7. Penyudahnya, ambil sedikit coklat masakan yang dicairkan dan sapu pada tart tadi. Letakkan 'topping' diatasnya.

|

Resipi...NASI SAMUKUN

Sumber: www.bernas.com.my

Bahan-bahan:
600g beras wangi
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
4 biji cili merah
60ml minyal
1.2 liter air
60g kacang panjang (potong halus)
40g pucuk paku (celup dalam air panas dan potong halus)
10 tangkai daun kesum (potong halus)
2 kuntum bunga kantan (potong halus)
300g ikan tongkol (panggang & tumbuk)
Garam secukupnya

Cara membuat:
Basuh beras, tus dan ketepikan. Kisar bawang dan cili merah dan sedikit air. Panas minyak didalam periuk dan masukkan kisaran dan biar hingga naik bau. Masukkan air dan kacau. Apabila mendidih, masukkan beras dan kacau rata. Kacau sekali-sekala hingga air diserap. Perlahankan api dan tutup periuk selama 10 minit. Tutup api dan tunggu sehingga nasi tidak terlalu panas. Gaul bahan yang dipotong halus dan ikan yang ditumbuk kedalam nasi. Bubuh garam secukup rasa. Tunggu 20 minit sebelum dihidangkan.

|

Resipi...BISKUT BADAM STRAWBERI

Sumber: Jelita Oktober 2005

Bahan untuk Sugar Dough
165 gram mentega
85 gram gula kastor
sedikit garam
sedikit perasa vanilla
1/2 biji telur, gred B
250 gram tepung gandum

Cara untuk membuat sugar dough
1. Pukul mentega, gula kastor, perasa vanilla dan garam seketika sehingga lembut.
2. Masukkan telur sedikit demi sedikit dan kacau rata.
3. Akhir sekali, masukkan tepung dan uli adunan sehingga menjadi doh.
4. Canai doh setebal 1/2 cm. Terap dengan acuan bulat dan susun diatas dulang pembakar yang dilenser dengan mentega.

Bahan untuk biskut
175 gram mentega
75 gram gula aising
1/2 sudu kecil perasa vanilla
1/2 sudu kecil pes lemon
1 1/2 biji kuning telur
sedikit jem strawberi untuk inti
sedikit coklat masakan untuk hiasan

Cara membuatnya
1. Pukul mentega, gula aising, perasa vanilla dan pes lemon sehingga kembang.
2. Masukkan kuning telur sedikit demi sedikit dan kacau rata.
3. Masukkan adunan didalam 'piping bag' yang diletakkan muncung bintang dan picitkan diatas bahagian tepi doh yang diterap bulat tadi.
4. Bakar sehingga masak dengan suhu 160'C, kira-kira 20 minit. Sejukkan.
5. Letakkan jem di tengah-tengah biskut.
6. Hiaskan degnan coklat masakan.

|

Resipi...NASI KUKUS

Sumber: www.bernas.com.my

Bahan-bahan:
500g beras (direndam 4 jam bersama sdikit serbuk kunyit)
600ml air
150ml pati santan
sedikit garam
3 camca besar minyak sapi
300g sotong (dikelar menyerong)

Bahan kisar:
1cm kunyit
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 batang serai
2cm lengkuas
1cm halia
2 ulas bawang putih
4 biji bawang merah

Bahan hiasan:
40g daun selasih, dihiris
4 tangkai daun kesum, dihiris
50g bawang goreng

Cara membuat:
Sejat beras dan kukus selama 20 minit. Angkat dan gaul dengan santan bergaram. Kukus lagi 20 minit atau sehingga masak. Panaskan minyak sapi dan tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan sotong, kacau sehingga masak dan keringkan airnya. Bubuh garam secukupnya. Gaul nasi kukus dengan sotong, hidangkan bersama daun selasih, daun kesum dan bawang goreng.

|

Resipi...NASI MADU

BAHAN2 :-

1 kg beras siam wangi (basuh & toskan)
1 tin susu cair
4 gelas air (saya gunakan cawan sukatan sebab tak pasti gelas besar mana....kalau agak2 macam tak berapa cukup airnya, boleh tambah. tapi, jangan banyak....beras siam wangi mudah lembik)
1/2 cawan madu
1 sudu besar rempah beriani (saya guna rempah serbuk...beli kat carrefour je)
100 gm minyak sapi
150 gm marjerin
garam secukup rasa
beberapa helai daun pandan (disimpul)
beberapa biji buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih & sedikit kulit kayu manis

BAHAN2 KISAR :-

2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 cm halia

BAHAN HIASAN (OPSYENAL) :-

bawang goreng

CARA2 :-

panaskan minyak sapi & marjerin hingga cair. tumis bahan kisar hingga wangi.
masukkan daun pandan, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis & rempah beriani.
masukkan air & susu cair, kacau seketika. kemudian, masukkan garam secukup rasa & madu.
setelah mendidih, masukkan beras & kacau sebati.
setelah kering, kecilkan api. biar sehingga nasi kering betul, kemudian kacau perlahan sehingga sebati.
tutup api & biarkan nasi selama 10 minit lagi.
sendukkan nasi ke dalam bekas hidangan, tabur bawang goreng & hidang.
Nota :-

kalau nak buat ala2 nasi hujan panas pun boleh. selepas langkah #6 di atas, titiskan sedikit pewarna hijau, kuning & merah atas nasi. biarkan. bila nak hidang baru dikosek2/digaul nasi yang dititiskan pewarna tadi.

|

Resipi...TUNA LASAGNE

Sumber: Rancangan Kuih Raya 2005 bersama Tepung Blue Key & Star Brand

Bahan A
6 - 7 keping kulit lasagne
1/2 cawan keju parmesan, diparut

Bahan B (Intinya)
500 gram tuna
1 sudu besar minyak masak
1 biji bawang besar, dipotong dadu
1 tin tomato
1/2 cawan pes tomato
1 sudu besar gula
1 sudu teh basil
1 sudu teh oregano
1 tin cendawan butang, dihiris
1 biji lada benggala merah/ hijau, dipotong dadu
1 sudu teh lada hitam
garam secukupnya

Bahan C (Sos Putih/ Sos Keju)
60 gram mentega
5 sudu besar tepung
5 cawan susu cair
1 cawan keju cheddar, diparut

Cara-caranya
1. Rebus kulit lasagne dengan sedikit minyak serta garam dan ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis bawang hingga layu. Masukkan cendawan, lada benggala dan kacau seketika.
3. Masukkan tuna serta basil dan oregano, garam, gula serta lada hitam. Kacau rata.
4. Biarkan airnya kering sedikit.
5. Mentega dicairkan dan masukkan tepung. Kacau rata dan ketepikan dari api.
6. Masukkan susu cair dan masak sehingga pekat menggunakan api yang sederhana.
7. Apabila pekat, tutup api dan masukkan keju parut dan kacau rata.

Cara Melapis
1. Sediakan mangkuk tahan panas. Letakkan bahagian pertama tuna dan tuangkan sos diatasnya. Kemudian letakkan kulit lasagne.
2. Ulangi proses ini sehingga selesai dan pastkan sos keju dibahagian atas. Kemudian tabur keju parmesan dan bakar dengan kepanasan 160'C selama 1 jam.

|

Resipi...KEK MEKAR SETAMAN

Sumber: Rancangan Kuih Raya 2005 bersama Tepung Blue Key & Star Brand

Bahan Kek
200 gram tepung halus lagi putih BlueKey
180 gram gula halus
150 gram mentega
35 gram air sejuk
6 biji telur
1 sudu teh perasa vanilla
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh ovalette
1 sudu teh pewarna coklat
1 sudu besar pes coklat/ emulco

Bahan Filling
1 tin blueberi
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar gula
* bahan diatas dimasak sehingga pekat

Bahan Krim
500 gram creamlite/ majerin icing
300 gram gula aising
* bahan diatas dipukul bersama hingga kembang

Bahan coklat/ glaze
455 gram coklat mohrenglanze
110 gram crisco
* bahan diatas dicairkan bersama

Cara-caranya
1. Pukul semua bahan kecuali mentega, pewarna coklat dan pes coklat/ emulco sehingga pekat.
2. Kemudian masukkan mentega dan kacau rata.
3. Bahagikann 2 aduna (satu bahagian kuning (warna asal) dan satu lagi dicampurkan dengan pewarna coklat dan pes coklat/ emulco).
4. Bakar adunan kek tadi secara berasingan warnanya dengan menggunakan loyang bulat 9".
5. Setelah kek masak dan sejuk, jadikan kek coklat sebagai lapisan bawah. Letakkan bahan filling diatasnya, kemudian letakkan dengna kek plain (warna kuning) diatasnya.
6. Kemudian sapukan krim pada keselururan kek Tuang coklat/ glaze keatasnya.
7. Hiaskan dengan morshino cheery dan daun ros yang dibuat dari coklat putih.

|

Resipi...NASI ANEKA BUAH

Sumber: Majalah Perempuan Oktober 2005

Bahan-bahannya
1 kg beras basmathi
50 gram bawang kecil, dikisar
40 gram halia, dikisar
20 gram bawang putih, dikisar
10 gram kayu manis
10 gram buah pelaga
10 gram bunga lawang
10 gram bunga cengkih
1800 ml air
minyak masak secukupnya

Bahan-bahan campuran
Kismis hitam dan merah
buah badam
ceri hijau
ceri merah

Cara-caranya
Basuh beras hingga bersih dan toskan. Kemudian panaskan minyak dan tumiskan kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih hingga garing. Masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi dan tunggu sehingga naik bau. Kemudian masukkan air, setelah mendidih baru masukkan beras dan biarkan sehingga masak selama 10 - 25 minit. Masukkan pula buah-buahan campuran dan gaul rata. Sedia untuk dihidang.

|

Friday, December 02, 2005

Resipi...Cencaru Sambal

Bahan-Bahannya:

2 ekor ikan cencaru}belah belakang ikan dan bersihkan dan gaulakn dgn sedikit garam dan di goereng.



Bahan utk sambal:

2 senduk cili kering
3 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
sedikit belacan
2 keping asam keping
garam
gula



Cara Membuatnya :

Semua bahan untuk sambal hendaklah di mesin halus sblm ditumis.

apabila baunya naik wangi ,kecilkan api dan dikacau hingga sebati.

Angkat dr kuali dan sumbatkan dalam ikan yg telah siap digoreng.

|

Resipi...Bayam masak bening

Bahan-Bahannya:

1 ikat sayur bayam merah
2 ulas bawang merah
1 ekor ikan yg telah direbus dan dibuang tulangnyer
sedikit lada hitam
1 biji kentang atau keledek yg dipotong dadu
semangkuk air
sedikit garam
perasa secukupnya


Cara Membuatnya :

tumbuk ikan yg telah dibuang tulangnyer bersama dgn bawang merah dan sedikit lada hitam.

masukkan air kedalam periuk bersama kentang yg telah dipotong dadu

masukkan bahan yg telah ditumbuk

biarkan hingga kentang empuk

masukkan garam dan perasa

akhir sekali masukkan sayur bayam yg telah dipotong kecil

|

Resipi...KEK LAPISAN BUMI

KEK LAPISAN BUMI

BAHAN-BAHAN
10 biji telur
16oz butter
1 cawan gula kaster
225gm tepung gandum } diayak bersama
1 sudu teh baking power
1 tin kecil seri kaya
1 tin kecil susu pekat manis
4 sudu makan serbuk nescafe

Cara-cara membuatnya:-
1. Mentega dan gula dipukul sehingga berkrim. Ketepikan.
2. Pukul telur hingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam adunan mentega & gula
tadi. Gaul hingga sebati.
3. Lepas itu masukkan susu , seri kaya dan gaul lagi hingga sebati.
4. Kemudian masukkan tepung gandum yg telah diayak bersama baking powder tadi.
Gaul lagi hingga sebati.
5. Sesudah siap, bahagikan adunan kepada 2 bahagian.

i) Bahagian A - dimasukkan serbuk nescafe
ii) Bahagian B - diwarnakan dgn pewarna kuning

6. Tuangkan 2 senduk bahagian A tadi ke dlm loyang dan diselang seli kan dgn
2 senduk Bahagian B tadi. Buatlah begini sehingga adunan habis.
7. Kemudian bakar hingga masak. Hasil nya, tengoklah corak2 nya.

Untuk pengetahuan semua, Instruction No. 6 itu, kita melapis sebelum adunan di bakar, okay

|

Resipi...NASI GORENG LADA HITAM

Sumber : familiazam.com


Bahan-bahannya:
4 camca besar minyak masak
4 ulas bawang putih, dicincang halus
1 peket Perencah daging lada hitam maggi
250 gm udang bersaiz sedang tanpa kulit
1 cawan sayur campur
2 camca teh serbuk pati ikan bilis maggi
5 cawan nasi
2 pokok daun ketumbar, dihiris
bawang goreng
telur dadar dihiris

Cara-cara membuatnya:
Panaskan minyak dan goreng bawang putih hingga kekuningan
Masukkan perencah maggi dan goreng hingga wangi
Masukkan udang, sayur campur dan pati maggi.
Goreng selama 2 minit
Masukkan nasi dan daun ketumbar, goreng hingga nasi kering
Hias dengan bawang goreng serta hirisan telur dadar. Sedia untuk dihidangkan.

|

Resipi...PULUT KUNING LAPIS DAGING

PULUT KUNING LAPIS DAGING



Bahan untuk Pulut Kuning

3 kilo beras pulut

200 gram serbuk kunyit dibungkus dengan kaiin

1 sudu makan warna kuning lemon

4 biji limau kasturi, ambil jusnya

3000 ml santan pekat dari 3 biji kelapa parut putih

2 sudu teh garam halus

3 helai daun pandan

kukusan dialas dengan kain

2 loyang bulat 12" x 3" dan 8" x 3" dialas dengan kertas timah dan sapukan dengan sedikit mentega



Bahan Daging

3 kilo daging kisar

200 gram rempah kari daging

150 ml minyak untuk menumis

2 pelepah daun kari

200 ml santan dari 1/2 biji kelapa

secukup garam dan gula



(bahan dibawah ini dikisar halus)

15 biji bawang merah

10 ulas bawang putih

5 cm halia

2 batang serai



Bahan Hiasan

2 kotak serbuk kentang (Mr Mash)

1000 ml air mendidih

1/4 sudu teh garam halus

100 gram mentega cair



8 biji telur ayam yang kecil

8 biji telur burung puyuh

(rebus telur ayam dan burung puyuh dan kupas kulitnya dan rebus lagi dengan pewarna kuning, angkat dan toskan)



16 kuntum bunga cengkih, untuk buat mata burung

8 biji cili padi, untuk buat muncung burung hujungnya cucuk dengan lidi

secukup lada merah dipotong jangan putus jadikan bunga

secukup daun parsley

2 keping papan kek untul alas pulut dan 4 penahan kaki wedding kek tinggi 7"

2 piring 7" x 7" untuk alas kaki, hias ditepi dengan kain lace



Cara-caranya

Cuci bersih pulut. Gaul rata dengan secukup air, pewarna kuining, air limau, serbuk kunyit dan rendam semalaman. Pada keesokkan pagi, cuci bersih pulut tersebut dan toskan. Kemudian tuangkan kedalam kukusan, masukkan daun pandan dan kukus selama 30 minit.



Sanggar daging cincang hingga kering dan ketepikan. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar sehingga garing. Masukkan rempah kari, daun kari, kacau rata dan masaklah sebentar. Masukkan pula santan, daging, garam dan gula. Masak lagi sehingga kering dan matikan api. Angkat dan sejukkan.



Sementara itu gaul rata santan pekat dan garam. Pulut yang telah dikukus itu diarunkan dengan santan sehingga sebati. Masukkan kembali pulut kedalam kukusan dan kukus lagi selama 40 hingga 50 minit. Ambil secukup pulut yang sudah masak itu dan masukkan kedalam loyang. Lapiskan pula denga daging dan ratakan. Kemudian timbuskan dengan pulut lagi dan ditekan-tekan sehingga mampat dan padat. Ketepikan.. Setelah sejuk barulah dihias. Buat yang sama kepada loyang yang satu lagi.



Cara Menghias

Pasang alat wedding kek untuk menghias pulutnya. Keluarkan pulut dari acuan loyang. Letakkan disebelah bawah pulut yang besar, dan diatasnya pulut yang kecil. Serbuk kentang, garam dan air dikacau rata dan sebati. Masukkan mentega, kacau lagi sehingga rata, setelah sejuk barulah boleh digunakan. Gunakan piping beg dengan nozzle bintang yang kecil. Isikan adunan kedalam piping beg. Picit dan hias tepian pulut sehingga sempurna. Cantikkan lagi denga bunga lada dan daun parsley, serta burung-burung kuning mengeram didalamnya.



Cara membuat Burung

Cantumkan telur ayam dan telur burung dengan menggunakan lidi. Cucukkan dikiri kanan telur burung dengan bunga cengkih untuk membuat matanya. Cucukkan pula dihujung telur burung dengan hujung cili sebagai muncungnya. Potong sedikit sebelah bawah telur ayam, untuk membolehkan burungnya duduk dengan selesa.



Sumber: Juriah Abdullah

|

Resipi...SIRAP LONGAN CINCAU

(Sumber: MW Sajian Selera)

Bahan-Bahan
½ cawan pekatan sirap ros
1 tin ais krim soda
200gm cincau (dipotong dadu)
½ tin longan
air secukupnya

Cara Membuatnya:-
1. Campurkan pekatan sirap dgn air secukupnya.
2. Kemudian masukkan ais krim soda.
3. Akhir sekali masukkan longan & cincau.
4. Tambahkan ketulas ais mengikut cita rasa...


Bandung Pelangi
(Sumber: MW Selera)

Bahan-Bahan
½ cawan sirap ros
1 cawan susu cair
1 tin ais krim soda
200gm agar-agar (3 jenis yang telah diwarnakan)

Cara Membuatnya:-
1. Campurkan sirap ros dan air beserta susu cair
2. Seterusnya, masukkan agar-agar yang telah dipotong dadu...

|