Friday, February 17, 2006

Resipi...Cili Bersumbat Daging

Bahan-Bahan:
200 g daging kisar
10 biji cili merah
8 biji cili hijau
2 ulas bawang merah ] dikisar
2 ulas bawang putih ] 1 biji kentang rebus
1 tangkai daun sup
1 sudu kecil lada sulah
Garam secukup rasa


Cara:
Cili dibelah dua. Kentang dilecek hingga lumat. Gaulkan daging dengan kentang dan bahan-bahan yang lain hingga sebati. Sumbatkan daging ini ke dalam cili. Buat begini hingga habis. Goreng cili ini dalam minyak yang panas hingga masak.

|

Resipi...Goreng Perut Kacang Botol

Bahan-Bahan:
20 biji kacang botol
5 ulas bawang merah dimayang
2 ulas bawang putih
300 g perut lembu
2 sudu besar tomato sos 2 sudu besar kicap
1 biji buah tomato - dimayang bulat
2 sudu besar minyak kelapa
Gula, garam dan ajinomoto


Cara:
Kacang dipotong sepanjang 7.5 sm dan dicelur sekejap. Perut dibersihkan dan direbus hingga empuk. Kemudian angkat dan dipotong kecil. Pijarkan minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang. Bila garing masukkan perut. Gorengkan lagi. Setelah itu masukkan semua bahan yang lain. Goreng-gorengkan sekejap dan masukkan kacang botol yang telah dicelur itu. Angkat dan hidangkan.

|

resipi...Cendawan Bersama Susu Cair

Bahan-Bahan:
10 kuntung cendawan
250 gm brokoli
40 gm bihun
40 gm ayam
40 gm daging ketam
80 gm sos tiram 4 biji putih telur
70 gm sos tiram
½ tin susu cair
150 gm minyak masak
Gula
Serbuk perasa
Garam


Cara:
Goreng bihun & letak di tengah-tengah pingan.Celur brokoli bersama sedikit garam. Campurkan putih telur,ayam,isi
ketam & kemudian goreng. Masukkan serbuk perisa garam & gula secukup rasa.
Letak gorengan di atas bihun. Goreng cendawan bersama sos tiram. Tumbuk udang & letakkan di atas cendawan hitam untuk mengkukus. Susun cendawan & brokoli keliling pingan.

|

Resipi...Cendawan Bersama Sotong Kering

Bahan-Bahan:
40 gm kucai kuning
30 gm cendawan hitam
30 gm cendawan abalon
40 gm sotong kering
20 gm lada sulah
20 gm tauge
10 gm lada merah Serbuk perasa
Garam
Gula
1 camca teh kicap cair
1 camca teh tepung jagung
10 gm halia
10 gm daun bawang
10 gm sos tiram
10 gm bawang putih
Cara:
Rendam cendawan dalam air & hiris nipis-nipis. Potong cili hijau & merah nipis-nipis. Rendam sotong kering & potong. Potong kucai kuning kira-kira
2 inci. Goreng sekejap tauge bersama daun bawang & ketepikan. Hiris halia, bawang putih, daun bawang kemudian goreng. Masukkan cendawan, sotong kering, cili merah & hijau, serbuk perasa, garam, gula, kicap cair & goreng. Tambah dua camca air & tepung jagung, Kemudian masukkan kucai kuning &tauge. Akhir sekali, masukkan sos tiram secukup rasa.

|

Resipi...Cendawan Masak Negeri

Bahan-Bahan:
6 keping cendawan
1 inci kunyit basah, (digiling)
1 inci halia,(digiling)
10 ulas bawang kecil (duhiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
20 biji cili api, (digiling) 1 helai daun kunyit (dihiris)
3 batang serai, (dihiris)
½ inci lengkuas ( digiling)
3 biji buah keras (digiling)
1 biji kelapa (santan)
Garam secukup rasa


Cara:
Masukkan bahan-bahan yang digiling & dihiris bersama santan dalam periuk. Masak menggunakan api sederhana. Apabila kuahnya hampir pekat, masukkan cendawan & garam secukup rasa.

|

Resipi...Ikan Goreng Biskut

Bahan-Bahan:
2 ekor ikan senangin
2 keping biskut tawar (cream crackes ditumbuk halus)
1 biji telur
2 ulas bawang putih (ditumbuk lumat) Sedikit halia ditumbuk lumat
1 biji kentang
1 biji limau nipis


Cara:
Ikan dibersihkan tetapi jangan dipotong cuma dibasuh & ditoskan airnya. Setelah itu gaulkan bahan-bahan yang ditumbuk serta garam & sedikit serbuk lada sulah.
Perapkan 1/2 jam. Pukul telur. Kemudian celupkan ikan ke dalam telur & golekkan di atas serbuk biskut hingga rata. Kemudian goreng ikan hingga garing. Angkat & toskan minyaknya. Sementara itu bersihkan kulit ubi kentang & potong memanjang. Kemudian goreng kentang sehingga kuning. Hidangkan bersama-sama ikan goreng serta potongan limau nipis. Hias atas ikan dengan limau
potong & kelilingnya kentang. Lapikkan daun salad di atas pinggan.

|

Resipi...Ikan Goreng Bersos Tomyam

Bahan-Bahan:

Bahan utama:
500 gm ikan senangin atau siakap
Garam secukupnya
Lada sulah secukupnya
Sedikit minyak untuk menggoreng

Ramuan A:
1 peket perencah tomyam
12 ulas bawang merah (dihiris)
6 cm kepingan halia (dicincang)
3 ulas bawang putih (dicincang)
10 ekor udang (dibuang kulit dan dicincang kasar)

Ramuan B:
¼ cawan air
3 camca besar gula perang
2 camca besar sos ikan
½ camca teh serbuk pati ikan bilis
1/3 cawan susu sejat
10 biji cili padi (dicincang kasar)
3 pokok daun ketumbar (dihiris)
2 pokok daun bawang (dicincang kasar)


Cara:
Bersihkan ikan, buat belahan berpalang di kedua bahagian ikan dan biarkan seekor.
Letakkan perasa ikan dengan garam dan lada sulah. Goreng ikan sehingga kekuningan , tuskan dan letak di atas pinggan hidangan.
Keluarkan minyak sehingga tinggal 3 camca besar sahaja.
Tumis ramuan A sehingga kekuningan, masukkan udang dan goreng sehingga ia masak.
Masukkan ramuan B dan renih selama 3 minit. Masukkan susu sejat dan cili padi. Masak sehingga ia panas dan senduk ke atas ikan.
Hias dengan daun ketumbar dan bawang. Hidangkan ketika panas.

|

Resipi...Gulai Siam Ikan Keli

Bahan-Bahan:
600 gm ikan keli (dibersihkan & dipotong)
1 sudu besar asam jawa
½ sudu besar garam
3 cawan santan daripada sebiji kelapa
10 biji cili padi
1 cawan terung belanda
5 - 6 helai daun kemangi
3 - 4 helai daun limau purut
1 keping asam gelugur
Garam & gula secukup rasa Bahan-bahan digiling:
10 - 15 tangkai cili kering
3 cm lengkuas
3 cm halia
2 batang serai
4 ulas bawang merah


Cara:
Perap ikan keli bersama asam jawa dan garam. Gaul sekali-sekala hingga isi ikan berubah putih (tidak hanyir). Cuci dengan air bersih. Kacau santan bersama Bahan-bahan giling hingga mendidih. Masukkan cili padi, terung belanda dan ikan. Kacau sehingga ikan hampir masak. Masukkan daun kemangi, daun limau purut, asam gelugur, garam dan gula. Kacau rata. Didihkan kuah di atas api perlahan hingga pekat dan pecah minyak.

|

Resipi...Gulai Cekur

Bahan-Bahan:
5 ekor ikan keli(lain-lain ikan sungai pun boleh)
Sebiji kelapa (ambil santannya tetapi jangan terlalu cair)
10 biji cili api
2 biji bawang merah
4 ulas biji cekur
Garam secukup rasa


Cara:
Panggang ikan keli terlebih dahulu. Ikan keli perlu dilumur dengan garam. Jika mahu dilumur dengan kunyit juga tidak mengapa.

Cara memasak kuah:
1. Tumbuk cili api, bawang dan cekur sehingga lumat.
2. Masukkan santan di dalam kuali beserta dengan bahan yang telah ditumbuk.
3. Masukkan garam secukup rasa.
4. Jika mahu gulai berwarna kuning, bolehlah dimasukkan sedikit kunyit. Walaubagaimanapun, gulai lemak yang putih ini adalah gulai tradisi orang jawa.
5. Masak santan dengan api perlahan sehingga menggelegak.
6. Setelah menggelegak, bolehlah dimasukkan ikan keli yang telah dipanggang.
7. Tutup api dan kacau perlahan-lahan.

|

Resipi...Asam Peranakan

Bahan-Bahan:
300 gm ikan tenggiri / sebarang ikan
1 sudu besar minyak masak
2 sudu besar cili kering (kisar)
2 helai daun limau purut
1 cawan air asam jawa
½ biji terung (dipotong & digoreng)
1 biji tomato
15 gm garam
5 gm gula Bahan Kisar:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih


Cara:
Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik aroma. Masukkan cili kering & biar hingga garing. kemudian masukkan ikan & garam. Setelah ikan masak, masukkan air asam & tomato. Akhir sekali
masukkan gula & terung yang telah digoreng. Setelah masak, angkat & hidangkan.

|

Resipi...Bergedil Roti

Bahan-Bahan:

5 biji ubi kentang
1 cawan tepung gandum (ikut suka)
¾ daging cincang
daun saderi
¾ bawang nesar
1 keping roti kosong (ikut suka)
Minyak masak Bahan untuk sos:
Bawang putih
Sedikit cuka
Lada merah

Cara :

Rebus ubi kentang jangan terlalu lembik
Daun saderi,bawang besar dicincang halus
Roti disoyat supaya menjadi halus
Setelah ubi kentang separuh masak, ubi tersebut hendaklah dilenyekkan kemudian gaul bersama tepung gandum tadi
Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dicincang halus tadi
Seterusnya masukkan roti yang telah disoyat halus tadi
Kemudian gaul hingga rata dan goreng menggunakan minyak banyak dan panas
Bentukkan bulat

Untuk sos:
Bawang putih dan lada merah dikisar halus
Gaulkan lada dan bawang tersebut hingga rata kemudian masukkan sedikit cuka

|

Resipi...Khudhar (Masakan Arab)

Bahan-Bahan:
1 biji bawang besar atau 3 biji bawang kecil
3 ulas bawang putih
8 biji tomato masak yg lembik-lembik - diblender dengan air sehingga hancur (1 jag blender sja.)
5 biji kentang dipotong besar besar
4 batang carrot dipotong dadu
2 sudu teh lada hitam
1 ekor ayam dipotong 8 atau 1 kg daging dipotong besar besar - di goreng 5 minit
garam secukup rasa

Cara:
Tumis bawang putih dan merah sehingga kekuningan
Masukan tomato yang telah diblender Biarkan mendidih seketika masukan kentang dan carrot setelah hampir empuk masukan ayam tutup periuk reneh seketika sehingga kentang betul betul empuk masukan lada hitam dan garam secukup rasa biarkan seketika tutup api.
Siap untuk dihidangkan dengan nasi arab dua warna.

Tambahan:
Masakan ini boleh dibuat tanpa menggunakan ayam atau daging.

|

Resipi...Beriani Bolognese

Bahan-Bahan:
2 camca besar minyak
2 biji tomato, didadu
½ camca teh oregano
1 camca teh puri tomato
50 ml air panas
1 ketul pati ayam
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya 300 gm beras Basmathi
550 ml air
1 biji bawang besar, dicincang
1 ulas bawang putih, dicincang
100 gm isi ayam, dicincang
1 batang saderi, dicincang
25 gm cendawan butang (berkaleng), dicincang


Cara:
Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan isi ayam dan kacau hingga ia separuh masak. Masukkan tomato, oregano, puri tomato, air panas, pati ayam, garam, serbuk lada hitam, saderi dan cendawan. Kacau di atas api hingga ia mendidih dan pekat. Masak nasi seperti biasa dan hidangkan. Apabila kuah cukup masak angkat dan tuang pada nasi yang dihidangkan.

|

Resipi...Carrot & Honey Bread

Ingredients :
Bread flour - 450gm
Milk Powder - 15gm
Bread Improver - 7gm
Instant Dry Yeast - 9gm
Salt - 7gm
Honey - 70gm
Cold Carrot Juice - 260gm
Butter - 35gm, softened
Carrot - 90gm, chilled & shredded

Method :
* with an electric mixer and dough hook at low speed, blend the dry ingredients together for 1-2 mins. Add honey then carrot juice and mix on low speed for another 2 mins. Increase to medium speed and mix for 5 mins. Gradually blend in butter and carrot shreds and mix for another 7-10mins until dough is fully developed.

* Transfer the dough onto a flour-dusted work surface and round up dough with both hands. Place dough into an airtight container and let it rise in a warm place for 1 hour until dough doubles in size.

* Divide the dough into 3 pieces, 310gm each. Round uo andleave for 15mins. Press down and roll the dough out with a rolling pin. Mould it firmly with the fingertips into a cylindrical shape, the length of the baking tin.Grease the tins and place the dough inside, with the seam facing down.

* Prove dough for 1 hour in a draught-free room until dough doubles in size. Proving may take longer if the room is cold.Bake in a preheated oven at 200C for 25mins until the top turns golden brown.

|

Resipi...CHICKEN NOODLES

Bahan-bahannya
1 ekor ayam
2 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh kicap cair

1 gumpal mee wantan
1 sudu besar sos abalone
1 sudu teh kicap cair
1/4 cawan air rebusan ayam
secubit serbuk lada putih
secubit garam secukup rasa
gula secukup rasa

sayur pak choy secukupnya, yang telah dicelur

Cara untuk Ayam
Ayam dibersihkan. Panaskan air secukupnya untuk tenggelamkan ayam tersebut didalam periuk. Rebus ayam tersebut sehingga masak. Angkat ayam dan celup dalam besen berisi air sejuk. Cara ini supaya kulit ayam cantik. Angkat ayam dan gantung toskan dan sehingga betul2 kering. Campurkan minyak bijan dan kicap cair dan sapu diseluruh kulit ayam tersebut, perap selama 10 minit. Kemudian boleh goreng dimana minyak panas dituang diatas keseluruh badan ayam selama 10 minit, sehingga kulit ayam nampak garing dan isinya lembut dibahagian dalam.

Cara untuk Mee
Dalam periuk didihkan air, celur mee wantan. Kemudian angkat dan toskan. Celur pula dalam air sejuk. Angkat dan toskan. Campurkan sos abalone, kicapcair, air rebusan ayam, serbuk lada putih, garam dan gula. Masukkan mee wantan dan gaul rata. Angkat dan hidangkan didalam pinggan bersama daging ayam yang telah dipotong dan sayur pak choy.

|

Tuesday, February 14, 2006

Resipi...KEK PULUT HITAM

Bahan-Bahannya :

200gm tepung pulut hitam
250gm gula
200gm mentega
50gm tepung gandum
4 biji telur


Cara Membuatnya :

Pukul telur dan gula hingga kelihatan pucat dan mengembang.

Cairkan mentega, masukkan ke dalam adunan telur gula.
Pukul dengan kecepatan sederhana.
Masukkan tepung pulut hitam sedikit demi sedikit sambil terus dipukul.

Masukkan tepung gandum sambil terus dipukul.

Sediakan loyang, lengser dengan mentega dan taburkan sedikit tepung gandum.

Tuang adunan ke dalamnya.

Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 ° C selama 45 minit.

Siap untuk disantap.

|

Resipi...Bubur Asyura Penang

300 gm. kacang tanah
300 gm. kacang merah
300 gm sagu kecil
300 gm. kacang hijau
3 ketul ubi keledek merah
6 batang jagung mentah / 1 tin jagung
1 ikat pisang raja yang masak
4 helai daun pandan
300 gm.biji gandum(gandum untuk dibuat bubur)
100 gm gula merah / gula kabung
200 gm. gula putih
500 gm pati santan ( 2 biji kelapa diambil santan nya)
Garam secukup rasa

CARA CARA MEMBUATNYA:
1. Kesemua kekacang tadi direbus hingga enpuk, dan asingkan.
2. Jagung mentah diambil isinya dan dibuang batangnya (jika gunakan jagung
mentah),Jika gunakan jagung tin, tuangkan terus.
3. Gandum direbus hingga kembang. Keledek pula dipotong dadu, asingkan.
4..Sagu dibersihkan dan ditoskan, asingkan.
5. Pisang raja dikupas dan dipotong bulat bulat, asingkan.
6. Masak air dan gula (boleh dikurangkan gulanya jika mahu kurangkan manis).
Masukkan daun pandan. Setelah hancur gulanya, masukkan pula kekacang.
gandum, jagung mentah dan kacau lah hingga sebati. Masukkan pula keledek
dan santan ditambah dengan air secukupnya, kacau dan masukkan pula sagu
dan pisang juga garam secukup rasa, kemudian kacau dan biarkan ia mendidih.
7. Setelah empuk ubinya kecilkan api, buat seketika dan angkat lah untuk
dihidangkan sempena awal muharam.

|

Resipi...GARANG ASEM AYAM

Bahan-Bahannya :

1 ekor ayam ( bersaiz sedang ) dipotong menjadi 12 bahagian
1500cc santan sedang pekatnya
Garam
Daun pisang

Bahan Bumbu Dihiris :

6 biji bawang merah dihiris tipis
5 ulas bawang putih dihiris tipis
5 cili merah dipotong serong
5 cili hijau dipotong serong
Cili padi ( jika suka )
12 potong kunyit ( ½ X ½ cm )
Daun salam
12 hiris tipis lengkuas
20 biji buah blimbing sayur dihiris 1cm

Cara membuatnya :

Campurkan garam pada santan, gaul hingga rata.
Jangan lupa dirasa dahulu, harus agak-agak kemasinannya,
agar dapat meresap ke ayam.
Bubuh pada daun, bumbu yang telah dihiris dan sepotong ayam.

Tuang santan, bungkus dan sematkan dengan lidi.

Kukus selama 30 minit.



Nota :

Supaya tidak bocor, di antara 2 lembar daun pisang, dilapiskan
selembar plastik tahan panas. Ini agar jika daunnya pecah,
kuahnya tidak tumpah.


Kalau tidak ada belimbing sayur, terpaksalah di ganti dengan tomato
hijau, tetapi taklah sesedap belimbing ya.

|

Resipi...PUDING COKLAT MOKA

Bahan Puding Coklat Moka :

300ml air
50gm tepung beras
5 sudu teh serbuk agar-agar ( putih )
175gm gula pasir
1 sudu teh serbuk kopi instant
600ml susu cair
1 susdu makan serbuk coklat dilarutkan dengan 50ml air panas

Bahan Puding Kopi :

2 sudu teh serbuk agar-agar ( putih )
500ml air
60gm gula pasir
2 sudu teh serbuk kopi instant


Bahan Sos Vanila :

300ml susu cair
75gm gula pasir
2 sudu teh tepung jagung dicairkan dengan 4 sudu makan air
2 kuning telur dipukul
½ sudu the serbuk vanili


Sediakan acuan puding volume 1500ml, basahkan dengan air masak, ketepikan.


Cara Membuat Puding Coklat Moka :

Campur air dan tepung beras, masak hingga licin.

Masukkan agar-agar, gula pasir, kopi instant dan susu.

Masak di atas api sedang sambil terus digaul hingga mendidih.

Masukkan larutan coklat, gaul hingga rata. Angkat, rendam pan adunan dalam
bekas berisi air panas supaya adunan tetap cair.


Cara Membuat Puding Kopi :

Campur agar-agar, air, gula pasir dan kopi instant.

Rebus hingga mendidih sambil digaul.

Angkat, rendam pan berisi adunan dalam bekas berisi air panas agar adunan
tetap cair.


Cara Membuatnya :

Tuang 2 senduk adunan puding coklat moka ke dalam acuan.

Tunggu hingga agak keras; kemudian tuang 2 sendok adunan kopi diatasnya,
tunggu lagi hingga agak keras. Kemudian buat lapisan berganti-gantian sehingga
adunan habis dan membentuk puding yang berlapis-lapis. Ketepikan sehingga
seluruhnya mengeras.


Cara Membuat Sos Vanila :

Masak susu dan gula hingga mendidih sambil digaul.

Masukkan larutan tepung jagung.

Ambil satu sendok adunan susu, tuang ke dalam kuning telur, gaul.

Tuang kembali ke dalam susu mendidih.

Masukkan vanili, gaul, angkat.



Cara Menghidangkannya :

Potong-potong puding, sajikan bersama sos.

|

Resipi...RAWON

Bahan-Bahannya :

500gm daging ( kalau dapat yang ada bahagian lemaknya) dipotong dadu
1 liter air
2 batang serai dititik
3cm lengkuas dititik
5 lembar daun limau purut dibuang tulang daunnya
2 sudu teh air asam
Garam dan gula pasir secukupnya
4 tangkai daun bawang, bersihkan dan potong 2 - 3cm
4 sudu makan minyak sayuran untuk menumis

Bumbu Dikisar Halus :

2 biji cili merah
8 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 sudu teh ketumbar disangrai
½ sudu teh jintan disangrai
2cm kunyit
2cm halia
1cm cekur ( optional )
4 - 5 biji buah keluak yang bagus, diambil isinya sahaja


Bahan Pelengkap :

Taburan bawang goreng
Sambal belacan
Taugeh pendek dibersihkan ( bean sprouts )
Keropok udang
Telur masin


Cara Membuatnya :

Rebus air hingga mendidih.

Sementara menunggu air mendidih, panaskan minyak, tumis bumbu yang telah
dikisar, serai, lengkuas dan daun limau purut hingga wangi dan pekat.
Masukkan potongan daging dan air asam.

Gaul sambil terus ditumis hingga daging berubah warna dan kaku.

Masukkan tumisan ke dalam air yang sedang mendidih, tambahkan garam dan
gula pasir, tutup dan kecilkan api.
Masak hingga daging menjadi empuk ( kalau merasakan kuahnya kurang, tambah
sendiri ya ).
Setelah daging empuk, masukkan hirisan daun bawang.

Gaul rata dan didihkan sekali lagi, angkat.

Sajikan hangat dengan nasi putih dan bahan pelengkap.



Nota :

Rawon lebih enak kalau dimasak sehari sebelum disajikan.
Bumbunya meresap sempurna, uaaahhh... enaaaakkkk....!

|

Resipi...NASI JAGUNG

Sumber: Mami Asmah Laili (Rancangan Memasak - Dapur Mami)

Bahan-Bahan
2 ½ kilo beras basmati
Air mengikut paras beras
300 gram minyak jagung
½ tin susu cair
½ kilo jagung (whole kernel corn)
4 helai daun pandan
150 gram gajus (goreng dan kisar)
100 ml air mawar
Jus dari 1 biji limau nipis
Garam secukup rasa

TIGA BAHAN INI DIKISAR HALUS
200 gram halia
250 gram bawang besar
70 fram bawang putih

Cara Cara

Beras dicuci bersih dan rendam 5-10 minit, kemudian ditoskan.

Panaskan minyak. Tumis rempah kisar dan daun pandan dengan api yang sederhana.
Bila naik aromanya , curah air mengikut paras beras (sebelum dicuci), susu, jus lemon, air mawar, jagung dan gajus kisar. Taburkan garam dan biarkan mendidih.

Apabila sudah mendidih baru dimasukkan beras. Kacau rata. Tutup periuk rapat-rapat dan masak sehingga nasinya kering dan masak.

Semasa menghidang taburkan bawang goreng beserta hirisan daun ketumbar/pudina, dan lauk pauknya.

|

Resipi...AYAM FIKA

Sumber: Mami Asmah Laili (Rancangan Memasak - Dapur Mami)

Bahan-Bahan
2 ekor ayam (buang kulit dan lemak, potong 10) – (boleh juga di
gantikan dengan 1½ kilo daging lembu atau kambing – dihiris ikut
suka hati)
1 cawan bawang besar kisar
1 sudu makan halia kisar
½ sudu makan bawang putih kisar

Tiga bahan berikut ini hendaklah disangai wangi dan kisar kering:-
3 sudu makan rata ketumbar biji
2 sudu makan jintan kasar
2 sudu makan jintan halus

15 batang lada merah
1 sudu teh garam masala
4 biji tomato (potong 4)
1 cawan daun pudina
1 cawan daun ketumbar
2 helai daun pandan (disimpul)
1 cawan tairu
10 biji badam (di kisar)
5 biji buah pelaga (di pecah-pecahkan)
5 kuntum bunga cengkih
1 jari kayu manis
1 tin kecil tomato puree
2 batang lada merah (belah jangan putus)
2 batang lada hijau (belah jangan putus)
4 cawan air
½ cawan minyak sayur
Sedikit garam

Cara Cara
1. Goreng lada merah dengan sedikit minyak selama 5 minit, kemudian kisar hingga halus. Satelah itu campurkan dengan rempah yang di kisar kering, serta garam masala.
2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis daun pandan hingga wangi. Masukkan buah pelaga, kayu manis dan bunga cengkih. Apabila naik aromanya, masukkan bawang kisar dan biarkan sehingga layu dan kekuningan .
3. Masukkan pula halia dan bawang putih kisar, masak lagi hingga wangi. Masukkan pula rempah cili, dan tumis selama 10 minit.
4. Biarkan sehingga rempahnya gareng, baru masukkan tomato, daun pudina, daun ketumbar, dan garam. Masak lagi sehingga naik aromanya.
5. Masukkan ayam dan gaul rata, supaya ayam dan rempah betul-betul sebati. Tuangkan secawan air dan masak lagi selama 5 minit Gaul rata, jika terlalu pekat tambah lagi airnya. Masukkan badam kisar, tairu dan tomato puree. Biarkan sehingga ayamnya empuk dan kuahnya pekat. Masukkan lada hijau dan lada merah.
6. Setelah ayamnya empuk, kecilkan api dan biarkan minyak nya naik. Matikan api. Perlahan-lahan senduk minyaknya dan buang.
7. Semasa menghidang taburkan sedikit hirisan daun ketumbar. Enak di makan dengan sebarang jenis roti atau nasi.

|

Resipi...NASI JUDAH

Sumber: Mami Asmah Laili (Rancangan Memasak - Dapur Mami)

Bahan-Bahan
1 kg beras basmati, cuci bersih dan rendam selama 5 – 10 minit dan toskan
Air mengikut paras beras
½ tin susu cair
½ kg bawang merah, dijadikan bawang goreng, diramas

½ jari halia
5 biji bawang putih dikisar halus
1 biji bawang besar

5 kuntum bunga cengkih
½ jari kayu manis
5 biji buah pelaga
Sedikit hirisan daun pudina dan daun ketumbar
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

½ kg ikan kerisi, dipotong ikut suka hati, dilumur dengan kunyit dan garam dan digoreng
½ kg udang yang besar, dikukus sebentar
4 biji telur rebus digoreng sebentar


Cara Cara
Panaskan minyak didalam periuk. Tumis cengkih, pelaga dan kayu manis sehingga wangi. Masukkan rempah kisar, dan tumis lgi sampai garing. Masukkan air dan susu. Kacau rata dan biarkan sehingga mendidih. Masukkan bawang goreng ramas. Taburkan garam dan kacau rata. Barulah dimasukkan beras dan kacau lagi. Tutup periuk dan masak sehingga ia hampir tanak. Kemudian buka "tutup periuk" dan kuakkan nasinya ketepi, supaya dibahgian tengahnya berlobang dan dimasukkan ikan goreng, udang dan telur. Timbuskan dengan nasi. Ratakan. Taburkan daun ketumbar dan daun pudina. Tutup periuk dan masak lagi sehingga nasinya tanak.
Enak disajikan dengan lauk ayam masak merah, dalca, acar buah-buahan dan salad

|

Resipi...AYAM LADA HITAM

Sumber: Mami Asmah Laili (Rancangan Memasak - Dapur Mami)

Bahan-Bahan
1 ekor ayam, buang segala lemak dan kulit, potong 12 } Gaul rata dan perap
2½ sudu makan lada hitam, ditumbuk kasar} selama ½ jam
Garam secukup rasa}

4 sudu makan kerisik putih
1 sudu makan lada serbuk
1½ sudu teh serbuk jintan halus
1½ sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh kunyit serbuk
3 biji bawang besar, dihiris halus
3 biji tomato, didadu
1 jari kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
3 sudu makan pes halia dan pes bawang putih
1 pelepah daun ketumbar, dirampai
Garam secukup rasa
1 sudu teh gula
1 cawan minyak kanola
Lagi 2 sudu makan lada hitam, ditumbuk kasar


Cara Cara

Panaskan minyak didalam kuali. Goreng ayam sehingga ¾ masak. Angkat dan ketepikan. Masukkan pula minyak yang sama, hirisan bawang, kayu manis, cengkih dan pelaga. Tumis sehingga naik aromanya. Masukkan pes halia/bawang putih dan tomato. Masak selama 5 minit. Selepas itu, masukkan lada serbuk, kerisik, serbuk ketumbar, serbuk jintan halus, kunyit dan garam. Tuang ½ cawan air. Masukkan kepingan ayam goreng dan masak selama 5 minit lagi. Taburkan gula, lada hitam, hirisan daun ketumbar dan renihkan selama 5 minit. Enak disajikan dengan sebarang nasi mahu pun roti.

|

Resipi...NASI BERIANI SINDHI

Sumber: Mami Asmah Laili (Rancangan Memasak - Dapur Mami)

Bahan-Bahan
1 kilo ayam atau daging kambing – dipotong ikut suka hati
1 kilo beras basmati, cuci bersih dan rendam selama 15 minit
1 cawan tairu
4 biji tomato, dihiris
4 biji kentang, kupas kulit dan hiris
3 – 4 biji bawang besar, dihiris halus
½ cawan pes halia dan pes bawang putih
10 biji lada hijau. dihiris
1 cawan daun ketumbar, dihiris
1 cawan daun pudina, dihiris
1 ½ cawan minyak sapi atau minyak kanola, atau pun 250 gram mentega
100 gram rempah beriani Sindhi (Sindhi Beriani Masala)
1 cawan kacang gajus, digoreng
2 sudu makan garam masala


Cara Cara

Panaskan didalam periuk, minyak kanola/minyak sapi atau pun mentega, dengan api yang sederhana besarnya. Tumis hirisan bawang sehingga ke-kuning-kuningan. Masukkan pes halia/pes bawang putih dan lada hijau, dan tumis selama 5 minit. Masukkan rempah beriani bersama tairu. Masak lagi selama 5 minit. Barulah dimasukkan kepingan daging, kentang dan garam dan biarkan selama 5 minit lagi. Tuang 1 cawan air kedalamnya. Tutup periuk, perlahankan api dan masak lagi sehingga ayam atau dagingnya lembut.

Setelah itu hendak dituangkan semua lauk ini kedalam periuk yang lebih besar. Ratakan. Tabur diatasnya hirisan tomato, daun ketumbar dan pudina serta kacang gajus.

Sementara itu, masaklah nasi dengan sedikit garam, sehingga ½ masak. Setelah ½ masak, buang airnya. Masukkan kedalam nasi tersebut, 2 sudu makan garam masala dan gaul rata. Tuangkan nasi ini kedalam periuk berisi lauk. Ratakan, tetapi jangan dikacau. Tutup periuk serapat-rapatnya. Masak selama 20 minit. Sajikan panas-panas.

|

resipi...SUP MEDAN

Sumber: Mami Asmah Laili (Rancangan Memasak - Dapur Mami)

Bahan-Bahan
1 kg ekor lembu, dipotong 5-6 cm panjang, cuci bersih buang semua lemak dan toskan
Secukup air untuk merebus
2 batang celery, dipotong 5-6 cm panjang
Sedikit lada putih atau hitam
½ kg tomato, dikisar halus
½ kg karot, dikisar halus
5 kuntum bunga cengkih
8 biji buah pelaga
1 jari kayu manis
1 biji bawang besar, dihiris

½ jari halia }
5 biji bawang putih } dikisar halus, kemudian digaulkan dengan
1 biji bawang besar} 2-3 sudu makan rempah kari daging
Sedikit minyak untuk menumis
Hirisan daun sup/daun bawang berserta bawang goreng untuk tabur
Garam dan gula secukup rasa


Cara Cara

Rebus ekor lembu sehingga lembut dengan sedikit garam dan lada putih atau lada hitam. Masukkan celery, dan matikan api.

Panaskan minyak didalam periuk besar yang lain. Tumis hirisan bawang besar sehingga layu. Masukkan cengkih, pelaga dan kayu manis. Tumis sebentar. Masukkan rempah kisar, tumis lagi sampai garing. Masukkan pula tomato dan karot yang telah dikisar, kacau sehingga rata. Biarkan sehingga mendidih. Barulah dimasukkan ekor lembu bersama kuah dan sayur nya sekali. Jika kuahnya kurang, tambah lagi airnya. Taburkan sedikit garam dan gula, jika perlu. Masak sehingga mendidih dan rasa kuahnya enak. Jika ada yang kurang, seperti garam atau lada putih, tambah lagi. Matikan api. Semasa menghidang, taburkan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng. Sup ini enak disajikan dengan sambal kicap cili padi dan dimakan dengan nasi atau roti..

BAHAN/CARA UNTUK BUAT SAMBAL KICAP CILI PADI
½ cawan kicap manis
Segenggam cili padi, cuci bersih, dan rebus sebentar kemudian toskan
2 biji bawang putih
1 biji limau nipis, sedikit gula
5 biji bawang merah, kupas kulit dan hiris bulat-bulat

CARA - Kisar halus bawang putih dan cili padi rebus. Gaulkan dengan kicap, gula, air limau nipis dan hirisan bawang merah.

|

Resipi...Salad Daging Panggang Bersama Sayur

Bahan-bahannya:

1/4 kg daging lembu
1 keping tauhu goreng (di potong dadu)
6 helai daun salad (di hiris)
1 biji cili capsicum (di hiris kecil)
Sedikit dau pudina
1 biji timun (dipotong kecil)
1/2 cawan kacang tanah (di goreng dan di kisar)
1 ulas bawang besar (di hiris)
2 sudu besar cuka
Garam secukup rasa
1 sudu besar jus halia
1 sudu besar jus bawang putih
1/2 cawan santan pekat
6 biji cili padi (di hiris)

Cara membuatnya:

1.Perapkan daging bersama jus halia,jus bawang putih dah garam dan biarkan selama 20 minit.
2.Kemudian panggang daging di dalam ketuhar pada suhu tinggi selama 20 minit.Kemudian hiris daging.
3.Tuangkan santan ke dalam mangkuk dan masak pada suhu tinggi selama 5 minit.
4.Gaulkan daging panggang,timun,daun salad,capsicum,daun pudina dan bawang kedalam mangkuk salad.
5.Untuk sosnya,campur santan yang telah mendidih bersama kacang,cuka,garam dan juga hirisan cili padi.
6.Untuk menghidang,tuangkan sos bersama daging dan sayur.

|

Resipi... Buah Rotan

BAHAN
3 cawan tepung pulut
1/2 cawan gula halus
1 biji telur
1 cawan air
50 sen bijan

CARI MEMBUAT

1. Gaul tepung pulut dengan telur dan
gula.
2. Masukkan sedikit demi sedikit air
kedalam adunan sambil diuli hingga
lembut.
3. Ambil secubit adunan dan bulatkan.
Golekkan ke dalam dulang berisi
bijan.
4. Goreng hingga kekuningan dengan
api sederhana.

|

Resipi...Lemper Ayam

Bahan-Bahannya :

½kg pulut
500cc santan dari 1 biji kelapa
1 sudu teh garam
2 lembar daun pandan
Daun pisang untuk membungkus


Bahan Isi :

½ ekor ayam ( ± ½kg )
1 lembar daun salam
1 potong lengkuas dimemarkan
1 batang serai dimemarkan
1 sudu makan minyak goreng
250cc santan dari ½ biji kelapa



Bumbu Yang Dikisar Halus :

1 sudu teh ketumbar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji buah keras
Sedikit asam jawa
Garam secukupnya
Gula pasir secukupnya



Cara membuat isi lemper :

Rebus ayam hingga empok, lalu disiat-siat tipis.

Tumis bumbu yang sudah dihaluskan dengan minyak.

Masukkan daun salam, lengkuas dan serai.

Setelah baunya harum, masukkan ayam dan gaul supaya rata.

Tambahkan santan dan gaul lagi sampai kering.



Cara membuat lemper :

Rendam pulut dalam air selama kira-kira 2 jam, toskan.

Kukus pulut setengah masak ( ± 20 minit ).

Siram dengan santan yang sudah dididihkan bersama garam dan daun pandan. Gaul rata.

Masukkan lagi ke dalam kukusan dan kukus sampai masak ( ± 30 minit ).

Setelah masak, sejukkan pulut di atas tempat yang sudah dialasi dengan daun pisang.

Ratakan setebal 1cm, lalu dipotong-potong ukuran 7cm x 4cm.

Isi tiap potong dengan 1 sudu teh isi lemper.

Gulung dan rapatkan hujungnya.

Bungkus dengan daun pisang.



Nota : Isi lemper ini rasanya agak manis.

|

Resipi...BANANA WALNUT CAKE WITH CHEESE FROSTING

250g butter
260g gula caster
4 biji telur A
350g tepung gandum )
1tsp baking powder ) ayak
½ tsp baking soda )
5g cinnamon powder )
350g pisang - mash
1tsp esen pisang
100g cooking choc-potong dice
100g toasted walnut

1. Pukul butter dengan gula hingga kembang.
2. Masuk telur satu persatu.
3. Masukkan esen pisang dan pisang.
4. Masukkan tepung yang dah digaul dgn chocolate dan walnut, gaul hingga sebati.
5. Tuang dalam bekas 10 inci bulat yang sudah di alas kertas minyak.
6. Bakar 175 selama lebih kurang 1jam - 1j 10minit. (bergantung pd oven)
7. Keluarkan dari oven, dan sejukkan.

Topping

100g butter
100g Mascarpone atau Philadelphia cheese
50g icing sugar
Sedikit lemon juice

Pukul sampai kembang dan sapukan atas kek. Hias ikut kreativiti masing2.

|

Resipi... Masak Lemak Udang Nanas

bhn2:
1/2 biji nanas ( dibuangkulit dan dipotong kecil)
300gm udang ( buang kulit tp tinggalkan ekor nya
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3cm halia
1 sudu makan pes cili
2 sudu teh serbuk kunyit
1 keping asam keping
1 helai daun kunyit
200ml santan pekat
sedikit stok makanan laut
garam secukup rasa
serbuk lada hitam secukup rasa
minyak zaitun secukupnya

Cara:
panaskan minyak zaitun, tumis sumer bawang n halia hingga wangi
masukkan pes cili, kunyit, asam keping, daun kunyit - gaul hingga rata
masukkan udang n nanas - biarkan sebentar
tuangs antan dan masukkan stok makanan laut
kacau hingga mendidih

|

Resipi...Kari hijau Meo Play

bhn2:
2 sudu makan meo play green curry paste
2 keping dada ayam ( dipotong)
2 tangkai daun selasih
2 cawan air
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
1 batang serai ( di ketuk)
1 cawan santan pekat
3 tangkai terung pipit
1 biji tomato
1 biji terung panjang( dipotong dadu)
garam n gula secukup rasa

cara2:
masukkan air bersama dgn rempah meo play green curry, ayam dan serai ke dlm periuk - masak dgn menggunkan api yg perlahan
masukkan santan , daun selasih dan cili, dan terung
tambahkan garam dan gula mengikut citarasa
akhir sekali masukkan tomato

|

Resipi... Sup isi ketam bertelor

bhn2:

100gm filet ketam
2 ulas bawang putih
2 ulang bawang merah
60 gm isi ketam segar
15gm tepung jagung
2 sudu teh minyak jagung
2 biji telur
1.5 liter air
2 sudu makan minyak jagung
garam secukup rasa
serbuk lada secukup rasa

Cara:
panaskan minyak, kemudian tumiskan bawang hingga wangi
masukkan air, isi ketam dan filet ketam dan tunggu hingga mendidih
masukkan telur yg telah di pukul sedikit demi sedikit dan kacau sup perlahan2
bancuh tepung jagung dgn sedikit aiar dan tuangkan ke dlm sup
perisakan dgn garam dan serbuk lada sulah

|

Thursday, February 09, 2006

Resipi...AYAM GORENG MENTEGA

Bahan-Bahannya :

1 ekor ayam dipotong kecil
1 biji bawang bombay dihiris tipis
8 sudu teh margarine untuk menggoreng
4 sudu teh kicap masin
4 sudu teh Worcestershire Sauce
2 sudu teh kicap manis
50cc air
1 biji limau kasturi

Bahan Dikisar :

2cm halia
4 ulas bawang putih
1 sudu teh lada putih
1 sudu teh garam


Cara Membuatnya :

Lumur ayam dengan bahan kisar dan biarkan selama 15 minit.

Setelah 15 minit kemudian, goreng ayam dengan margarine hingga masak
dan kecoklatan, ketepikan.
Tumis bawang bombay dengan bekas margarine gorengan ayam, hingga wangi.

Masukkan ayam, kicap masin, worcestershire sauce, kicap manis dan air.
Gaul hingga pekat.
Angkat dari api, perahkan limau kasturi diatasnya dan gaul.

|

Resipi...LAKSA SEAFOOD GORENG

Sumber: Mami Asmah Laili

Bahan-Bahan
500 gram mee laksa, cuci bersih dan toskan
2 biji telur, goreng dan pecah-pecahkan, ketepikan
1 sudu makan lada kisar (jika ingin lebih pedas)
3 biji bawang putih, dicincang
100 g tauge
200 g udang hidup, kupas kulit, goreng dan ketepikan, simpan minyaknya
1-2 ekor sotong, disiang bersih dan dihiris
1 sudu makan OYSTER SAUCE
1 sudu makan ABALONE SAUCE
1 sudu makan LIGHT SOY SAUCE
1 sudu teh minyak bijan atau SESAME OIL

BAHAN DIHIRIS
2 biji bawang besar
3 biji lada merah
200 g kobis panjang
25 g karot
25 g daun bawang

Cara Cara
Panaskan sedikit minyak didalam kuali.. Tumis lada kisar sehingga garing. Masukkan bawang putih cincang, tumis sebentar, masukkan sotong, hirisan bawang besar dan lada merah. Balik-balikkan kemudian masukkan hirisan sayur dan gaul sampai rata. Masukkan OYSTER SAUCE, LIGHT SOY SAUCE, ABALONE SAUCE, PURE SESAME OIL dan lada putih. Kacau sebentar. Barulah dimasukkan mee laksa dan udang. Seandainya meenya kelihatan kering, tuang sedikit bekas minyak menggoreng udang, dan gaul lagi supaya meenya basah sedikit. Akhir sekali masukkan tauge. Segera matikan api. Kacau sehingga semuanya rata. Semasa menghidang taburkan bawang goreng. Enak disajikan dengan lada jeruk.

|

Resipi...SHAHI MURGH - AYAM MASAK TAIRU

Sumber: Mami Asmah Laili

Bahan-Bahan
1 ekor ayam, potong 8 atau 10 keping
1 sudu makan pes bawang putih
1 sudu makan pes halia
1 sudu makan serbuk lada hitam
½ cawan susu segar yang suam
½ sudu teh koma-koma
500 ml tairu
½ cawan daun ketumbar
Secukup minyak zaitun
1 sudu makan rempah korma
1 sudu makan lada serbuk
3 biji bawang besar, dicincang
2 biji lada hijau, dipotong kasar-kasar
2 biji lada merah, dipotong kasar-kasar
2 biji tomato, setiap satu dibelah 4
2 helai daun salam
4 biji buah pelaga
4 kuntum cengkih
1 batang kayu manis
¼ cawang badam hiris memanjang
¼ cawan kismis kuning
Garam secukup rasa


Cara Cara
Gaul kepingan ayam dengan bawang putih, halia dan serbuk lada hitam. Perap selama 15-20 minit. Kemudian ayam digoreng ½ garing. Rendam koma-koma didalam susu. Tairu pula dipukul sehingga halus dan lembut. Campurkan daun ketumbar dengan tairu. Kacau rata. Ketepikan.
Panaskan minyak zaitun didalam periuk. Masukkan rempah ratus, korma, daun salam, dan lada serbuk. Tumis sehingga bangkit baunya. Kemudian masukkan bawang cincang dan goreng lagi sehingga kekuning-kuningan.

Setelah itu masukkan pula badam hiris dan kismis, lalu masukkan ayam, dan gaul sehingga rata dan sebati. Masukkan tairu, susu segar, lada merah dan hijau, dan taburkan garam secukup rasa. Kacau lagi supaya rata. Setelah itu kecilkan api, tutup periuk, dan masak lagi selama 20 minit. Sekali sekala bukan periuknya dan kacau rata, supaya dasarnya tidak hangus. Masaklah sehingga pekat. Akhir sekali masukkan buah tomato.

|

Resipi...RAITA MENTIMUN

Sumber: Mami Asmah Laili

Bahan-Bahan
500 gram tairu
1 biji mentimun, dibuang hatinya dan dipotong dadu
1 biji tomato, dibuat hatinya dan dipotong dadu
1 biji bawang besar, dipotong dadu
1 biji lada hijau, dihiris kasar
1 batang laada merah, dihiris kasar
1 pokok daun ketumbar, dihiris jangan terlalu halus
1 genggam daun pudina, dihiris jangan terlalu halus
½ sudu teh serbuk lada hitam
½ sudu teh lada serbuk
½ sudu teh garam masala
Garam secukup rasa
Sedikit lada serbuk dan sedikit daun pudina untuk taburan dan hiasan

Cara Cara
Tairu dipukul didalam mangkuk sehingga halus dan lembut. Masukkan semua bahan rempah dan taburkan garam. Kacau rata. Kemudian barulah dimasukkan bahan-bahan yang lain (kecuali bahan taburan dan hiasan) dan gaul sehingga rata.
Raita atau salada mentimun ini, lebih enak, jika disimpan didalam peti sejuk sekurang-kurangnya selama 20 hingga 30 minit sebelum disajikan. Apabila hendak disaji, tabur lada serbuk dan beberapa helai daun pudina.

|

Resipi...NASI TURKI

Sumber: Mami Asmah Laili

Bahan-Bahan

BAHAN "A"
1 kg beras Basmati
2 ekor ayam, dipotong kecil-kecil
Air ikut paras beras (1 beras = 1.5 air)
200 g tomato puree
1 cawan Yougart/Tairu rendah lemak perisa mangga
3 batang karot, didadu
1 tin kacang peas, buang airnya
½ cawan daun ketumbar
½ cawan daun pudina
1 cawan minyak canola

BAHAN "B" TUMIS
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
2 cm kayu manis

BAHAN "C" KISAR
2 biji bawang besar
6 biji bawang putih
3 biji tomato segar

BAHAN "D" REMPAH (Gaul rata dan bancuh sedikit air)
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk lada putih
HIASAN
1 cawan bawang goreng
100 g gajus, belah dua dan goreng
100 g kismis, goreng sebentar (jika mahu)
100 g daun ketumbar

Cara Cara
Tumis "B" sehingga naik aromanya. Masukkan "C" dan gaul rata. Masak sehingga pekat Masukkan pula daging, bahan "D," tairu, tomato puree dan masaklah sehingga dagingnya empuk. Tuangkan air (mengikut paras beras) dan masak lagi sehingga mendidih.
Sementara itu, masukkan beras dan karot kedalam periuk letrik. Kemudian tuangkan kuah daging yang baru mendidih serta garam secukup rasa. Sukatan kuahnya haruslah sama dengan jumlah berasnya. Lebih selamat jika dilebihkan sedikit kuahnya, untuk menentukan nasinya tidak keras. ONkan swis periuk nasi. Apabila nasi hampir kering, masukkan daun pudina, daun ketumbar, kacang peas serta satengah bahgian kismis dan gajus. Biarkan sehingga nasinya masak. Semasa menghidang, taburkan kismis, gajus, bawang goreng dan hirisan daun ketumbar. Jangan lupa letakkan beberapa ketul daging diatas nasi. Enak dimakan dengan salada tairu timun.

|

Resipi...DAGING MASAM MANIS

Sumber: Mami Asmah Laili

Bahan-Bahan

BAHAN "A"
1 kg daging, cuci bersih dan potong ikut suka hati, toskan
100 g gula Melaka, dihiris
50 g asam Jawa, diramas dengan semangkuk air dan tapis
1 cawan minyak untuk menggoreng
Garam secukup rasa

BAHAN "B"
20-25 biji lada kering, digunting dan direndam
3 biji bawang besar
10 biji bawang merah
½ ibu jari kunyit
5 biji bawang putih
2 sudu teh ketumbar biji
1 sudu teh jintan kasar

Cara Cara
Kisar halus semua bahan "B." Gaul rata rempah kisar dengan semua bahan "A" kecuali minyak. Perap selama 15 hingga 30 minit. Panaskan minyak. Masukkan daging yang telah diperap berserta rempahnya. Masak sehingga dagingnya lembut dan kuahnya pekat.

|

Resipi...CAKE TAPAI KISMIS

Bahan-Bahannya :

250gm mentega / margarine
150gm gula pasir
½ sudu teh garam
300gm tapai ubi dibuang seratnya
100cc santan
6 biji telur
180gm tepung gandum diayak
100gm kismis, taburkan dengan sedikit tepung gandum dan digaul rata


Cara Membuatnya :

Campur tapai ubi dan santan, lalu blender hingga halus dan rata, ketepikan.

Campur mentega, gula, dan garam, pukul hingga lembut, lalu tambahkan adunan
tapai tadi, pukul kembali hingga lembut.
Masukkan 2 sudu makan tepung gandum, pukul hingga rata, lalu tambahkan telur
satu per satu sambil terus dipukul hingga rata dan mengembang.
Masukkan sisa tepung gandum sedikit demi sedikit, gaul rata, lalu tambahkan kismis,
gaul rata.
Sediakan loyang bulat yang berlubang tengahnya, lengser dengan sedikit mentega,
lalu tuang adunan ke dalamnya, bakar dalam ketuhar hingga masak dan berwarna
kecoklatan, angkat, sajikan.

|

Resipi...CAKE COKLAT PUTIH TELUR

Bahan-Bahannya :

10 biji putih telur
150gm gula pasir
120gm tepung gandum
30gm coklat serbuk
120gm mentega / margarine dicairkan


Cara Membuatnya :

Campur tepung gandum dan coklat serbuk, gaul hingga rata, lalu diayak, ketepikan.

Pukul putih telur sambil dimasukkan gula sedikit demi sedikit hingga pekat,
lalu masukkan campuran tepung gandum tadi sedikit demi sedikit, gaul rata.
Masukkan mentega cair, gaul rata, lalu tuang adunan ke dalam loyang bulat
berlubang tengahnya yang telah dilengser dengan sedikit mentega.
Bakar dalam ketuhar pada suhu 180° C selama 30 minit hingga masak.

|

Resipi...CHOCOLATE CAPPUCCINO CHEESECAKE

Bahan Base :

125gm serpihan biskut digestive
2 sudu makan brown sugar atau palm sugar
90gm mentega tawar


Bahan-Bahannya :

375gm cream cheese dibiarkan dalam suhu bilik
125gm gula kastor
2 biji telur
1 sudu makan kopi instant dilarutkan dalam 4 sudu makan air panas
½ sudu teh serbuk kayu manis
150 dark cooking chocolate dicincang kasar dan dicairkan


Bahan Topping :

Whip cream
Serbuk coklat
Badam di hiris tipis


Cara Membuatnya :

Sediakan loyang. Panaskan ketuhar pada suhu 170 ° C.

Campur semua Bahan Base. Gaul rata hingga sebati.

Tuang ke dalam loyang sambil ditekan-tekan dengan belakang sudu hingga
padat menutupi bahagian bawah loyang. Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam.
Pukul cream cheese dan gula hingga lembut.

Masukkan telur satu persatu sambil dipukul perlahan hingga rata.

Masukkan kayu manis dan larutan kopi. Gaul rata.

Masukkan coklat yang telah dicairkan. Gaul rata dan tuang ke dalam loyang
berisi biskut.
Bakar dengan cara au bain marie lebih kurang selama 60 minit.

Matikan ketuhar, setelah adunan mengeras tetapi bahagian tengahnya, lebih
kurang 5cm diameter masih basah. Biarkan pintu tertutup hingga cake
betul-betul sejuk.
Bungkus cake dengan cling wrap, simpan dalam peti sejuk.

Hias dengan whip cream dan hirisan badam sesudah cake dikeluarkan dari loyang.

|

Resipi...APAM PISANG KUKUS

Bahan-bahannya
2 cawan tepung gandum
8 biji pisang emas (sederhana besar)
3/4 cawan mentega, dicairkan dan disejukkan (boleh digantikan dengan minyak)
4 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 cawan gula
secubit garam

Cara-caranya
Tepung gandum diayak dengan baking soda. Pisang dilecek halus dan digaul
dengan baking soda dan garam. Pukul telur bersama gula, masukkan mentega
cair/ minyak. Kemudian masukkan tepung gaul rata dan kemudian tuangkan
kedalam loyang yang telah disapu dengan mentega. Kukus selama 45 minit.

Nota: Kukusan hendaklah dipanaskan terlebih dahulu dan juga dibalut dengan
kain tutup kukusan supaya wap tidak jatuh kedalam kuih.

|

Resipi...SERABAI TELUR

Bahan-Bahannya :

200gm tepung gandum dan 1 sudu teh baking powder disatukan dan diayak
300cc santan dari ¼ biji kelapa
¼ sudu teh pes pandan
1 biji telur
¼ sudu teh garam
Minyak goreng untuk sapuan


Cara Membuatnya :

Masukkan tepung gandum dalam sebuah bekas.

Pada bekas yang lain, pukul telur dan garam hingga berbuih.

Masukkan santan dan pes pandan. Gaul rata.

Tuangkan adunan ini ke dalam tepung sedikt demi sedikit, gaul hingga rata
dan licin. Biarkan adunan selama 1 jam.
Panaskan acuan serabai atau flat base pan, lengser dengan minyak,
tuangkan 3 - 4 sudu makan adunan ke dalamnya.
Tunggu hingga timbul buih-buih kecil pada permukaan serabai, baru ditutup.

Biarkan hingga masak, angkat dari acuan dan hidangkan dengan sosnya.



Bahan Sos :

500cc santan dari 1 biji kelapa
1 sudu makan gula pasir
1 sudu teh garam
1 lembar daun pandan


Cara Membuatnya :

Didihkan semua bahan sambil digaul supaya santannya tidak pecah minyak.

Angkat dan sejukkan.

|

Resipi...BAULU GULUNG

Bahan-Bahannya :

11 biji kuning telur
3 biji putih telur
75gm gula pasir
1 sudu makan susu pekat manis
75gm tepung gandum
½ sudu teh baking powder
75gm mentega / margarine dicairkan
5 sudu makan jem strawberry


Cara Membuatnya :

Pukul kuning telur, putih telur, dan gula hingga naik dan pekat.

Masukkan susu, tepung gandum dan baking powder. Gaul rata.

Tuangkan margarine cair. Gaul rata.

Tuang dalam loyang persegi ( 30cm x 30cm ) yang telah dilengser dengan
margarine dan ditaburi tepung gandum, lalu bakar dalam ketuhar dengan
suhu 210 ° C selama 10 minit.
Balikkan kek ke atas kertas roti yang telah dilengser dengan margarine.

Sapukan jem strawberry pada permukaannya, lalu digulung sambil agak
ditekan, hati-hati ketika menggulung agar permukaan kek tidak rosak.
Diamkan sehingga betul-betul sejuk sebelum dipotong-potong.

|

Resipi...Crab Rangoon

Bahan-bahan nya

250g Philadelphia cream cheese, dilembutkan
6 batang crabstick
sedikit daun bawang
sedikit garam dan gula
wanton wrapper

minyak untuk menggoreng
cili sos untuk dicicah

Cara-cara nya

Masukkan semua bahan-bahan didalam bekas lalu gaulkan.
Ambil satu wanton wrapper dan letakkan satu sudu kecil di tengah, lalu lipatkan untuk dapatkan shape triangle.

Bila dah habis wrap all the wantons, boleh lah di goreng dan dimakan panas dicicah cili sos.

Note: boleh juga dilebihkan crabstick kalau tidak mahu rasa terlalu cheesy.

|

Resipi...CREPE VLA COKELAT

Bahan Crepe :

150gm tepung gandum
3 butir telur dipukul
325ml susu
1 sudu makan mentega dicairkan


Bahan Vla :

900ml susu
150gm cokelat masak ( dark cooking chocolate ), dipotong-potong
140gm tepung jagung
1½ sudu makan serbuk cokelat
¼ sudu teh vanili
100gm gula pasir

Cara Membuat Vla :

1. Tuang semua Bahan Vla ke dalam pan.
Masak dengan api kecil, gaul terus hingga meletup-letup.

Ketepikan.



Cara Membuat Crepe :

1. Adun seluruh Bahan Crepe hingga rata dan lembut.

2. Buat dadar tipis dalam pan dadar yang dilengser sedikit margarine.

3. Dadar hingga kuning keemasan, angkat.

4. Tuangkan vla secukupnya ke tengah crepe, lipat atau gulung.

5. Ulang langkah 2 hingga 4 sampai adunan habis.

|

Resipi...LEMON CAKE

Bahan-Bahannya :

200gm mentega dicairkan
6 butir kuning telur
150gm gula castor ( gula halus )
200gm tepung gandum diayak
1 sudu makan essens lemon
½ sudu makan baking powder
5 buah cherry merah dihiris

Cara Membuatnya :
Adun kuning telur, mentega cair dan tepung gula hingga mengembang.
Campurkan tepung gandum sedikit demi sedikit.
Adun terus dan campurkan essens lemon dan baking powder.
Gaul rata dan diamkan selama 30 minit.
Tuang ke dalam loyang dan bakar dalam ketuhar.
Setelah masak, hias dengan hirisan cherry merah.

|

Resipi...KUIH BAKAR LABU

Bahan-Bahannya :

125gm margarine
130gm gula pasir
4 biji telur
200gm tepung gandum
1 biji labu direbus dan dilecek
250ml santan dari ½ biji kelapa


Cara Menmbuatnya :

Pukul margarine dan gula pasir hingga lembut.
Masukkan telur 1 demi 1 sambil dipukul terus.
Tambahkan tepung gandum dan labu sambil digaul perlahan.
Tuangkan santan, gaul lagi lalu masukkan kedalam loyang bundt yang telah dilengser margarine dan dialas kertas.
Bakar hingga masak selama lebih kurang 45 minit.

|

Resipi...Bubur Asyura

Versi Kelantan

Sumber : CatLady - Cari.com

Bahan-bahannya:
1 gantang beras
4 kg bawang merah(3 kg dimesin ,1 kg dijadikan bawang goreng)
4 kg gula
4 kg daging
4 kg santan
1 kg kacang
1 kg ubi
1 kg kelapa(untuk kerisek)
5 btg serai
5 cm halia
1/4 kg bawang putih
rempah ashura (mana nak carik)
1/2 cawan garam

Cara memasak nya:
1. Beras,kacang,dan ubi di masak sehingga hancur atau dimasak dan dimesin.
2. 3 kg bawang merah+bawang putih+halia+serai dimesin.
3. 1 kg bawang merah dibuat bawang goreng-kelapa dibuat kerisek.
4. Daging direbus hingga empuk dan dihancurkan(seprti membuat sambal daging).
Gaul bersama air rebusannya,rempah dan bahan yang dimesin.
5. Kacau beras atau nasi hingga hancur(tambah air jika perlu)
6. Masukkan santan sedikit demi sedikit hingga habis
7. Masukkan gula,garam.kacau hingga rata.
8. Masukkan rempah kemudian kacau lagi.
9. Akhir sekali,masukkan kerisek dan bawang goreng.kacau hingga kering.
10. Sejukkan ke dalam bekas2 kecil

|

Resipi...AYAM UNCLE TOBBY

Bahan;
1 ekor ayam dipotong 12 @16 terpulanglah.
[dibasuh. digaul garam kunyit dan digoreng 1/2 masak ]

6 biji bawang besar dijadikan bawang goreng.
[minyak lebihan goreng bawang boleh dibuat goreng ayam]

30 biji cili kering}mesin [cili ikut kepedasan masing-masing]
1 camb garam }hingga
2 camb gula }halus

Air asam jawa }
Kicap manis } secukup rasa
kicap masin }

3 tangkai daun kari

Caranya:

Guna minyak lebihan goreng ayam tumis cili dan letakkan daun kari masak hingga BENAR-BENAR GARING.Masukkan air asam dan kicap serta bawang goreng dan digaul rata, jika pekat bolehlah ditambah sedikit air masak hingga mendidih, masukkan ayam gaul rata dan masak hingga pekat. Kemudian rasa lah sedikit kuahnya,apa yang kurang bolehlah ditokok tambah ikut selera masing-masing.Janji ada rasa pedasnya ada rasa masinnya ada rasa manisnya dan yang paling penting ia sedap dimakan dengan nasi minyak atau nasi biasa.Ini adalah diantara menu kegemaran keluarga zie.

P/S : Nak hilangkan rasa bau hanyir ayam, setelah semua kekotoran dibuang gaul ayam dengan segenggam tepung gandum biar seketika dan bilas,kita akan dapati segala lendirnya mudah dibersihkan.
P/S Untuk mendapatkan bawang goreng yang sedap dan garing;Masukkan 1 camt garam semasa kita goreng bawang tersebut. Bila bawang dan mula nampak kuning sedikit matikan api dan bolehlah diangkat ini kerna minyak yang sedia panas tu dah dapat untuk mengaringkan bawang tersebut.

|

Resipi...AYAM UNCLE TOBBY

Bahan;
1 ekor ayam dipotong 12 @16 terpulanglah.
[dibasuh. digaul garam kunyit dan digoreng 1/2 masak ]

6 biji bawang besar dijadikan bawang goreng.
[minyak lebihan goreng bawang boleh dibuat goreng ayam]

30 biji cili kering}mesin [cili ikut kepedasan masing-masing]
1 camb garam }hingga
2 camb gula }halus

Air asam jawa }
Kicap manis } secukup rasa
kicap masin }

3 tangkai daun kari

Caranya:

Guna minyak lebihan goreng ayam tumis cili dan letakkan daun kari masak hingga BENAR-BENAR GARING.Masukkan air asam dan kicap serta bawang goreng dan digaul rata, jika pekat bolehlah ditambah sedikit air masak hingga mendidih, masukkan ayam gaul rata dan masak hingga pekat. Kemudian rasa lah sedikit kuahnya,apa yang kurang bolehlah ditokok tambah ikut selera masing-masing.Janji ada rasa pedasnya ada rasa masinnya ada rasa manisnya dan yang paling penting ia sedap dimakan dengan nasi minyak atau nasi biasa.Ini adalah diantara menu kegemaran keluarga zie.

P/S : Nak hilangkan rasa bau hanyir ayam, setelah semua kekotoran dibuang gaul ayam dengan segenggam tepung gandum biar seketika dan bilas,kita akan dapati segala lendirnya mudah dibersihkan.
P/S Untuk mendapatkan bawang goreng yang sedap dan garing;Masukkan 1 camt garam semasa kita goreng bawang tersebut. Bila bawang dan mula nampak kuning sedikit matikan api dan bolehlah diangkat ini kerna minyak yang sedia panas tu dah dapat untuk mengaringkan bawang tersebut.

|

Resipi...Kek Lapis Muhibbah

Bahan:
10 biji telur
1 tin mentega (454 gm)
100 gm horlick
1 tin susu manis
1 tin gula halus (guna tin mentega)
2 1/2 gelas tepung gandum (300 gm)
1 botol kecil jem strawberry

Cara:
1. Pukul gula dan mentega hingga kembang.
2. Masuk telur satu persatu - gaul sebati dan rata
3. Masuk tepung - gaul sebati
4. Bahagi 2 adunan:
a. satu bahagian campurkan dengan jem
b. satu bahagian lagi campurkan dengan horlick dan susu
5. Bakar berlapis seperti kek lapis yang lain.

|

Resipi...Kek Lapis Pantai Damai

Bahan:
10 biji telur
12 oz mentega
3/4 tin susu manis
2 3/4 gelas nestum keluarga (all family cereal)
1 botol kecil coco rice
1 sudu teh esen vanilla
4 biji ceri merah (potong 4)
4 biji ceri hijau (potong 4)
1/2 gelas kismis hitam
1 gelas gula halus (160 gm)
80 gm horlick
2 sudu makan koko
pewarna kuning

Cara:
1. Pukul telur dan gula hingga kembang.
2. susu dan mentega disatukan dan dikuar rata
3. masukkan esen vanilla dan nestum - bahagi 2 adunan:

a. bahagian pertama masukkan koko, ceri dan kismis hitam
b. bahaigan kedua beri pewarna kuning, coco rice dan horlick.

4. kukus bahagian pertama dahulu hingga masak lepas itu tuangkan bahagian kedua dan kukus masak.
5. bila dah masak, bakarkan sekejap dalam oven (lebih kurang 15 minit)

|

Resipi...Udang Besar Masak Sechuan

sumber:Buku Pandai Memasak

600gm udang besar
20 biji cili kering - dihiris serong
2 labu bwg besar - disagat halus
2st kicap
1st sos tiram
cuka
air asam jawa
gula
serbuk kunyit
serbuk cili
garam

Cara
Bersihkan udang dan toskan, gaul dengan garam dan kunyit.
Tumiskan bwg besar,masukkan serbuk cili dan cili kering yg dihiris tadi..kacau
hingga wangi. Masukkan udang dan kacau rata.Bila udang sudah kemerahan, masukkan air asam jawa,kicap,sos tiram, cuka dan gaul sebati.Siap.

|

Resipi...Biskut Sarang Semut

Bahan2
2/3 cawan butter
1/3 cawan gula
2 kuning telor
1 suduteh esen vanilla.
1/2 suduteh garam
11/2 cawan tepung serbaguna.
2 putih telor, dipukul sedikit.
3/4 cawan badam yg dipotong memanjang.
1/3 cawan strawberry jem.
--------------------------------------------------------------------------------
Cara:
Panaskan oven 350 degrees F (175 degrees C).
Dalam bekas yg besar, Campurkan butter dan gula dan pukul sehingga sebati. Pukul kuning telor, vanilla, dan garam . Kemudian masukkan tepung sedikit -sikit.
Bentukkan doh kepada 3/4 inch bola. Dip in kedalam putih telor yg telah dipukul sedikit, kemudian rollkan kedalam badam yg dipotong memanjang. Letakkan diatas dulang pembakar/ jarakkan 1 inci. Tekankan ditengah doh dengan munggunakan jari ( membentuk sedikit lubang)
Bakar selama 15 to 17 minutes, sehingga sedikit perang. Sejukkan, sebelum dihidangkan penuhkan tengah biskut dengan strawberry jem.

|

Monday, February 06, 2006

Resipi...KUIH TALAM PULUT

BAHAN-BAHAN:
(Bahan a)
180 gm gula merah
100 gm tepung gandum
Gula pasir secukup rasa
Air

(Bahan b)
600 gm beras pulut - direndam semalaman
11/2 cawan santan
Garam secukup rasa



CARA MEMASAKNYA:
1. Kukus pulut hingga masak.
2. Kemudian gaul dengan santan yang telah dicampur dengan garam hingga sebati.
3. Kukus lagi lebih kurang 15 minit.
4. Kemudian angkat dan masukkan ke dalam bekas. Tekan dan mampankan hingga padat.
5. Setelah itu, bancuh adunan (a) dengan kepekatan seperti membuat adunan tepung untuk pisang goreng.
6. Setelah itu tuangkan adunan tersebut ke dalam bekas yang berisi pulut tadi.
7. Kukus selama lebih kurang 20-30 minit dengan api sederhana dan sedia untuk dihidang.

|

Resipi...TOFU MAKANAN LAUT

BAHAN-BAHAN:
15 keping tofu makanan laut
100 gm cendawan Cina | direndam kemudian direbus
200 gm brokoli
1 biji lobak merah
3-4 ulas bawang putih
50 gm halia | dihiris
3 sudu makan sos tiram
1 sudu teh minyak bijan
Sos soya secukup rasa
1 sudu teh serbuk lada putih
2 sudu makan cuka hitam
biji telur | dipukul dengan sedikit air
1 sudu makan tepung jagung | diadun dengan sedikit air
1 sudu makan serbuk perasa ayam
Minyak masak secukupnya
Air secukupnya

CARA MEMASAKNYA:
1. Tumis halia dan bawang putih.
2. Masukkan air, serbuk perasa ayam, sos tiram dan sos soya
3.Kemudian masukkan serbuk lada putih, cuka dan minyak bijan.
4. Tambah lobak dan cendawan. Tunggu hingga mendidih.
5.Selepas itu masukkan tofu dan brokoli. Pekatkan dengan tepung jagung dan telur. Hidangkan panas bersama nasi.

|

Resipi...ROTI DAGING ‘POWER RANGERS'

BAHAN-BAHAN:
4 keping roti | dipotong bahagian kerak di sekeliling roti
150 gm daging kisar | dibersihkan dan ditos
3 biji telur | dipukul sedikit
1 ulas bawang merah | dihiris nipis
Garam dan serbuk lada hitam ikut rasa
Minyak untuk menggoreng


CARA MEMASAK:
1. Gaulkan daging, bawang merah, telur, garam dan serbuk lada hitam dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dengan api sederhana.
3. Bahagikan ramuan daging sama banyak dengan roti.
4. Ratakan di atas tiap-tiap roti dan goreng roti hingga keemasan. Terbalikkan dan goreng lagi sehingga masak.
5. Sejukkan dan belah dua.
6. Masukkan ke dalam bekas dan sedia untuk dibawa ke sekolah.

|

Resipi...ROTI WHOLEMEAL ‘FRENCH TOAST' DENGAN SIRAP MAPEL

BAHAN-BAHAN:
50 gm bijirin oat
2 biji telur
5 ml krim segar
10 gm keju parmesan
10 ml sirap mapel
1 sudu makan serbuk gula king
3 keping roti wholemeal
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa


CARA MEMBUATNYA:
1. Pukul telur bersama krim, keju dan bijirin oat. Tambah gula dan garam secukup rasa.
2. Celupkan roti ke dalam adunan, kemudian dibakar.
3. Taburkan sedikit serbuk gula di atasnya dan sajikan bersama sirap mapel.

|

Resipi...LEMPENG BERINTI PISANG

BAHAN-BAHAN:
200 gm tepung gandum
250 ml susu segar
150 ml air
5 biji pisang abu yang telah masak
3 biji telur
2 sudu makan minyak
1/2 sudu makan gula kastor
Garam secukup rasa


CARA MEMASAKNYA:
1. Pukul telur bersama dengan susu segar, gula kastor dan garam hingga sebati.
2. Kemudian masukkan air dan tepung, kacau rata.
3. Setelah itu masukkan pula minyak dan dikacau lagi.
4. Panaskan kuali tidak melekat dan leperkan adunan di dalamnya. Masak sehingga kekuningan.
5. Kemudian hiris pisang dan sedia dinikmati bersama lempeng tadi.

|