Monday, September 26, 2005

Resipi...Mushroom Sauce - Champignonssauce

Serves 6 Vegetables

fish skin and bones
3 cups water
1 bay leaf
3 tablespoons parsley -- chopped
½ cup carrots -- diced
¼ cup onions -- chopped
6 peppercorns
3 tablespoons butter
1 cup mushrooms -- sliced
3 tablespoons flour
¾ cup cream
1¼ teaspoons salt
2 egg yolks
Combine water and reserved fish skin and bones in a saucepan. Add bay leaf, parsley, carrots, onion and peppercorns. Cover and let mixture boil slowly for 45 minutes until the liquid has boiled down to about 1½ cups. Strain.

Melt the butter and sauté the mushrooms until tender and lightly browned. Stir in the flour. Add the strained fish stock, cream and salt. Cook 5 minutes. Add 2 tablespoons of this hot liquid to the beaten egg yolks a little at a time to prevent curdling. Stir into the hot sauce gradually and cook over a low flame until thickened.

|

Resipi...SOTONG STIM KUNYIT

4 ekor sotong sedang (pilih yang bertelur lagi baik)
1 labu bawang besar
kunyit 1 sudu teh
garam secukup rasa
minyak masak 2 sudu teh

Cara :
1. Siang sotong bulat(cincin), jangan buang dakwatnya,(cuma buangkan isi perut yang jernih tu).
2. Siangkan gigi (taring) sotong tu dan juga buang mata.
3. Cuci dan toskan. Perap dengan kunyit dan garam untuk beberapa ketika sambil tu potong bawamg bulat2 (cincin).
4. Panaskan kuali dan minyak. Gunakan api sederhana.
5. Masukkan bawang dan tunggu bawang layu. bila dah layu masukkan sotong tadi, gaul dan tutup. (Api perlahan).
6. Tunggu sehingga 15 minit, sambil2 tu pastikan sotong tak kering dan kosek2 kan.
7. Dah masak boleh hidang, makan sama nasi putih panas... Emmmm sedapnya....

|

Resipi...SOTONG RANGUP BERCILI

Sumber : Pak Amir

Bahan-bahannya :
300 gm sotong - dibersihkan dan dipotong bulat(cincin)
1/2 sudu kecil perahan air halia
1 tangkai daun bawang, di hiris nipis
1/4 cawan tepung jagung
1/4 cawan tepung beras
minyak utk mengoreng
sedikit garam

Cara membuat :
1. Gaulkan sotong dgn air halia, hirisan daun bawang dan garam hingga sebati.
2. Kemudian campurkan dgn adunan tepung beras dan tepung jagung (adunan tepung biar pekat sikit).
3. Panaskan minyak dan goreng sotong yg telah bergaul tepung itu selama 4 minit or sehingga berwarna kekuningan.
4. Tuskan minyak dan makan bersama sos cili/tomato.

Selamat mencuba.

|

Resipi...IKAN TONGKOL MASAK LEMAK LENGKUAS

Sumber : Pak Amir

2 Ekor ikan tongkol (direbus dahulu dgn sedikit air, cuka dan asam keping)
2 biji Bawang besar
3 ulas bawang putih
sedikit halia dan lengkuas lebih sedikit
cili kering (ikut kepedasan) {dimesin halus}
2 biji kelapa {ambil santan pekat}
kerisik kelapa
sedikit cili api
minyak
garam, gula dan perasa secukupnya
sedikit asam keping

Cara :
1. Tumiskan minyak dgn bahan2 yg dimesin sehingga pecah minyak. Biarkan ia garing sebentar dan masukkan santan. Biarkan ia menggelegak dan mendidih
2. Kemudian masukkan ikan yang sudah direbus dan biarkan ia masak
3. Masukkan garam, gula dan perasa secukupnya dan akhirnya masukkan kerisik kelapa. Biarkan ia masak secukupnya ...

|

Resipi...KUIH - SARDIN ROLL

Bahan-Bahannya :
Gandum 1 paun
Baking Powder 1 camca teh
Lemak Sayur 4 auns
Majerin 4 auns
Sardin 1 tin
Bawang Besar 1 ulas
Lada Merah & Hijau 3 biji
Limau Nipis ½ biji
Serbok Perisa jika mahu
Air Sejuk (Dlm peti air batu) 8 camca besar
Telur Merah 2 biji
Susu Cair 1 camca besar

Cara-cara membuatnya :
1. Gandum hendaklah di gaul dgn baking powder terlebih dahulu dan diletakan di dalam satu bekas.
2. Campurkan lemak sayur dan marjerin bersama tepung tadi dan di gaul sehingga menjadi halus dan masukan 4 camca air sejuk kedalam adunan tadi sehingga besatu.
3. Kemudian masukan 4 camca air sejuk lagi dan digaul perlahan -lahan sehingga sebati .
4. Kemudian di canai perlahan-lahan setebal 0.5cm dan selebar 8cm dan panjangnya kira 5 atau 7 cm. Buatlah sehingga habis doh tadi.

Intinya :
1. Sardin dikeluarkan dan dimasukan ke dalam pinggan yang berasingan dan dihancurkan. (Buang tulang-tulangnya jika ada)
2. Bawang besar di cincang halus dan dimasukan kedalam sardin tadi. Lada dipotong-potong kecil dan dimasukan kuahnya sekali kemudian perahkan air limau nipis. Setelah itu jerang di atas dapur sehingga pekat dan diangkat dan dibiarkan sejuk.
3. Ambil doh yang telah dipotong-potong tadi letakan diatasnya kira-kira 1 camca sardin mengikut panjang adunan tadi. Setalah itu digulung seperti menggulung kuih Dadar dan tepinya dilekatkan dengan tepung sagu yang dibancuh dengan air dan tekan perlahan-lahan dan buatlah sehingga habis.
4. Setelah siap semuanya kemudian disusun didalam dulang dan sapukan telur yang dibancuh dengan susu cair tadi. KEmudian dibakar sehingga masak.

|

Resipi...DAGING - ASAM PEDAS DAGING/TULANG

Daging / tulang
Lada kering - mesin dgn bawang merah, bawang putih, belacan, halia & kunyit hidup
Lengkuas dan sebatang serai di titik
Daun limau purut-koyakkan sikit
Air asam - ikut suka
Garam secukup rasa
Kalau letak ubi kentang lagi sedap. Ubi kentang potong ikut suka hatilah.

Tumis lada mesin, serai & lengkuas, bila naik bau, masukkan air asam & Daging, kentang dan daun limau purut. Kalau dah rasa kentang & daging dah elok empuknye, boleh tutup api.

|

Resipi...IKAN MASAK MINYAK KELAPA

Sumber : Pak Amir

Bahan-bahannya :-
1 ekor ikan siakap/ikan merah/ikan kembung - kira-kira 1 kati - dibersihkan

1 biji kelapa - diparut
15 biji cili putih - dibelah dua untuk hiasan
2 batang serai - dititik
1 camca makan air asam
4 camca makan kerisik
(kelapa parut digoreng dan ditumbuk dengan sedikit serai dan bawang merah)
6 camca besar minyak masak
Garam secukup rasa dan sedikit serbuk perasa

Bahan hirisan :-
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Bahan tumbuk :-
1 1/2 inci kunyit - dikupas
Cili padi ikut selera

Cara-cara menyediakannya :-
1. perah 3 cawan santan pekat dari kelapa yang diparut
2. panaskan minyak di dalam kuali
3. tumis bahan yang dihiris dan bahan yang ditumbuk tadi sehingga wangi baunya
4. masukkan kerisik dan kacau
5. angkat dari api, masukkan ikan, serai, cili putih dan gaul rata-rata
6. Kemudian tuangkan pati santan, air asam, garam dan serbuk perasa
7. hidangkan panas-panas

Option:
Ikan tersebut hendaklah digoreng sebentar untuk menyedapkan lagi dan bagi mengelakkan ikan tersebut hancur isinya.

|

Resipi...AYAM MASAK HALIA ALA KANTONIS

Sumber : Pak Amir

Bahan-bahan
Ayam - Isi dada ayam dibuang tulang - potong secara berketulan (atau isi peha ayam tanpa buang tulang dan dipotong kepada beberapa bahagian - jangan terlalu lebar dipotong)
Halia - Sebesar tapak tangan dan dipotong nipis-nipis (seperti potong timun buat burger gituh tetapi nipis sikit lagi)
2 hingga 3 sudu besar sup Sos Tiram
3 keping Cendawan Hitam - rendam cendawan terlebih dahulu, basuh bersih-bersih, perah dan keringkan air di dalam cendawan dulu kemudian dibelah dua )
Minyak Bijan - beberapa titik sahaja (jika anda membuat keputusan sendiri untuk melebihkan minyak bijan, hasil masakan akan jadi sangat muak dan tidak sedap)
3 sudu besar sup Minyak Masak
2 hingga 3 cawan Air

Cara Memasak
1. Panaskan minyak, tumis kesemua halia yang dipotong secara hirisan tadi selama 2 minit sehingga naik bau.
2. Masukkan cendawan yang dibelah dua dan tumis sebentar lagi.
3. Masukkan ayam dan goreng dengan api sederhana sahaja selama beberapa minit lagi.
4. Masukkan sos tiram, goreng sebentar lagi sehingga rata.
5. Percikkan sedikit air sehingga kedengaran bunyi " cissss ", kemudian tuangkan 2 - 3 cawan air ke dalam kuali sehingga merendam ke permukaan ayam, kacau dan tutup kuali selama 15 - 20 minit - api sederhana sahaja.
6. Selepas 15 minit, buka penutup kuali, pastikan kuahnya tidak kering. Jikamasin tambahkan sedikit air, jika kurang masin maka kacau sehingga kering sedikit. Resipi ini berkuah sepertimana resipi Ayam Masak Ubi Kentang Ala Cina yang pernah Pak Amir sumbangkan dahulu. Pastikan ayam sudah lembut... (kalau ayam kampung maka tutup kuali lama sikit)
7. Titikkan sedikit minyak bijan. (mungkin setengah sudu teh sahaja ).
8. Angkat dan hidangkan bersama beras wangi panas-panas.

Resipi ini sangat sesuai dimakan untuk wanita yang baru lepas bersalin (beli ayam dara SAHAJA untuk wanita dalam masa pantang lepas bersalin)
tetapi jangan masukkan cendawan (sejuk).

Jika disediakan untuk budak kecil, kurangkan kandungan halia dan sos tiram.

|

Resipi...AYAM MASAK CENDAWAN ALA CINA

Sumber : Pak Amir

Bahannya
1/2 ekor ayam
8 keping Cendawan hitam - direndam 1/2 jam
1 inci halia - dihirs
1 biji bawang besar - dihiris
6 ulas bawang putih - dicincang
4 ~ 5 tangkai cili padi
Sedikit kicap lemak manis
Sedikit sos tiram

Caranya
1. Ayam dibasuh dan dipotong kecil2. Cendawan yang dah lembut ditoskan, buang tangkainya dan dipotong 4 (memanjang).
2. Panaskan minyak dan tumis halia. Bila dah naik bau (halia dah kekuningan) angkat halia dan buang. Kalau tak buang pun tak apa.
3. Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi. Tumis hingga naik bau baru masukkan ayam. Kacau sekejap.
4. Masukkan kicap dan sos tiram. Kuantiti kicap terpulang. Tak payah letak garam sebab sos tiram dah memang masin. Kalau untuk yang kuat masin, bolehlah letak garam sedikit. Kacau.
5. Selepas tu, masukkan air secukupnya (dalam 2 cawan biasa).
6. Bila dah mendidih baru masukkan cendawan. Kecilkan api dan biarkan hingga kuahnya pekat. (biasanya dalam 10 hingga 15 minit).

|

Friday, September 23, 2005

Resipi..KEK LAPIS UBI KAYU

Sumber: Juriah Abdullah

Bahan-bahannya
1kg ubi kayu parut
6 biji telur yang besar
1/2 sudu teh garam halus
1 sudu teh chocolate paste
1 sudu makan pewarna kuning
1 sudu teh vanilla powder
250 ml santan dari 2 biji kelapa
380 gram gula
300 gram mentega
150 gram tepung gandum
1 loyang berukuran 9 x 6 x 3 atau loyang 4 persegi berukuran 8 x 8 x 3
(sapukan keliling loyang dengan sedikit mentega dan alas dengan kertas kuih)

Cara-caranya
Perah ubi kayu dengan menggunakan kain kasa jarang. Untuk menghilangkan pahitnya. Setelah diperah, perap airnya selama 10 minit. Biarkan sagunya mendap dan perlahan-lahan buang airnya. Ambil sagunya yang mendap itu dan masukkan kedalam ubi kayu yang diperah tadi. Gaul rata dan ketepikan.

Santan, gula dan garam dimasak hingga panas sahaja (jangan biarkan ia mendidih). Setelah panas, masukkan mentega, kacau rata dan sejukkan. Pukul telur hingga kembang, masukkan tepung gandum, ubi kayu dan vanilla. Pukul lagi hingga rata dan sebati.

Setelah itu, masukkan santan, kacau rata, kemudian bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian campurkan dengan chocolate paste, dan satu lagi dicampurkan dengan warna kuning.

Ambil dua senduk makan adunan warna kuning, tuangkan kedalam loyang dan ratakan. Bakar dengan menggunakan api grill, sehingga masak. Keluarkan dan lapiskan dengan dua senduk makan adunan warna coklat, bakar lagi. Ulang sehingga kedua-dua warna adunan habis, sama seperti membakar kek lapis.

Untuk lapis terakhir, gunakan api oven 150 hingga 175 darjah C selama lebih kurang 20 hingga 30 minit.

Sejukkan, kemudian barulah dipotong. Kek ini boleh tahan lama jika disimpan dalam peti sejuk.

|

Resipi...SAMBAL GORENG NANGKA DAN HATI

Sumber : Resipi.net

Bahan-bahannya
300 gm nangka muda dicelur sampai empuk
6 keping hati ayam
3 keping tahu goreng dibelah empat
10 batang kacang panjang dipotong 2 inci lebar
4 keping tempe dipotong lebar dan digoreng
2 helai daun kunyit dihiris nipis-nipis
1 cili merah capsicum dipotong empat segi
santan dari sebiji kelapa
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

Bahan untuk dimesin
6 tangkai cili hijau
6 tangkai cili merah
4 camca besar udang kering
2 ulas bawang putih
8 ulas bawang merah
6 biji buah keras
2 helai daun limau purut
2 batang serai
2 cm kunyit hidup
1 cm lengkuas

Cara-caranya
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dimesin sampai wangi.
2. Masukkan santan, hati ayam dan nangka lalu dibiarkan mendidih sampai nangka hampir empuk. Masukkan kacang panjang, tempe dan tahu. Masukkan garam secukup rasa.
3. Setelah kuahnya mula kering bolehlah masukkan daun kunyit dan sajikan.

|

Resipi...GULAI SIAM

Sumber : Resipi.net

Bahan-bahannya
500 gm daging dihiris nipis
2 batang terung dipotong lebar-lebar dan digoreng sedikit sampai lembut
2 camca kecil belacan
15 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
2 cm halia
3 ulas bawang putih dimesin/ giling sampai lumat
2 cm lengkuas
3 batang serai
8 biji lada hitam
2 camca kecil serbuk jintan manis
1 camca besar serbuk ketumbar
2 helai daun limau purut
segenggam daun selasih
sedikit gula nira
2 camca besar sos ikan
gula secukup rasa
santan dari sebiji kelapa (4 cawan)
minyak untuk menumis
1/4 cawan kerisik (1/2 biji kelapa goreng di tumbuk lumat)

Cara-caranya
1. Panaskan minyak dan tumis rempah-rempah giling pada api yang sederhana sampai bangkit baunya.
2. Masukkan santan dan masak sampai ianya pekat. Masukkan daging yang dihiris nipis dan masak selama 5 minit lagi sebelum dimasukkan kerisik.
3. Tambahkan sos ikan, gula nira, limau purut dan daun selasih.
4. Masak sehingga daging empuk. Angkat dan hidangkan.

|

Resipi...KERABU IKAN KEMBONG

Sumber : resipi.net

Bahan-bahannya
8 ekor ikan kembong digoreng dengan sedikit garam dan kunyit
1 cm halia muda dihiris nipis
1/2 cawan daun pudina diracik halus
1/2 cawan daun ketumbar
6 tangkai daun bawang
4 batang serai muda
10 biji bawang merah
8 biji cili padi dihiris nipis
2 biji mangga masam
1/4 biji nenas
1/2 bunga kantan
1/4 cawan sos ikan
jus dari 3 biji limau nipis
3 camca besar gula melaka
minyak untuk menggoreng ikan.

Cara-caranya
1. Asingkan isi ikan dan buang tulangnya.
2. Gaulkan semua bahan-bahan di dalam mangkuk menjadi satu dan sajikan segera.

|

Resipi...CHOCOLATE REHRUCKEN

Sumber : Resipi.net

Bahan-bahannya
150 gram mentega tidak bergaram
150 gram gula kaster
4 biji kuning telur
50 gram semisweet chocolate, dicairkan
60 gram badam, dikisar
5 biji putih telur
60 gram tepung serbaguna, diayak
5 gram baking powder

100 gram semisweet chocolate, dicincang dan dicairkan bersama 2 sudu besar air
2 sudu besar serbuk koko
1/4 cawan hirisan badam yang telah dipanggang

Cara-caranya
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang dan gebu. Masukkan kuning telur satu persatu diikuti dengan chocolate yang telah dicairkan dan badam kisar. Gaul hingga sebati.
2. Pukul putih telur sehingga putih dan kaku.
3. Ayak tepung dan baking powder kedalam adunan dan gaul rata. Masukkan adunan putih telur dan gaul hingga sebati. Tuangkan adunan kedalam loyang roti standard dan bakar selama 45 minit pada suhu 180 darjah C.
4. Biarkan kek sejuk sebelum sapukan dengan coklat cair. Hiasi dengan serbuk koko yang diayak dan juga hirisan badam.

|

Resipi...DAGING MASAK SUNGKAI

Sumber: Zaleha Osman

Bahan-bahannya
1 kg daging lembu atau kambing
8 batang serai, dihiris
4 cm lengkuas, dihiris
10 biji bawang merah, dihiris
2 sudu makan serbuk ketumbar
250 ml santan pekat

Bahan Kisar
100 gram lada kering
100 gram lada hidup
4 biji bawang besar
8 biji bawang putih
3 cm kunyit hidup
3 cm halia
6 biji buah keras

Cara-caranya
Cuci bersih daging dan potong mengikut citarasa anda. Tumis bawang kecil sehingga kuning. Masukkan bahan kisar, serbuk ketumbar dan masaklah sehingga wangi. Masukkan daging dan santan. Biarkan sampai mendidih, baru masukkan hirisan serai dan lengkuas. Masaklah sehingga daging empuk dan kuahnya pekat.

|

Resipi...NASI BERINGIN

Sumber: Zaleha Osman

Bahan-bahannya
1 kg beras Siam atau Pakistan, cuci dan tos
1500 ml santan dari 2 biji kelapa parut putih
4 helai daun pandan
2 batang serai, dititik
150 gram minyak sapi atau mentega
1 sudu makan garam

Rempah
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk kunyit

Bahan Kisar
1 biji bawang besar
6 biji bawang putih
3 cm halia
50 gram badam

Cara-caranya
Sukan santan dahulu: 1 mangkuk beras = 1 mangkuk santan, ketepikan. Panaskan minyak sapi/ mentega dan tumis bahan kisar dengan daun pandan sehingga wangi. Masukkan rempah-rempahnya, kacau rata dan tuangkan santan. Biarkan sehingga mendidih. Sementara itu masukkan beras dalam rice cooker dan tuangkan bahan yang mendidih, lalu tutup dan biarkan sehingga masak.

|

Thursday, September 22, 2005

Resipi...KUIH BANGKIT SANTAN

Sumber : Resipi.Net

Bahan-Bahan:
4 cawan tepung ubi
2 cawan tepung gandum
4 1/2 cawan gula halus
1/2 cawan serbuk penaik
4 biji telur ayam
1 biji kelapa

Cara menyediakannya:

1. Tepung ubi dan tepung gandum hendaklah digoreng terlebih dahulu. Kemudian ambil 3 cawan santan dari kelapa yang telah diparut.
2. Campurkan tepung ubi, tepung gandum, gula bersama serbuk penaik.
3. Pukul telur hingga kembang dan tuangkannya ke dalam tepung sambil mengguli bersamanya.
4. Tuangkan santan sedikit demi sedikit sambil menggulinya sehingga ianya lembut.
5.Canai dan terapkan mengikut acuan yang disukai.
6.Seterusnya bakar dengan menggunakan api yang sederhana sehingga
7. ianya kelihatan kekuningan. Setelah agak kekuningan, bolehlah diangkat untuk di simpan dalam balang kedap udara.

|

Resipi...KUIH TUMPI

Sumber : Resipi.Net

Bahan-Bahan:
5 cawan tepung beras
3 1/2 cawan santan
1 sudu makan udang kering - dimesin halus
1 biji bawang putih - dimesin halus
1/2 sudu makan serbuk jintan manis
1/2 sudu makan serbuk jintan putih
Garam secukup rasa
Kacang tanah - mengikut anggaran
Minyak masak secukupnya


Cara
1. Satukan tepung beras, udang kering, bawang putih, jintan putih dan jintan manis.
2. Kemudian masukkan garam di dalam mangkuk santan.
3. Bancuhkan tepung tadi dengan santan, perlu diingat hendaklah jangan terlalu cair tetapi sederhana.
4. Terlebih dahulu panaskan minyak di dalam kuali bersama-sama acuannya.
5. Setelah panas, ambil acuan itu lalu dituang ke atasnya dua sudu makan tepung adunan dan kembangkan adunan mengikut anggaran yang dikehendaki.
6. Kemudian taburkan kacang tanah ke atasnya, lalu masukkan ke dalam minyak panas.
7. Buatlah seterusnya hingga habis adunan tadi.
8. Setelah masak, bolehlah diangkat.

|

Resipi...CORNFLAKES CHOCOLATE MACAROONS

Sumber : Resipi.net

Bahan-Bahan
140 gm Conflakes
200 gm Chocolate Chips
140 gm Gula Kastor (Castor)
6 biji putih telur
1/2 sudu teh Serbuk Vanilli
Sedikit garam


Cara Cara
Masukkan sedikit garam ,1/2 sudu teh serbuk Vanilli, Putih telur diadun dlm mesin pengadun hingga sebati. Kemudian perlahankan mesin pengadun masukkan gula sedikit demi sedikit kemudian adun dgn kelajuan hingga sebati.

Setelah sebati keluarkan adunan tadi ke dlm berkas masukkan Conflake dan kacau perlahan-lahan berselang-seli dgn Chocolate Chips kacau hingga rata.Ambil Paper Cup susun diatas dulang kemudian ambil sudu dan ambil sedikit adunan tadi (ikut cita rasa) letakkan ke dlm paper cup tadi.

Setelah penuh diisi satu dulang kemudian masukkan ke dlm ketuhar dgn api yg cukup perlahan 120 darjah selama 20 minit. Setelah siap dimasak keluarkan dari dlm ketuhar dan bolehlah dihidangkan.

|

Resipi...KUAH RAWON

Sumber : Diana A.

Bahan-bahannya
1/2 kilo daging tetel, direbus sehingga masak
8 batang kacang panjang, dipotong lebar 2cm

Bahan untuk dikisar
8-10 batang lada kering
1 biji bawang besar (kalau sederhana besar gunakan 2)
1 ulas bawang putih (kalau kecil gunakan 2)
4-5 biji buah keluak
3 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu kecik serbuk jintan halus
1 cm halia
1 cm kunyit hidup

2 batang serai, dititik
1 cm lengkuas, dititik
3 keping asam gelugor
2 helai daun salam
2 helai daun limau purut

garam secukup rasa
serbuk perasa secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara-caranya
1. Rebus daging tetel dalam periuk sehingga masak. Kemudian masukkan kacang panjang, daun salam dan daun limau purut. Masak sehingga sayur kacang panjang setengah masak.
2. Panaskan kuali dan masukkan minyak. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga wangi. Masukkan asam gelugor. Kalau rempah terlalu kering masukkan sedikit air dari rebusan daging tetel tadi. Masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa.
3. Kemudian bahan yang telah ditumis darat itu dicampurkan kedalam periuk yang mengandungi daging tetel dan sayur. Didihkan kuah sehingga semua sebati dan sayur kacang panjang masak. Kemudian boleh dihidangkan.

Note:
Sekiranya tidak suka daging tetel boleh juga gunakan daging biasa dipotong tipis. Air rebusan daging tetel itu yang menjadi kuahnya.

|

Resipi...IKAN KUKUS SELATAN

Bahan-bahannya
800 g ikan kerapu/merah/siakap, dikelar menyerong
2 tangkai daun bawang, dihiris 4 cm
2 keping cendawan hitam, direndam air panas dan dihiris nipis
hirisan lada merah/cili padi

Bahan Sos
2 camb minyak
4 ulas bawang merah, dihiris nipis
1 camb minyak bijan
1 camb kicap cair
1 camb sos Marmite (pati yis)
200 ml air rebusan ayam
garam, jika perlu
sedikit serbuk lada sulah

Letak ikan dalam bekas tahan panas. Panaskan minyak, goreng bawang merah hingga garing kemudian angkat. Masukkan semua bahan lain. Bila mendidih, campurkan daun bawang dan cendawan. Masak 2 minit kemudian tuangkan ke atas ikan. Kukus hingga masak. Taburkan bawang goreng dan cili kemudian sajikan

|

Resipi...KEK BANGKOK KAYA

Sumber: Hajah Rohanna Abu

Bahan A - Untuk Kek
5 biji kuning telur
3 biji putih telur
80 gram gula
25 gram air sejuk
3/4 sudu teh baking powder
60 gram tepung gandum
30 gram tepung jagung
1 sudu besar Quick 75/ ovalette
50 gram mentega cair
(baking powder, tepung gandum dan tepung jagung dicampurkan dan diayak)

Bahan B - Untuk Agar-agar
1 bungkus agar-agar powder (11g)
120 gram air
1 sudu makan coffee oil
1 tin fruit cocktail, buang airnya

Bahan C - Untuk Kaya
1 bungkus agar-agar powder (11g)
170 gram gula
1/2 sudu teh garam
780 gram santan dari 1 biji kelapa parut putih
60 gram tepung jagung
150 gram susu cair
sedikit perisa pandan dan pewarna kuning

Cara untuk Bahan A
Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah C. Pukul hingga kembang semua bahan A kecuali mentega. Setelah kembang barulah dimasukkan mentega cair. Gaul sampai rata. Tuangkan kedalam loyang 10 x 10 inci dan bakar dengan kepanasan 160 - 170 darjah C sehingga masak.

Cara untuk Bahan B
Masukkan kedalam periuk kecil serbuk agar-agar, gula dan air. Kacau rata kemudian masak diatas api yang kecil. Kacau perlahan-lahan sehingga mendidih. Matikan api, masukkan coffee oil, kacau rata dan tuangkan kedalam loyang 10 x 10 inci. Susunkan fruit cocktail dan sejukkan.

Cara untuk Bahan C
Agar-agar, santan dan garam dimasak sehingga mendidih, kemudian diangkat. Tepung jagung, susu, perisa pandan dan pewarna kuning dikacau rata, lalu dimasukkan kedalam kaya yang panas itu dan dimasak lagi sebentar sehingga rata. Setelah itu dituangkan keatas agar-agar iaitu Bahan B dan disusun diatas kek iaitu Bahan A.

|

Resipi...TELUR KUKUS (CHAWAN MUSHI)

Bahan-bahannya
2 biji telur
1 cawan air stok ikan atau ayam, disejukkan
1/2 sudu teh kicap (soy sauce)
1/2 cawan isi daging ayam yg telah dimasak
1 cendawan shiitake, dihiris
2 helai daun parsli, untuk hiasan

Cara-caranya
1. Dalam bekas, pukul telur sambil campurkan air stok ayam dan kicap. Bahagikan cendawan dan ayam dalam dua acuan kecil dan tuangkan telur kedalamnya sampai penuh.
2. Kukus telur selama 12 minit atau sampai telur masak macam tofu. Hiaskan dengan daun parsli.

|

Resipi...AGAR-AGAR KERAS

Sumber : Sajian Disember 1999

Bahan-bahan
3 sudu besar serbuk agar-agar
70 g gula pasir
320 g gula batu
2 helai daun pandan
1.45 liter air
Pewarna kesukaan

Cara membuatnya
1. Satukan semua bahan kecuali pewarna di dalam periuk. Didihkan 90 minit dan tapis.
2. Bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut bilangan pewarna. Setelah masukkan pewarna, tuang sedikit agar-agar ke dalam acuan baulu gulung menjadi lapisan nipis.
3. Biar ia beku dan gulung. Hiris dan jemur hingga kering. (Sampai timbul lapisan gula di sekelilingnya)

Panduan
Jika inginkan bentuk berlainan, buat lapisan agar-agar yang tebal dan terap. Ia juga boleh dikeringkan menggunakan ketuhar bersuhu 70OC. Panaskan 3-4 jam atau hingga agar-agar garing. Untuk mendapatkan gulungan yang cantik, lapisan perlu nipis dan gulung perlahan.

|

Resipi...KETUPAT SOTONG

Bahan-bahan
10 ekor 'sotong ketupat' [seelok-eloknya sebesar 2 inci lebar]
1 pot [tin susu] beras pulut
2 cawan santan pekat
5 cawan santan cair
5 ulas bawang merah [dimayang halus]
3/4 cm halia [dimayang halus]
sedikit halba
1 1/2 inci persegi gula melaka
sedikit garam
sehelai daun pandan


Cara Menyediakan
Sotong dibersihkan, buang kulit arinya, serta asingkan kepala.Beras pulut dibersihkan toskan seketika. Kemudian gaulkan dengan sedikit santan pekat supaya lembab.

Masukkan beras pulut tersebut di dalam sotong, kira-kira separuh sahaja.
Masukkan juga kepala sotong tadi bersama dan sematkan dengan lidi tajam.
Kemudian rebuskan sotong tersebut didalam periuk bersama-sama santan
cair tadi. Masukkan daun pandan bersama.

Biar agak lama, keranauntuk memasak beras pulut di dalam sotong
mengambilmasa yang agak lama. Biarkan hampir kering, dan jika sotong
dan 'ketupat' tersebut masih belum masak, tambahkan air. Bila sotong tersebut sudah masak [bila sotong tersebut sudah padat dan keras "isi pulut"nya]
masukkan santan pekat tadi dan kacau perlahan agar tidak berkepala.
Masukkan juga sekali halia, bawang merah, garam, gula melaka dan sedikit
serbuk perasa jika suka. Ketupat sotong ini biasanya tidaklah dimakan masin sangat, dan tidak juga manis. Hidangan ini biasanya dimakan begitu sahaja untuk minum petang.

Sumbangan: Husnita Hussain

|

Resipi...SOTONG SUMBAT KUALA IBAI

Sumber : Jelita Mac 1995

Bahan-bahannya
300 g beras pulut
200 ml santan cair
2 kg sotong
Lidi untuk menyemat
200 ml pati santan dari 2 biji kelapa
20 g halba
15 biji bawang merah, dihiris nipis
4 cm halia. dihiris nipis
Garam secukup rasa

Cara membuatnya
1. Basuh beras pulut dan rendam setengah jam di dalam santan cair.
2. Masukkan beras pulut ke dalam sotong dan tutup dengan menyematkan lidi.
3. Letakkan sotong di dalam periuk. Masukkan pati santan, halba, bawang merah, halia dan garam.
4. Masak di atas api perlahan hingga ia pekat.

|

Wednesday, September 21, 2005

Resipi...PISANG RAI

Sumber : Resipi.net

Bahan-bahannya
1 liter air
garam secukup rasa
4 helai daun pandan, disiat dan disimpul
125 gram tepung gandum
150 ml air
1/2 sudu teh garam
150 gram kelapa parut, dikukus dengan 1/4 sudu teh garam
gula pasir secukup rasa
7-8 biji pisang raja atau kepuk yang tua

Cara-caranya
1. Didihkann 1 liter air, garam secukup rasa dan daun pandan.
2. Campur tepung gandum, 150 ml air dan garam. Kacau sehingga sebati.
3. Kupas pisang dan celup atu persatu ke dalam adunan tepung dan masukkan ke dalam air daun pandan yang sedang mendidih. Rebus sehingga pisang masak dan terapung.
4. Tuskan pisang dan golekkan diatas kelapa parut. Potong mengikut suka dan hidang dengan ditaburkan sedikit gula pasir diatasnya.

|

Resipi...PAIS WALUH HABANG

Sumber : Resipi.net

Bahan-bahannya
500 gram labu lemak
250 gram tepung beras
200 gram gula pasir
1/2 sudu teh garam
500 ml santan dari 1 1/2 biji kelapa
10 ulas nangka, didadu 1 cm
daun pisang untuk mengukus

Cara-caranya
1. Kukus isi labu lemak sehingga masak dan lecek. Campurkan dengan tepung beras, gula pasir dan garam sehingga sebati. Masukkan santan dan kacau rata. Tambah nangka dan kacau lagi.
2. Bubuh 3-4 sudu besar adunan diatas sekeping daun pisang. Bungkus seperti membungkus Nagasari dan kukus selama kira-kira 50 minit sehingga masak.

|

Resipi...BUAH JINGAH

Sumber : Resipi.net

Bahan-bahannya
500 gram keledek, dikupas, dikukus dan dilecek
100 gram gula melaka, dihiris halus
1 sudu besar gula pasir
1/2 sudu teh garam
minyak masak untuk menggoreng

Batter
125 gram tepung beras
1 sudu besar air kapur sirih
1 sudu teh gula pasir
1/4 sudu teh garam
75 ml air

Cara-caranya
1. Campur keledek, gula melaka, gula pasir dan garam. Uli sehingga sebati. Bulat-bulatkan sebesar telur.
2. Batter: Campur tepung breas, air kapur sirih, gula pasir dan garam rata-rata. Tambah air sehingga menjadi adunan pekat.
3. Menggoreng Kuih: Celup bebola keledek kedalam batter dan goreng dengan minyak banyak diatsa api yang kecil sehingga kuning keemasan. Angkat dan tuskan.

|

Resipi...AMPARAN TATAK PISANG

Sumber : Resipi.net

Lapisan Bawah
225 gram tepung beras
25 gram tepung sagu
1/2 sudu teh garam
250 gram gula pasir
750 ml santan cair dari 1/2 biji kelapa, dipanaskan
10 biji pisang raja atau kepung yang tua, dibelah dua dan dipotong melintang 1cm

Lapisan Atas
50 gram tepung beras
350 ml santan pekat dari 1 biji kelapa
1 sudu besar gula pasir
1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh vanilla

sedikit minyak masak

Cara-caranya
1. Lapisan Bawah: Campur tepung beras, tepung sagu, garam dan gula pasir. Masukkan santan panas sambil dikacau rata-rata. Masukkan pisang dan kacau.
2. Tuang adunan ke dalam loyang yang bersapu sedikit minyak masak. Kukus selama kira-kira 45 minit sehingga tiga suku masak.
3. Lapisan Atas: Kacau semua bahan sehingga sebati dan tuang ke atas lapisan bawah yang hampir masak. Terus kukus selama kira-kira 45 minit lagi sehingga kuih masak. Sejukkan sebelum dipotong.

|

Tuesday, September 20, 2005

Resipi...UDANG KETAK CILI

Sumer: Chef Tan, Sakura Restaurant

Bahan-Bahan
Secukup rasa Gula
5 g Halia
1 sudu kecil Serbuk lada putih
1 sudu kecil Sos cili
1 sudu kecil Kicap cair
1 sudu kecil Sos tiram
1 sudu kecil Kicap pekat
1 sudu kecil Minyak bijan
300g Isi udang ketak
1 biji Bawang besar
1 sudu kecil Bawang putih kisar
1 batang Daun sup
3 batang Daun bawang
15g Tepung jagung
1 biji Telur
50ml Air
Secukupnya Minyak goreng

Cara Cara
1. Campur isi udang ketak dengan gula, serbuk lada putih dan kicap cair. Dadarkan telur dan campurkan setengah. Masukkan minyak bijan dan tepung jagung. Gaul rata dan goreng. Angkat dan toskan.
2. Tumis cili kering, halia, bawang putih dan sos tiram. Masukkan air sedikit. Tambah gula dan serbuk lada putih. Masukkan bawang besar, sos cili, kicap cair dan kicap pekat. Masak hingga sebati.
3. Campurkan udang ketak yang sudah digoreng. Gaul rata.

|

Resipi...SOTONG GORENG THAI

Sumber: Chef Tan, Sakura Restaurant

Bahan-Bahan
200g Sotong
150g Serbuk roti
1 biji Telur
1 sudu kecil Serbuk kunyit
1 sudu kecil Minyak bijan
5 sudu besar Tepung jagung
Secukup rasa Gula merah
Secukup rasa Garam
30g Tepung naik sendiri
15g Tepung custard
700ml Minyak
1 sudu kecil Serbuk lada putih

Cara Cara
1. Cuci sotong dengan tepung jagung untuk menghilangkan lendir sotong. Kemudian, sotong dicuci dan ditos.
2. Masukkan telur yang telah didadarkan. Campurkan kunyit, garam, gula merah, tepung naik sendiri, tepung custard dan minyak bijan. Gaul rata dan golekkan dalam serbuk roti. Goreng hingga sebati.

|

Resipi... VIETNAMESE BABY KAILAN

Sumber: Chef Tan, Sakura Restaurant

Bahan-Bahan
200g Baby kailan
1 sudu kecil Gula
5 g Cili padi
5 g Daun kari
20 g Margarine
2 sudu besar Minyak
3 biji Telur
500ml Air
1 sudu kecil Tepung jagung
Secukup rasa Serbuk lada putih

Cara Cara
1. Rebus baby kailan dengan gula dan toskan.
2. Dadarkan kuning telur dan masukkan secara perlahan dalam margarine dan minyak panas. Campurkan daun kari, gula dan serbuk lada putih. Kacau hingga keemasan dan toskan.
3. Tumiskan cili padi dan daun kari dengan margarine. Masukkan baby kailan yang telah direbuskan. Masukkan sedikit tepung jagung yang dicampur air. Gaul sehingga sebati dan toskan. Campurkan telur yang telah dimasak tadi di atasnya.

|

Resipi...PASTA SALAD

Sumber: Chef Din, Amiran’s Café

Bahan-Bahan
100g pasta dicelur
1 batang seleri dihiris
2 sudu besar mayonis
1 sudu kecil bijan
10g kubis ungu sebagai hiasan
2 keping tomato hiris sebagai hiasan
2 keping timun hiris sebagai hiasan
10g parsli sebagai hiasan
2 helai daun salad sebagai hiasan

Cara Cara
1. Gaulkan sehingga rata, pasta dan seleri dengan mayonis.
2. Letakkan di atas daun salad.
3. Taburkan kubis ungu dan bijan di atasnya.
4. Hidangkan bersama tomato, timun dan parsli.

|

Resipi...PAN FRIED POTATO CAKES

Sumber: Chef Din, Amiran's Cafe

Bahan-Bahan
10g kacang buncis rebus (dipotong kecil)
10g lobak merah rebus (dipotong kecil)
1 biji kentang rebus (dipotong dadu)
½ sudu kecil serbuk lada putih
garam secukup rasa
2 sudu besar mayonis
2 biji telur
500g serbuk roti
minyak secukupnya

Cara Cara
Campurkan kentang, lobak dan kacang buncis dengan mayonis.
Masukkan lada putih dan garam dan gaul sehingga sebati.
Kocok telur.
Kepalkan bahan yang dicampur mengikut saiz dan bentuk yang digemari.
Celupkan di dalam telur kemudian digolek hingga rata di atas serbuk roti.
Goreng dan hidangkan.

|

Resipi...LEOPARD ROLL

Bahan-bahan dan peraturannya sama seperti Africa Mumbo roll.

Bagi adunan pada 1/3 chocolate 2/3 kuning mahu gulung boleh pakai 3 sudu makan jem ataun cream.

Cream
250 gm gulla
300 gm air
500 gm mentega
125 gm closet
1 sudu makan vanilla

peraturannya
Gula dan air dimasak sampai mendidih. Sejukkan di dalam ice box. Pukul mentega dan closet sampai kembang masokkan air gula sedikit-sedikit sampai air gula habis masokkan vanilla.

Sumber : Pn Halimah

|

Resipi...AFRICA MUMBO ROLL

20 merah telur sejuk 12 putihnya
375 gm gula castor 2 sudu tea baking powder
2 sudu makan ovalette 50 gm air sejuk
200 gm tepung 120 gm corn flour
200 gm mentega cair 1 sudu the lemon paste

Peraturannya
Ayak tepong dan cornflour dan campurkan semua bahan-bahan tadi dan dipukul dengan high speed sampai kembang dan pekat, lalu masokkan mentega cair di kacau rata.
Dibahagi adunan tadi, ambil sedikit taruh warna hijau, merah, orange dan 2 bahagian (chocolate) yang lain kuning. Pakai cream atau jem buat sapu kueh.


Sumber Pn Halimah

|

Resipi...Sardin Roll

Sumber: NoorMasri

Bahan-bahan doh:

400 g tepung roti (strong white bread flour)
7 g ( 2 sudu kecil ) yis kering
1 sudu kecil garam (paras rata)
50 g mentega }dicairkan
2 sudu besar gula
1 biji telur
100 ml susu segar suam
110 ml air suam

1 biji telur } pukul sket utk sapuan atas roti
1 sudu kecil mentega cair} utk sapuan atas roti

Bahan-bahan inti:

1 tin sardin } dilenyek
1 labu bawang besar }dipotong dadu
1-2 biji kentang } dipotong dadu kemudian dicelur hingga empuk
1 sudu kecil serbuk cili atau mengikut tahap kepedasan yg disukai
1 sudu besar minyak
garam secukup rasa

Cara membuat inti:

Panaskan minyak, tumiskan bawang besar sehingga layu dan wangi
Masukkan serbuk cili goreng sebentar masukkan ikan sardine
Apabila hampir kering , masukkan kentang dan garam secukup rasa
Kacau sekata kemudian sejukkan
Ketepikan.

Cara membuat doh:

Campurkan tepung, yis, garam, dan gula kedlm mangkuk besar.
Buat lubang di tengah2nya, tuangkan mentega, susu, air dan telur.
Gaul tepung tadi sehingga menjadi doh yg lembut
Uli selama 15 minit sehingga doh menjadi licin (tidak melekat di jari)
dan elastic.
Bulatkan doh kemudian letakkan kedlm mangkuk yg telah dilenser dgn
sedikit minyak dan tutup dgn cling film.
Letak ditempat yg suam selama 1 ½ - 2 jam sehingga doh mengembang 2 kali
ganda
Kemudian canaikan doh menjadi btk segiempat dgn ketebalan 1.5 cm
Potong 2 (tengah2) kemudian potong jd btk segitiga (spt gambar di atas)
Ambil satu bahagian segitiga kemudian canai supaya menjadi nipis serta
lebar diatas dan tirus dibwh (lihat gambar)
Ambil inti letakkan dibahagian yg lebar kemudian gulung doh tersebut
kemas2 sehingga penghujung
Ulang sehingga habis doh
Susun di dlm loyang yg telah disapu minyak
Pastikan masih ada ruang antara setiap doh utk mengembang
Kemudian tutup loyang tersebut dgn cling film selama 40 minit - 1 jam
atau sehingga doh tersebut kembang 2 kali ganda semula
Panaskan oven pd suhu 190’C, bakar selama 12 minit kemudian keluarkan
sapu dgn telur permukaannya kemudian masuk semula dlm oven selama 4-5
min atau sehingga keperangan
Angkat, sapu dgn mentega cair
Sejukkan atas redai besi dan tutup dgn kain bersih (utk mendptkan soft
crust

|

Monday, September 19, 2005

Resipi...CROISSANT

Bahan Roti
1 kg tepung gandum )
2 paket yeast..mauripan )
200 gm gula kastor/halus ) Gaul rata
4 s/b susu tepung )
Secubit garam )

2 biji telur
500ml air suam
3 s/b susu pekat
3 s/b shortening
3 s/b butter

Marjerin beku [pastri marjerin]secukupnya untuk melapisi doh
Kuning telur (untuk pelekat)

Cara:
1. Gaulkan semua bahan di atas kecuali pastri marjerin dan uli hingga sebati dan lembut.
2. Biarkan naik sekali ganda dan tumbukkab supaya angin keluar.
3. Canaikan doh setebal 1 sm. Taburkan tepung rata-rata di atasnya.
4. Kemudian hiris pastri marjerin nipis-nipis dan aturkan rata-rata di atas doh yang dicanai tadi.
5. Lipatkan doh sekali dan ratakan bahagian tepinya.
6. Setelah itu, canai doh menjadi lebih nipis. Kemudian lipatkan kepada tiga lapisan.
7. Simpan adunan dan biarkan selama 30 minit.
8. Ulangi percanaian dan lipat dua kali lagi.
9. Kemudian simpan semula di dalam peti sejuk untuk mengelak marjerin menjadi cair. Canai doh supaya menjadi bentuk empat segi bujur.
10. Kemudian potong doh kepada bentuk tiga segi berukuran 3 inci lebar dan 5 inci panjang.
11. Setelah itu, gulung doh dari bahagian lebar ke hujung segi tiga.
12. Bentukkan seperti tanduk dan sapukan dengan kuning telur. Susun di atas dulang pembakar.
13. Biarkan selama 20 minit sebelum dibakar dalam suhu 180'C selama 20 minit.

|

Resipi...ROTI SOSEJ

Bahan Roti
1 kg tepung gandum )
2 paket yeast..mauripan )
200 gm gula kastor/halus ) Gaul rata
4 s/b susu tepung )
Secubit garam )

2 biji telur
500ml air suam
3 s/b susu pekat
3 s/b shortening
3 s/b butter

30 biji sosej

Bahan Glaze/Kilat
3 biji kuning telur……………..)
3 s/b susu segar……………….) Kacau rata
Sedikit bijan yang telah di goreng tanpa minyak

CARA MEMBUAT ROTI:
1. Masukkan semua kedalam adunan tepung dan uli dengan rata selama 30 minit.
2. Tutup adunan dengan kain bersih yang lembab.
3. Biar dalam suhu bilik sehingga adunan naik 2 x ganda. (anggaran 30 – 45 minit)
4. Bila adunan sudah naik, tumbuk adunan supaya angina keluar.
5. Ambil adunan sedikit dan bulatkan, kemudian digelek supaya menjadi panjang (macam kopok lekor) dan lilitkan dikeliling sosej.
6. Sapukan dengan bahan glaze dan taburkan sedikit bijan.
7. Biarkan adunan ini naik semula (15 – 20 minit ).
8. Bakar dalam suhu 200 C sehingga masak keemasan (20 – 25 minit).

|

Resipi...BLUEBERRY ROLL DAN PEACH ROLL

9 kuning telur sejuk (6 putih) 50 g air sejuk
1 sudu besar ovalette 150 gm gula
100 gm tepung/top flour 1 camca baking powder
60 g tepong jagung 1 sudu besar essence vanila
75 g mentega dicairkan

Peraturannya
Pukul telur, air, gula ovalette, baking powder dan tepung hingga naik dan pekat. Kemudian masukkan lemon paste. Pukul sebentar sahaja. Akhir sekali masukkan minyak dan gaul hingga rata. Bagi 2 adunan ini. Satu bahagian plain, satu bahagian letak chocolate emulco. Bakar di dalam dua talam besarnya 12 x 12 bagi tiap-tiap satu bahagian.
Buahnya
1 tin blueberry – pekatkan dengan cornflour
1 tin peach – masukkan peach ke dalam blender dan pekatkan sirapnya dengan satu sudu besar cornflour dan tambah gula sirap sedikit.
Creamnya
250 g gula ) Masak sampai pekat
400 g air ) sejukkan
500 g mentega
100 g Closet Instant Jelly
1 sudu besar essence
(Masak gula dengan air selama 15 min. Sejukkan. Pukul mentega dan closet. Kemudian
masukkan essence).

Blueberry Roll
Lapis cake di dalam acuan blueberry, disapu dengan blueberry dan cream.
(acuan berkaki 3 persegi)

Peach Roll
Lapis cake di dalam acuan peach roll. Lapis dengan icing merah jambu dan peach.
(acuan berkaki setengah bulatan)

|

Resipi..LEMON ROLL

3 biji telur sejuk 6 oz gula castor
4 ozs tepung gandum 4 ozs butter dipukul lain
1 sudu makan ovalette atau TBM 1 sudu makan lemon paste
Sedikit warna purple

Peraturannya
Telur dan gula dipukul hingga naik dan pekat. Masukkan ovalette, tepung dan lemon paste, pukul lagi slebentar lalu hentikan mesin. Masukkan butter dan gaul rata, bahagian 2 mangkuk, 1 warnakan purple dan 1 biarkan warna asal. Masukkan ke dalam piping bag, gunakan acuan khas – zig zag

|

Resipi...RIBENA ROLL

12 biji kuning telur (2 putihnya) 4 ozs gula halus
1 tbsp TBM 1 tsp essence vanila
50 gm tepung gandum/hongkong 1 tbsp tepung custard
1 tbsp susu manis 1 tbsp ribena (warna ungu)
100 gm butter

Bahan Untuk Cream
250 gm butter 150 gm gula halus
1 tbsp susu pekat 75 ml (3 ozs) air batu
Ribena atau cocoa
(Pukul semua bahan-bahan sehingga rata)

Peraturannya
Telur dan gula dipukul sehingga pekat lalu masukkan TBM dan pukul lagi selama 3 min. Masukkan tepung lalu dipukul lagi. Butter dan susu dipukul sehingga putih. Campurkan kedua-dua dunan lalu masukkan ribena. Kacau rata dan bahagikan dua bahagian. Ungu dan plain. Gunakan cream yang bercampur 2 tbsp ribena. Pakai acuan zig-zag.

|

Resipi...KEK GULUNG TAPAK KUDA

10 biji telur (5 putih) 225 gm gula castor
110 gm tepung gandum 10 gm tepung susu
135 gm mentega cair ½ camca tea vanila
1 tbsp ovalette ½ cama tea baking powder
1 camca chocolate emulco Secukup coklat nugotin atau nutella
(Untuk disapu sebagai inti)

Peraturannya
Pukul gula dan telur hingga kembang kemudian masukkan TBM, pukul lagi. Ayak tepung gandum, tepung susu dan baking powder kemudian masukkan dalam adunan telur. Kacau rata, masukkan gula, mentega cair dan ratakan lagi.
Ambil lima senduk adunan dan kacaukan dengan coklat emulco. Masukkan adunan ke dalam beg picit dan picitkan di atas loyang pembakar berukuran 12 x 30.8 cm. Lapiskan pula dengan adunan yang baki dengan menggunakan beg picit juga.
Bakar selama 45 min/1 hr. Adunan kek yang sudah masak dan dibelah dua dan sapukan coklat nugotin atau nutella di tengah-tengah dan lipat dua kemudian dipotong seperti tapak kuda.

|

Resipi...EGG WHITE ROLL

350 gm putih telur 170 gm gula
100 gm tepung gandum 100 gm butter
1 tbsp ovalette atau TBM 1 tbsp sunquick orange
1 tsp cram of tartar 1 tsp warna purple

Peraturannya
Putih telur dan gula dipukul sehingga pekat. Masukkan tepung gandum, TBM, sunquick dan cream of tartar lalu dipukul lagi beberapa minit. Masukkan butter dan kacau rata. Adunan dibahagikan 2 warna. Picitkan ke dalam loyang lalu dibakar.

BUTTER CREAM
120g gula castor 500 g butter
1 kotak susu cair coco powder
Butter dan gula dipukul hingga pekat. Kemudian masukkan susu kotak dan cocoa powder.
(Kalau hendak plain jangan taruh cocoa)

|

Resipi...HONEY ROLL

12 biji kuning telur 2 biji putih telur
100 gm gula castor 75 gm tepung gandum
1 tbsp ovalette atau TBM 2 tbsp honey
140 gm butter 1 tsp vanila esen

Peraturannya
Pukul kesemua bahan-bahan kecuali butter dengan high speed sehingga pekat. Masukkan butter dan kacau rata. Adunan dibahagikan kepada 3 warna, setengah adunan hijau – suku warna kuning – dan suku lagi warna chocolate. Picitkan ke dalam loyang zig-zag berbucu tajam dengan berselangkan warna dan dibakar. Sapukan cream lalu digulung. Acuan sapu butter dan taburkan tepung.

|

Resipi...STRAWBERRY ROLL

12 biji kuning telur sejuk 2 biji putih telur
100 gm gula 75 gm tepung gandum
12 gm custard powder (1 tbs) 1 tbsp ovalette atau TBM
140 gm butter cair Sedikit jem
Warna merah Strawberry emulco

Peraturannya
Pukul semua bahan-bahan kecuali jem dan butter sehingga pekat. Adunan dibahagikan 2, separuh plain dan separuh lagi warna merah. Masukkan dalam piping bag dan picitkan ke dalam loyang dan dibakar. Sapukan jem lalu digulung. Loyang disapu mentega dan tepung.
Gunakan loyang jenis zig zag yang rata.

|

Resipi...SINGAPORE ROLL

(A)
20 biji telur sejuk 8 putihnya
12 ozs gula
8 ozs tepung gandum (top flour)
2 ½ ozs corn flour
2 tsp baking powder
2 tbsp ovalette
3 ozs air freeze


(b)
8 ozs butter cair

Peraturannya
Pukul bahan-bahan (a) dengan high speed selama 5-7 min. Masukkan (b) dan kacau rata. Bagikan adunan pada 5 warna iaitu ungu tua, merah muda, orange tua dan hijau. Warna kuning masukkan dalam 2 piping bag. Lain-lain warna hanya 1 piping bag. Picit dalam loyang 12 x 12 mengikut giliran warna seperti di atas tadi. Kesemua 16 baris. Akhir sekali picitkan warna kuning di atasnya. Sapukan cream di atas kek yang berwarna dan gulung dan sejukkan. 1 warna picit 4 kali berselang-selang.

|

Thursday, September 15, 2005

Resipi...CUCUR AYAM ALA PAKISTAN (PAKORA AYAM)

Sumber: NoorMasri

Bahan-bahan:
2 cawan isi ayam dicincang halus
1 labu bawang besar dicincang
2 biji cili hijau dicincang
1/2 inci halia ditumbuk
1 ulas bawang putih ditumbuk
1 sudu besar perahan lemon
garam secukup rasa
1 cawan tepung gram (besan)
1 sudu besar tepung beras
1/2 sudu kecil minyak masak
1 sudu besar daun ketumbar yg dicincang halus
air secukupnya
Minyak utk mengoreng

Cara membuatnya:
Masukkan isi ayam di dlm bekas disertai dgn bawang besar, cili hijau, garam ,air lemon dan halia serta bawang putih. Perap seketika lebih kurang 30 minit.
Didalam bekas lain masukkan tepung gram, tepung beras, minyak masak, daun ketumbar, garam serta air secukupnya agak2 macam buat cekodok.
Campurkan ayam tadi kedlm adunan tepung, goreng didlm minyak yg banyak hingga kekuningan.
Hidangkan panas-panas bersama sos.

|

Resipi...BAKED MEATBALLS

Sumber: Manchai

Bahan-bahannya
500g daging cincang
1/2 cawan soft breadcrumbs
2 biji telur
2 sudu kecil oregano
garam
lada hitam
Extra Virgin Olive Oil
Beef Slices
Grated Cheese (Mozarella & Parmesan Cheese)
Spaghetti Sauce
400g fettuccine (jika tiada guna sahaja spaghetti)

Cara membuatnya:

Campurkan daging cincang, soft breadcrumbs, telur oregano, garam dan lada hitam didalam mangkuk. Gaul sehingga sebati.

Panaskan olive oil didalam kuali. (lebih kurang 3 sudu besar). Bulat-bulatkan adunan daging tersebut sebesar ibu jari. Buat sampai habis. Dan goreng sehingga masak didalam kuali tadi.

Beef Slices – hiris kecil kecil. Goreng sebentar menggunakan minyak gorengan daging tadi. Angkat.

Campurkan bebola daging yang telah digoreng dengan beef slices yang telah digoreng tersebut kedalam mangkuk pembakar.

Fettuccine hendaklah dimasak seperti biasa dan ditoskan. Selepas ditoskan letakkan diatas bebola dan beef bacon didalam mangkuk tadi hingga menutupi semua bebola.

Diatas fetuccine pula ratakan spaghetti sauce. Ratakan sehingaa menutupi semua fettuccine.

Diatas sos tabor cheese, ratakan sehingga menutupi semua sos.

Bakar di dalam oven dengan kepanasan 150c sehingga cheese bewarna kuning keemasan. Angkat dan sedia dihidangkan

|

Resipi...BIHUN GORENG SINGAPORE

Sumber: Hanieliza

Bahan-Bahan:
600 gm bihun [rendamkan lembut dan toskan]
250 gm udang segar [buangkan kulit]
100 gm isi ayam [hiris nipis]
250 gm tauge
100 gm kucai
1 batang carrot [potong halus saperti batang mancis atau parut panjang2]
3 keping tahu [gorengkan dan hiriskan nipis]
2 biji limau nipis
3 s/b minyak
daun sup dan daun bawang [racik untuk hiasan]
garam
air

bahan tumbuk
2 s/b lada hitam
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih

cara
1. Panaskan minya dan tumiskan bahan tumbuk sehinggan wangi.
2. Masukan isi ayam dan kacau rata.
3. Bila nampak masak masukkan udang, garam dan air. Kacau rata.
4. Masukkan carrot dan bihun. Kacau rata sehingga sebati.
5. Bila nampak bihun lembut masukkan taugeh, tahu dan kucai.
6. Gaulkan rata sehingga nampak bihun lembut. Rasakan garam.
7. Bila menghidang, taburkan hirisan racik daun bawang dan daun sup.

|

Resipi...PULUT KUNING LAPIS DAGING

Bahan untuk Pulut Kuning
3 kilo beras pulut
200 gram serbuk kunyit dibungkus dengan kaiin
1 sudu makan warna kuning lemon
4 biji limau kasturi, ambil jusnya
3000 ml santan pekat dari 3 biji kelapa parut putih
2 sudu teh garam halus
3 helai daun pandan
kukusan dialas dengan kain
2 loyang bulat 12" x 3" dan 8" x 3" dialas dengan kertas timah dan sapukan dengan sedikit mentega

Bahan Daging
3 kilo daging kisar
200 gram rempah kari daging
150 ml minyak untuk menumis
2 pelepah daun kari
200 ml santan dari 1/2 biji kelapa
secukup garam dan gula

(bahan dibawah ini dikisar halus)
15 biji bawang merah
10 ulas bawang putih
5 cm halia
2 batang serai

Bahan Hiasan
2 kotak serbuk kentang (Mr Mash)
1000 ml air mendidih
1/4 sudu teh garam halus
100 gram mentega cair

8 biji telur ayam yang kecil
8 biji telur burung puyuh
(rebus telur ayam dan burung puyuh dan kupas kulitnya dan rebus lagi dengan pewarna kuning, angkat dan toskan)

16 kuntum bunga cengkih, untuk buat mata burung
8 biji cili padi, untuk buat muncung burung hujungnya cucuk dengan lidi
secukup lada merah dipotong jangan putus jadikan bunga
secukup daun parsley
2 keping papan kek untul alas pulut dan 4 penahan kaki wedding kek tinggi 7"
2 piring 7" x 7" untuk alas kaki, hias ditepi dengan kain lace

Cara-caranya
Cuci bersih pulut. Gaul rata dengan secukup air, pewarna kuining, air limau, serbuk kunyit dan rendam semalaman. Pada keesokkan pagi, cuci bersih pulut tersebut dan toskan. Kemudian tuangkan kedalam kukusan, masukkan daun pandan dan kukus selama 30 minit.

Sanggar daging cincang hingga kering dan ketepikan. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar sehingga garing. Masukkan rempah kari, daun kari, kacau rata dan masaklah sebentar. Masukkan pula santan, daging, garam dan gula. Masak lagi sehingga kering dan matikan api. Angkat dan sejukkan.

Sementara itu gaul rata santan pekat dan garam. Pulut yang telah dikukus itu diarunkan dengan santan sehingga sebati. Masukkan kembali pulut kedalam kukusan dan kukus lagi selama 40 hingga 50 minit. Ambil secukup pulut yang sudah masak itu dan masukkan kedalam loyang. Lapiskan pula denga daging dan ratakan. Kemudian timbuskan dengan pulut lagi dan ditekan-tekan sehingga mampat dan padat. Ketepikan.. Setelah sejuk barulah dihias. Buat yang sama kepada loyang yang satu lagi.

Cara Menghias
Pasang alat wedding kek untuk menghias pulutnya. Keluarkan pulut dari acuan loyang. Letakkan disebelah bawah pulut yang besar, dan diatasnya pulut yang kecil. Serbuk kentang, garam dan air dikacau rata dan sebati. Masukkan mentega, kacau lagi sehingga rata, setelah sejuk barulah boleh digunakan. Gunakan piping beg dengan nozzle bintang yang kecil. Isikan adunan kedalam piping beg. Picit dan hias tepian pulut sehingga sempurna. Cantikkan lagi denga bunga lada dan daun parsley, serta burung-burung kuning mengeram didalamnya.

Cara membuat Burung
Cantumkan telur ayam dan telur burung dengan menggunakan lidi. Cucukkan dikiri kanan telur burung dengan bunga cengkih untuk membuat matanya. Cucukkan pula dihujung telur burung dengan hujung cili sebagai muncungnya. Potong sedikit sebelah bawah telur ayam, untuk membolehkan burungnya duduk dengan selesa.

Sumber: Juriah Abdullah

|

Resipi...APPLE CRUMBLE ALA AMERIKA

Sumber: Wan Petom Haris

Bahan A - Untuk membuat Doh Gula
150 gram mentega
150 gram pastry magarine
200 gram gula icing
3 biji telur
600 gram tepung (diayak dengan sedikit garam)
sedikit esen vanilla

Bahan B - Untuk membuat "Hollander Filling"
250 gram gula
250 gram mentega
250 gram badam kisar atau hazelnut kisar
70 gram tepung gandum (badam/ hazelnut digaul rata dengan tepung)
5 biji telur
1 biji lemon (parut kulitnya)
1 sudu teh serbuk kayu manis

Bahan C - Buah Buahan
Untuk Apple Crumble gunakan apple hijau secukupnya. Kupas kulitnya dan potong seperti wedges setebal 1.5 cm. Gaulkan dengan sedikit serbuk kayu manis dan jus lemon.

Untuk Berries Crumble, gunakan buah-buahan berries beku seperti raspberry, black berries, kismis dll.

Bahan D - Untuk "Crumble Dough"
120 gram gula
120 gram mentega
150 gram tepung gandum
75 gram badam (didadu kecil-kecil)
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1/2 sudu teh esen vanilla

Cara membuat Doh Gula
Mentega dan pastry margarine dipukul hingga kembang bersama-sama gula icing. Masukkan telur, satu persatu dan pukul sehingga lembut. Masukkan esen vanilla. Tuangkan tepung dan gaul hingga rata. Jangan gaul terlalu lama. Kemudian simpan adunan tersebut didalam peti sejuk selama 2 jam atau sehingga ia sejuk.

Cara membuat Hollander Filling
Mentega dan gula dipukul sehingga kembang. Masukkan telur satu demi satu, pukul lagi sehingga ringan. Masukkan parutan kulit lemon dan gaul rata. Kemudian masukkan bahan-bahan kering yang lain, gaul rata dan ketepikan.

Cara membuat Crumble Doh
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan esen vanilla. Tuangkan bahan-bahan kering dan gaul rata. Adunan dibahagi beberapa bahagian. Padatkan. Simpan adunan didalam peti sejuk sehingga ia menjadi beku. Setelah beku, parut adunan tersebut kasar-kasar, kemudian simpan kembali di dalam peti sejuk, sehingga hendak digunakan.

Cara membuat Crumble Pie
Keluarkan Doh Gula dari peti sejuk dan canai setebal 0.5 cm. Isikan kedalam acuan pie. Tuangkan Hollander Filling diatas doh gula, 1/2 penuh. Susun diatas hirisan apple hijau atau berries dan taburkan kismis. Kemudian taburkan pula Crumble Dough diatas buah-buahannya sehinga rata. Bakar didalam ketuhar 170 darjah C selama 1 jam atau sehingga berwarna ke-kuning kuningan dan masak. Setelah masak keluarkan dari ketuhar dan sejukkan seketika sebeul dikeluarkan dari acuannya. Taburkan dengan sedikit snow powder atau serbuk gula icing. Enak dimakan dengan Sos Vanilla.

|

Resipi...Moist Chocolate Brownies

(Makes 36 squares)

1 ½ cawan (185 g) plain flour
¼ cup (30 g) cocoa powder
1 teaspoon baking powder
½ teaspoon bicarbonate of soda
1 ½ cawan (205 g) chopped roasted macadamia nuts
125 g butter
200 g dark chocolate, chopped
1 cup (250 g) caster sugar
2 eggs, lightly beaten
1/3 cup (90 g) sour cream

Chocolate topping
150 g (5 oz) dark chocolate
½ cup sour cream

Method:
· Sift the flour, cocoa, baking powder and bicarbonate of soda into a large mixing bowl.
· Stir in 1 cup of the nuts and make a well in the center.
· Place the butter and chocolate in a heatproof bowl.
· Stand the bowl over a pan of simmering water, making sure it is not touching the water.
· Stir until the chocolate is melted and the mixture is smooth.
· Remove from the heat and add the sugar, eggs and sour cream.
· Beat with a wire whisk until the ingredients are well combined and smooth.
· Add the chocolate mixture to the well in the dry ingredients.
· Using a wooden spoon, stir until well combined, but do not overbeat.
· Spread the mixture in to the tin.
· Bake for 30 – 35 minutes.
· Cool the brownies in the tin.

To make the topping:
· Put the chopped chocolate in a heatproof bowl.
· Half fill a saucepan with water and bring to boil.
· Remove from the heat and place the bowl over the pan, making sure it is not touching the water.
· Stir occasionally until the chocolate is melted.
· Remove the bowl from the pan and leave for 2 minutes.
· Add the sour cream and beat with a wire whisk until the mixture is thick and glossy.
· Spread the topping over the cooled brownies and sprinkle with the remaining macadamia nuts.
· Allow the topping to set before cutting the brownies into squares.

Variations:
· Use pecans or walnuts in place of macadamia nuts.
· Or turn the brownies into delicious dessert by cutting into slightly larger squares and serving warm, sprinkled with icing sugar and topped with thick cream or a scoop of ice cream.

|

Wednesday, September 14, 2005

Resipi...BONE STEAK

1 kg tulang
1 pkt rempah sup
1 sudu tomato sauce
5 biji bawang putih
5 biji bawang besar
1 inci halia
4 batang lada hijau
sawi, kobis
4 sudu rempah beefsteak
Sedikit pewarna merah (jika suka)
2 sudu lada kisar

Peraturannya:
Halia, bawang putih, bawang besar, cili kisar, rempah sup direbus bersama tulang sampai empok, panaskan minyak dan masukkan bawang, lada hijau, sawi, kicap 1 sudu, kobis, tomato sauce, gula dan dibiarkan hingga mendidih. Kemudian masukkan tulang kobis dan sawi dan lada hijau.

|

Resipi...MUTTON CHOP

½ kg daging cincang
4 biji kentang potong dan goreng
2 biji tomato potong bulat
1 biji timun (hiris bulat)
4 sudu tomato sauce
5 sudu rempah beefsteak
1 sudu gula
4 biji telor ayam
2 sudu kicap manis

Panaskan minyak, tumiskan daging bersama kicap, goring sampai kering masukkan rempah beefsteak, tomato sauce, gula, garam, ajinomoto. Hiaskan dengan timun, kentang, tomato dan telor yang sudah digoreng.

|

Resipi...PINEAPPLE UPSIDE-DOWN CAKE

Lapisan Bawah
1/4 cawan mentega
1/2 cawan gula perang
8 bulatan nenes (dalam tin - pineapple rings)
6 biji ceri merah

Lapisan Atas
2 cawan tepung cake
2 sudu teh serbuk penaik
1/4 sudu teh garam
1/2 cawan mentega tanpa garam, dilembutkan
1 cawan gula kaster
2 biji telur
2 sudu teh esen vanilla
1 cawan jus nenas

Cara-caranya
1. Untuk lapisan bawah, griskan loyang 22cm dengan mentega dan taburkan gula perang di dasar loyang. Susun bulatan nnas dan letakkan buah ceri di tengah nenas yang berlubang itu.
2. Untuk lapisan atas, ayak tepung, serbuk penaik dan garam. Ketepikan.
3. Dalam mangkuk yang berlainan pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan bahan yang diayak, telur, esen vanilla dan jus nenas. Gaul hingga sebati.
4. Tuang adunan keatas dalam loyang dan bakar pada suhu 175 darajah C selama 45 minit. Kek telah masak bila lidi penguji keluar bersih.

|

Resipi...CHOCOLATE RICE BANANA CAKE.

250 gm butter
180 - 200 gm gula kastor
300 gm tepung
1 s.t bicarbonate soda
1 s.t. baking powder (gaul kedua2 ni dgn tepung)
4 biji telur gred A
1 s.t. ovalette
100 gm chocolate rice

Pisang emas 6 -7 biji sederhana besar

Cara membuat (stail mama)

Pukul butter ngan gula hingga kembang dan putih. (Untuk cepat hancurkan gula
masukkan sebiji telur dulu) Dah kembang masukkan telur satu-satu. Pas tu
masukkan ovalette.

Dah masuk ovalette, pukul lagi hingga lebih mengembang. Masukkan pisang.
(Kalau dah lecek, masuk semua skali, kalau belum macam mama selalu buat,
hentam saje masukkan satu-satu, sampai dia hancur sambil memukulnya)

Last masukkan tepung perlahan-lahan. Then masukkan chocolate rice kacau
perlahan.

Tuang dalam acuan yg dah digris dan alas. Kalau 7 x 7 dapat dua.

Bakar. Biar Sejuk. Makan..........


(Jgn kuarkan terus kek tu dari acuan ekkk masa dia panas, biarkan sejuk
skit)

|

Resipi...Prune Cake (Kukus)

Bahan-Bahannya :
250gm butter
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula
1/4 tin besar susu pekat manis ( balance buat kek choc kukus the day b4 ) klu guna tin kecil 1/3 pun cukup
20 biji prune ( blend + sedikit air, setakat bleh kisar dah cukup )
5 biji prune ( hiris kasar )
5 biji telur

Cara Membuatnya :
1) Didihkan air dlm pengukus.
2) Putarkan butter/gula/susu sehingga sebati.
3) Masukkan telur satu per satu & putar lagi.
4) Masukkan prune yg telah di blend.
5) Masukkan tepung sedikit demi sedikit & putar sebati.
6) Last sekali masukkan prune yg dihiris kasar & kacau dengan senduk dah memadai.
7) Griskan loyang dengan butter & alaskan dengan kertas minyak, tuang adunan ke dlm loyang & kukus selama 1 1/2 jam.
8) Klu nak bagi cantik sket letakkan beberapa bj prune di atas adunan sblm dikukus sbg hiasan..

|

Monday, September 12, 2005

RESEPI...SCRAMBLED EGG

SCRAMBLE EGG
2 camb mentega
4 biji telur
4 camb susu cair
sedikit garam & serbuk lada sulah
1 camb krim segar/putar

Pukul telur dengan susu cair, garam dan serbuk lada sulah. Cairkan 1 camb mentega dalam kuali. Bila berbuih, masukkan telur tadi dan kacau cepat-cepat dengan senduk kayu tetapi mesti diketepikan dari api bila separuh telur menjadi kental (masih ada separuh yg cair sedikit). Masukkan baki mentega dan krim, kacau lagi hingga sebati. Telur akan masak dengan kepanasan kuali, tak perlu memasak di atas api kerana telur akan menjadi keras. Utk mendapatkan telur yg lebih halus 'ketulnya', gunakan pemutar 'belon' (balloon whisk).


Note : Boleh jugak di campurkan dgn mushroom soup.

|

Resipi...PAJERI TELUR AYAM GORENG

Bahan-bahan:
7 biji telur ayam } direbus keras dan goreng hingga kuning
2 sudu besar rempah kari ikan } bancuh dgn sedikit air panas utk dijadikan pes
2 sudu besar santan
2 tangkai cili hijau } dibelah 2
1 cm halia } dihiris memanjang
5-6 ulas bawang merah }dikisar
2 ulas bawang putih } dikisar
garam dan gula secukup rasa
air asam jawa secukupnya
4 kuntum bunga lawang
4-5 sudu besar minyak untuk menumis

Cara membuat:
Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik baunya. Masukkan pes rempah.
Apabila garing masukkan gula, santan, sedikit air, air asam jawa dan garam.
Bila mendidih masukkan bunga lawang, hirisan halia diikuti telur dan cili hijau.
Biarkan atas dapur sebentar. Angkat dan hidangkan.

|

Resipi...KURMA TELUR

Bahan-bahan:
6 biji telur rebus }dikupas kulit
1 bungkus rempah kurma
5 ulas bawang merah }
2 ulas bawang putih } ditumbuk
2 sm halia }
2 biji buah keras }
4 cawan santan } dari 1 biji kelapa
2 biji kentang } dipotong kecil
3 biji cili hijau }dibelah 2
2 biji tomato buah }dibelah 4
2 labu bawang besar }dibelah 4
minyak untuk menumis
garam secukup rasa


Bahan penumis:
3 ulas bawang merah } dimayang
1 ulas bawang putih }dimayang
2 sm kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga

Cara membuat:
Bancuhkan rempah kurma dengan bahan tumbuk.
Panaskan minyak, masukkan bahan penumis, goreng hingga wangi
Masukkan rempah , goreng lagi sehingga wangi dan naik minyak.
Masukkan santan dan biarkan mendidih.
Masukkan kentang, masak hingga 3/4 empuk kemudian masukkan telur rebus.
Akhir sekali masukkan garam , bawang besar, cili hijau & buah tomato reneh seketika boleh lah diangkat.

|

Resipi...TELUR BUNGKUS

Bahan-bahan:
4 sudu besar minyak
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
1/2 labu bawang besar (dihiris dadu)
1 sudu kecil sos ikan }
2 sudu besar sos cili } bahan sos
1 sudu besar sos tiram }
100 g daging (dicincang halus)
50 g kacang peas
1 biji cili merah } dihiris
2 biji telur (dipukul dengan secubit garam)


Cara membuat:
Panaskan separuh minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi.
Masukkan daging, kacau sekali-sekala hingga daging empuk .
Masukkan semua bahan sos , cili merah & kacang peas ke dalam daging.
Kacau biar sebati dan kuahnya menjadi kering sedikit angkat dan ketepikan dahulu.
Panaskan baki minyak, goreng telur menjadi kepingan besar.
Apabila masak masukkan inti kemudian lipat telur dadar menjadi bungkusan empat segi. Ambil pinggan telangkupkan keatas telur bungkus tadi , sedia untuk dihidangkan.

|

Petua...Asparagus (hiyawn)

Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak

|

Petua...Jintan Manis (anisun)

Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.

|

Friday, September 09, 2005

Resipi...SERIMUKA DURIAN

Sumber: Hanieliza www.hanieliza.tk

Lapisan Bawah
2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair + sikit garam

Caranya
1. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak.
2. Minyakkan sikit loyang lain dan tekankan pulut yang telah masak tadi.
3. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Lapisan Atas
4 cawan santan pekat
1 cawan gula tebu/perang
1 cawan durian
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung atau tepung kastad
1 s/b gula pasir
1 s/k garam

Caranya
1. Masukkan santan, gula dan durian dalam blender dan kisarkan.
2. Masukkan bahan kisar kedalam mangkuk.
3. Ayakkan tepung gandum dan tepung jagung atau tepung kastad kedalam mangkuk santan.
4. Masukkan gula dan garam. Kacau rata.
5. Panaskan bahan lapisan bawah dalam kuali non-stik [jika ada] sebentar.
6. Tuangkan adunan keatas pulut dan kukus lagi selama 30 minit dengan api sederhana.
7. Bila telah masak, sejukkan betui2 [dalam 4 -5 jam] baru dipotong dan hidangkan.

|

Resipi..WAJIK DURIAN

Bahan-Bahannya :
1kg beras pulut
1kg gula melaka atau gula merah
1 liter santan
½ kg gula pasir
½ sudu teh garam
1 biji durian diambil isinya
2 helai daun pandan

Cara Membuatnya :
Rendam beras pulut sehingga ia kembang.
Selepas itu dikukus dan sejukkan.
Di dalam kuali didihkan gula melaka dan gula pasir dengan sedikit air dan santan.
Pastikan gula agak pekat serta bertali.
Masukkan pulut yang telah dikukus tadi.
Kacau sehngga sebati dan pekat.
Masukkan isi durian yang dihancurkan dan daun pandan yang dibersihkan.
Setelah sejuk bolehlah dipotong dan dihidangkan.

|

Resipi..LEMPOK DURIAN

Sumber: Wan Noraniah

Bahan-Bahannya :
Buah durian ( ikut suka beberapa biji )
Santan ( kalau durian dalam 3 - 4 biji saiz besar santannya hampir 1kg )
Gula pasir ( ikut citarasa )

Cara Membuatnya :
Asingkan isi durian dari bijinya tetapi tinggalkan 1 ulas yang tidak dibuang bijinya
bertujuan untuk jadi panduan lempok kita dah masak ke belum.
Kemudian masukkan kesemua bahan tadi dalam kuali. Seelok-eloknya kuali
tembaga.
Selepas itu kacau sampai masak macam dodol.
Nak tahu dah masak ke belum tengok pada biji yang dimasukkan sekali tadi.
Kalau dah tak ada isi yang melekat dan nampak macam berminyak maksudnya
dah masaklah tu.

Nota : Api semasa memasak jangan besar sangat takut nanti hangit

|

Resipi...DODOL DURIAN

Bahan-Bahannya :
500gm tepung pulut
1 sudu teh garam
850gm gula perang
850gm gula
9 cawan santan daripada 2 ½ biji kelapa
5 helai daun pandan
1 mangkuk isi durian

Cara Membuatnya :
Campurkan tepung pulut dengan santan dalam kuali.
Kacau di atas api yang sederhana, jangan sampai campuran tadi hangus.
Apabila campuran mulai pekat, masukkan gula dan isi durian.
Kacau perlahan-lahan di atas api yang perlahan sehingga pekat dan berkilat.
Sejukkan sebelum dipotong untuk dihidangkan.

|

Resipi...TALAM DURIAN PULUT HITAM

Lapisan Bawah
14 oz pulut hitam
16 oz pulut putih
24 oz santan pekat
sedikit garam
20 sen daun pandan

Lapisan Atas
6 cawan santan pekat
12 sudu makan tepung gandum
4 sudu makan tepung kanji/ tepung jagung
8 biji telur
3 1/2 cawan gula pasir
6 ulas isi durian
sedikit pewarna kuning
sedikit garam
daun panda

Cara membuat Lapisan Bawah
Pulut hitam dan pulut putih dicampurkan, dicuci dan direndam selama 1 jam. Kemudian toskan airnya, masukkan pulut tadi kedalam loyang, tuangkan santan dan letakkan daun pandan diatasnya yang telah dicampurkan dengan garam dan kukus dengan api yang sederhana selama 1 jam. Keluarkan dari kukusan dan gaul rata pulut yang telah dikukus. Daun pandan dibuang dan kemudian tekan dengan plastik. Kalau plastik melekat letakkan sedikit sahaja minyak masakan. Kalau panas gunakan tuala dalam plastik sebagai alas. Tekan pulut hingga mampat dan ratakan.

Cara membuat Lapisan Atas
Satukan kesemua bahan-bahan tadi dan blender hingga rata dan sebati. Bubuh sedikit pewarna kuning dan blender rata lagi. Masak diatas api kecil sehingga berwap. Kacau adunan selalu jangan ditinggalkan nanti ia berkerak didasar periuk. Tuangkan adunan ini keatas adunan pulut didalam loyang dan kukus sehingga masak selama 1 jam dengan api yang kecil.

Nota: Kukusan hendaklah dibungkus dengan kain supaya air wap tidak jatuh kedalam kuih. 1 oz = 28.3 gram.

|

Thursday, September 08, 2005

Tips...Recipe Book Eggs

If you're following a recipe book and the recipe calls for eggs. Remember, always get large eggs.

|

Tips...Brain FoodHeadaches?

Eat fish. A large portion of gray matter in the brain is made up of Omega-3 fatty acids - the kind of polyunsaturated fat found in fish. Research has shown that diets rich in Omega-3 helps us maintain a healthy mental and emotional balance. Next time you have a headache? Go fish!Source: Coromega Omega-3 Dietary Supplements

|

Tips...Fresh Eggs Check

To determine whether an egg is fresh, immerse it in a pan of cool, salted water. If it sinks, it is fresh - if it rises to the surface, throw it away.

|

Tips...Egg-stra tip

To prevent egg shells from cracking, add a pinch of salt to the water before hard-boiling

|

Resipi...Almond Macaroons

Almond Macaroons

Makes 4 dozen macaroons
· 2 2/3 cups shelled almonds
· 4 egg whites
· 2 cups powdered sugar

Pound the almonds to a paste.
Beat to egg whites and sugar to a stiff consistency and add them to the almond paste, mixing well with a wooden spoon.
Roll the dough in your hands into small balls the diameter of a nickel. Place them on waxed paper on a cookie sheet about 1½ inches apart.
Bake until light brown in a preheated 325º oven.

|

Resipi...Nut-Filled Muffins

Nut-Filled Muffins

· 2 cups flour
· ½ teaspoon salt
· 2 teaspoons baking powder
· 2 tablespoons soft butter
· 1 cup almonds -- chopped
· 2 tablespoons sugar
· ¾ cup milk
· Nuts -- chopped

Sift together the flour, salt and baking powder. Mix the butter in well. Add the chopped almonds and sugar. Mix to a soft dough with the milk.
Mold into small balls and place well apart on greased cookie sheets. Brush each ball of dough with additional chopped nuts. Bake in an oven preheated to 450 degrees until lightly browned, 12 to 15 minutes.

|

Resipi...Buttermilk Nut Bread

Buttermilk Nut Bread

Makes 2 loaves
· 5 teaspoons baking powder
· 2 teaspoons baking soda
· ¾ teaspoon salt
· 1 teaspoon cinnamon
· ½ teaspoon nutmeg
· 1½ cups white flour
· 3 cups whole-wheat flour
· 1½ cups brown sugar
· 2 eggs
· 3 cups buttermilk
· 2 tablespoons melted butter
· 1½ cups nut meats -- chopped
Sift baking powder, soda, salt and spices together with the white flour. Add the whole wheat flour, sift again. Add the sugar.
Beat the eggs until light and frothy and add the buttermilk and the butter, mixing well. Stir in the nuts.
Pour into 2 buttered and floured loaf pans (9×5×3) and bake in a preheated 325º oven for 1 hour.

|

Resipi...Almond Bread

Almond Bread

Makes 1 loaf
· 3 eggs -- beaten
· ½ cup sugar
· 2 teaspoons baking powder
· 1½ cups flour -- sifted
· ½ cup blanched almonds -- chopped
Add sugar to the beaten eggs and beat until very thick. Add sifted flour with the baking powder. Blend in the chopped almonds and mix well.
Place in a greased loaf pan and bake 45 minutes in a preheated moderate oven (375º). Frost with a powdered-sugar glaze if so desired.

|

Wednesday, September 07, 2005

Resipi...PUDING TELUR

Bahan Bahan nya.

6 biji telur

1 tin susu cair

1 tin susu pekat

esen vanila

satu cawan air.


Cara-cara:
memula skali...pukul telur sehingga kembang.

kemudian masukkan satu tin @ setengah tin susu cair

kemudian setengah tin susu pekat

juga setengah tin air @ sat cawan air.

pukul hingga kembang.

masukkan esen vanila.

kemudian sediakan bahan utk mengukus.

gorengkan gula diatas dapur sehingga cair....warnanya mesti perang.

masukkan gula hangus tadi kedalam acuan utk dikukus diikuti bahan yg dipukul kembang tadi.

tunggu lbh kurang 45 minit

|

Resipi...PUDING NENAS




Bahan:
Bahan puding:
1 peket agar-agar
6 mug air
1 tin buah nenas gelang [asingkan air dan buahnya]
1 tin susu cair
1 1/2 cawan gula
1 cawan tepung kastad
buah ceri merah/hijau

Cara:
1. Masak agar-agar sehingga hancur.
2. Masukkan air buah dalam tin & gula. BIla mendideh tapiskan.
3. Bancuhkan tepung jagung dengan susu cair dan tapiskan. Masukkan dalam adunan agar. Kacau sehingga agak pekat tapi tak perlu mendideh.
4. Susun buah nenas ke dalam acuan. Buatkan dua acuan. 1 untuk atas topi dan satu bekas leper sebapai bawah topi.
5. Apabila agar-agar sudah masak, tuangkan kedalam acuan yang mengandungi nenas dan buah ceri yg disusunkan tadi.
6. Biarkan sejuk dan simpan ke dalam peti sejuk.
7. Bila agar2 telah keras letakkan adunan yg leper dalam pinggan lebar dan baru letakkan adunan mangkuk yg kecil diatasnya.

|

Resipi...PUDING MARBLE




Bahan:
1 peket agar-agar [rendamkan sebelum merebusnya]
6 mug air
2 cawan gula
1 tin susu cair
1 cawan tepung kastad
1 s/b serbuk koko [bancuh ngan 1 s/b air suam]

Cara
1. Rebuskan agar dengan air sehingga hancur.
2. Masukkan gula. Bila mendideh tapiskan.
3. Bancuhkan susu cair dan tepung kastad dan tapiskan.
4. Masukkan bancuhan kastad dan kacau sehingga agak pekat.
5. Asingkan sebahagian dan masukkan bancuhan serbuk koko dan masakkan sehingga agak pekat.
6. Sendukkan adunan coklat kedalam acuan.
7. Lapiskan [sendukkan] adunan putih [kastad saja] keatas adunan coklat tadi. Biarkan keras sekejap.
8. Buatkan [lapiskan] sehingga semua adunan habis].

NOTA:
Bila nak lapiskan adunan puding ni..
panaskan adunan sambil mengacau supaya puding ini cair sikit..
sebab bila puding terbiar dalam periuk dia akan membeku dan kental...
nanti adunan/lapisan puding tidak cantik...

|

Resipi...PUDING BUAH SOS OREN/MANGGA




Bahan:
Bahan puding:
1 peket agar-agar
5 gelas air
1 tin cocktail buah [asingkan air dan buahnya]
1 tin susu cair
1 cawan gula
1 cawan tepung jagung

Cara:
1. Masak agar-agar sehingga hancur. Tapiskan.
2. Masukkan susu cair, air buah dalam tin & gula.
3. Bancuhkan tepung jagung dengan sikit air dan masukkan dalam adunan agar.
4. Susun cocktail buah ke dalam acuan.
5. Apabila agar-agar sudah masak, tuangkan kedalam acuan yang mengandungi
buah-buahan cocktail tadi.
6. Biarkan sejuk dan simpan ke dalam peti sejuk.


Bahan untuk sos Oren/Mangga
3 biji buah oren sunkis atau mangga masak
3 cawan yogurt perasa oren atau mangga
1 liter jus oren atau mangga [dalam kotak]

Cara:
1. Buangkan kulit oren atau mangga dan potong kecil.
2. Masukkan semua bahan dlam blender dan mesinkan.
3. Masukkan dalam mangkuk dan sejukan.
4. Bila nak menghidangkan..keluarkan puding dan masukkan dalam mangkuk yg berisi sos ini.

|

Resipi...PUDING JAGUNG RASBERI




Bahan Puding
1 cawan susu cair
1 cawan jagung cream
1 cawan gula
1 cawan tepung kastad
1 cawan tepung jagung
5 cawan air

Bahan Agar
1 kotak agar2 Lady's Choice perisa Rasberi/Srawberry
buah2 koktel dalam tin

Cara
1. Masukkan semua bahan puding dan kacau dalam kuali diaats api sehingga nampak masak.
2. Masukkan dalam cawan berkaki atau acuan puding kaca.
3. Masakkan adunan agar2 mengikut arahan di kotak dan tuangkan atas puding.
4. Masukkan buah2 koktel dalam tin dan sejukkan.
5. Hidangkan sejuk.

|

Tuesday, September 06, 2005

Resipi...ROJAK PETIS

Bahan Bahannya :
100gm taugeh dicelur seketika
50gm sayur kangkung dicelur
50gm air asam
20gm kacang tanah dikisar
10 biji cili padi
5 sudu teh petis
2 keping tauhu digoreng dan dipotong
1 biji buah nanas dipotong
1 biji timun dipotong
Gula secukup rasa

Cara Membuatnya :
Potong cili padi dan campurkan ia ke dalam petis.
Masukkan kacang tanah, air asam, kangkung, nanas, timun, taugeh dan tauhu.
Gaulkan hingga sebati dan sedia untuk dihidangkan.

|

Resipi...ROJAK INDIA

Bahan Cucur (Keras):
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 camt serbuk penaik
3/4 camt garam
1/2 camt gula
155-165 ml air
1 labu bawang besar, dicincang halus
1 biji cili hijau, dibuang biji & dicincang halus
minyak untuk menggoreng

Satukan tepung, serbuk penaik, garam, gula dan air secukupnya hingga menjadi doh. Tutup dengan tuala dan biar 1 jam. Gaul dengan bawang dan cili. Bentukkan 7.5 cm panjang, 2 cm lebar. Lumur jari dengan tepung semasa membentuk kerana adunan agak lembik. Goreng di dalam minyak panas hingga keperangan. Hiris sebelum digunakan.

Bahan Sampingan:
8-10 keping tauhu, digoreng keemasan
450 g taugeh, dicelur 1 minit
300 g sengkuang, dihiris
2 biji timun, dihiris
4 biji kentang, direbus, dihiris & digoreng keperangan
4 biji telur, direbus & dihiris

Bahan Cucur (Lembut):
1 1/3 cawan tepung gandum
1/4 camt serbuk penaik
1/2 camt serbuk kunyit
1 camt gula
1/4 camt garam
125 ml air
1 biji telur, dipukul

Campur semua bahan (kecuali telur) hingga menjadi adunan sebati. Biar selama 1 jam. Sebelum menggoreng cucur, tambah telur pada adunan dan kacau rata. Goreng cucur hingga keemasan kemudian hiris sebelum disajikan dengan bahan sampingan dan kuah.

Bahan Kuah:
900 g keledek
2.5 liter air
1 camb asam jawa
75 ml air
75 ml minyak
4 biji bawang merah, dicincang halus
3 biji cili merah, dibuang kulit & dikisar
1 1/2 camt serbuk cili
1/3 camt garam
6 camb gula
50 g kacang tanah, digoreng & dikisar halus
beberapa titik kicap hitam
beberapa titik cuka

Rebus keledek hingga empuk. Kisar dengan air. Campur asam jawa dengan 75 ml air. Tapis dan ketepikan. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan serbuk cili. Tuangkan keledek kisar bersama airnya. Seleps 3-5 minit, masukkan garam, gula dan air asam jawa. Kacau selalu di atas api perlahan. Kemudian masukkan kacang tanah, kicap pekat dam cuka. Masak lagi hingga terbit minyak.

|

Resipi...ROJAK INDIA/MAMAK (PASEMBOR)

Bahan Cucur (Keras):

1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 camt serbuk penaik
3/4 camt garam
1/2 camt gula
155-165 ml air
1 labu bawang besar, dicincang halus
1 biji cili hijau, dibuang biji & dicincang halus
minyak untuk menggoreng

Satukan tepung, serbuk penaik, garam, gula dan air secukupnya hingga menjadi doh. Tutup dengan tuala dan biar 1 jam. Gaul dengan bawang dan cili. Bentukkan 7.5 cm panjang, 2 cm lebar. Lumur jari dengan tepung semasa membentuk kerana adunan agak lembik. Goreng di dalam minyak panas hingga keperangan. Hiris sebelum digunakan.

Bahan Sampingan:

8-10 keping tauhu, digoreng keemasan
450 g taugeh, dicelur 1 minit
300 g sengkuang, dihiris
2 biji timun, dihiris
4 biji kentang, direbus, dihiris & digoreng keperangan
4 biji telur, direbus & dihiris

Bahan Cucur (Lembut):

1 1/3 cawan tepung gandum
1/4 camt serbuk penaik
1/2 camt serbuk kunyit
1 camt gula
1/4 camt garam
125 ml air
1 biji telur, dipukul

Campur semua bahan (kecuali telur) hingga menjadi adunan sebati. Biar selama 1 jam. Sebelum menggoreng cucur, tambah telur pada adunan dan kacau rata. Goreng cucur hingga keemasan kemudian hiris sebelum disajikan dengan bahan sampingan dan kuah.

|

Resipi...PECAL atau ROJAK SAYUR

Bahan-bahan Sayur
1 ikat pucuk ubi
1 ikat pucuk paku
200 gm taugeh [buang kaki]
200 gm kacang panjang
200 gm kangkung
[semua sayur ini direbus lembut]

1 biji timun
2 kpg tahu (digoreng)
1 kpg tempe (digoreng)
1 biji sengkuang [saiz kecil]

Bahan-bahan Kuah
1/2 kg kacang tanah [goreng tanpa minyak]
2 cm belacan
5 ulas bawang merah
10 tangkai cili kering
5 biji cili api
[semua bahan ini digoreng dgn minyak sikit dan blend ]

air asam jawa
gula & garam

Cara-cara
1. Buangkan kulit kacang dan mesinkan [kasar].
2. Bancuhkan bahan yg digoreng dgn minyak dan blend tadi dengan air asam jawa dan garan & gula. Rasakan manis n masinnya.
3. Masukkan kedalam mangkuk besar.
4. Bahan sayur tadi dihidangkan dalam pinggan besar.
5. Bila nak makan barulah gaul dan hidangkan.

|

Resipi...ROJAK AYAM

Bahan
1/4 ekor ayam
3 biji telur rebus [belah2]
3 keping tahu [goreng dan potong nipis]
1/2 biji sengkuang [saiz kecil]
1 batang timun
1/2 biji salad lectucce
500 gm mee kuning [celurkan sikit]

Kuah Kacang/sos Kacang
Buatkan saperti kuah satay

Cara:
1. Ayam dipotong 2 dan dibersihkan. Gaulkan garam dan kunyit dan gorengkan. Bila dah sejuk potong kecil.
2. Semua sayuran dipotongkan kecil.
3. Masukkan serba sikit semua bahan dalam pinggan dan taburkan kuah kacang atas bahan.

|

Where to Eat : Planet Hollywood Kuala Lumpur

Planet Hollywood Kuala Lumpur
Unit G00.3 Ground Floor , KL Plaza , 179 Jalan Bukit Bintang
Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan
Tel : 03-244-6602


Review

I just love this place. The food is great, the atmosphere is great, the location is great, the staffs are great and even their their plate mats are cute. What am I saying? Don't panic. I'll explain them one by one. Firstly, I've been to their Paris, London and Chicago sister restaurants but I must say that the Malaysian Planet Hollywood has the friendliest group of waiter/resses of them all. Bonus points to them!

Planet Hollywood Kuala Lumper is located at KL Plaza (near JW Marriott Hotel KL). I've always admired Planet Hollywood for their atmosphere. Like their other international sister joints, they have strategically placed 30-40 inch video projectors at nearly every corner and feature Hollywood actors in action such as Charlie Sheen, Arnold, Bruce Willis, Demi Moore and others. So, you don't just go to Planet Hollywood to eat, you go there to watch the hollywood stars and then eat. And like Hard Rock Cafe, they also have great wall decorations. Theirs consist of mostly movie props. They had a real size of figure of Terminator in London but I didn't see that here. Nevertheless, they have made Planet Hollywood a fun place to dine.

Another thing, I don't normally make it a habit to say anything about the restrooms of my reviewed sites but I'm going to say something about this one. Just like high classed restaurants in the States, this is what I'd hope all Malaysiam restrooms should be like. Colorful with an assigned staff to hand you out paper towels in the toilets. Hmmm...its either thats their company policy or that waiter has done something really really really bad. I wonder what it takes for someone to be assigned 'the toilet job'. And that's not the best part. They have a collection of expensive perfumes that you can use to freshen up. Now I get it. The staff in the restroom is actually in disguise. His main job is not to hand out paper towels but to make sure that no one steals the expensive perfume, right? However, if you do use the perfume, leave some tip on the tray. Its just good etiquette. Now lets talk about the food. They serve a lot of american styled dishes ranging from appetizers, main course, desserts, and sandwiches. They even have sambal udang with rice and papadoms priced at RM28.00! Looked at the menu and decided on two main dishes. American Strip Steak at RM33.50 and their Fish and Chips at RM23.00.

Their strip steak comes with mashes potatoes and salad. Black pepper sauce costs an extra RM3.50. Guys, their portions are huge, just the way I like it. And the steak was grilled just right. The salad was fresh and crunchy. I was hoping that their mashed potatoes come with cheese sauce topping but it came plain. Nevertheless, I liked their steak. Their fish and chips were good. Came with two big pieces of fish fillets coated with some form of breadcrumbs and their fries portions were generous. This dish came with tartare sauce which was great with fish and chips. Between the two, I like the strip steak better but that’s because I am a meaty person. (The other great place for steaks is at Chili's.)

They have a whole bunch of drinks to choose from ranging from Ice Cappucino to smoothies of some kind. I decided to try their Ace Ventura Pet Detective (I'm not kidding) at RM10.00 which is a concoction of lime, guava and pineapple juice. You have to try this. Its great. It used cream soda as its base and mixed the other main portions just right. Makes you want to say "Allllrighttyyyythennnnnn!!!!”



One of the beautiful settings in Planet Hollywood with the big screen TV and stuff.

In summary, this is a great place to be with your friends. They have great service, great food and you can really sit back and enjoy a good dinner. The only thing is that for a great meal the average price will be somewhere in the region of about RM45 per person. The other thing is finding parking takes some art especially in getting free parking. At night, there might just be some free parking just behind StarHill that you can try; but its illegal so you park at your own risk of course. If not cannot find parking here, you have to park at the paid parking areas which charges you around RM2.00 per hour at some places. I did mention that they have cute plate mats here. Okay, have you ever wondered what the hollywood stars looked like in their high school yearbooks? Well, they have about thirty of them here all nicely printed on their paper plate mats. Some of them are Kim Basinger, Steven Seagal, Jack Nicolson and Brat Pitt.

|

Resipi...Ginger Gems



by mypantry @ 2005-08-07 - 04:35:21 pm

Ginger Gems
It's very easy.

25g butter
½ cup brown sugar
1 egg
2 tbs sweetened condensed milk
1 cup flour
1 tsp cream of tartar
¾ tsp baking soda
2 tbs ground ginger
¼ cup water

Preheat the oven to 210C. Preheat gems irons. Cream butter and brown sugar until creamy. Add egg, beat well. Add condensed milk. Beat again. Sift together the flour, cream of tartar, soda and ginger together. Fold into the creamed mixture alternately with water. Remove the gem irons from the oven and put a dot of butter in each iron. Spoon the mixture into the irons about while the butter is sizzling. Bake for about 10 minutes or golden brown. Serve buttered

|

Petua...Hilangkan lemak ayam

Basuh ayam dengan mengunakan air bersih kemudian buangkan air tersebut dan ambil tepung gamdum, sapukan pada ayam tersebut dengan sedikit air selepas tu bolehlah ia nya di bersih semula mengunakan air. Selepas itu barulah puan campurkan dengan apa sahaja bahan yang hendak dicampurkan sebelum memasakkannya...

|

Petua...Bubur kacang lebih enak

Sebelum merebus kacang, elok digoreng tanpa minyak terlebih dahulu. Goreng sehingga agak garing sedikit dan berbau wangi. Matikan api. Selepas itu rendam dalam air lebih kurang 2 jam supaya ia cepat kembang dan lebih cepat masak nanti. Insya-Allah anda akan dapat bubur kacang yang lebih enak kerana bangkit bau wanginya, apatah lagi di tambah dengan durian sebagai perisa tambahan.

|

Petua...Hindari Kumbang Beras

Hindari beras daripada kumbang beras dengan meletakkan 7 hingga 8 tangkai cili kering kedalam tempat
menyimpan beras. Cili kering tersebut hendaklah ditimbus ke dalam beras tadi.

|

Monday, September 05, 2005

Resipi...KUIH HALWA MASKAT

KUIH HALWA MASKAT

Bahan A (Diayak bersama)
300 gram tepung gandum
300 gram tepung sagu

Bahan B
1200 gram gula pasir
1600 ml air

600 gram minyak sapi
2 gram buah pelaga, ditumbuk halus dan diayak
2 gram buah badam, direndam dengan air panas untuk membuang kulitnya dan dihiris halus lalu digoreng dengan 150 ml minyak kacang
2 gram kismis

Cara-caranya
1. Isikan Bahan A dalam periuk yang besar. Rendamkan ia dengan air (dua kali ganda tepung dan simpan selama 2 hari. Tetapi pada setiap pagi hendaklah dikacau tepung itu dan dibiarkan mendap, dan pada sebelah petangnya pula dibuang airnya dan diganti dengan air baru.
2. Masak Bahan B hingga mendidih. Masukkan tepung yang direndam (buang airnya dahulu) besama-sama minyak sapi lalu dikacau rata-rata hingga mendidih dengan menggunakan api yang sederhana.
3. Apabila kuih mendidih, masukkan badam, kismis dan serbuk buah pelaga sambil dikacau-kacau supaya tidak hangus. Apabila kuih msak, iaitu apabila kita cecahkan jari padanya ia tidak melekat, boleh diangkat.
4. Siapkan loyang atau dulang yang disapu dengan sedikit minyak di sekelilingnya. Tuangkan halwa maskat tadi, ratakan sambil ditekan-tekan supaya kemat dan licin dan biarlah ia sejuk.

Nota: Sebaiknya kuih ini disiapkan dua hari sebelum dipotong dan dihidangkan.

|

Resipi...KUIH TALAM PISANG

KUIH TALAM PISANG
Sumber: Hawa Ismail

BAHAN-BAHAN LAPIS BAWAH
250 gram tepung beras
100 gram tepung Hong Kwee
100 gram gula pasir
1500 ml santan cair
300 gram pisang raja atau pisang berangan - potong dadu
Sedikit garam
Loyang 11 x 11 x 3 - gris sekeliling dengan minyak sayur

PERATURANYA
1 Panaskan kukusan.
2 Tepung beras, tepung Hong Kwee, gula pasir, garam dan santan cair, dikacau rata dan tapis. Masak atas api hingga pekat sedikit. Matikan api, lalu masukkan pisang dadu dan kacau rata.
3 Tuang adunan kedalam loyang. Kukus hingga masak. Setelah itu tuangkan pula seri-kaya diatasnya. Dan kukus lagi sehingga masak.

|

Resipi...BIPANG KACANG

BIPANG KACANG

Bahan-bahannya
600 gram kacang tanah
1 sudu makan tepung sagu

Bahan A
300 gram gula pasir
220 ml air

Cara-caranya
1. Siapkan papan pencanai dengan menaburkan tepung sagu di atasnya anggaran untuk mencanai bipang ini.
2. Goreng kacang tanah tanpa menggunakan minyak hingga kuning dan garing. Bersihkan kulit arinya.
3. Masak Bahan A hingga mendidih dan pekat likat. Masukkan kacang tanah yang sudah digoreng tadi dan kacau rata-rata.
4. Tuangkan bipang diatas papan canai dan dengan cepat ratakan ia dengan penggelek setebal 1 cm. Rtakan juga tepi-tepinya. Potonglah anggaran 4 cm panjang dengan cepat sebelum bipang menjadi keras.

|

Resipi...PUTU KACANG

PUTU KACANG

Bahan-bahannya
600 gram kacang hijau
400 gram gula pasir, dikisar halus dan diayak
50 gram tepung sagu
200 - 300 ml air

Cara-caranya
1. Bersihkan kacang hijau kemudian digoreng hingga garing. Selepas itu buang kulitnya lalu dikisar halus dan dijemur sebentar.
2. Campurkan tepung kacang hijau dengan gula dan gaul rata. Kemudian basahkan dengan air sedikit-sedikitsambil digaul rata sehingga adunan ini boleh dikepal. Tutup adunan dengan kain basah selama setengah jam.
3. Siapkan pencetak putu kacang dan tepung sagu dibungkus dalam kain laalu ditepuk pada pencetak. Isikan adunan ke dalam pencetak lalu tekan kuat-kuat supaya mampat. Kemudian ratakan dengan menggunakan pisau. Keluarkan pula putu yang telah ditekan dengan cara menelungkupkan pencetak itu dan diketuk perlahan-lahan. Atur putu yang keluar di dalam dulang dan jemurlah sebentar. Kalau suka boleh juga dibakar di dalam oven yang paling sederhana panasnya lebih kurang selama 5 minit.

|

Resipi...KUEH SERIMUKA PELANGI

KUEH SERIMUKA PELANGI
Sumber: Hanieliza www.hanieliza.tk

Bahan-bahan:

Lapisan Bawah

2 cawan pulut [rendamkan 3 jam]
2 cawan santan cair
1 s/k garam

Lapisan Pelangi
4 cawan santan pekat
1 biji telur
1/2 cawan gula
1/2 cawan tepung kastad
1/2 cawan tepung gandum
sedikit garam

pewarna
kuning..hijau..merah ..coklat paste

Cara
1. Masukkan semua bahan bawah dalam loyang dan kukuskan.
2. Bila telah masak, tekankan dalam loyang sehingga mampat.
3. Bancuhkan semua bahan lapisan pelangi kecuali pewarna dan tapiskan.
4. Bahgaikan adunan lapisan pelangi kepada 4 mangkuk
5. Masukkan setiap mangkuk dengan 1 warna.
6. Kukus semula pulut yg telah dimanpatkan.
7. Lapiskan dengan warna hijau dan kukus selama 10 minit dengan api perlahan.
8. Buat lapisana seterusnya sehingga habis.
9. Bila telah habis semua adunan sejukkan betui2 [dalam 4 jam] baru dipotongkan. 10. Hidangkan untuk minum petang.

|

Thursday, September 01, 2005

Resipi...Nonya Rojak

Nonya Rojak
By Chef Wan Petom Haris

Ingredients

2 no : chilli, red, dried, soaked and grounded
2.5 cm : belacan (shrimp paste), toasted and grounded
4 tbsp : tamarind paste, mix with water
120 ml : water
1 tsp : soya sauce dark
6 tbsp : sugar brown
1 no : cucumber fresh, cubed
1 no : mango green fresh, small, peeled, cubed
0.5 no : pineapple fresh, medium, skinned, cubed
1 no : starfruit fresh, sliced
2 no : jackfruit fresh, seeded, cubed
200 g : turnip sweet, peeled, cubed
100 g : potato, sweet, fresh, peeled, cubed, cooked
2 tbsp : shrimp paste (heiko)
150 g : peanut candy or roasted peanuts
1 tbsp : sesame, seeds, toasted
100 g : emping belinjau

Preparation
Place all the grounded ingredients and tamarind juice in a small saucepan and simmer over low heat. Stir in sugar and dark soya sauce and cook until sugar dissolves and sauce is thick. Remove and let it cool.
Toss cut vegetables with cooled sauce and black shrimp paste in large mixing bowl.
Sprinkle ground peanut candy or roasted peanuts and toasted sesame seeds. Toss well, sprinkle with the emping belinjau.
Serve immediately

|

Resipi...SWISS CHOCOLATE ROSETTES

Sumber: Chef Wan

Bahan-bahannya
200 gram gula serbuk
500 gram mentega
150 gram telur
1 sudu teh esen oren
700 gram tepung gandum
45 gram serbuk koko

serbuk gula, untuk hiasan

Cara-caranya
1. Pukul gula, mentega, telur dan esen oren sehinnga sebati.
2. Ayak tepung dan serbuk koko. Dan masukkan kedalam adunan mentega. Gaul
dengan spatula sehingga sebati.
3. Gunakan star tube No. 7 dan picit doh bentukkan seperti rosette (macam rupa
biskut dahlia) pada dulang pembakar. Bakar pada suhu 205 darjah C selaam 15
minit. Setelah biskut sejuk ayak gula serbuk diatasnya.

|

Resipi...CORNFLAKES COFFEE KISSES

Sumber: Chef Wan

Bahan-bahannya
125 gram mentega
20 gram shortening sayuran
70 gram gula serbuk
1 biji kuning telur
1 sudu besar peanut butter
1/2 sudu teh esen kopi
180 gram tepung serbaguna
50 gram tepung jagung
30 gram gajus, dikisar
1/2 sudu teh baking powder
1 biji putih telur, dipukul untuk sapu
kepingan badam dan cornflakes yang telah diramas kasar untuk hiasan

Cara-caranya
1. Pukul mentega, shortening, gula serbuk dan kuning telur selama 4 minit.
Masukkan peanut butter dan esen kopi dan pukul lagi selama 2 minit.
2. Masukkan kedua-dua jenis tepung, gajus dan baking powder. Gaul sehingga
sebati. Biarkan doh disejukkan dalam peti sejuk selama 10 minit.
3. Canai doh dan potong bentuk rectangle dengan pisau. Sapukan putih telur
diatas doh dan taburkan dengan badam dan cornflakes yang diramas kasar.
4. Bakar selama 13 minit pada suhu 180 darjah C.

|