Friday, October 28, 2005

Resipi...CHOCOLATE CUPPINO

CHOCOLATE CUPPINO

Bahan-bahan A
140 gm mentega
100 gm gula icing
200 gm tepung hongkong / tepong gandum
2 sudu teh coffee oil
1 biji kuning telur
1/2 sudu teh serbuk kayu manis

Bahan untuk sapu atas biskut:
1/2 cawan coklat semi-sweet
3 sudu makan shortening atau chocolate mohrenglanz
(Semuanya dicairkan dan digaul)

Peraturannya
1. Satukan semua bahan-bahan A dan gaul rata.
2. Bentukkan seperti guli dan tekan dengan garpu.
3. Susunkan dalam loyang dan bakar.
4. Sapukan bahagian atas biskut tersebut dengan coklat
yang telah dicairkan dan biarkan sehingga sejuk.

|

Resipi...BEBOLA COKLAT HAZELNUT

250 gm mentega
100 gm kacang panggang hazelnut - dikisar
225 gm tepung hongkong
1 sudu tea vanilla
70 gm gula halus
50 gm tepung beras
secukup cokolat flakes
secukup hazelnut bakar.

Peraturannya:
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang
2. Masukkan tepung hongkong, tepung beras dan hazelnut
yang telah dikisar.
3. Ambil sebiji hazelnut, bolotkan dengan adunan tadi
hingga menjadi seperti bola. Ulang sehingga kesemua
hzelnut dan adunan habis.
4. Bakar di loyang oven 160C.
5. Apabila bebola telah sejuk, celupkan dengan coklat
mohrenglanz yang cair dan golekkan dia atas coklat
flakes, lalu dimasukkan di dalam mangkuk kertas kecil.

|

Resipi...BISKUT AISKRIM KACANG

(Sumber: Cikgu ZAinab Khamis)

1 biji telur ayam
170 gm mentega
115 gm gula merah
115 gm peanut butter
55 gm tepung aiskrim vanilla
2 sudu makan tepung susu
1 sudu makan tepung sagu
1 sudu teh vanila
1 mangkuk kecil aiskrim vanila
tepung naik sendiri secukup lembut

Peraturannya:
1. Pukul telur, mentega dan gula hingga rata.
2. Masukkan aiskrim, vanilla dan peanut butter, tepung
susu, tepung aiskrim dan ratakan
3. Masukkan tepung naik sendiri dan uli adunan ini
sehingga lembut dan boleh dicanai.
4. Teraplah mengikut suka
5. Bakar di oven 160C sehingga garing dan masak.

|

Resipi...CHOCOLAT KISMIS KRAKLES

Bahan-bahannya
4 cawan Kellogs Cocopops
2 sudu makan tepung susu
1 1/2 cawan gula icing
200 gm chocolat mohrenglanz
1 cawan kelapa dessicated (dalam tin)
1 sudu teh even vanilla
1 cawan kismis

Peraturannya:
1. Cairkan chocolat mohrenglanz
2. Satukan semua bahan-bahan di atas, lalu tuangkan
chocolat mohrenglanz dan gaul rata-rata.
3. Masukkan adunan ini ke dalam mangkuk kertas yang
kecil.
4. Simpan di tempat yang kering. Kueh ini tak perlu dibakar.

|

Resipi...CRUNCHY ALMOND DROP

200 gm mentega
250 gm brown sugar
100 gm chocolat chips
250 gm tepong hongkong
200 gm badam cincang
2 sudu teh vanilla
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam halus

1. Pukul mentega dan brown sugar hingga kembang.
2. Masukkan vanilla, badam, tepung, baking powder dan
garam, garul rata.
3. Akhir sekali masukkan coklat chips, gaul rata.
4. Longgokkan kecil-kecil di loyang dan bakar.

|

Resipi...BISKUT KEJU NAPOLEON

1 biji telur
255 gm mentega
55 gm gula halus
225 gm keju diparut
370 gm top flour
1 sudu teh emplex
1 sudu teh vanilla
sedikit kuning telur
sedikit badam cincang

Peraturannya:
1. Pukul mentega, gula, emplex, garam, vanila dan
telur hingga rata.
2. Masukkan keju dan top flour, kacau rata.
3. Canai adunan ini setebal 1 cm dan terap mengikut
suka.
4. Sapukan kuning telur dan taburkan badam di atasnya.
5. Susunkan adunan ini di atas loyang dan bakar 160C.

|

Thursday, October 27, 2005

Resipi...Teresek Jantung Pisang

Bahan:-
1 biji jantung pisang raja/kapas dll
1 peket rempah kari daging
1/2 biji santan kelapa
tulang/kaki/hati 1 mangkuk ayam
1 keping asam gelugur
2 in lengkuas
1/2 in halia
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 cawan kerisik
garam, pak aji dan gula secukup rasa

Cara-cara:
1. jantung pisang dihiris, basuh dan di celur 5 minit sehingga layu kemudian tos.
2. tumbuk lengkuas, halia, bawang putih dan bawang merah hingga lumat.
3. perah santan menjadi 3 cawan.
4. bahan yang telah di tumbuk digaulkan dengan rempah kari.
5. panaskan kuali dan masukkan minyak kemudian tumiskan bahan yang telah digaul tadi hingga wanggi. masukkan daging ayam masak hingga empuk. masukkan santan,asam keping, garam, gula dan pak aji secukup rasa.
6. kemudian setelah mendidih masukkan jantung dan kerisik kacau sampai pekat.

|

Resipi...Lempeng Mee Maggi

Bahan.

Sebungkus mee maggi (apa-apa perisa)
sebijik telur
3 biji bawang merah(hiris)
2 biji bawang putih(hiris)
lada cili merah dan hijau (berapa2pun boleh)dan hiris halus
Udang kering atau basah (suka hati)
Daun bawang atau daun saderi
1/2 biji lobak (Potong dadu)
sedikit kobis (hiris)
garam

Cara-cara

1. celur mee hingga kembang. toskan. pukul telur hingga kembang.
2. masukan semua bahan-bahan dan gaul bersama-sama. akhirnya masukan mee tadi dan gaul rata.
2. panaskan kuali dengan sedikit minyak.
masukan mee bergaul telur tadi kedalam kuali (boleh buat dua) dan ratakan setebal 1 inci. balikan angkat bila kekuningan. makan panas-panas bersama sos cili dan air teh 'o' panas. oky..

|

Resipi...IKAN AMPAP ISTIMEWA

1 kilo ikan sadin (ikan lainpun boleh)
2 batang serai (dititik)
3 inci halia
kunyit secukupnya (seeloknya lebihkan kunyit - rasa dan warnanya akan lebih enak dan cantik)
4 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
4 biji lada merah
10 biji cili api
1 cawan pati asam jawa
6 biji belimbing buluh (belah dua)
daun kunyit muda secukupnya (dihiris halus)
sedikit belacan
garam secukupnya
serbuk perasa secukupnya
sedikit gula
sedikit minyak (utk. mengawet dan mencantikkan masakan).

Caranya: Semua bumbu tadi ditumbuk dan digaul rata bersama ikan (yang sudah dibersihkan - tak perlu dipotong, sebab jenis ikan ini adalah kecil). Akhir sekali masukkan air asam jawa dan tambah air biar separas dengan ikan, lepas itu barulah tuangkan minyak dan masak dengan api yang perlahan. Biarkan hingga airnya agak kering sedikit. Setelah itu taburkan hirisan daun kunyit dan tutup sekejap.

|

Resipi...Udang Halia Istimewa

Bahannya
Udang Sederhana besar 1kg
15 batang cili masak
3 batang serai
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 ulas bawang besar dipotong bulat.
halia sebesar dua ruas ibu jari

1.Blender kesemua bahan diatas kecuali
udang dan bawang besar
2.Tumis kan bahan yang dikisar tadi
sehingga naik bau.Tambah sedikit air.
3.Masukkan udang. Gaul rata rata, masuk
kan bawang besar, garam, aji nomoto
dan sedikit gula
4.Gaul lagi sehingga udang kemerahan dan
tutup api.

|

Resipi...Sambal gesek

Bahan-bahannya:
Segenggam ikan bilis
10 biji cili padi
sebiji limau nipis

cara-cara membuatnya:
Mula-mula ikan bilis dicuci terlebih dahulu.Kemudian ikan bilis ditumbuk bersama-sama cili padi sehingga separuh hancur.Selepas itu perahkan limau nipis kedalamnya.

Ia sedap dimakan bersama nasi panas.

Selamat mencuba.Pasti memikat selera anda....

|

Resipi...Nasi Goreng Kailan Ikan Masin Trg kite

Bahan-bahannya:
2 cawan nasi
3 ulas bawang putih
3 batang sayur kailan serta daunnya
2 sudu sos tiram
2 sudu stok ayam
garam secukup rasa
6 biji cili padi(ditumbuk kasar)
2 keping ikan masin tenggiri(ikan jeruk)

Cara-caranya:
# Ikan masin digoreng terlebih dahulu.Bila dah masak ketepikan.
# Bawang putih ditumbuk dan ditumis didalam kuali.Apabila sudah kekuningan masukkan ikan masin tadi berserta cili padi.
# Selepas itu,masukkan sayur kailan.Kacau lagi sehingga agak layu.
# Masukkan sos tiram dan stok ayam,kacau sehingga ia mesra.
# Akhir sekali,masukkan nasi dan garam secukup rasa.

|

Resipi...Ghourayhah

Bahan-Bahannya:

1 cawan mentega
1 cawan gula ising
2 cawan tepung

Cara Membuatnya:
1. Masukkan mentega ke dalam mangkuk dan pukul hingga putih.
2. Perlahan-lahan masukkan gula icing, dan pukul adunan tersebut hingga putih krim.
3. Lepas itu masukkan tepung dan ratakan kedalam adunan mentega tadi dan uli hingga lembut. Sejukkan adunan tadi didalam peti sejuk selama 1 hingga 2 jam
4. Bentukkan bulat-bulat, leperkan sedikit biar jadi bentuk bujur dan lepas itu boleh tekankan sebiji almond ditengah-tengahnya.
5. Bakarkan dalam oven yang sederhana panas selama 20 minit sehingga kuning sedikit. Sejukkan dulu sebelum diangkat.

|

Resipi...Roti Kukus Bersantan

Bahan-bahanya:-
-setengah buku roti
-sebiji kelapa(guna 4 cawan air)
-3 helai daun pandan (diblend)
-sebiji telur ayam (dipukul)
-1/2 cawan gula

Cara membuatnya:-
1. Panaskan pengukus
2. Roti dipotong dua sehingga habis,
kemudian aturkan didalam loyang
3 Santan yg telah diperah dicampurkan
dgn sebiji telor yg telah dipukul,
kemudian campurkan sekali air daun
pandan yg telah diblend terlebih dulu
dan gula. Kacau hingga sebati.
4. Curahkan diatas roti. Kemudian kukus
selama lebih kurang 15 minit.

nota: Setelah sejuk masukan kedalam peti kerana ia lebih sedap dimakan apabila sejuk.

|

Resipi...Ikan Bakar Parit raja

3 ekor ikan pari
3 biji bawang merah
6 biji bawang putih
2 inci lengkuas
3 inci halia
1 sudu teh halba
1 inci kunyit
segenggam lada kering
air asam jawa
garam
gula

cara

Blender semua bawang merah,bawang putih,halia,lengkuas,lada kering, kunyit. Tumiskan halba sekejap, jangan sampai hangus pas tu masukan bahan blender dengan api sederhana besar sampai pecah minyak. masukan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.masak lagi sampai anda rasa ianya dah masak.

Bagi sambal kepada dua bahagian. Separuh perapkan kepada ikan dan separuh lagi digunakan semasa membakar ikan. perapkan ikan selama setengah hari. sapukan daun pisang dengan minyak masak supaya tak terbakar dan aturkan ikan diatasnya. Curahkan sambal yang separuh lagi ke atas ikan dan bakar sampai masak........

|

Resipi...Ikan Kukus Masam Manis

1. Satu ekor ikan kerapu
2. satu inci halia
3. Daun bawang,sup,
4. Cili besar dan asam ko biji
5. Sos tiram dua camca biasa
6. Minyak Bijan.
7. Gula, garam dan bahan perasa.

Cara2

1.Selepas ikan disiang, lumur ikan dengan sos tiram, gula, bahan perasa.
2.ikan perlu di letakkan di dalam pinggan leper (tahan panas)
3.Taburkan hirisan halia, cabai,daun bawang, daun sup dan masokkan asam ko 4 biji.
Masukkan sedikit air dalam pinggan ikan tersebut dan masokkan minyak bijan satu camca.
4. Kukus lebih kurang 10 minit. dan hidangkan.

|

Resipi...Desert Buah-buahan Del Monte

Bahan utk lapisan bawah:-

- 1 kotak jelly segera nona
- 2 cawan air panas

Cara menyediakannya:-
1. Bancuh serbuk jelly segera kedalam air panas dan kacau hingga larut dan sejukkan.

Bahan2 untuk bahagian atasnya:
- 1 tin besar buah buahan del monte
- 1 tin susu sejat
- 4 sudu makan tepung castard dibancuh
dgn air sejuk
- 1 sudu teh esen vanila
- 1 cawan gula
- 2 sudu makan butter cup

Cara menyediakan bahagian atas:

1. Masukkan susu, air buah buahan del monte (air sahaja), tepung kastad dan gula.

2. Jerang diatas api dan kacau selalu sehingga pekat. Masukkan buah buahan del monte, butter dan esen. Kacau lagi sehingga pekat dan tutup api

3. Biarkan suam sedikit, dan curahkan diatas jelly yang telah beku tadi. Biarkan sejuk seketika. Kemudian masukkan kedalam peti ais.

|

Resipi...Tauhu Jepun sambal pedas

Bahan
2 selinder Tauhu Jepun
Segenggam udang basah (buang kulit)
2 sudu besar taucu
1 sudu besar cili kering kisar
2 ulas bawang putih (tumbuk)
1/2 cawan air

Cara
potong-potong tauhu jepun setebal 1/2 inci dan goreng (deep fry) & toskan & susun dalam pinggan menghidang
tumis bawang putih, masukkan cili kering dan tumis lagi sampai garing, masukkan udang & taucu goreng lagi. tambah air. biar mendidih.
tuangkan kuah itu keatas tauhu jepun & hias dengan udang goreng & hirisan kobis putih. sedap dimakan ketika panas bersama nasi.

|

Resipi...Biskut Yoyo Jam

Bahan-bahan

1 cawan mentega
8 sudu besar gula halus
3 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kastard
Jam nenas

Cara membuatnya

Pukul telur dan mentega hingga kembang
Masukan tepung kastard dan gaul sebati
Masukan pula tepung gandum sedikit demi sedikit.
Terap adunan membentuk bulat (yo-yo)
Masukan jam ditengahnya dan bakar hingga kuning

|

Resipi...BISKUT CABAI

Bahan-bahan
1 1/4 cawan tepung atta (tepung chapati)
2 cawan tepung kastard
1/2 cawan gula halus
1 cawan mentega
1 cawan nestum
2 biji kuning telur
1 sudu the vanilla
4 sudu besar tepung gandum

Cara membuatnya

Pukul mentega, kuning telur dan gula hingga kembang
Masukan vanilla dan gaul sebati
Masukan tepung kastard, tepung atta, nestum dan tepung gandum. Uli hingga sebati
Bentukan seperti lada dan letak bunga cengkih diatasnya sebagai tangkai
Bakar hingga kekuningan

|

Resipi...KERABU DAUN MENGKUDU

Bahan Bahan

8 helai daun mengkudu / daun noni
(dihiris nipis dan direbus sehingga lembut)
4 s/besar kerisik kelapa
6 s/besar kelapa parut
2 biji limau nipis (diambil jus)
2 biji cili merah (dihiris)
6 ulas bawang merah (dihiris nipis)
6 ekor ikan kembong (direbus)
sedikit santan kelapa & garam


Cara Menyediakannya

1. Gaulkan bersama kerisik kelapa dan isi ikan kembong sehingga
sebati, masukkan kesemua bahan yang lain, gaulkan rata dan
perasakan garam secukup rasa.

|

Resipi...Biskut Arab

Bahan-Bahan:
500 gm tepung gandum
250 gm gula halus 250 gm minyak sapi


Cara:
Gaulkan tepung dengan gula dan minyak sapi yang telah dicairkan hingga sebati.

Ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan sebesar guli kemudian dileperkan sedikit.

Bakar hingga elok kuningnya. Setelah masak angkat dan disejukkan.

Kemudian digolekkan di atas gula halus.

|

Resipi...Ikan Cencaru Sumbat

Bahan2:
Ikan Cencaru (dibelah dibhgian atas perut)
1 biji kelapa parut
1 inci kunyit hidup (ditumbuk)
3 batang serai (dihiris halus)
50sen cili api(ditumbuk)
5-6 ulas bawang kecil(ditumbuk)
1 helai daun kunyit (dihiris halus)
sedikit belacan
2bj limau nipis (ambil airnya)
sedikit garam
sedikit ajinamoto


Cara:
Tumbuk kunyit hidup,cili api,bawang merah,belacan,serai,dan akhir sekali kelapa.Kemudian taburkan daun kunyit.Kemudian digaul dan campurkan air limau nipis,garam dan ajinamoto.Sumbatkan inti ini di bahagian badan ikan yang telah dibelah bahagian atasnya.Goreng sehingga garing.

|

Resipi...PUTU BAMBU

Sumber :Diana Arshad


Bahan-Bahannya :

260gm tepung beras direndang
1/3 cawan air
1 camca garam
1½ cawan kelapa parut
1 cawan gula merah
Hirisan-hirisan pisang masak
Air limau nipis direnjiskan ke atas hirisan-hirisan pisang



Cara Menyediakan :

Renjiskan sedikit garam ke atas tepung.

Gaulkan hingga menjadi seperti serbuk roti.

Masukkan 1 cawan kelapa parut dan gaulkan hingga rata.

Secara berselang-seli sudukan 2 camca kelapa yang selebihnya dan campurkan putu
ke dalam satu batang buluh, bergaris pusat 8cm.
Isikan kesemuanya hingga habis.

Jika tidak terdapat buluh. Isikan campuran putu ke dalam sebuah acuan bulat yang
dialaskan dengan kelapa yang selebihnya.
Kukus selama 10 minit, atau hingga masak.

Hidangkan panas-panas dengan gula merah dan pisang.

|

Resipi...KACANG GORENG BEREMPAH

Bahan:

1 KG KACANG TANAH
10 BIJI LADA KERING
10 ULAS BAWANG PUTIH
1/2 SUDU BESAR JINTAN MANIS
2 SUDU BESAR JINTAN PEDAS
2 SUDU BESAR GARAM
GULA 1 1/2 SENDUK
2 BIJI TELOR
4 SENDUK TEPUNG GANDUM

Cara:

TUMBUKKAN LADA KERING BERSAMA BAWANG PUTIH. MASUKKAN KE DALAM KACANG DAN GAULKAN PERLAHAN-LAHAN SEHINGGA SEBATI. MASUKKAN GARAM, JINTAN MANIS, JINTAN PEDAS KE
DALAM ADUNAN TADI. KEMUDIAN MASUKKAN GULA PERLAHAN-LAHAN. JANGAN BAGI GULA TERSEBUT HANCUR. KEMUDIAN SEKALI MASUKKAN TEPUNG DAN TELUR. GAUL BIARLAH RATA.

PANASKAN MINYAK DAN KEMUDIAN SENDUKKAN ADUNAN TERSEBUT LALU GORENG.KACAU PERLAHAN-LAHAN DENGAN API YANG SEDERHANA..

|

Resipi...PUDING LAICI

Sumbangan: Chetam

Bahan-bahan
30g agar-agar
7 gelas air
1 1/4 cawan gula
1 gelas air laici
1 tin susu cair
3 sudu kastard/tepung jagung
3 biji telur
sedikit gula batu
1 tin laici

Cara menyediakan
Masakkan agar-agar bersama air, bila mendidih masukkan gula dan gula batu
Susu, telur dan kastard dipukul.
Laici diblender bersama satu gelas airnya.
Masukkan susu yang dipukul tadi.
Akhir masukkan laici, bila mendidih sejukkan.
Bila dah membeku, pastilah boleh dirasa....menjilat jari.

|

Wednesday, October 26, 2005

Resipi...BISKUT CERELAC-NESTUM

2 cawan mentega/marjerin
1 cawan gula kastor
1 camt vanila
3 cawan tepung gandum
1 cawan Cerelac
1 cawan Nestum
1 cawan gajus bakar, dicincang
2-3 biji kuning telur, untuk sapu

Pukul mentega, gula dan vanila hingga sebati. Masukkan semua bahan lain (kecuali kuning telur), gaul rata-rata. Sudukan doh atas kertas kalis minyak, bungkus dengan kertas kalis minyak (lebar anggaran 2cm). Simpan di dalam peti sejuk semalaman. Buangkan pembalut, potong setebal 6 mm. Atur atas tin pembakar (jangan lengser), jarak 4cm. Sapu kuning telur dan bakar pada suhu 180 C selama 15-17min atau hingga masak.

|

Resipi...BISKUT CERELAC-CORNFLAKES

150g mentega
100g gula kastor
1 biji telur Gred.C
1 camt vanila
100g tepung gandum
30-40g tepung jagung
100g Cerelac
25g ceri, dicincang halus
40g badam bakar, dicincang halus
1 biji putih telur, dipukul
60-80g cornflakes, dikisar kasar

Pukul mentega, gula, telur dan vanila hingga kembang. Masukkan semua bahan lain (kecuali putih telur dan cornflakes), uli perlahan menjadi doh. Jika agak lembik, tambah 2-3 camb tepung jagung. Canai antara dua lapisan plastik. Hiris bentuk empatsegi atau terap ikut suka. Atur atas tin pembakar berlengser marjerin. Sapukan putih telur dan hias dengan cornflakes. Bakar pada 170 C selama 16-18 min atau hingga masak. Biar sejuk atas redai.

|

Resipi...TEMBOSA

Bahan Inti
2 ekor ikan kembung, direbus & dibuang tulang
4 biji bawang merah, dihiris nipis
150 g kelapa parut (putih)
1/2 camt serbuk lada hitam
1/2 camt gula
garam secukupnya

Bahan doh
500 g tepung gandum
garam secukupnya
200 g marjerin
145-155 ml air
minyak untuk menggoreng

Untuk inti, tumbuk isi ikan dengan bawang merah hingga lumat. Letak di dalam kuali, campurkan kelapa, serbuk lada hitam dan gula. Kalau di atas api perlahan hing-ga agak berderai (kering). Tambah garam dan biar sejuk.

Untuk doh, ayak tepung dan garam ke dalam mangkuk, gaul dengan marjerin hingga rata. Masukkan sedikit demi sedikit air dan uli menjadi doh lembut. Tutup dengan tuala lembab dan biar 30 min. Canai doh setebal 4 mm and potong bulat dengan penerap 10cm. Isikan dengan inti dan lipat menjadi separuh bulatan. Kelim tepinya. Goreng di dalam minyak panas hingga keemasan.

|

Resipi...MAKARONI BAKAR

100 g makaroni
1 camb mentega/marjerin
1 camb minyak
60 g daging/ayam, dicincang halus
1 cm halia, dicincang halus
4 ulas bawang merah
1 camb serbuk rempah kari + air (jadi pes)
1 tangkai daun sup, dicincang halus
100 g sayuran campur (dlm paket:frozen mixed vegetables)
3 biji telur Gred A
150 ml susu segar/UHT
50 g keju Cheddar, diparut
garam, serbuk lada hitam secukupnya

Rebus makaroni hingga masak, tus dan gaul dengan mentega. Panaskan minyak, tumis bawang merah, halia dan pes rempah. Bila wangi masukkan daging dan kacau hingga masak (tambah sedikit air). Bubuh sayuran campur kemudian tambah garam secukupnya. Masukkan daun sup dan angkat.

Satukan telur, susu, garam dan serbuk lada hitam. Gaulkan dengan makaroni dan daging. Ratakan di dalam mangkuk tahan panas yg sudah dilengser mentega. Taburkan keju di atasnya. Bakar pada 180 C selama 40 minit atau hingga masak.

Nota:
Jika bahagian atasnya kelihatan agak perang, tutup dengan kertas timah/aluminium foil dan teruskan membakar. Jika tidak suka keju, tidak perlu gunakan.

|

Resipi...Biskut choc.chip nestum

BhnA
1 1/2 cwn tepung naik sendiri }
1/2 st baking powder } diayak bersama
1/2 st soda bicarbonate }
1 cwn nestum
1 cwn choc.chip

Bahan B
150g majerin/mentega
120g gula castor
1 biji telur
1 st esen vanila

Cara
Pukul mentega + gula sampai kembang dan ringan.Masukkan telur dan esen vanila
Masukkan choc.chip dan nestum ke dalam Bahan A, gaul rata dan bolehlah
dimasukkan ke dlm Bahan B.
Ambil adunan sebesar biji guli, tekan2 kasi leper skit dan bakar pd suhu 175
C,10-15 minit. Jarak2kan adunan sebab biskut ni akan mengembang sampai 2x
ganda.

|

Resipi...Biskut Cornflakes Cococrunch

Bahan-bahan:
2 cwn tepung jagung
2 cwn planta/mentega
2 cwn gula
4 cwn tepung gandum di goreng dahulu & diayak
1 kotak kecil cornflakes/cococrunch (250/275 g)
2 biji telur - kuning saja
1 sudu teh baking powder
sedikit esen vanila


pukul mentega dan gula sehingga kembang masukkan tepung, telur, tepung
jagung, baking powder, essen vanila - uli hingga sebati akhir sekali
masukkan cornflakes/cococrunch yg telah dihancurkan. Bentukkan mengikut
kesukaan dan bakar sehingga masak.
*Boleh dihias dengan ceri atau manik mutiara.
*Untuk biskut cococrunch boleh dihias dengan cococrunch yg tidak
dihancurkan

|

Tuesday, October 25, 2005

Resipi...UDANG GORENG SEGERA

Bahan-bahannya
1 kg udang yang sederhana besarnya
1 biji lada hijau, dihiris
1 biji lada merah, dihiris
1 tin cendawan butang
2 biji tomato, dihiris bulat
1 biji bawang besar, dihiris bulat
2 sudu teh kunyit serbuk
4 sudu teh rempah sup
1 sudu teh serbuk lada putih
1 biji lobak, dikupas kulit, hiris bulat, goreng dan toskan
3 biji kentang, dikupas kulit, hiris bulat, goreng dan toskan
1 tangkai daun sup, dihiris halus
1 tangkai daun bawang, dihiris halus
1/2 cawan minyak
garam secukup rasa

Cara-caranya
Udang digunting muncung dan ekornya, cuci bersih dan toskan. Panaskan minyak. Tumis bawang hiris, goreng hingga wangi.

Masukkan udang, garam, serbuk kunyit, rempah sup dan serbuk lada putih. Kacau rata. Besarkan api, balik-balikkan hingga udang bertukar warna. Campurkan kentang, lobak goreng, cendawan, cili hijau dan merah, tomato, serta separuh hirisan daun sup/ daun bawang. Kacau rata dan biarkan sehingga udangnya masak.

Hidangkan panas-panas. Taburkan lebihan daun sup dan daun bawang serta bawang goreng. Enak dimakan dengan nasi putih atau diratah begitu sahaja.

|

Resipi...SERUNDING DAGING

Bahan-bahan
2 biji kelapa parut putih (disanggar sehingga kering sedikit dan kuning)

Bahan untuk Dikisar
3 sudu makan penuh ketumbar biji
2 sudu makan rata jintan kasar
2 sudu makan rata jintan halus
4 batang serai
10 ulas bawang putih
3 biji bawang besar
30 batang lada kering (rendam dan buang biji jika tidak mahu pedas)
1 ibu jari lengkuas
1/2 kilo daging ayam, lembu atau kambing (dihiris tipis)
150 gram gula hitam
2 helai daun kunyit (buang tulangnya, dan hiris kasar)
5 helai daun limau purut
1/2 cawan air asam pekat
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa


Cara Menyediakan
Panaskan minyak dan tumis rempah kisar sehingga garing dan naik minyaknya. Masukkan daging dan kacau rata. Masak sehingga dagingnya empuk sedikit. Masukkan air asam, balik-balikan dan masukkan pula kelapa, gula dan garam. Masukan semua dedaun. Balik-balikkan dan kacau sehingga rata. Kecilkan api dan terus kacau sehingga serundingnya berderai. Rasa, jika ada bahan yang kurang, tambah, gaul rata dan matikan api. Rasanya haruslah lemak, manis dan sedikit sahaja rasa masam dan pedas.

Perkara penting membuat serunding ialah, api harus kecil dan ia perlu senentiasa di kacau, di balik-balikkan dan digaul supaya rempahnya rata dan bahgian dasarnya tidak hangus.

|

Resipi...TALAM KACANG HIJAU NONA MANIS

Bahan-bahannya
43 oz santan pekat
48 oz santan cair
12 oz gula pasir
12 oz gula melaka
8 oz tepung kacang hijau
1 paket tepung kanji
1 paket tepung Hong Kwee
sedikit garam
daun pandan
pewarna hijau dan kuning

Cara-caranya
1. Santan pekat dan cair, gula melaka, gula pasir dan daun pandan dimasak sehingga mendidih dan kemudian disejukkan.
2. 3 macam tepung dicampurkan. Tuangkan adunan yang telah sejuk tadi dan gaul hingga rata.
3. Bahagikan kepada 2 bahagian dan warnakan 1 bahagian dengan warna hijau dan 1 lagi dengan warna kuning.
4. Kukus berlapis-lapis (2 cawan bagi setiap lapis).

|

Monday, October 24, 2005

Resipi...NASI BERYANI BOMBAI

Bahan-bahannya
1 kg beras Basmati
air mengikut paras beras
1 cawan susu cair
1 cm halia muda, dititik
1 cm kayu manis
3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar, dihiris
150 gram minyak sapi
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
sedikit daun ketumbar dan daun pudina (ambil daunnya sahaja)
1 cawan air mawar, jika suka
50 gram kismis, digoreng
80 gram gajus, digoreng
1 sudu makan garam
2 sudu makan perahan air limau nipis
2 sudu makan tairu
1 sudu teh ketumbar
1/2 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh jintan putih
2 helai daun pandan
sedikit koma-koma

Cara-caranya
Beras dicuci bersih, rendam selama 10 minit dan toskan. Panaskan minyak, masukkan bawang besar, kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Tumis dengan api sederhana hingga garing. Masukkan air dan biarkan mendidih.

Masukkan air limau, air mawar, susu, koma-koma, daun pudina dan daun ketumbar, serta tairu. Masukkan garam secukup rasa.

Apabila mendidih, masukkan beras. Masak hingga tanak. Setelah tanak, taburkan gajus dan kismis keatas nasi tadi.

Sumber: Hajah rohana Abu

|

Resipi...PINKY LAGOON KOOKI

Bahan-bahannya
125 gram mentega
50 gram gula aising
60 gram biskut marie perisa kopi, dikisar halus
60 gram tepung custard
20 gram bijan, disanggar
130 gram tepung gandum, diayak
1 biji kuning telur
1 sudu teh vanilla
1/4 sudu teh emplex
1/4 sudu teh garam halus
secukup chocolate pink, dicairkan
colourful flower flakes untuk hiasan

Cara-caranya
Mentega, gula aising, kuning telur, vanilla, emplex dan garam dipukul rata. Masukkan tepung biskut, tepung custard, bijan dan tepung gandum. Gaul rata dan uli sehingga menjadi doh yang lembut. Canai dan terap dengan acuan pilihan. Susun dalam loyang dan bakar selama 10 - 15 minit dengan kepanasan 140 darjah C. Sesudah masak sejukkan dulu. Sapukan atas biskut dengan chocolate pink dan hiaslah mengikut cita rasa sendiri (tabur colourful flower flakes atas chocolate pink). Biarkan coklat kering baru boleh simpan dalam bekas kedap udara.

Sumber: Aini Salim

|

Resipi...Mushroom spicy chicken

Bahan-Bahan
700 gram kepak ayam
1 biji bawang besar
200 gram cendawan
2 biji kentang - didadu dan digoreng
1 tin kecil pes tomato
2 inci cassia
3 keping mace
Sedikit minyak untuk menggoreng dan menumis

Bahan untuk kisar :
6 btg lada merah
12 biji bawang kecil
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 keping belacan

Bahan untuk seasoning
1 sdt garam
2 sdt gula
250 ml air

Nota :
Perapkan ayam bersama 1 sdm serbuk ketumbar dan 1 sdt serbuk cumin selama 4 jam.

Cara Cara
Panaskan minyak kemudian goreng ayam sehingga setengah masak dan ketepikan.
Tumiskan bahan kisar sehingga wangi bersama 4-5 sdm minyak.
Masukkan cassia, mace, bawang, ayam, cendawan, pes tomato dan kentang dan biarkan sehingga ia garing.
Masukkan air seasoning dan masak sehingga ayam empuk.

|

Resipi...IKAN SIAKAP GORENG LADA HITAM

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap
1 labu bawang besar (kisar)
1 ulas bawang puteh (kisar)
1/2 inci halia (kisar)
1 batang serai (kisar)
3 tangkai cili merah (kisar)
1 sudu besar lada hitam (kisar)
1 sudu besar kicap pekat manis
1/2 sudu besar cili sos
Garam dan perasa secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Daun ketumba untuk hiasan

Cara Memasak:
1. Bersihkan ikan, kemudian gaulkan dengan sedikit garam halus dan serbuk kunyit.
2. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
3. Panas sedikit minyak kemudian tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau.
4. Masukkan kicap, cili sos, garam dan perasa secukupnya.
5. Kecilkan api, kacau rata sehingga kuah pekat dan pecah minyak.
6. Tuangkan kuah sos ini keatas ikan, kemudian hias di atasnya dengan daun ketumbar. Enak dihidangkan panas-panas.

|

Resipi...SUP AYAM MI LAKSA

Sumber: Mami Asmah Laili

Bahan-Bahan

BAHAN A
1 ekor ayam - buang segala kulit dan lemaknya - potong 12
1/2 kilo ubi kentang kecil, kupas kulit
1 batang karot, kupas kulit dan potong bulat-bulat
2 pokok daun bawang, dihiris
2 pelepah daun sup, dihiris
1 biji tomato dibelah 4
1/2 kilo mi laksa, dicelur sebenatar dan ditoskan
1/2 kilo taugeh, disiram dengan air panas
Bawang goreng
Sambal belacan

BAHAN B
2 helai bay leaf
1 batang serai, dititik
1 jari halia, dititik
2 biji bawang besar dibelah 4
5 biji bawang putih dihiris
1 bungkus rempah sup bonjot
3 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
1 sudu teh penuh lada hitam, di tumbuk kasar
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Cara Cara
Rebus ayam dengan semua Bahan “B.” Apabila ayamnya setengah empuk, masukkan karot, ubi kentang dan tomato. Setelah karot dan kentangnya lembut, barulah dimasukkan daun sup dan daun bawang. Kacau rata dan rasa. Jika ada yang kurang tambah.

CARA MENGHIDANG
Masukkan sedikit mi laksa dan taugeh didalam mangkuk. Tuangkan sup beserta sepotong ayam. Taburkan bawang goreng dan letakkan sedikit sambal belacan. Enak disajikan panas-panas. Sungguh menyegarkan.

|

Resipi...URAP KANGKONG DAN TAUGE

Sumber : Mami Asmah Laili

Bahan-Bahan
1/2 kilo kangkong, siang dan potong ikut suka hati
1/2 kilo tauge, bersihkan buang ekor dan kepalanya
1 biji kelapa parut putih
50 gram udang kering, direndam
6 biji lada kering
15 biji lada padi
4 biji bawang putih dikisar halus
2 biji bawang besar
1 sudu teh belacan
6 biji cekur
4 helai daun cekur, dirampai
Garam secukup rasa



Cara Cara
Rempah kisar disanggar dengan kelapa parut, sehingga setengah masak, supaya tahan bila disimpan. Tabur sedikit garam Kemudian masukkan daun cekur, gaul rata dan terus matikan api.
Kangkong di celur satengah masak dan ditoskan. Siram tauge dengan air panas dan toskan.
Semasa hendak menghidang, ambil sedikit sambal kelapa dan gaulkan dengan kangkong dan tauge.

PANDUAN
Untuk mempelbagaikan urap ini, tambahkan pucuk ubi, hirisan kacang panjang, atau sayur-sayuran lain yang sesuai dan boleh dicelur atau dimakan mentah seperti kobis, keceper dll.

Urap ini juga boleh dihidangkan dengan nasi putih berserta kacang tanah/ikan bilis goreng, serta tahu/tempe goreng. Hidangan nasi ini pula dikenali sebagai NASI BACAAN, dan lazat sekali jika dibungkus didalam daun pisang.

|

Resipi...TERONG GARAM ASAM

Sumber: Mami Asmah Laili

Bahan-Bahan
5 biji terong hijau, dibelah dua, kemudiah belah tengah jangan putus
5 batang kacang panjang, dipotong sejari panjang
50 gram udang kering, direndam
4 biji bawang putih
2 biji bawang besar
2 batang serai dikisar
Sejari lengkuas jangan
Sejari halia terlalu halus
1 sudu teh belacan
6 biji buah keras, dikisar halus
7 biji lada kering, dikisar halus
2 biji bawang besar, dihiris
5 biji lada merah, dihiris
1 sudu makan asam diramas dan
1 cawan santan ditapis
Sedikit minyak untuk menumis
Gula dan garam secukup rasa



Cara Cara
Panaskan sedikit minyak, goreng terong hijau sebentar sehingga layu. Angkat dan toskan. Tumis hirisan bawang besar dan lada merah sehingga layu. Masukkan rempah kisar, goreng sehingga garing dan wangi baunya. Tuangkan santan, taburkan gula dan garam. Gaul rata dan masaklah sehingga mendidih dan pekat sedikit. Masukkan terong dan kacang panjang. Gaul rata dan matikan api.

|

Resipi...CENDAWAN CHEESE OMELETTE

Bahan-bahan
4 biji telur
cheddar shredded Cheese
button mushroom
black pepper powder
1 susu makan susu cair

Cara-cara
Potong button mushroom - sederhana tebal.
Pecahkan telur, campur sedikit susu cair atau susu segar.
Kacau rata (macam telur dadar).
Panaskan kuali (letak minyak sedikit sahaja tapi rata satu kuali).
Dah panas, goreng mushroom then masukkan telur. Jangan api besar.Jangan terbalikan telur. Apabila agak garing bahagian bawah, dan bahagianatas dah kering, taburkan shredded cheese atas telur, lipat dua.
Taburkan black pepper atasnya - kalau tak suka tak payah letak.

|

Resipi...GADO GADO

Sumber: Mami Asmah Laili

Bahan-Bahan

BAHAN UNTUK KUAH
600 gram kacang tanah, digoreng hingga garing dan ditumbuk kasar
1 sudu makan asam, digaulkan dengan 1 cawan air, dan tapis
4 sudu makan atau lebih gula tanjung
30 biji lada kering,
15 biji bawang merah
6 biji bawang putih
1 ibu jari lengkuas dikisar halus
4 batang serai
2 atau 3 biji cekur
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN LAIN
2 bungkus lontong, direbus dan satelah sejuk, dipotong dadu
2 keping tauhu, di hiris dan digoreng
3 keping tempe, dihiris dan digoreng
2 biji kentang, direbus dan didadu
10 biji kacang panjang, dipotong ½ jari dan direbus
1 biji timun di hiris
6 biji telur, direbus dan dibelah dua
300 gram tauge, dicelur dan ditoskan
½ kobis dirampai
Keropok udang
Bawang goreng

Cara Cara
Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sehingga wangi dan garing. Bila naik minyak masukkan kacang tanah dan sedikit air. Gaul rata. Apabila mendidih tuangkan air asam, masukkan gula dan garam. Tunggu sehingga kuahnya mendidih, kemudian matikan api. Kuah gado-gado sedap rasanya, jika manis sedikit.

CARA MENGHIDANG
Atur didalam pinggan, sayur-mayur serta tempe dan tauhu goreng. Tuangkan kuah. Kemudian taburkan bawang goreng dan hiaslah dengan sebelah telur rebus serta keropok udang.

|

Resipi...Biskut Cornflakes Oren Bercoklat

Bahan A
150 gm tepung naik sendiri
100 gm tepung jagung
100 gm cornflake di kisar kasar

Bahan B
125 gm mentega/marjerin
100 gam gula kastor
1 biji telur
1 camt parutan limau oren
1 camt vanilla

Cara membuatnya
Ayak tepung naik sendiri dan tepung jagung. Campurkan cornflakes. Gaul rata dan ketepikan. Mentega dan gula di pukul sebati, masukkan telur, esen vanilla serta kulit oren. Gaulkan mentega dengan campuran tepung dan cornflakes tadi. Gaul sehingga menjadi doh lembut dan terap mengikut acuan kegemaran anda. Lenserkan dulang pembakar dan aturkan biskut. Bakar dalam ketuhar selama lebih kurang 15 minit di dalam suhu 180 darjah celcius. Sejukkan di atas redai kuih. Apabila telah benar-benar sejuk, celup setengah bahagian biskut dalam coklat cair. Taburkan sedikit badam cincang. Simpan dalam bekas kedap udara.

|

Resipi...KETAM CILI BOMBAY

3 ekor ketam
1 tangai daun kari
sedikit cuka
0.5 cm halia dihiris
minyak untuk menumis

bahan kisar untuk dikisar
15 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
1 biji bawang putih

Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan daun kari dan hirisan halia sehingga naik bau.Kemudian masukkan bahan yang dikisar dan tumis sehingga sambal agak garing.Setelah garing masukkan ketam yang telah dibersihkan dan dibuang cengkerangnya.dan digaulkan sehingga sebati.Perlahankan api dan masukkan sedikit cuka dan tutupkan kuali dengan penutup.Ketam tak perlu masak terlalu lama dan akhir sekali masukkan garam dan serbuk perasa(jika suka).masakan ini tidak terlalu kering.

|

Resipi...WHITE ROCHERS

Bahan-bahannya
200 gram badam hiris
40 gram gula aising
200 gram coklat putih, dicairkan


Cara-caranya
1. Basahkan badam hiris dengan air dan taburkan gula aising diatas dan gaulkan.
2. Alaskan kertas kuih diatas loyang pembakar dan bakar badam pada suhu 180 darjah C. Sentiasa terbalikkan badam sehingga ia berwarna kuninig keemasan. Keluarkan dari ketuhar dan ketepikan sebentar supaya ia sejuk.
3. Campurkan coklat cair dengan kacang badam yang telah dipanggan dengan sempurna.
4. Titis satu sudu aduann ke atas kertas minyak. Paipkan sedikit corak coklat hitam diatas.
5. Simpan dalam peti sejuk selama 5-10 minit atau sehingga ia keras. Keluarkan dari peti sejuk dan simpan ditempat dingin yang bersuhu 20 darjah C.



Nota: Corak diatas Rochers masukkan coklat putih didalam beg plastik dan gunting hujung sikit sahaja dan line-linekan coklat putih diatas rochers. Exactly macam yang jual dikedai coklat!! Kalau tak suka coklat putih boleh gantikan dengan dark chocolate atau milk chocolate. Atasnya pula gariskan dengan coklat putih.

|

Resipi...STEAK AYAM KEDAH

Bahan-bahannya
1 ekor ayam (gunakan ayam kampung atau ayam tua, kerana ayam muda, cepat empuk dan mudah hancur)
10 tangkai lada kering
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu makan lada hitam
1 batang serai, dititik
4-5 cawan santan pekat dari 1 biji kelapa
garam secukup rasa

Cara-caranya
Ayam dipotong empat, cuci bersih dan toskan. Kisar lada kering, bawang besar, bawang putih dan lada hitam. Lumurkan dengan ayam dan ketepikan.

Panaskan ayam dalam kuali sebentar, supaya sebahagian airnya kering. Rebus ayam bersama santan, garam dan serai yang dititik, sehingga ia menjadi pekat dan kering.

Jika ayamnya sudah empuk, sedangkan kuahnya masih belum kering, angkat dahulu ayamnya dan biarkan kuahnya mendidih sehingga ia benar-benar pekat, kemudian barulah dimasukkan semula kedalam kuah. Kacau dan biarkan ia kering, sehingga keluar minyak. Sesudah itu, baru dimatikan api.

Steak Ayam Kedah ini sedap dimakan dengan nasi, lontong, ketupat, roti, terutama roti bakar. Lebih enak rasanya, jika dimasak hari ini dan dimakan keesokkan hari kerana rempahnya sudah meresap dalam daging ayam.

Sumber: Nurhuda Yusuf

|

Resipi...NUTTY CHOCOLATE GATEAU

Bahan-bahannya

(A)
5 biji kuning telur
50 gram gula

(B)
5 biji putih telur
130 gram gula

(C)
120 gram kacang badam kisar
80 gram tepung gandum
1/3 sudu teh serbuk penaik
1 sudu besar serbuk koko

(D)
40 gram mentega, dicairkan
80 gram coklat hitam, dicairkan

(E)
30 gram kacang walnut, dicincang
50 gram kacang pistachios, dicincang
30 gram kacang hazel, dicincang

ganache mentega (sila rujuk pada resipi yang telah diberikan)

Sirap
100 gram air
50 gram gula


Cara-caranya
1. Pukul (A) sehingga ringan dan gebu.
2. Pukul putih telur di (B) sehingga kembang dan berbintil-bintil. Tambah gula dan pukul sehingga pekat.
3. Campurkan adunan putih telur dengan (A) dan sebatikan. Kaup dan balikkan (C) dan gaul hingga rata.
4. Tambah (D) dan gaul hingga sebati. Masukkan (E) dan gaul hingga sempurna.
5. Tuang ke dalam acuan segiempat berukuran 9" yang digris dan alaskan dengan kertas pembakar.
6. Bakar pada suhu 180 darjah C selama 30 minit. Keluarkan kek dari acuan dengan segera. Biarkan ia sejuk.
7. Untuk membuat sirup: Masak gula dan air hingga gula larut. Ketepikan untuk sejuk.
8. Potong kek menjadi 2 lapisan mendatar. Sapukan permukaan kek dengan sirup.
9. Tangkupkan ganache mentega di antara 2 lapisan kek. Sadur seluruh kek dengan ganache mentega.
10. Paipkan ganache mentega diatas kek dengan corak garisan. Kemudian tabur kekacang di antara garisan-garisan seperti ditunjuk di gambar.

Nota: Pastikan (D) adalah panas apabila dicampur ke dalam adunan.

|

Thursday, October 20, 2005

Resipi...KEK DAM

Bahan-bahannya
400 gram mentega
3 cawan gula halus
4 cawan tepung gandum
2 sudu teh serbuk penaik
12 biji telur
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar serbuk koko
sedikit jem

Cara-caranya
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang, kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga adunan sebati.
2. Masukkan pula esen vanilla dan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik. Gaul rata.
3. Bahagikan kepada 2 bahagian, dicampurkan dengan serbuk koko dan satu dibiarkan warna asal.
4. Bakar menggunakan acuan kek dam. Apabila sejuk, lapiskan kek dam ini dengan menggunakan jem.

|

Resipi...KEK SUNKIST

Bahan-bahannya
3 biji telur
1 cawan gula kaster
1 cawan mentega
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar jus sunkist
1 sudu besar parutan kulit sunkist
2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh ovalette

Cara-caranya
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang dan masukkan ovalette dan pukul hingga sebati.
2. Masukkan telur satu persatu dalam adunan mentega dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan jus sunkist dan parutan kulit limau, gaul hingga rata.
4. Akhir sekali masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak. Bila adunan sudah sebati, bakar selama 1 jam atau sehingga kek masak pada suhu 170 - 180 darjah C.

|

Resipi...KEK COKLAT KENTANG

Bahan-bahannya
3/4 cawan mentega
2 cawan gula kaster
4 biji telur, diasingkan kuning dan putih
2 cawan tepung kek
2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh serbuk pala
1/4 sudu teh serbuk cengkih
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
4 sudu teh serbuk koko
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh soda penaik
1 cawan dan 2 sudu teh dadih (yoghurt)
1 cawan kentang, dilecek (dibiarkan sejuk)
1 sudu teh vanilla

Cara-caranya
1. Lengser dua tin bulat berukuran 22 cm dengan sedikit mentega. Alaskan dasarnya dengan kertas kalis minyak.
2. Dengan pemutar letrik, putar mentega dan gula hingga kembang.
3. Masukkan kuning telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi.
4. Ayak tepung kek, serbuk penaik, pala, cengkih, kulit kayu manis, koko, garam dan soda penaik.
5. Campur dadih (yoghurt) dengan kentang lecek.
6. Masukkan bahan ayak berselangseli dengan campuran dadih. Kacau rata-rata dan bubuh pula vanilla.
7. Putar putih telur hingga separuh kental. Kaup balikkan ke dalam adunan kek.
8. Ratakan di dalam 2 loyang tadi. Bakar pada suhu 190 darjah C selama 35 - 45 minit atau hingga masak.
9. Bila kek sejuk, hiaskan dengan krim mentega koko ditengah.

|

Resipi...Kari Dhal Udang

Bahan-bahan
1 sudu besar kacang dal (direndam dulu dan direbus sehingga empuk)
3 ulas bawang merah}
3 ulas bawang putih } ditumbuk
1 cm halia }
1 tangkai daun kari
1 paket kecil rempah tumis (bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih, biji
sawi, buah pelaga)
1 paket rempah kari ikan Babas
1 biji kentang (dibelah 4)
1 kilo udang segar (sederhana besar/besar)
1 biji kelapa (diambil santannya)
garam

Caranya:

1. Bersihkan udang dan toskan. Kalau nak kekalkan kemanisannya, kulitnya
jangan dibuang.
2. Pijarkan minyak, masukkan bawang merah, b.putih dan halia yang ditumbuk
tadi.
3. Bila dah garing, masukkan rempah tumis dan daun kari. Dah naik bau,
masukkan rempah kari, kacau rata, masukkan setengah cawan air.
4. Bila dah naik minyak/rempah garing, masukkan kentang yang telah dipotong
tadi.
5. Masukkan santan kelapa. Lepas tu masukkan kacang dal yang telah direbus
tadi.
6. Biar kentang empuk, tengoklah kepekatannya. Kalau nak cair lebihkan air
sikit. Terpulang pada individu.
7. Bila dah mendidih, baru masukkan udang tadi. Kacau rata. Masukkan garam
sesedap rasa. Padamkan api. Siap. (udang jangan dimasak terlalu lama, nanti
udang tu jadi keras dan kecut)

Selamat mencuba.

|

Resipi...AYAM MASAK ROJAK

Bahan-bahannya
1 ekor ayam, dipotong dicuci bersih dan toskan
1 sudu makan rempah kari daging
1 sudu makan serbuk ketumbar
2 sudu makan serbuk jintan kasar
3 cawan air
2 cawan kacang tanah, disangai dan dikisar

Bahan untuk dikisar
3 batang serai
2 jari lengkuas
2 jari halia
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
10 batang lada kering
sedikit air asam pekat
gula dan garam secukup rasa

Cara-caranya
Ayam diperap dengan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk, kemudian digoreng lembab.

Tumis bahan-bahan kisar dengan minyak bekas menggoreng ayam. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan kasar, serta rempah kari, kacau rata, sehingga naik aromanya.

Tuangkan air tiga cawan dan biarkan ia mendidih. Masukkan sedikit air asam pekat, gula dna garam secukup rasa. Setelah itu masukkan kacang tanah yang dikisar. Kacau rata, masukkan ayam yang telah digoreng lembab, tanakkan sebentar. Enak dihidangkan dengan lontong dan ketupat.

Sumber: Hajjah Hasnah Abu

|

Wednesday, October 19, 2005

Resipi...BISKUT TEMBIKAI

Sumber: Gadis Aries

Bahan-bahan
150 g gula kastor
250 g mentega
1 biji kuning telur Gred C
1 sudu besar susu pekat
290-320 g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
secubit garam
sedikit pewarna merah dan hijau
2-3 sudu besar bijan hitam
Paper cups
1 biji putih telur (utk menyapu doh agar ianya melekat...tapi Aries tak pakaipun putih telur)

Cara membuatnya
Pukul gula dan mentega hingga sebati, masukkan kuning telur dan susu pekat. Putar lagi hingga rata. Bubuh tepung gandum yg sudah diayak dengan serbuk penaik dan garam. Uli perlahan menjadi doh. Bahagikan 3 bahagian, ambil 2 bahagian dan campurkan dengan bijan hitam dan pewarna merah. Ambil baki doh, campurkan dengan pewarna hijau. Buatkan bebola kecil dengan doh merah.
Canai doh hijau setebal 3 mm. Sapu sedikit putih telur pada bebola merah kemudian salutkan dengan doh hijau. Simpan seebentar di dalam peti sejuk (supaya mudah memotongnya). Belah 4 bebola tadi dan atur di dalam paper cups dan barulah di letak di atas tin pembakar. Bakar pada suhu 160 C selama 20-25 min atau hingga masak.

* Peringatan
Masukkan tepung sikit² dulu....

|

Resipi...PINEAPPLE BISCUITS

Ingredients:

½ cup butter or margarine
½ cup light brown sugar, firmly packed
½ cup granulated sugar
1 large egg
1 can (8 ounces) crushed pineapple, undrained
1½ cups rolled oats
1 cup all-purpose flour
½ tsp bicarbonate soda
½ tsp cinnamon
½ tsp salt

Method:

Cream butter and sugars until light and fluffy; beat in egg. Stir in pineapple and oats. Sift together the flour, baking soda, cinnamon and salt. Add sifted mixture to the pineapple mixture; stir until well blended.

Drop by teaspoonfuls. Bake pineapple biscuits at 175° C for about 20 - 25 minutes.

|

Resipi...JANHAGEL

Source: Janny (Kitchen Capers)

Ingredients :
175 gram sugar
2 egg yolks
250 gram butter
250 gram plain flour
50 gram corn flour
2 tbsp milk powder

Topping :
2 egg yolks
4 tbsp sugar
50 gram slivered almond

Method :

1. Beat the butter and sugar until soft. Add the egg yolks and bit again until soft. Add the plain flour, corn flour & milk powdered that have been sifted in together.

2. Flatten out the dough on biscuit sheet/tin. (I used size 35cm x 25cm biscuit sheet). Bake for about 20 minutes at 170 fan-forced oven. Take it out and cut into 3x5cm pieces

3. Brush the egg yolk on the biscuit then sprinkle on the mixture of sugar & almond. Bake further for approx 15 minutes or until the biscuits are cooked through.

|

Tuesday, October 18, 2005

PELBAGAI PETUA

Mengelakkan ikan masin hancur
Taburkan sedikit tepung gandum pada ikan masin terlebih dahulu sebelum menggoreng.

=================================

Mencantikkan Telor Rebus

Rebuskan telur sehingga tiga suku masak. Masukkan kulit bawang merah ke dalam air rebusan dan biarkan sehingga warnanya luntur. Kemudian rebuskan kembali telur itu.

=================================

Menyimpan Cili Mesin

Rebuskan cili yg hendak dimesin terlebih dahulu,setelah agak sejuk basuh cili trsebut agar bijinya tertanggal dan supaya cepat hancur apabila dikisar.Kisar atau mesin seperti biasa bersama air suam,kemudian simpan dlm peti sejuk.Insyaallah cili tu akan tahan lama.

=================================

Menghilangkan hanyir ikan sungai

Caranya mudah saje iaitu dgn merendamkan ikan sungai yg telah disiang dgn air cucian beras.Biarkan selama beberapa minit,kemudian bilas dgn air bersih.Insyaallah bau hanyir akan hilang.

Atau, ikan itu di cuci dengan asam jawa dan diperap untuk seketika.

=================================

Petua menyimpan lengkuas

Untuk memastikan yang lengkuas yg dibeli tahan lebih lama dan tidak kecut,cuba amalkan petua ni.Masukkan lengkuas tersebut ke dalam botol kaca yg telah diisi dgn sedikit air.Insyaallah lengkuas akan tahan lbh lama.

|

Petua...Mengelakkan minyak masak berbau tengik

Minyak yang telah digoreng boleh disimpan di dalam botol. Untuk mewangikannya, letakkan serai. Kemudian, boleh digunakan semula untuk menggoreng.

|

Petua...Menghilangkan tanda hangus di periuk

Masukkan sedikit serbuk penaik (baking soda0 bersama sedikit air. Biarkan beberapa jam. Kemudian bersihkan sedikit periuk seperti biasa. Dengan cara ini, tanda hangus akan hilang dan periuk akan menjadi bersih kembali.

|

Resipi...MASAK LEMAK CENDAWAN

Bahan-Bahannya:

200 gm cendawan sisir} direndam
15 biji cili padi
2 biji bawang besar
2 sm kunyit hidup
1 biji buah keras
sedikit lada hitam
1 btg serai
1 liter santan

Cara membuatnya:

1.Masukkan bahan A serai dan santan ke dalam periuk,jerangkan dgn api perlahan hingga mendidih.
2.Kemudian masukkan cendawan garam dan asam keping.Masak lagi hingga mendidih.

|

Resipi...KARI AYAM KAPITAN

Bahan-bahan :

Ayam
Rempah kari ayam (or whatever you likes)
Serai di ketuk
Daun Kari
Serbuk Cili (or Ciliboh )
Santan (biar pekat dan tak payah banyak sebab bukan kari biasa, agak-agak ayam boleh masak cukuplah).

Bahan-bahan Dikisar :

Bawang Besar (bawang besar banyak lagi sedap)
Bawang Putih
Buah Keras
Kunyit Hidup

Cara-caranya:-

· Perapkan ayam ngan rempah kari.
· Goreng kan bahan yang dikisar. Masukkan daun kari.
· Campurkan rempah kari,serbuk cili dan sedikit santan, goreng sampai pecah minyak.
· Masukkan ayam ,serai dan santan. Biar mendidih dan kuah pekat.
· Kalau nak hias ..macam biasa cili hidup dan bawang goreng di atasnya.
· Kalau nak cepat, Kat supermarket dah ada rempah kari kapitan segera.

|

Resipi...NASI CARROT

Bahan2:

Nasi 2 pot susu
Lobak merah 2 batang (kalau nak banyak letak le 3 ke 4 ke)
Bawang besar 1 biji (Betul2 besar ni)
Susu cair 1 tin
Sos tomato (5 sudu)
Halia 1.5 inchi
Butter/Margerine
Rempah tumis - Kayu manis (1), Bunga lawang (3)

Cara membuat:-

· Lobak merah tu potong halus memanjang (jgn le halus sgt - cukup macam untuk popia sayur tu)
· Bawang besar, dan halia potong juga nipis2
· Basuh beras bersih2
· Then gaul butter secukupnye dgn beras yg dah dibasuh tadi (Put it aside)
· Kemudian tumis bawang, halia, rempah tumis dgn butter (dalam periuk ye...)
· Dah naik bau, masukkan lobak merah, sos tomato, susu cair kacau.
· Then masukkan air (sukat bahan ni semua cukup untuk masak nasi tadi -jgn sampai nasi jadi lembik)
· Dah didih, masukkan beras yg dah digaul dgn butter

|

Resipi...PUDING MAWI

Bahan-bahannya:

25 gm agar-agar
3 cawan air
3 sudu makan tepung kastard}dibancuh dgn 1/2 cawan air
2 cawan santan
1 cawan gula
1 biji telur
sedikit pewarna biru/merah}bahan dibancuh dgn 4 sudu air panas dan ketepikan
1 cawan serbuk vico
2 sudu makan serbuk nescafe

Cara membuatnya:

masak agar agar dgn gula sehingga hancur
kemudian masukkan santan,tepung kastard dan telur
ambik sedikit adunan dan bahagikan kepada 3 bahagian
satu adunan dgn bancuhan serbuk vico dan nescafe,dan satu adunan lg campurkan dgn warna biru manakal satu adunan lg dgn warna merah.
sejukkan dan sedia utk dipotong.



sumber:Majalah Rasa,Edisi November/Karankraf Sdn Bhd

|

Resipi...NASI GORENG THAI

Bahan-bahannya:

100 gm daging ayam
1 mangkuk nasi
20 gm kacang panjang
3 ulas bawang merah
20 gm mangga muda
20 gm udang kering
20 gm gajus
10 gm serbuk lada sulah
1/2 biji limau nipis
5 gm cili padi
sedikit belacan
2 ulas bawang putih
2 sudu besar sos ikan
1 biji telur dadar
minyak masak dan garam

Cara membuatnya:

Panaskan minyak dalam kuali.
cili padi ditumbuk bersama dgn bawang putih.Tumiskan bahan yg telah ditumbuk sehingga garing.
masukkan ayam,udang kering goreng,sos ikan,serbuk lada sulah,garam dan nasi.kacau hingga rata.Goereng selama 5 minit.
masukkan nasi dalam pinggang,masukkan kacang panjang,bawang merah dan mangga muda yg telah dihiris tadi.
Masukkan juga telur dadar dan perah asam limau nipis ke atas nasi.
sedia utk dimakan.

|

Resipi...YAW CHA KWE

Bahan-bahannya

500 gm tepung gandum
2 cawan air
1 camb marjerin di masak (cairkan)
1 camt garam halus
3 sudu makan gula
1 sudu makan susu pekat manis
1 biji kuning telur
2 camca teh yis kering
1/2 camca teh soda bikarnonat (jika tak pakai pun lagi lembut)
minyak untuk mengoreng



Cara Membuatnya

1. Sediakan satu mangkuk adunan. Masukkan 2 cawan air, marjerin, gula, susu, garam, kuning telur, yis kering dan soda bikarbonat.


2. Semua bahan tersebut di kacau hingga larut, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Adunan biar lembut. Uli hingga tidak melekat. Bulat-bulatkan adunan. Biarkan sehingga setengah jam, tutup dengan tuala.


3. Ambil adunan dan canai. Kerat-kerat dan ambil lidi basah, tekan dan tindih dan di tarik panjang. Panaskan minyak dan goreng sehingga kuning dan masak. Goreng dengan api sederhana.

|

Resipi...KEK HALMA

Bahan-Bahan:
8 auns kurma (dibuang biji)
1 sudu teh soda bikarbonat
150 ml air panas
4 auns gula merah
4 auns mentega
2 sudu besar sirap kencana hitam 1 sudu besar sirap kencana pucat
2 biji telur
8 auns tepung naik sendiri
2 sudu teh serbuk halia
2 sudu besar gulai aising

Cara :
Cincang buah kurma, taburkan sedikit soda bikarbonat.
Masukkan ke dalam mangkuk yang berisi 150 ml air panas dan biar sehingga sejuk.
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan kedua-dua sirap kencana hitam dan pucat.
Kemudian masukkan telur sebiji-sebiji dan pukul lagi. Masukkan tepung, halia, buah kurma serta airnya sekali kacau.
Tuang ke dalam acuan bulat dan bakar selama 50 - 60 minit. Setelah dikeluarkan dan bila sejuk barulah ditabur gula aising.

|

Resipi...KEK HALIA

Bahan-Bahan:
8 auns tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 ½ sudu teh halia (ditumbuk halus)
2 auns sirap kencana hitam
4 auns sirap kencana pucat 3 auns mentega
2 auns gula merah
2 biji telur
2 sudu teh susu cair

Cara:
Ayak tepung dan soda bikarbonat dalam sebuah mangkuk.
Masak kedua-dua sirap kencana, gula merah berasama mentega di atas api perlahan sehingga cair.
Pukul telur dan susu seketika, campurkan ke dalam air gula yang dimasak.
Masukkan ke dalam tepung dan kacau hingga sebati.
Masukkan dalam acuan empat persegi yang telah disapu mentega dan bakar selama sejam.

|

Resipi...KUIH GUNTING

600g tepung gandum
1/2 peket rempah kari daging
serbuk cili secukup rasa
garam secukup rasa
1 genggam udang kering
1 ikat daun bawang
2 sudu majerin
1 biji telur
air secukupnya untuk menguli
minyak untuk menggoreng
daun kari (jika suka)

cara membuatnya:

campurkan tepung gandum, serbuk kari, cili dan garam dan gaul rata

campurkan majerin dan gaul rata sehingga jadi seperti serbuk roti (bread crumbs)

tumbuk halus udang kering, mayang halus daun bawang dan campurkan ke dalam adunan

campurkan telur dan air ke dalam adunan dan uli sehingga sebati

tebarkan adunan, canai sehingga nipis dan gunting, goreng menggunakan minyak yang banyak.

|

Resipi...AYAM CENCALOK

Bahan Bahan.

250 gm ayam (bahagian dada, dipotong lebar)
1 s/kecil gula
2 s/besar cencalok
2 s/besar minyak
2 batang serai (dititik)
2 biji bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
125 ml air
2 biji cili merah (dihiris nipis)
2 biji cili hijau (dihiris nipis)


Cara Menyediakannya

1. Perapkan ayam bersama cencalok selama 15 minit.

2. Tumiskan bawang besar, serai dan bawang putih sehingga wangi.

3. Kemudian masukkan ayam dan biarkan selama 2 minit, masukkan
air, dan kedua- dua cili.

4. Goreng dan kacau sehingga kuahnya pekat.

|

Resipi...SOP HAM CHOY AYAM

Bahan Bahan

300 gm sayur Ham Choy (jeruk kobis)
1 ekor ayam (saiz sederhana)
2 biji tomato
2 biji bawang besar
1 biji lobak merah
3 ulas bawang putih
1 keping tauhu
1 kiub stok ayam
4 s/besar sos soya cair
garam dan gula secukup rasa
3.5 liter air
1 liter air (untuk tambahan)

Cara Menyediakannya

1. Bersihkan sayur ham choy, potongkan kepada 3-4 bahagian,
potong ayam, bawang besar, tomato, lobak merah dan tauhu
kepada 8 bahagian setiap satu.

2. Campurkan kesemuanya ke dalam periuk berisi 3.5 liter air,
didihkan selama 2 1/2 jam, jika perlu tambahkan air dan biarkan
mendidih selama 45 minit lagi.

|

Resipi...UDANG ASAM BERCILI DGN KACANG PANJANG

Bahan Bahan

1.5 liter air } dicampur untuk
100 gm asam jawa } air asam

1 tangkai daun kesom
200 gm kacang panjang (dipotong 2 cm panjang)
400 gm udang harimau (saiz besar dan dibuang janggut)
1 tangkai cili merah (dibelah tidak putus)
1 s/kecil garam
1 1/4 s/besar gula
1 s/kecil serbuk pati ikan bilis

Bahan Bahan A

3 biji cili merah }
20 ulas bawang merah }
1 ulas bawang putih }
3 cm lengkuas } dikisar halus
3 cm kunyit hidup }
2 batang serai (dihiris nipis) }
2 s/kecil belacan }
sedikit halia (dihiris nipis) }

Cara Menyediakannya

1. Campur bahan yang dikisar dengan air asam dan didihkannya, masukkan daun kesom kecilkan api dan renehkan selama 5 minit.
2. Masukkan kacang panjang dan biarkan ia masak selama 4 minit.
3. Masukkan udang cili merah, perasakan dengan garam, gula dan serbuk pati ikan bilis.
4. Didihkan di atas api yang besar dan tutup api apabila telah masak, hidangkan
panas bersama nasi.

|

Resipi...KEK LUMUT

10 biji telur
1/2 tin kecil susu manis
2 sudu teh vanilla
3 1/2 gelas Nestum (family cereal)
2 botol kecil pandan paste
1 gelas tepung almond or tepung kacang gajus
satu botol kecik jem epal or mixed fruit
16 oz mentega
3/4 gelas gula halus


cara membuatnya

1.Pukul mentega dengan gula hingga kembang dan putih.

kemudian masukkan telur satu persatu hingga habis dan pukul rata. lepas tu, masukkan pewarna, susu, vanilla, jem dan gaulkan hingga sebati.

2.Akhir sekali, masukkan nestum dan tepung gajus.

3.kukus hingga masak

|

Resipi...UDANG KANTONIS

Bahan Bahan

1 kg udang besar (10-15 ekor)
2 s/besar tepung jagung
minyak (untuk menggoreng)
2 cm halia muda (dihiris nipis)
2 batang saleri
1 batang lobak merah (dibentuk bunga)
1 biji cili merah (dihiris)
8 biji 'water chesnut'
1 cawan kacang pea
30 gm cendawan cuping (direndam)

Bahan Bahan Sos

2 s/besar sos tiram
2 s/besar kicap cair
1 s/kecil tepung jagung
1 s/kecil lada putih


Cara Menyediakannya

1. Didihkan air panas bersama sedikit garam dan rebuskan sayur-
sayuran.

2. Di kuali berasingan, tumiskan bawang putih, halia, 'water chesnut'
dan masukkan udang, goreng selama 5 minit, kemudian masukkan
sos tiram, kicap cair dan lada putih, sedikit gula dan bancuhan
tepung jagung.

3. Masukkan sayur-sayuran yang direbus tadi ke dalam kuali,
gorengkan bersama dan hidangkan panas.

|

Resipi...KERABU TELOR MASIN

3 biji telur - rebus dan hiris
1 biji tomato - potong dadu
1 kacang panjang - hiris
1 pokok bunga kantan - hiris halus
1/ biji bawang besar - hiris
5 biji cili padi - hiris
2 sudu besar jus limau nipis
garam


Cara2:
campur semua bahan dalam mangkuk.
gaul rata.

|

Resipi...NASI KERISIK MAWI

Bahan-bahan

5 cawan beras Basmathi (dibersihkan dan ditoskan)
5 cawan air
½ minyak sapi
1 mangkuk kerisik kelapa
1 sudu makan rempah (campuran rempah)
10 ulas bawang merah (dikisar)
5 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
3 batang serai (dikisar)
4 helai daun pandan
4 helai daun limau purut (dimayang)
4 kuib pati ayam
1 mangkuk gajus goreng/kismis
1/2 cawan daun sup (dimayang)
½ mangkuk isi ayam (dipotong dadu)
½ mangkuk isi udang (dikisar)
1 mangkuk bawang goreng



Cara Penyediaan

Panaskan minyak sapi, masukkan bahan kisar dan bahan mayang,

pati ayam serta air dan biarkan mendidih. Kemudian, masukkan isi ayam dan

isi udang serta kerisik kelapa, daun pandan, daun limau purut dan bunga kantan.

Biarkan mendidih. Masukkan beras dan biarkan kering. Bila sudah masak, taburkan bawang goreng, buah gajus dan kismis.



SUMBER IKON-BERITA HARIAN 8 OKTOBER 2005

|

Monday, October 17, 2005

Resipi...SPEGHETTI MARINARA

Bahan-Bahan
1 paket spaghetti mentah
bawang putih
100g udang
100g sotong di potong halus
300g kupang yang sudah dibersihkan
garam
chili paste
minyak zaiton


Cara Cara
Rebus spaghetti hingga lembut. Panaskan minyak zaiton dan bawang putih hingga wangi. Masukkan udang, sotong kupang dan gaul ramuan tersebut bersama garam secukup rasa dan chili paste. Masukkan speghetti yang telah lembutitu dan gaul hingga rata.

|

Resipi...Kuih Dadar Udang Kering

Bahan-Bahan

Untuk Kulit Dadar
1 biji Telur ayam
3 camca besar Minyak
3 biji Bawang merah - dimayang
2 cawan Tepung gandum
3 cawan Air
75gm Udang kering - direndam dan dikisar
1/4 camca teh Garam
1/4 camca teh Lada sulah
3 tangkai Daun bawang - dipotong kecil

Untuk Isi Dadar
1 camca besar Minyak
2 biji Telur ayam
1 camca kecil Tepung gandum
2 batang Tofu jepun, dilenyek
1 ulas Bawang besar )
1 ulas Bawang putih )dicincang
4 ekor Udang basah )
1 batang Cili merah )
Sedikit Garam dan lada sulah

Cara Cara

Membuat Kulit Dadar
1. Panaskan minyak, tumiskah bawang goring hingga perang dan garing. Toskan.
2. Masukkan udang kering dan goring di atas api yang sederhana sehingga wangi dan garing. Toskan.
3. Keluarkan minyak di kuali dan simpan untuk menggoreng kulit dadar.
4. Ayak tepung ganduk ke dalam mangkuk dan masukkan air untuk membuat adunan yang cair dan licin. Tapis adunan jika bergentil.
5. Masukkan garam, lada sula, daun bawang, udang kering ke dalam adunan tepung dan gaul hingga rata.
6. Panaskan kuali dengan minyak tadi dan tuangkan sesenduk adunan tepung. Goring kedua dua belah dadar itu sehingga perang sedikit. Goreng adunan tepung itu sehingga habis.

Membuat Isi Dadar
1. Panaskan kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan tofu Jepun, lada sulah, garam, cili merah dan telur dan tumis dengan bawang bawang tadi sehingga kering.
2. Kemudian masukkan tepung gandum dan gaul hingga rata dan sejukkan.
3. Bila dah sejuk, letak sedikit isi dadar di atas sebuah kulit dadar dan gulungnya. Hidangkan kuih dadar udang kering bersama cili sos.

|

Resipi...TENGGIRI BELENES

Bahan-bahan
3 keping ikan tenggiri
4 sudu besar minyak masak

Bahan-bahan dikisar halus
1/2 sudu besar asam jawa diperah bersama 125 ml air
3 sudu besar ketumbar
1 sudu teh jintan putih
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm kunyit
2 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam
3 cm lengkuas

Cara membuatnya
1. Perap ikan bersama bahan dikisar, 30 minit.
2. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ikan diperap tadi sekeping demi sekeping jangan hingga garing. Angkat.
3. Menggunakan minyak sama, tumis baki bahan memerap ikan tadi hingga ia terbit minyak.
4. Masukkan ikan dan balik-balikkan dua, tiga kali. Angkat.

|

Resipi...SAGUN BAKAR

Bahan-Bahannya
150 gram majerin
1 biji kuning telur
1 biji (350 gram) kelapa parut putih
½ sudu teh garam
½ sudu teh serbuk vanilla
250 gram gula pasir
500 gram tepung sagu
sedikit majerin

Cara-caranya
1. Pukul majerin sehingga berwarna pucat, masukkan kuning telur dan pukul rata-rata. Ketepikan.
2. Campur dan gaul kelapa parut, garam, vanilla dan gula sehingga larut. Masukkan tepung sagu, kacau dan campur dengan adunan majerin sehingga sebati.
3. Tuang dan ratakan adunan setebal kira-kira 4mm dalam acuan pembakar yang disapu sedikit majerin. Potong-potong adunan 4cm x 6 cm dengan pisau tajam.
4. Bakar dalam ketuhar pada 160 darjah C selama 40 minit sehingga masak dan kuning keemasan. Tekan bekas potong dengan pisau ketika kuih masih lembut dan panas agar mudah dipatahkan. Sejukkan sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

|

Resipi...CHICKEN MUSHROOM LINGUINE

Bahan-bahannya
170 gram cendawan shitake, dihiris (gunakan cendawan shitake)
1 biji bawang, didadu
1/4 cawan mentega
1 kg isi ayam, dihiris
1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam
2 cawan air stok ayam
1 cawan sour cream/ yoghurt
1 paket pasta linguine
1/2 sudu teh bawang putih, dicincang
secukup serbuk lada hitam

Cara-caranya
1. Didihkan air dalam periuk yang besar yang telah dicampurkan dengan sedikit garam. Masukkan pasta linguine dan masak sehingga lembut selama 8 minit. Angkat dan toskan.
2. Cairkan mentega dalam periuk gunakan api sederhana. Masukkan bawang dan cendawan dan masak sehingga lembut. Angkat dan ketepikan.
3. Masukkan ayam dalam periuk itu dan bawang putih. Masak sehingga ia kekuningan dan masak sepenuhnya.
4. Masukkan tepung dan garam dalam periuk dan gaul sentiasa sehingga ia sebati. Masukkan pula air stok ayam dan renehkan menggunakan api kecil sehinnga sos pekat. Kemudian masukkan cendawan dan bawang tadi dan juga sour cream/ yoghurt. Masak sehingga ia panas tapi jangan sampai mendidih. Hidangkan bersama pasta linguine.

|

Resipi...TALAM SERI CEMPEDAK

Sumber: Hawa Ismail

Bahan-bahannya

Bahan A
300 gram tepung beras
200 gram isi cempedak
175 gram gula pasir
1100 ml santan cair (100 ml santan kotak + 1,000 ml air)
2 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh pes cempedak
sedikit warna kuning atau oren (bergantung pada warna cempedak)
sedikit garam

Bahan B
4 biji telur
2 sudu makan penuh tepung gandum
275 ml santan pekat (200ml santan kotak + 75 ml air)
200 gram gula pasir
1 sudu teh pes pandan
sedikit esen pandan
sedikit warna hijau

Bahan C
4 biji telur
2 sudu makan tepung beras
275 ml santan pekat (200 ml santan kotak + 75 ml air)
175 gram gula
1 sudu teh warna merah
sedikit esen rose

Cara-caranya
Isi cempedak dan santan cair dikisar halus dan ditapis. Campurkan dengan semua Bahan A. Gaul rata dan tapis lagi. Kacau atas api sehingga berwap dan kukus dalam loyang bulat 13”. Satukan semua Bahan B dan gaul rata. Tapis dan kacau atas api sehingga berwap, kemudian tuangkan diatas sehingga berwap, kemudian tuangkan diatas kuih yang sedang dikukus. Kukus lagi sehingga masak. Satukan semua Bahan C gaul rata dan tapis. Kacau atas api sehingga berwap. Tuangkan diatas kuih yang sedang dimasak dalam kukusan. Kukus lagi sehingga masak.

Panduan
Jika cempedaknya manis, kurangkan sukatan gula. Kuih ini elok disejukkan dahulu, baru boleh dipotong dan dihidangkan.

|

Resipi...NAZAR IKAN MASALLA

Bahan A
500 gram ikan
1 sudu makan pes halia dan bawang putih
1 sudu teh jus limau nipis
1 sudu makan minyak zaitun
1 sudu makan lada serbuk
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sduu teh pewarna kuning
1 sudu makan tairu
1 sudu makan tepung beras
garam secukup rasa

Bahan B
1 sudu makan halba
1 sudu makan pes hali dan bawang putih
1/2 cawan tairu
1 sudu makan kunyit serbuk
1 sudu makan lada serbuk
garam secukup rasa

Bahan C
1 sudu makan pes badam
1 sudu makan pes pitachio
1 sudu makan garam masalla
2 sudu makan pes bawang goreng
1 cawan jus tomato segar
1 cawan air

Bahan D
1/2 cawan hirisan daun ketumbar dan daun pudina
1/2 cawan minyak zaitun

Cara-caranya
Gaul rata semua Bahan A dan perap 1 jam. Ikan disapu sedikit minyak dan dipanggan kedua-dua belahnya sehingga masak dan garing.

Panaskan minyak dalam kuali. Tumis Bahan B selama berapa minit. Masukkan pula Bahan C dan masak sehingga mendidih. Masukkan daun pudina/ ketumbar dan gaul rata. Ikan yang sudah dibakar diataur dalam pinggan. Tuangkan kuah yang baru dimasak dan sajikan panas-panas.

Sumber: Hajjah Azarah Bte Abdul Majid

|

Resipi...LIDAH MASAK MERAH

500 g lidah (sedia dimasak)
100 ml minyak
2 ulas bawang putih, dicincang halus
6 tangkai daun bawang, dihiris 3 cm
2 labu bawang besar, dihiris bulat
2 biji tomato, dibelah 6
2 biji cili merah, dihiris serong
4-5 biji cili padi, dititik jika suka pedas

Bahan Sos
200 ml air
1 camt serbuk belacan
4 biji cili merah, dikisar halus
2 camb sos ikan
80 ml sos tomato
100 ml sos cili
gula, garam secukupnya

Bahan Pemekat
1 camb tepung jagung
3 camb air

Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan bahan sos,
kacau rata-rata. Bila mendidih dan terbit bau, tuangkan bahan pemekat
dan kacau 1 min. Bubuh pula lidah, bawang besar, daun bawang dan semua
bahan lain. Kacau hingga lidah bersalut elok dengan kuahnya.

|

Resipi...BISKUT KELAPA PUTIH TELUR

4 biji putih telur
1 1/2 cawan gula kaster
1 camt vanila
1/2 cawan kekacang tumbuk
1/2 cawan kelapa kering
90 g cornflakes, dikisar kasar
1/2 cawan tepung gandum

Putar putih telur hingga separuh kembang, masukkan sedikit demi
sedikit gula, pastika pukul sebati setiap kali. Isikan adunan ke dalam
mangkuk besar, bubuh semua bahan lain dan kacau rata. Sudukan ke atas
tin pembakar berlengser majerin dengan jarak 4 cm. Bakar selama 30-35
min pada suhu 170 C atau hingga keemasan dan rangup. Biar sejuk atas
tin pembakar.

|

Resipi...Bantal Pelok Mawi

Bahan-Bahannya :
700gm tepung gandum
500gm butter
100gm gula icing
100gm tepung susu
1 s/t vanilli
3 biji kuning telur
1 biji puteh telur
2 titik pewarna lemon yellow
Kurma dibuang bijinya dan dilenyek sedikit
sedikit garam

cara2nya
a. Butter, gula,vanilli dikacau rata lalu masukkan telor gaul lagi hingga rata.
b. Kemudian masukkan tepung susu,tepung gandum gaul lagi hingga sebati.
c. Perap adunan sebentar, ambil adunan sebesar goli buat semuanya hingga habis lalu canai suku inci tebal isikan inti kurma dan digulong ( saperti biskut bantal pelok saloma )
d. Buat semua adunan hingga habis kemudian aturkan di loyang pembakar sapukan dgn kuning telor ( yg telah di kacau dgn 2 titik pewarna lemon yellow) lalu di bakar.

|

Resipi...NASI TURKI

Bahan-Bahan

BAHAN “A”
1 kg beras basmati, cuci dan rendam selama 10 minit
1 kg daging atau ayam, dipotong kecil-kecil
Air ikut paras beras
200 g tomato puri
1 cawan Yogurt Anleen perisa mangga
3 batang lubak merah, didadu
1 tin kacang pis, buang airnya
1/2 cawan daun ketumbar
1/2 cawan daun pudina
1 cawan minyak canola

BAHAN “B” TUMIS
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
2 cm kayu manis

BAHAN “C” KISAR
2 biji bawang besar
6 biji bawang putih
3 biji tomato segar

BAHAN “D” REMPAH
1 sudu makan serbuk ketumbar } Gaul rata dan
1 sudu the serbuk jintan manis } bancuh dengan
1 sudu the serbuk jintan putih } sedikit air
1 sudu the serbuk lada putih }

HIASAN
1 cawan bawang goreng
100 g gajus, belah dua dan goreng
100 g kismis, goreng sebentar (jika perlu)
100 g daun ketumbar

Cara Cara
Tumis“B” sehingga naik aromanya. Masukkan“C” dan gaul rata. Masak sehingga pekat Masukkan pula daging, bahan“D,” tairu, tomato puree dan masaklah sehingga dagingnya empuk. Tuangkan air (mengikut paras beras) dan masak lagi sehingga mendidih.

Sementara itu, masukkan beras dan karot ke dalam periuk letrik. Kemudian tuangkan kuah daging yang baru mendidih serta garam secukup rasa. Sukatan kuahnya haruslah sama dengan jumlah berasnya. Lebih selamat jika dilebihkan sedikit kuahnya, untuk menentukan nasinya tidak keras. Onkan swis periuk nasi.

Apabila nasi hampir kering, masukkan daun pudina, daun ketumbar, kacang pis serta setengah bahagian kismis dan gajus. Biarkan sehingga nasinya masak.

|

Thursday, October 13, 2005

Resipi...Ayam Goreng Kalasan

Bahan-bahannya:

Gambar Sekadar Hiasan
8 biji cili merah
4 ulas bawang putih
1 bawang besar
Kunyit
Daun ketumbar
3 batang serai
Pati santan
3 helai daun salam
3 cawan minyak masak
Sedikit gula merah
Garam
Limau nipis
1 ekor ayam kampung

Cara menyediakannya:
Giling bawang dan cili merah.
Masukkan ayam dan pati santan dalam periuk serta bahan-bahan giling dan daun salam.
Masak hingga isi ayam empuk.
Keluarkan ayam dan sejatkan. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga garing.
Biarkan kuah terus masak pekat. Masukkan gula merah dan perahan limau.

|

Resipi...Tori Teriyaki (Grilled Chicken In Teriyaki Sauce)

Bahan-bahannya:

250 gm ayam - bahagian paha
100 gm salad
30 gm lobak merah } diparut
30 gm bawang besar }


Bahan A:

200 ml sos soya Jepun
100 ml air
300 gm tulang ayam
150 gm bawang besar - hiris bulat
100 gm daun kucai - dipotong
80 gm gula

Cara menyediakannya:

Untuk membuat sos teriyaki, didihkan bahan-bahan A. Masak dengan api yang kecil sehingga kuantitinya berkurangan sebanyak 20 peratus. Sejukkan dan buangkan tulang ayam, bawang dan daun kucai. Tapis sos dan ketepikan.

Paha ayam hendaklah dibuang tulangnya. Ketuk-ketukkan daging dengan pisau agar ia menjadi leper dan mampat.
Lumurkan daging ayam dengan sos teriyaki dan kemudian panggang dengan menggunakan pemanggang elektrik. Panggang sehingga memasak. Tetapi sepanjang tempoh memanggang itu, sapukan lagi sos ke seluruh ayam sebanyak tiga kali. Sambil memanggang, ayam hendaklah dibalik-balikkan agar masaknya rata.
Untuk menghidang, susun daun salad, parutan lobak merah dan bawang. Kemudian hidangkan ayam panggang Tori Teriyaki.

|

Resipi...5 Spice Chicken with Potato Cake

Bahan-bahannya:

180-200 gm dada ayam - dikelar

Bahan Perap:
1 sudu teh serbuk 5 spice
1 sudu teh bawang putih - dicincang
1 sudu teh halia - dicincang
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh daun ketumbar - dicincang
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap cair
• Perap dada ayam selama 15 hingga 30 minit.

Bahan-bahan Potato Cake:
1 biji kentang
20 gm daun bawang
Lada hitam secukup rasa
Garam secukup rasa

Bahan-bahan Sayuran:
50 gm tauge
50 gm tauge hijau
1 ulas bawang putih - dicincang
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh minyak masak
• Sayuran ini ditumis

Cara menyediakannya:

Kentang dibuang kulit dan direbus. Kemudian diparut dan gaulkan dengan daun bawang, lada dan garam secukup rasa. Kemudian bentukkan bulat dan leperkan.

Dada ayam yang diperap dan dipanggang bersama kentang sehingga masak.
Disajikan dengan cara meletakkan kentang di bawah diikuti sayuran tauge dan dada ayam di bahagian atas.
Hias mengikut cita rasa sendiri.

|

Resipi...Hot Pot Zurich Style

Bahan-bahannya

750 gm daging lembu/ kambing - dipotong
200 gm bawang besar - dihiris halus
200 gm kubis hijau
300 gm kentang - dibuang kulit & dipotong
300 gm lobak merah - didadu
300 gm stok daging atau ayam (ikut cita rasa)
2 sudu besar mentega cair
1 biji bawang putih
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 helai herba marjoram
1 helai herba thyme
Garam dan lada hitam secukup rasa

Cara Membuat :

Panaskan kuali dengan mentega cair dan gorengkan daging hingga seimbang dan menjadi separuh masak.
Kemudian, masukkan bawang besar dan bawang putih. Gorengkan hingga naik bau.
Selepas itu, masukkan herba thyme, marjoram, serbuk jintan dan perasa secukupnya. Gaulkan hingga sebati.
Tambahkan kentang, lobak merah dan kubis. Biarkan seketika sebelum menuangkan stok daging ke dalam campuran.
Akhir sekali, biarkan ia mendidih dan pastikan daging itu menjadi lembut. Sedia dihidangkan panas ke dalam mangkuk hidangan.

|

Resipi...Kuih Bakar Bijan

Bahan-bahannya:
1 kg tepung gandum
1000 ml santan pekat
250 ml air perahan daun pandan
600 ml gula
10 biji telur ayam
11/2 sudu makan bijan
1 sudu teh minyak jagung

Cara menyediakannya:
Pukul telur sehingga kembang kemudian masukkan air daun pandan sedikit demi sedikit.
Kemudian masukkan tepung perlahan-lahan dan kacau rata.
Setelah itu masukkan santan dan kacau hingga sebati.
Di dalam acuan tembaga yang sederhana panas masukkan beberapa titis minyak jagung dan sapukan sekata dengan kain bersih.
Tuang aduanan di dalam acuan dan masukkan di dalam oven selama 35 minit pada suhu 160ºC.
Ketika kuih hamper masak, taburkan bijan diatasnya dan masukkan semula ke dalam oven.
Sedia untuk dihidang.

|

Resipi...Mi Kari Utara

Bahan-bahan:
2 kg mi kuning - dicelur
200 gram tauge - dicelur
2 tangkai sawi - dicelur
1 kg kerang - direbus
1/2 ekor ayam - dipotong
1 ketul keledek - direbus & dilecek
1 1/2 biji kelapa - ambil santannya
4 keping tauhu goreng
4 ketul tauhu kering
2 paket bebola ikan
1 kiub pati ayam
2 paket serbuk kari ayam + sedikit air
2 biji cili merah - dihiris
1 tangkai daun bawang & daun sup - dihiris
5 biji telur rebus - dibelah
5 biji limau kasturi - dibelah
2 batang serai - diketuk
200 gram udang kering - ditumbuk
5 ulas bawang merah - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
Sedikit lengkuas & halia - ditumbuk
Garam
Minyak masak

Cara Menyediakannya:
Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang ditumbuk hingga garing.
Masukkan bancuhan serbuk rempah dan masak hingga keluar minyak.
Kemudian masukkan santan dan ayam. Apabila mendidih, masukkan tauhu kering, bebola ikan, kerang, kiub pati ayam, keledek dan garam.
Kacau selalu hingga mendidih. Angkat dan hidangkan.

Cadangan Hidangan:
Bubuh mi, tauge dan sawi dalam mangkuk. Sendukkan kuah kari ke dalam mangkuk tadi hingga penuh. Hiaskan dengan telur rebus, tauhu goreng, cili merah, daun bawang dan daun sup.

|

Resipi...Ayam Masak Kuning

Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam.
1 sudu besar serbuk kunyit.
1 biji bawang merah di tumbuk
4 biji bawang putih di tumbuk
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam
Daun pisang

Cara menyediakannya:
Bersihkan ayam, potong pada saiz yg anda inginkan.
Perapkan ayam dengan bahan yang telah ditumbuk, kunyit, garam, lada hitam selama 2 jam.
Kemudian panaskan kuali dengan api yang perlahan. Letakkan daun pisang di atas kuali dan letakkan ayam kemudian letakkan daun pisang di atas ayam supaya ayam berada di antara daun pisang.
Masak dalam masa 1/2 jam bergantung pada keempukkan ayam.
Siap di hidangkan utk makam bersama keluarga.

|

Resipi...Pasta Fettucine Carbonara

Bahan-bahannya:

150 gm pasta fettucine
50 gm bawang merah - dipotong dadu
75 gm daging salai - dihiris halus
10 gm bawang putih - dicincang halus
100 ml krim segar
50 ml stok ayam
25 gm keju parmesan parut
1 sudu teh parsli | dicincang
1 sudu teh | minyak zaitun

Cara menyediakannya:

Didihkan air dan rebus pasta fettucine untuk seketika bersama sedikit titisan minyak zaitun dan ketepikan.

Panaskan kuali dan masukkan bawang putih dan bawang merah. Gorengkan hingga naik bau.

Kemudian, masukkan daging salai, stok ayam, krim segar dan kacau hingga pekat.

Selepas itu, masukkan fettucine tadi dan gaulkan sebati bersama campuran krim.

Apabila sebati, hidangkan ia di atas pinggan hidangan dan untuk hiasan, taburkan keju parmesan parut dan daun parsli di permukaan fettucine. Sedia dimakan.

|

Resipi...Sup Makanan Laut Mediterranean

Bahan-bahannya
30 gm udang
30 gm sotong
30 gm isi kepah
2 biji cili padi
5 gm lobak merah - dihiris nipis
5 gm saderi - dihiris nipis
Sedikit daun ketumbar - dipotong
Sedikit garam dan perasa
Sedikit serbuk lada putih
Sedikit air rebusan ayam

Cara Membuat :

Masukkan udang, sotong dan isi kepah ke dalam air rebusan ayam.
Campurkan lobak merah, cili padi dan saderi, juga serbuk perasa dan garam.
Akhir sekali taburkan serbuk lada dan daun ketumbar, kemudian sedia dihidangkan.

|

Resipi...KUAY TEOW GORENG THAI

Bahan-bahannya

Untuk perap

8 oz daging, dipotong nipis panjang
3-5 ulas bawang putih, dicincang
1 biji telur, dipukul
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar sos ikan
3 sudu besar kicap manis (sweet dark soy sauce_
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan gula
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu besar halia, dihiris
1 sudu besar daun bawang, dipotong
1 sudu besar bawang, dihiris
1 sudu besar cili padi Thailand, dipotong halus

Cara-caranya

Campurkan semua bahan di atas dan perap daging untuk satu jam.


Bahan-bahan

Daging yang telah diperap
8 oz mee kuay teow, dicelur sekejap
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar gula
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis (sweet dark soy sauce)
½ cawan kacang goreng,

Cara-caranya

Panaskan kuali dan letak sedikit minyak. Goreng daging yang telah diperap tadi sampai masak. Masukkan kuay teow, sos ikan, gula, sos tiram, dan kicap manis. Kacau hingga rata. Sewaktu menghidang taburkan kacang goreng.


Nota: Boleh juga gunakan udang, sotong atau daging ayam ikut citarasa sendiri. Kalau inginkan sayuran, boleh juga ditambahkan dengan sayur sawi.

|

Resipi...KEK SUJI HITAM MANIS

Sumber: Hajjah Fatimah Bte Mohd Ibrahim Marican

Bahan-bahannya

12 biji telur

500 gram gula kaster

250 gram suji (gunakan suji dalam tin)

Pukul rata 3 bahan diatas dan ketepikan kira-kira 18 jam. Tutup dengan kain kasa.


Bahan lain yang diperlukan

250 gram badam hiris

300 gram sultana hitam, dicincang

1 sudu makan tepung gandum, diayak

1 sudu teh esen rose

500 gram mentega, dilembutkan

2 sudu the warna hitam sarsaparilla

1 tin kuih, gris sekeliling dan alas dasarnya dengan kertas kuih


Cara-caranya

Panaskan ketuhar pada suhu 160 darjah C dan bila hendak membakar kek turunkan ke 150 darjah C. Panaskan kuali atas api yang sederhana. Masukkan mentega. Bila mentega setengah cair, masukkan badam, goreng sehingga kekuning-kuningan, angkat dan isi dalam mangkuk kaca. Goreng pula sultana sebentar, angkat dan campurkan dengan badam. Ketepikan. Kecilkan api.


Campurkan 1 sudu makan tepung kepada adunan suji dan gaul rata. Masukkan sarsaparilla dan kacau rata. Tuangkan adunan ini kedalam kuali (apinya masih lagi kecil) dan kacau rata. Apabila berwap sedikit, masukkan badam dan kismis goreng dengan mentega yang dicairkan tadi sekali. Masukkan sekali esen rose. Kacau hingga pekat dan kental.


Tuangkan adunan kedalam tin kuih dan bakar pada suhu 150 darjah C sehingga masak. Bakar hingga ia naik minyak. Cucuk kalau tidak melekat, sudah masak. Keluarkan dari ketuhar. Biar ia betul-betul sejuk baru dipotong.

|

Resipi...KEK SUJI

Sumber: Hajjah Fatimah Bte Mohd Ibrahim Marican

Bahan-bahannya

500 gram mentega (cap tong)

15 kuning telur

2 putih telur

320 gram gula caster

230 gram badam (kisar dan ayam, kemudian baker 2 minit dan sejukkan)

(boleh juga gunakan almond blanched ground tapi mesti baker kira-kira 2 minit)

3 sudu makan tepung gandum, diayak (boleh juga gunakan cake flour)

340 gram suji (gunakan suji dalam tin)

1 susu teh rata vanillin

1 tin pembakar 11” x 8” (gris sekeliling dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas kuih)


Cara-caranya

Pukul mentega serta suji dan gaul rata. Tutup dengan kain dan simpan semalaman, sekurang-kurangnya 14 jam, dan tidak boleh lebih dari 24 jam.


Pada keesokkan hari, panaskan oven 160 darjah . Bila hendak bakar kuih turunkan ke 150 darjah C Pukul 2 putih telur hingga kembang dan kaku. Masukkan kedalam adunan suji. Pukul pula kuning telur dan gula sehingga halus dan kembang. (Masukan gula sedikit demi sedikit). Masukkan kedalam adunan dan gaul rata. Masukkan pula tepung/ badam kisar dan gaul rata. Akhir sekali masukkan vanillin dan gaul lagi sehingga rata. (Semasa menggaul sebaik-baiknya menggunakan tangan dan jangan di tinggalkan, kalau ditinggalkan, kemungkinan kuihnya akan mendap).


Masukkan adunan kedalam tin kuih dan maker selama 1 jam 15 mini dengan suhu 150 darjah C. Jangan buka tutup pintu ketuhar. Bila keknya sudah masak, keluarkan dan biarkan dalam tin pembakar selama 10 minit, baru boleh dikeluarkan dan letakkan atas rak kuih.

|

Resipi...CHOCOLATE ICE CREAM ROLL

Bahan-bahannya

(A)
300 gram susu segar
60 gram gula

(B)
3 biji kuning telur

(C)
100 gram coklat hitam, dicairkan

(D)
200 gram krim whipping, yang telah diputar

kek span nipis
krim putar
buah strawberry

Cara-caranya
1. Masak (A) hingga mendidih. Tuangkan perlahan-lahan kedalam (B) dan sebatikan.
2. Renehkan di atas air yang mendidih. Kacau dan masak adunan hingga pekat. Tambahkan (C) dan kacau sampai sempurna. Letakkan di atas ais untuk disejukkan. Kacau adunan hingga sejuk.
3. Tambah (D) dan sebatikan. Tuang ke dalam bekas yang cetek. Masuk ke dalam peti dingin beku selama 2 jam. Kikis dari bekas dan pukul hingga licin. Ini adalah aiskrim.
4 Alas dasar tin roti dengan kertas kuih. Bubuh aiskrim ke atas, kemudian aturkan buah strawberi di atas aiskrim. Penuhkan tin dengan baki aiskrim. Masukkan sekali lagi ke dalam peti dingin beku untuk dibekukan semalaman.
5. Sapukan lapisan krim putar yang nipis di kek span. Keluarkan aiskrim dari tin roti. Potongkan aiskrim kepada saiz yang diperlukan. Atur aiskrim ke atas kek span dan gulungkan. Simpan dalam peti dingin beku selama lebih kurang 4 jam. Potong dan hidangkan.

Nota: Anda boleh membuat aiskrim vanilla dengan menggunakan 1/2 sudu teh esen vanilla selain daripada coklat hitam yang dicairkan.

|

Resipi...CHOCOLATE CUSTARD PUDDING

Bahan-bahannya

(A)
500 gram susu segar
150 gram gula

(B)
100 gram coklat hitam, dipotong kecil

(C)
2 biji telur
4 biji kuning telur

Cara-caranya
1. Didihkan (A). Masukkan ke dalam (B) dan gaul sehingga coklat menjadi cair. Masak sehingga adunan mendidih
2. Tuang ke dalam (C) secara perlahan-lahan. Gaulkan hingga sempurna. Tapiskan adunan dan tuang ke dalam acuan.
3. Letakkan acuan-acuan ke dulang pembakar. Masukkan 1/2 inci air ke dalam dulang. Bakar pada suhu 170 darjah C selama 35 minit atau sehingga kastad masak.
4. Biarkan ia sejuk dan simpan didalam peti sejuk semalaman.
5. Keluarkan dari peti sejuk dan hidangkan.

Nota: Sapukan minyak pada acuan supaya puding senang dikeluarkan dari acuan.

|

Resipi...NASI KOMA-KOMA

Bahan-bahannya
1 kg beras basmati, dicuci bersih dan direndam selama 20 minit
500 gram isi ayam, dipotong kecil-kecil
4 biji tomato, didadu
2 biji bawang besar, dihiris halus
250 gram mentega
1/2 cawan pes halia dan bawang putih
2 sudu teh koma-koma
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk cili
1 cawan daun ketumbar, dihiris
1 sudu teh garam masalla
1 cawan susu segar
garam secukup rasa

Bahan Taburan
200 gram gajus goreng
1/2 cawan hirisan daun pudina

Cara-caranya
Panaskan mentega didalam kuali dan tumis bawang sehingga layu. Masukkan tomato serta pes halia dan bawang putih. Tumis selama 5 minit. Setelah naik aromanya, masukkan serbuk kunyit, serbuk cili, garam masalla, ayam, daun ketumbar dan garam. Balik-balikkan. Kemudian tuang 1/2 cawan air. Masukkan sekali 1 sudu teh koma-koma kedalamnya. Masak selama 20 minit dan ketepikan. Didihkan air didalam periuk. Masukkan beras dan garam secukup rasa. Apabila nasinya 1/2 masak, toskan airnya. Kemudian masukkan kedalam nasi itu 1 sudu teh koma-koma. Dengan menggunaka periuk lain, tuangkan 1/2 bahagian nasi tersebut kedalam periuk ini. Tuangkan diatasnya ayam yang telah dimasak tadi dan ratakan. Akhir sekali, timbuskan dengan lebihan nasi dan ratakan. Curahkan susu segar diatasnya. Masak lagi diatas api selama 20 minit lagi. Taburkan gajus goreng dan hirisan daun pudina semasa menghidang.

Sumber: Hjh Azarah Abdul Majid

|

Wednesday, October 12, 2005

Resipi...DALCA ISTIMEWA ALA MAGHRIBI

Bahan-bahan
4 camca besar Minyak Sawit Vesawit
Sedikit rempah penumis (pelaga, cengkih, kulit kayu manis dan bunga lawang)
4 helai daun kari }
2 biji bawang besar }
2 cm halia } dikisar halus
4 ulas bawang putih }
6 ulas bawang merah }
2 camca besar serbuk ketumbar }
3 camca besar serbuk cili }
1 camca besar jintan halus } disatukan
1 camca besar jintan kasar }
1 camca besar serbuk kunyit }
1 camca kecil serbuk cengkih }
1½ kg daging dan tulang kambing - dipotong sederhana lebar.
2 cawan kacang kuda (direbus sampai lembut dan ½ bahagian dimesin lumat)
1 tin buah tomato diramas halus
1 batang zuchinni dipotong lebar-lebar
2 biji terung bulat
1 batang carrot
3 biji ubi kentang
10 batang kacang panjang
10 biji kacang bendi
1 biji lada capsicum hijau
1 biji lada capsicum merah
4 biji cili hijau
3 keping asam gelugor
Sedikit daun ketumbar untuk hiasan dan bawang goreng.

Cara-cara
· Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar. Bila kuning, masukkan bahan-bahan rempah.
· Tumis pada api yang sederhana sampai wangi sebelum dimasukkan daging kambing.
· Kecutkan selama 10 minit. Masukkan tomato, air secukupnya dan masak selama ½ jam hingga daging empuk.
· Setelah itu masukkan sayir-sayuran (keras dahulu, sampai empuk, baru dimasukkan sayuran yang lembut) Masukkan asam keping, kacang kuda, garam dan gula.
· Apabila semua bahan-bahan sudah masak, sajikan bersama-sama daun ketumbar dan bawang goreng.

|

Resipi...KETAM GORENG SOS LADA HITAM

Bahan-bahan
2 kg ketam – dipotong dua dan dicuci bersih
2 camca besar tepung jagung ]
sedikit sos ikan ] Bahan A
1 camca besar sos tiram ]
1 biji telur ]
½ biji lada capsicum merah ]
½ biji lada capsicum hijau ] didadu
10 biji cendawan cina (direndam dengan air panas dan simpankan airnya)
6 ulas bawang putih – ditumbuk
2 cm halia dihiris nipis
3 batang daun ketumbar untuk hiasan
2 cili merah dipotong panjang-panjang untuk hiasan
1 botol sos lada hitam
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara
· Gaulkan ketam bersama-sama bahan A di dalam mangkuk dan goreng sampai masak.
· Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih bersama halia, cendawan dan lada capsicum seminit dua.
· Masukkan ketam, sos lada hitam dan sedikit air. Kacau, masukkan daum bawang, didihkan sos dan sajikan bersama-sama cili dan daun ketumbar.

|

Resipi...IKAN SUMBAT ISTIMEWA

Bahan-bahan
8 ekor ikan kembung sederhana besarnya
12 sudu makan cili kisar
sedikit belacan
dua sudu makan air asam jawa pekat
gula secukupnya
garam dan perasa secukupnya
minyak untuk menggoreng

Cara-cara
· Bersihkan ikan dan belah tepinya.
· Kesemua bahan-bahan diatas digaul hingga sebati. Rasanya mestilah manis.
· Panaskan minyak. Masukkan dua sudu makan cili yang digaul tadi kedalam ikan.
· Goreng hingga garing. Setelah habis menggoreng, cili yang lebih ditumis hingga garing.
· Selepas itu tuangkan keatas ikan tadi. Enak jika dimakan panas-panas bersama nasi.

|

Resipi...FISH FILLET SOS CENDAWAN

Bahan-Bahan
4 keping fish fillet
1/2 camca garam
2 camca serbuk lada hitam
2 sudu makan jus limau nipis
1 sudu makan mentega
1 sudu makan kunyit

Bahan Sos Cendawan
50 gm bawang -cincang kasar
100gm cendawan butang-hiris tipis
75 ml susu cair
1 camca lada sulah
1 sudu makan mentega
Sedikit garam

Cara Cara
· Lomor fillet dengan garam,lada hitam, kunyit dan jus limau nipis. Perap 30 minit. Panaskan mentega, goreng fillet hingga kekuningan.

Untuk menyiapkan sos:
· Panaskan mentega, tumis bawang cincang dan cendawan hingga layu.
· Masukkan susu cair, kacau rata. Masukkan garam dan lada sulah.
· Masak hingga mendidih, siram dan tuang ke atas fillet.

|

Resipi...PASTA PENNE 3 WARNA

Bahan-Bahan
500 gm pasta penne 3warna
1 biji bawang besar - cincang kasar
2 sudu makan minyak zaitun
2 ulas bawang putih
2x425 gm tomato dalam tin-potong kasar
500 gm cendawan butang
2 sudu parsley segar -dicincang
garam dan serbuk lada hitam

Cara Cara
· Bersihkan cendawan, hiris tipis-tipis
· Panaskan minyak, tumis bawang dan bawang putih. Kacau selama 6 minit, kacau sekali-sekala hingga warnanya kekuningan. Kecilkan api, tutup kuali dan didihkan selama 15 minit.
· Masukkan tomato dan jusnya, serta cendawan. Biarkan mendidih. Kecilkan api, tutup kuali, dan didihkan selama 15 minit.
· Didihkan air di dalam periuk, masukkan pasta 3 warna, masak hingga lembut.
· Tos airnya, dan masukkan semula ke dalam periuk.
· Tabur parsley, garam dan lada hitam.
· Tuang sos ke atas pasta, dan gaul rata.

|

Resipi...NASI AYAM 'CLAYPOT'

Bahan-bahan (A)
11/2 sudu besar minyak masak
2 ulas bawang putih, dicincang
2 ulas bawang merah, dicincang
20g ikan masin, dihiris

Bahan-bahan (B)
250g kepingan ayam
15g halia muda, dihiris
4 keping cendawan cina kering direndam dan dipotong 4
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh minyak bijan

Cara-cara
· Guna kaserol yang dalam,tumis Bahan A pada tahap HIGH selama 2-3 minit.
· Masukkan ikan masin, tumis selama 1 minit dan kacau sekali-sekala.
· Campur Bahan B dan masak selama 1-2 minit Masuk beras dan air, tutup dan masak pada tahap HIGH selama 7-8 minit dan MEDIUM selama 18-20 minit, kacau hanya sekali.

|

Resipi...NASI AL-AMBRA

Bahan-Bahan
Untuk 6 hidangan

Bahan A:
1 kg beras basmati
(dicuci & direndam selama 30 minit)
1 batang kayu manis
3 biji pelaga
3 kuntum bunga cengkih
3 helai daun pandan (dicuci & dipintal)
3 sdm minyak kacang
1/2 cawan susu rendah lemak
5 ulas bawang putih (dikisar)
4 sm halia (dikisar)
1.5 liter air
1 sdt garam

Bahan B:
500 g lobak merah
(dicuci bersih & dipotong dadu)
400 g kacang buncis (dihiris halus)
500 g daging lembu tanpa lemak (dikisar)
3 biji putih telur
1/2 sdt garam
1 sdt serbuk lada hitam

Cara Cara
Bahan A:
· Tumis bawang putih, halia kisar bersama kayu manis, bunga cengkih dan pelaga
· sehingga wangi.
· Masukkan daun pandan dan susu rendah lemak.
· Apabila sudah mendidih masukkan beras dan masak sehingga tanak.

Bahan B:
· Masak daging di atas kuali hingga separuh kering.
· Masukkan lobak merah, kemudian masukkan kacang buncis, garam, lada hitam dan putih telur.
· Kacau sehingga rata.
· Campuran daging ini di masukkan ke dalam nasi yang sudah tanak dan dikacau rata.


Bahan-bahan untuk salad:
7 batang lada merah (dikisar halus)
1/4 sdt garam
1/2 sdm gula timbang (brown sugar)
2 biji bawang besar (dihiris halus)
2 sdm daun ketumbar (dihiris)
1 biji jus limau kasturi

Cara-cara:
· Satukan semua bahan-bahan dan gaul rata.

|

Resipi...TUTI FRUITI ROLL

Bahan-bahannya
100 gram mentega cair
100 gram fruit cocktail, toskan airnya
80 gram tepung gandum
80 gram gula kaster
20 gram tepung susu
9 biji kuning telur
3 biji putih telur
1 sudu teh ovalette
½ sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh rempah kuih
1 sudu teh pewarna merah

Cara-caranya
1. Pukul telur, gula, tepung, ovalette dan serbuk penaik hingga pekat.
2. Masukkan mentega cair, gaul rata-rata serta warnakan merah.
3. Tabur fruit cocktail dalam adunan.
4. Sediakan loyang 11 x 11 x 1 inci tuangkan adunan dan bakar sampai masak.
5. Sejukkan dulu baru digulung dengan krim mentega dan simpan dalam peti sejuk.

Sumber: Sharifah Nor

|

Resipi...KEK GULUNG KACAMATA

BAHAN A
4 biji kuning telur
1 biji putih telur
40 gram gula pasir
15 gram tepung gandum rendah protein
10 gram tepung jagung
1 sudu makan ovalette
5 gram tepung susu
5 gram serbuk koko
40 gram marjerin, dicairkan
1/2 sudu teh coklat pes

BAHAN B
12 biji kuning telur
3 biji putih telur
100 gram gula pasir
60 gram tepung gandum
10 gram tepung susu
5 gram tepung jagung
1 sudu makan ovalette
100 gram mentega, dicairkan
1/2 sudu teh lemon pes
1 sudu makan susu manis
1/8 sudu teh pewarna hijau

jem perasa yang disukai (strawberi, blueberi dll)

CARA MEMBUAT

Bahan A:
Pukul telur bersama gula dan ovalette sampai kembang. Masukkan tepung gandum, jagung, dan serbuk koko sambil diayak dan digaul rata. Masukkan majerin dan coklat pes sambil digaul perlahan. Tuang adunan ke dalam loyang 12x22 cm tinggi 4 cm yang disapu marjerin dan dialas kertas kuih. Bakar dalam oven selama 30 minit dengan suhu 170 darjah Celsius.

Bahan B:
Pukul telur dan ovalette sampai mengembang. Masukkan tepung gandum, tepung susu dan jagung sambil diayak dan digaul rata. Tuangkan mentega, lemon pes, susu manis, dan pewarna hijau sambil digaul rata. Tuang dalam 2 loyang ukuran 26x26x4 cm yang disapu marjerin dan dialas kertas kuih. Bakar dalam oven selama 25 minit dengan suhu 170 darjah Celsius.

Potong cake coklat vertikal menjadi 2 bagian. Potong cake hijau selebar cake cokelat 1 buah saja. Sapukan kedua potongan tadi dengan jem lalu ditampal 2. Potong kek yang ditampal itu jadi dua bagian sama besar. Satukan kek warna hijau dengan jem. Sapukan lebihan kek hijau dengan jem. Letakkan susunan cake lapis tadi di tengah. Gulung sambil dipadatkan.

|